Showing posts with label mangrove. Show all posts
Showing posts with label mangrove. Show all posts

Thursday, August 21, 2014

Percutian Mewah Boat House Kuala Sepetang



Alami percutian terhebat bersama keluarga tercinta dalam satu pelayaran eko pelancongan terhebat yang kami sediakan.

Kemudahan:
Sebuah bot mewah 30 kaki, tiga tingkat.
Sebuah kabin aircond selesa untuk penginapan 5 orang.
Sebuah bilik air dan tandas di dalam kabin.
Sebuah dapur memasak.
Pelantar boat yang luas, selesa dan berbumbung

Bagi para pelancong yang mengalami kesulitan mencari hotel, homestay atau resort di Taiping, Kuala Sepetang dan di Kuala Gula boleh mencuba percutian terhebat bersama kami.

Makanan dan minuman untuk 2 hari 1 malam
Makan tengah hari di Restoran Terapung Kuala Gula (Ketam Lembut)

Aktiviti:
River cruise perkampungan nelayan Kuala Sepetang.
Memerhati kelip-kelip, helang, burung, hidupan paya laut, memancing, menyauk kerang, lucky dolphin, sunrise at Strait of Malacca.

Lawatan:
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut
Kilang Arang Kayu
Perkampungan Nelayan Kuala Sepetang
Perkampungan Nelayan Kuala Gula
Kuala Gula Sanctuary Resort
Kuala Gula Birds Sanctuary

Pakej bernilai RM1500


Sunday, August 25, 2013

Laporan BERNAMA: Kuala Sepetang: 8 Ikon Pelancongan di Taiping

IPOH 11 Ogos - Makanan dan minuman adalah antara lapan ikon pelancongan bagi bandar Taiping yang ditetapkan oleh kerajaan negeri Perak dalam usaha menarik lebih ramai pelancong ke situ.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Pelancongan dan Kebudayaan Perak, Nolee Ashilin Mohd Radzi berkata tujuh lagi ialah Zoo Taiping dan Night Safari, Muzium Perak, Taman Tasik Taiping, Taiping Bandar Warisan, Ekopelancongan Kuala Sepetang, Kelip-kelip Kg Dew dan Homestay Bukit Gantang.
"Taiping Bandar Warisan merangkumi produk-produk seperti bandar Taiping serta sejarah penubuhannya, Galeria Pertama dan pelbagai bangunan warisan yang masih kukuh dan berfungsi sehingga ke hari ini.
"Manakala hidangan yang terdapat di Taiping yang telah menarik ramai pengunjung untuk menikmatinya termasuk cendol, kuetiau Doli, mi banjir udang, Restoran Asam Pedas, Antong White Coffee, popia basah dan sebagainya," katanya kepada Bernama, di sini.
Menurutnya, dalam usaha mempromosi Taiping Bandar Warisan, Majlis Perbandaran Taiping melaksanakan pelbagai usaha untuk memulihara bangunan lama termasuk menjadikan Hotel Lagenda yang dahulu dikenali 'rumah rehat' dan Jabatan Kerja Raya lama 107, sebagai hotel butik.
"Antara bangunan lama lain yang menjadi simbol di daerah itu seperti pejabat tanah, muzium, mes tentera, penjara serta bangunan sekolah-sekolah lama yang bersesuaian dengan matlamat bandar Taiping," katanya.
Mengenai jumlah pelancong yang berkunjung ke Taiping, Nolee Ashilin berkata, rata-rata bertumpu di Zoo Taiping dan Night Safari.
Tahun lepas sebanyak 607,854 pelawat berkunjung ke Zoo Taiping berbanding 593,805 pada tahun sebelumnya, manakala pengunjung Night Safari pula meningkat kepada 97,916 berbanding 94, 999 orang pada 2011, katanya.
Untuk tahun ini pula, bagi tempoh Januari hingga Jun, Zoo Taiping menerima 306,458 pengunjung, iaitu menurun sedikit berbanding tempoh sama tahun lepas yang mencatatkan 322,252 orang, katanya yang menyifatkan penurunan itu bersifat sementara.
Bilangan pengunjung dijangka bertambah apabila kerja menaik taraf tiga komponen di Zoo Taiping dan Night Safari iaitu pembesaran stesen trem, menaik taraf Pameran Savana Afrika dan Pameran Gajah Sungai Perak, siap pada hujung September ini, katanya. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Dalam_Negeri/20130811/dn_22/Makanan-antara-8-ikon-pelancongan-Taiping#ixzz2cwvEFxF0
© Utusan Melayu (M) Bhd 








Wednesday, April 24, 2013

Matang Mangrove Reserve Tour






2015 GIT Rates (Price Per Person)
1. Guided Mangrove Park Tour 1 hour  RM20 (2 km walking distance)
2. Guided Mangrove Park Tour + plant mangrove seedling 1 hour  RM30
3. Guided Charcoal Factory Tour 30 minutes RM10
4. Guided Fisherman Village River Cruise 30 minutes RM30
5. Guided Mangrove River Cruise 30 minutes RM30
6. Guided River Cruise to Kuala Sangga, Strait of Malacca, fisherman activities, lucky dolphin, beautiful sunset etc 2 hours RM60


7. Guided Firefly Tour  90 minutes RM60
8. Lucky Dolphin Super Hunt RM120 4 hours.

Panduan kepada Tour Guide (Pemegang MyCard lain harga)
1. Memperkenalkan diri dan mengalu-alukan kedatangan tetamu
2. Menerangkan keluasan hutan paya dan unjurannya dari Utara Ke Selatan.
3. Menerangkan bagaimana pokok bakau menyesuaikan diri dengan air masin, pasang surut air laut dan tanah yang berlumpur.
4. Bagaimana akar, akar bergantung, daun dan buah mengadaptasi kepada ciri-ciri tersebut.
5. Menunjukkan contoh bunga, buah dan biji benih pokok bakau.
6. Mencari moluska seperti siput, ketam ataupun kulit kepah untuk ditunjukkan kepada pelawat.
7. Menerangkan kepentingan hutan paya laut kepada ekonomi, sosial dan pelancongan.
8. Menunjukkan setiap binatang yang dikesan semasa lawatan dan penerangan mengenainya.
9. Menunjukkan spesis bakau yang berlainan yang terdapat di hutan pendidikan dan ciri-ciri perbezaannya.
10. Menerangkan prosedur menyewa chalet.