Assalamualaikum...
SA hilang rakan sekerja sekali lagi semalam...muda lagi baru berumur 35 tahun..kami pernah satu department..SA selesa dengan dia dan bila dia dah balik ke department asal dia, kami masih rapat dan saling bekerjasama. Orangnya happy go lucky..cuma tak sangka...ajal nya dah sampai di usia yang muda...
Inna Lillahi wa inna ilayhi raji'un..
Perginya Muhammad Shafiq Abd Rahim menemui penciptanya akibat serangan jantung..tak sempat buat angiogram di Hospital Serdang...Isnin lepas kawan- kawan department arwah melawat arwah di Hospital Kajang..gambar bawah ni adalah gambar terakhir arwah..arwah kelihatan sihat dan dah ditukarkan ke ward biasa...malangnya malam tu arwah diserang heart attack kali ke 2 dan menghembuskan nafas yang terakhir..
إِنَّا ِلِلَّٰهِ وَإِنَّا إِلَيْهِ رَاجِعُونَ
Kematian itu pasti dan hari-hari ada kematian. Cuma kita tidak tahu bila dan di mana. Kadangkala ternampak juga perkongsian rakan, saudara dan sebagainya yang sedang bersedih atas kehilangan insan tersayang.
Al-fatihah buat arwah Muhammad Shafiq Abd Rahim dan salam takziah buat seluruh ahli keluarga. Semoga roh nya dicucuri rahmat dan di tempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh serta di masukkan ke dalam syurga,
Amin ya Rabbal Alamin