Showing posts with label bina insan. Show all posts
Showing posts with label bina insan. Show all posts

Tuesday, February 24, 2015

Kem Motivasi Tanjung Harapan

Kem Motivasi Tanjung Harapan terletak di Tasik Chenderoh, Raban Kuala Kangsar, Perak.
Tasik Chenderoh merupakan tasik buatan manusia yang pertama di Asia Tenggara. Jarak dari Tol Kuala Kangsar hanya 16km sahaja.
Kem ini mula beroperasi sejak tahun 1998
Call 012 5145023


Kereta boleh sampai hingga ke jeti tetapi jika datang dengan bas kena menapak 400 meter. Tempat parking pun luas boleh menempatkan hingga 20 kereta jika disusun dengan rapat.






Pelbagai aktiviti boleh dijalankan terutamanya sukan air bermula dengan water confident, berakit, berkayak, tubing dan berenang. Bagi kaki pancing di sinilah syurga ikan pemangsa seperti peacock bass, sebarau, toman dan haruan. Anda boleh menyewa bot untuk aktiviti casting manakala keluarga anda boleh menjalankan aktiviti perkhemahan dengan anak-anak.


Jarak dari jeti hingga ke chalet hanya 400 meter sahaja. Biasanya peserta kem motivasi akan membuat rakit di jeti dan berakit hingga ke chalet. Mereka juga boleh berkayak dari jeti ke chalet.
Terdapat 10 A shape chalet. Setiap chalet menempatkan 2 katil bujang tetapi boleh memuatkan hingga 4 orang pada satu masa. Ada satu kipas meja untuk keselesaan penghuninya. Bilik air faham-faham lah di luar ye.
Gambar ini ialah bilik fasi ataupun guru. Oleh kerana kem ini baru dilanda banjir awal 2015 lalu, keadaan di dalamnya amat tidak menyenangkan untuk saya letakkan gambarnya di sini. Namun kedatangan anda pasti akan membantu kem ini untuk meneruskan perkhidmatan kepada anda semua.
Terdapat banyak pokok hutan yang dijadikan sebagai naungan bagi meredupkan kem ini.
Kawasan padang yang luas untuk aktiviti perhimpunan dan pelbagai aktiviti sukan padang boleh dijalankan di sini. Jangan lupa untuk membawa peralatan sukan anda ke sini.
Dewan terbuka ini juga terkesan dengan banjir dan belum dikemaskan semasa gambar ini diambil. Dewan ini boleh memuatkan hingga 200 orang.
Suasana damai yang tak dapat ku ungkapkan.
Inilah jeti pendaratan kem ini di pinggir tasik.
Dari sini saja sudah boleh melontar tali pancing bagi menduga nasib anda. Minum petang sambil menghirup udara segar Tasik Chenderoh bersama keluarga tercinta..... pehhh..
Terdapat 10 unit kayak dan jika perlu kami akan menyewa dari pengusaha lain bagi memenuhi keperluan aktiviti team building yang dirancang.
Ni... anak saya cuba untuk sampai ke rumah pokok... nun di atas tu..
Dari atas sini akan nampak permandangan seperti gambar di bawah ini.
Tasik Chenderoh dengan ketenangan air dan banjaran Titiwangsa melatarinya.
Masa untuk balik, pilot bot ialah Caca yang berkata akan jadi pengurus kem motivasi ini suatu hari nanti. Insyaallah.
Selamat tinggal Kem Motivasi Tanjung Harapan.
Akan datang lagi ke sini dengan program team building dan kem motivasi.
So saya menjemput semua yang pernah berurusan dengan saya sebelum ini untuk mencuba kem ini pula. saya pasti bahawa aktiviti sukan air dan keyakinan air yang dibuat di sini akan menarik ramai penuntut IPTA  IPTS.



Pakej Team Building & Survival       
Tarikh: 27 hingga 29  Mac 2015                                              
Bilangan Peserta : 100 orang
Aturcara:                                                                             
27 Mac 2015                                                               
12.00 Naik bot ke Chalet, Taklimat Program dan Check-in Chalet/ Makan tengah hari buffet.   

14.30 Outdoor individu. Membina model rakit yang boleh membawa selipar dengan 2 botol air 500ml dan lidi sate.  
Outdoor kumpulan. Membina rakit dari 10 botol air 500ml dan boleh membawa kesemua selipar ahli kumpulan.                             
17.00 Water confident, Keselamatan Air &  Asas Kayak.                                                        
18.00 Memasak Perkhemahan                                         
21.00 Teambuilding indoor                                                  
22.30 Kuliah persediaan mereka bentuk dan aktiviti rakit.       
                  
