28 November 2024

RASHIDI AKUI TIADA NIAT UNTUK KRITIK, SEKADAR MENEGUR : "TAK DINAFIKAN SUARA FAZURA MEMANG SEDAP, CUMA NYANYIAN DIA SEDIKIT LARI (PITCHING)"



Semua sedia maklum mengenai nyanyian pelakon Nur Fazura yang sebelum ini tular dan menerima pelbagai reaksi termasuklah kritikan.
Tidak ketinggalan, Rashidi Ishak turut mengkrit1k Fazura dan berhubung itu, pelakon itu tampil menjelaskan, dia hanya sekadar menegur serta berkongsi pandangan sebagai rakan artis susulan kritikan diberikan terhadap nyanyian Fazura.

Kata Rashidi, dia tiada niat untuk mengkritik kerana memahami pelakon itu kurang pengalaman dalam membuat persembahan nyanyian secara langsung.

"Perkara itu hanya pandangan ikhlas dari saya. Tak dinafikan suara Fazura memang sedap sebagai seorang penyanyi pop, cuma klip yang tular jelas nampak nyanyian dia sedikit lari (pitching).

"Kalau kita lihat, untuk penyanyi yang berlatih setiap hari dan sering membuat persembahan, masalah pitching jarang berlaku kepada mereka. Fazura mungkin kekurangan pengalaman dalam menyanyi secara live.

"Mana ada penyanyi yang lahir-lahir terus bagus, semua perlu berlatih dan dipelajari," ujar Rashidi yang berkata, Fazura bertuah kerana dapat peluang membuat persembahan di Indonesia. Katanya lagi, perkongsianya itu sekadar pandangan peribadi seperti dilakukan pengguna media sosial lain.

"Saya hanya menulis di thread hanya berkongsi pendapat sahaja. Sama seperti pengguna media sosial lain, mereka akan meluahkan apa mereka rasa di platform tersebut.

"Fazura secara tidak langsung bawa nama Malaysia ke luar negara, susah peluang sebegitu untuk melebarkan sayap ke Indonesia," katanya.

         ________________________

JOM LAWAT YOUTUBE KAMI (MYPAPARAZZI) :
KLIK DI SINI..!!


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

No comments: