Assalamualaikum...
Sana sini banyak yang membincangkan tentang baik atau buruk EL. Heboh di media sosial kan...semua orang ada pendapat masing- masing...Bagi pendapat SA plak...SA jarang amik EL..Kecuali betul- betul emergency. EL bukan bermakna cuti khas ye..memang namanya Emergency Leave sebab untuk perkara kecemasan sahaja yang tak boleh dielakkan...EL tetap tolak cuti tahunan ye..14 tahun berkhidmat alhamdulillah SA ada 21 hari cuti tahunan..adakala cuti tahunan ni tak habis dan di bawa ke depan. Syaratnya kena habiskan cuti berbaki ni la...contoh macam SA emergency masa Mak Pah masuk kecemasan tempoh hari...SA message boss amik EL, masuk aje kerja esoknya SA apply cuti dan tolak dari cuti yang berbaki...so cuti tahunan SA untuk tahun ni tak berganjak...masih kekal maintain...
Pada SA...nak maintain prestasi kena elakkan ambil emergency dan satu lagi MC, walau macam mana malasnya nak bangun pagi pergi kerja..memang ada jer kes malas bangun pagi atau lambat bangun pagi terus cipta alasan EL. Padahal takde pun emergency. Malah ada jugak dari EL tukar ke MC...pelik bleh dapat plak MC tu kan...lepas tu pi jenjalan, tengok wayang shopping..update plak kat FB,Whatsaap Status...hahahhaa...ada ye...ramai yang buat macam ni...for me..zaman kerja susah nak dapat ni..elok jaga prestasi...jaga periuk nasi sendiri...sementara banyak company buang orang ni...jaga la kerja kita...ekonomi dah la makin lama makin tinggi...bayangkan takde kerja...acaner kan?
EL bukan x boleh ambil tapi kena jujur la..biar betul- betul emergency dan bukan emergency yang di buat- buat...kan? Reputasi kena jaga walau pangkat atau gred tak naik mana pun...semua tu image kita sebagai pekerja..boss pandang aje tu..jangan sampai masa appraisal terus markah merudum jatuh kan...
Macam tu jugak dengan MC...kalau betul- betul sakit baru MC...perangai plak kan...asal Isnin atau Jumaat jer sure ramai MC...pendedahan tentang buruknya akibat amik MC ni perlu di war- warkan kepada semua pekerja...siapa yang kena buat ni? of course la HR kan...Kalau betul- betul sakit bolehlah ambil MC. Kadang kita x mintak pun doktor tu tahu kita boleh bekerja atau tak..doktor sendiri keluarkan MC...
SA antara yang susah dapat MC. Sebabnya...bila kat rumah sakit memang macam nak mati...tapi bila sampai klinik...jadi okey...so ambik ubat jer la..memang mengada tau...tapi bila betul- betul sakit yang memang x leh bangun, jalan pun berpapah...memang x mintak pun MC doktor akan bagi...Adakala SA x gunakan pun MC tu...masuk kerja SA appply annual leave tahun lepas yang berbaki tu...so rekod kita cantik la..
SA ada copy pendapat someone kat FB...jom baca...ada betulnya pendapat beliau ni...lebih kurang sama dengan pendapat SA...
Pendapat saya tentang isu EL ni... Mulanya saya malas nak ulas, tapi bila ramai yang minta dan desak untuk saya ulas, so saya ulaslah sekadar termampu...
Dia ada kebaikan dan keburukan la. Yelah mana ada benda yang perfect kan...
Kebaikan EL ni, kita boleh terus ambil cuti. Dah memang untuk kecemasan. Contoh anak demam ke, kereta rosak ke, then EL memang sangat membantu..
Keburukan EL, dia boleh digunakan dengan salah. Contoh lambat bangun pagi. Mula la rasa malas pergi kerja. Office pulak jauh. Lepas tu tipu bos cakap kereta rosak. Ambil EL.
Keburukan lain, menjejaskan reputasi kita kalau kerap sangat ambil EL.. So pastikan korang guna EL hanya apabila terdesak sahaja. Kalau boleh jangan gunakan langsung EL ni... Itu lebih baik...