28 Mac 2015                                                                    
07.00 Sarapan                                                                   
08.00 Membuat , Pemeriksaan & Pengujian Rakit                                               
10.00 Selamat berakit ke Jeti                                 
12.00 Makan tengah hari dan rehat di rumah keluarga angkat.
                                                    
14.00 Taklimat dan aktiviti membuat pekasam.  Ucap selamat tinggal kepada keluarga angkat                       
17.00 Berakit ke Chalet                                                       
19.00 Memasak survival. Setiap kumpulan seekor ayam, 2 pancing dan 1.5 kg kentang.       
7:00 pm   Aktiviti kerohanian.                        
21:00 BBQ   
                                                                         

29 Mac 2915                                                              
06.00 Sarapan                                                            
07:00 Pertandingan memancing                                       
10.00 Refleksi                                                                     
11.00 Selamat Tinggal Chalet Tanjung Harapan   
12.00 Makan tengah hari di Restoran Tasik Raban Lauk kampong (Ikan Talipia Bakar dll)                                                   

Friday, June 27, 2014

Asrama Penginapan Cuti Sekolah Taiping

Location: Perak - Taiping
Price: RM 15
Type:Guest House and Homestay
Others: Air-Cond, Washing Machine, Internet

Click to view the next image.
KS Eco Track menawarkan penginapan selesa untuk semua rombongan sekolah, lawatan ke Taiping yang ingin bermalam di Taiping
Sebuah bangunan penginapan 4 tingkat.
Boleh menempatkan 120 tetamu pada setiap masa.
Tingkat 1. Pengurusan dan Dewan makan.
Tingkat 2. Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 3 Empat bilik Dormitori untuk 15 penghuni dalam satu dorm. 4 bilik untuk 8 pengiring.
Tingkat 4 Surau, bilik komputer Aircond, 4 bilik kuliah 20 orang setiap bilik. (Aircond) Satu bilik penginapan besar. (Aircond)
Juga terbuka kepada mereka yang tidak dapat mencari homestay di Taiping atau yang datang dalam kumpulan yang ramai yang memerlukan penginapan selesa.
Tempahan mesti dibuat awal bagi mengelakkan sebarang masalah.
Juga menawarkan pakej seminar ataupun bengkel untuk calon UPSR, PMR dan SPM
Dua buah gelanggang futsal dan 2 gelanggang badminton. Jadi: siapa nak main bawa bola sendiri.
Pengawal keselamatan dan cctv 24 jam
Bandar Taiping 1km
Hospital 1km
Zoo Taiping, Muzium Perak, Lake Garden 2km
Bukit Larut, Air Terjun 3km
Kuala Sepetang 15 km
Pusat Eko Pelajaran Hutan Paya Laut Matang 14km
Kuala Kangsar 30km
Labu Sayong 23km
Air Panas Perubatan 15km
Sewa bilik kuliah, bilik ICT dan bilik pengiring adalah tidak termasuk dalam pakej ini.
Logo
Kuala Sepetang Eco TOURISM
Boatride, accommodation, mangrove forest,
Ads in the shop: 17
More images available
More images available

E-mailContact advertiserShare on FacebookShare on Facebook
PhoneKuala Sepetang Eco TOURISM: Phone

Wednesday, January 29, 2014

Kem Rekreasi Pulau Tali Kail, Temenggor Royal Belum

Sebuah kem rekreasi yang terletak di sebuah pulau yang boleh menampung seramai 110 orang peserta pada satu masa.



amat sesuai untuk aktiviti perkhemahan dan kem motivasi serta team building.
Jarak hanya 15 minit perjalanan bot dari jeti Pulau Banding.

Kemudahan yang disediakan ialah
Sebuah jeti pendaratan.
Chalets Deluxe 2 unit 2 orang + 2 orang
Chalet A 5 unit 10 orang
Rumah Kampung 2 unit 3 0rang + 3 orang
Tapak perkhemahan 30 unit 30 orang
Dormitory 2 unit 15 orang + 15 orang

Sunday, January 26, 2014

Kem Pelancongan Sungai Kenarong

Satu Kem Pelancongan baru di Sungai Kenarong telah siap dibina pada 6 Januari 2012. Kem sungai kenarong terletak kira-kira 30 minit dari jeti banding dengan menaiki bot.
Kemudahan-kemudahan terdiri daripada


• 2 unit chalet,
• 4 unit rumah pondok,
• 2 unit ‘dorm’,
• 1 unit wakaf,
• 1 unit dewan makan,
• 1 unit dapur,
• 1 unit tempat BBQ,
• 1 unit stor ganerator,
• 8 unit bilik mandi
• 7 unit tandas.

