Setelah 17 tahun ditutup, Mini Zoo Kuala Krai kini dibuka semula. Mini Zoo Kuala Krai dengan berwajah baharu bakal menjadi tarikan kepada warga Kelantan khususnya dan para pelancong yang berkunjung ke Kuala Krai. Hari ini saya bersama-sama keluarga sempat ke sini untuk melihat dan merasai sendiri suasana di sini.
Showing posts with label zoo. Show all posts
Showing posts with label zoo. Show all posts
Saturday, July 30, 2022
Thursday, January 12, 2017
Apa yang Menarik di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman?
Kalau berkunjung ke Kemaman Terengganu, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Taman Rekreasi dan Zoo Kemaman. Biarpun tidak setanding dengan Zoo Negara, tetapi cukuplah sekadar untuk berekreasi bersama ahli keluarga. Saya dan keluarga juga baru pertama kali sampai ke sini. Dibuka bermula 9 pagi hingga 5 petang. Tiket masuk untuk dewasa RM 10, kanak-kanak RM 7 dan pelajar RM 6.
Saturday, August 20, 2016
Zoo Mini di rumah Kediaman
Berkunjung ke rumah seorang rakan sekerja baru-baru ini telah memberi satu gambaran tentang hobi memelihara binatang ternakan. Berada di kawasan kediamannya seolah-olah berada di sebuah zoo mini. Pelbagai spesis burung, ayam, itik, serati, angsa, kambing hinggalah kepada monyet. Wah! meriah betul. Inilah yang dikatakan minat atau hobi memelihara binatang. Meluangkan masa bersama binatang ternakan seolah-olah satu terapi, boleh melupakan sejenak permasalahan kerja. Nampak mudah tapi hobi ini memerlukan komitmen yang tinggi khususnya dalam aspek penjagaan makanan, minuman dan kesihatan binatang ternakan. Bukan semua orang boleh melakukannya. Kalau ada minat sekadar hangat-hangat tahi ayam, baik fikirkan semula hobi ini. Jom tengok beberapa koleksi foto yang sempat saya rakam.
Tuesday, November 17, 2015
Mini Zoo di rumah
Wah...bestnya kalau dapat buat mini zoo atau landskap taman macam ni kat rumah. Ada air mengalir, burung-burung dan rusa. Sungguh mendamaikan. Pagi-pagi sebelum ke tempat kerja boleh beri makan haiwan ni dulu..Realitinya, kena tengok bajet yer. Mesti banyak juga kos diperlukan. Satu lagi kena maintain penjagaan haiwan peliharaan. Kalau tak...mati kelaparanlah jawabnya..
Tuesday, May 12, 2015
Zoo Taiping & Night Safari
Zoo Taiping...kami datang! Kunjungan ke Zoo Taiping & Night Safari ini merupakan kunjungan kali kedua kami. Sebelum ini kami ke sana pada waktu malam untuk melihat sendiri night safari. Macam tak best jer datang waktu malam sebab tak dapat melihat dengan lebih dekat penghuni zoo. Ada yang dah tidur pun! Kali ni datang waktu siang...dapatlah tengok dengan jelas.
Subscribe to:
Posts (Atom)