Showing posts with label Datuk Hasbullah Awang. Show all posts
Showing posts with label Datuk Hasbullah Awang. Show all posts

Thursday, February 12, 2015

Perginya Suara Emas Datuk Haji Hasbullah Awang...

Innalillahiwainnailaihirajiun.......


Malaysia hari ini kehilangan seorang ikon sukan serta suara emas Datuk Haji Hasbullah Awang yang meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN), Kuala Lumpur hari ini.
Mengikut maklumat yang diterima dari sahabat seangkatannya Rizal Hashim, Allahyarham menghembus nafas terakhirnya di IJN kira-kira jam 12.20 tengah hari tadi.

Jenazah dijangka dibawa pulang jam 3 petang ini sebelum disemadikan selewatnya awal pagi esok.

Allahyarham yang dilahirkan pada 9 September 1952 di Teluk Intan, Perak yang bertugas sebagai pengulas sukan bagi rangkaian sukan Astro Arena sejak Januari 2014 memulakan kariernya sebagai juruhebah radio di Radio 1 Radio Televisyen Malaysia (RTM) sebelum berhijrah menjadi pengulas sukan terkemuka tanah air.

Nama Dato' Haji Hasbullah Awang sememangnya sudah sinonim dengan arena sukan tanah air kerana sering saja suaranya menjadi peneman peminat sukan tanah air yang menonton acara sukan yang sedang berlangsung di kaca televisyen.

Populariti Allahyarham memuncak ketika zaman bola sepak Malaysia memasuki era Semi-Pro pada awal 1990-an.

Boleh dikatakan, hampir kesemua peminat sukan tanah air tertarik dengan cara penyampaiannya yang berinformasi termasuk latar belakang keluarga atlet.

Jika ditanya siapakah pengulas sukan yang diminati, pasti nama Datuk Haji Hasbullah Awang akan menjadi sebutan.

SUMBER

Suria Amanda Copyright © 2014 Designed by Ms.Azhafizah