Kem Pelancongan Sg.Papan

Kem Pelancongan Sg.Papan



Foto: Kosmo
Jenut Papan terletak kira-kira 20 minit perjalanan dengan menaiki bot dari Pulau Banding. Kawasan ini juga merupakan salah satu daripada tarikan pelancongan di Royal Belum kerana terdapat 2 jenut iaitu Jenut Papan Utara dan Jenut Papan Selatan. Di antara kemudahan-kemudahan yang ada di kawasan ini ialah :
Jenut @ Salt Lick Sg Papan
• Wakaf - 1 unit
• Tandas - 4 unit
• Bilik Mandi - 2 unit
• Jambatan Gantung - 2 unit
• Bumbun - 1 unit
• Pos Kawalan, Pejabat, Kedai – 1 unit




















Satu Kem Pelancongan baru di Sungai Kenarong telah siap dibina pada 6 Januari 2012. Kem sungai kenarong terletak kira-kira 30 minit dari jeti banding dengan menaiki bot.
Kemudahan-kemudahan terdiri daripada


• 2 unit chalet,
• 4 unit rumah pondok,
• 2 unit ‘dorm’,
• 1 unit wakaf,
• 1 unit dewan makan,
• 1 unit dapur,
• 1 unit tempat BBQ,
• 1 unit stor ganerator,
• 8 unit bilik mandi
• 7 unit tandas.

Pakej Perkhemahan / Team Building Royal Belum

Pakej Perkhemahan / Team Building Kem Sungai Kejar Royal Belum
Keselamatan diutamakan dalam aktiviti River Tubing

















30-50 orang peserta sahaja bagi pengisian maksimum.
2 Hari 1 Malam  RM285 seorang
3 Hari 2 Malam  RM385 seorang
Penginapan di Kem Taman Negeri Royal Belum




















Pakej meliputi
A) Penginapan di Kem Taman Negeri Royal Belum
B) Makan dan Minum
C) Lawatan ke  Perkampungan Orang Asli
D) Jungle Tracking
E) Survival Series
F) River Tubing / Fasilitator / Bot

Yahoo... Gooo..ggle














Pakej Royal Belum House Boat.



Pakej Team Building Royal Belum House Boat. 
Boat Setingkat 15-20 orang
Boat Dua Tingkat 15-35 orang















PAKEJ 1
'Houseboat' (3hari 2mlm)
RM430/pax (min 15org/max 25org)
Pakej termasuk:
-makan/minum 5x sehari
-makan istimewa
-3 bot laju
-permit
-2 aktiviti/hari
Aktiviti pakej 1
*bunga raflesia
*melawat sira/jenut
*'waterfall' /santuari ikan kelah
*melawat kg org asli
*traking
*Water confident















PAKEJ 2
'Houseboat' (2 hari 1 malam)
RM 300/pax (min 15 org /max 25 org)

Pakej termasuk :
-makan /minum
-3 bot laju
Aktiviti pakej 2
*bunga raflesia
*melawat kg org asli
*jenut / sira


Pakej meliputi: 
A) Lawatan Perkampungan Orang Asli Royal Belum.
B) Lawatan Ke Kawasan Bunga Reflessia  Royal Belum.
C) Jungle Tracking Royal Belum.
D) Santuari Ikan Kelah Royal Belum
E) Air Terjun Royal Belum
F) Makan/minum.
G) Bot kecil untuk kegunaan memancing dan mendarat.









Caj Tambahan:
1) Permit RM15 seorang. Sila hantar salinan KP  dalam fail PDF semua peserta sekurang-kurangnya 3 hari sebelum hari kejadian.
Contoh
Nama : Ali Bin Abu
Kad Pengenalan : 123456-12-1234
No Telefon : 01234567890
Alamat : No. 30, Taman Gerik, Gerik, Perak

2) Upah Tour Guide RM150 sehari.
3) Upah Jurumudi bot RM150 sehari