Baru-baru ini Cik iena berkesempatan menghadiri
Taiwan Excellence
Esports Cup 2019 Grand Finale yang berlansung
di
Berjaya Times Square. Ini merupakan kali ke dua Cik iena ke Esports Tournament. Jika sebelum ini Cik iena ke
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 10th and Final Qualifier Tournament di Battle Arena Malaysia. Kali ini Cik iena ke Grand Finale pula.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Pengalaman semasa berada di kejohanan ini sememangya pengalaman yang menarik. Berbeza dengan 10th and Final Qualifier Tournament tempohari yang diadakan secara tertutup di Battle Arena Malaysia , kali ini ianya diadakan secara terbuka di dalam pusat mebeli-belah
Berjaya Times Square.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale ini disambut meriah
dengan kehadiran
Komuniti Gamers Malaysia dan juga pengunjung-pengunjung pusat membeli belah Berjaya Times Square. Kejohanan ini berlansung selama 3 hari iaitu 11-13 Oktober 2019.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Sebelum Cik iena berkongsi lebih lagi mengenai
pengalaman Cik iena di
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square . Cik Iena kongsikan
terlebih dahulu mengenai
Esports dan
Taiwan Excellence Esports Cup.
Apa itu eSports
Sukan
elektronik (
e-sukan) atau lebih dikenali sebagai
E-Sport adalah sejenis
sukan yang menggunakan elektronik-elektronik yang terdapat di dalam
kehidupan seharian seperti
Dota 2,
Counter Strike,
League of Legends dan
banyak lagi.
e-Sukan merupakan sebuah industri baru bukan sahaja kepada
pembangunan permainan video tetapi ianya merupakan industri dan sumber
ekonomi baru kepada individu yang meminati permainan video secara
positif.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Dalam permainan
e-Sukan para pemain selalunya
akan dibayar apabila bermain permainan video tersebut. Sukan elektronik
sebenarnya telah mendapat tempat dihati rakyat Malaysia dari hari ke
hari serta sokongan dari pelbagai pihak swasta dan kerajaan.
eSports
sudah menjadi salah satu sukan yang terbesar dan paling popular di
seluruh dunia secara beransur-ansur. Di Malaysia, bilangan peminat dan
penggemar eSports sentiasa bertambah pada kadar yang sangat
memeranjatkan.
Mengenai Taiwan Excellence?
Taiwan
Excellence merupakan sebuah badan kerajaan yang ditubuhkan hasil
kerjasama antara
Taiwan External Trade Development Council (TAITRA) dan
Taiwan Minitsry of Economic Affairs (MOEA) yang bertujuan untuk
mengiktiraf produk-produk inovatif keluaran Taiwan ke seluruh dunia.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Seperti
yang anda sedia maklum produk-produk
Taiwan sangat tidak asing di
negara kita di mana kebanyakkan produk inovatif Taiwan memberi memberi
impak nilai terbaik. Ini kerana produk-produk Taiwan yang dieksport ke
luar negara telah melalui proses yang amat tinggi dan telah diiktiraf
dari sudut R&D, reka bentuk, kualiti dan juga pemasaran.
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Berikutan kejayaan kejohanan
Taiwan Excellence eSports Cup yang dilancarkan pada bulan April tyang lalu, kejohanan ini akhirnya telah tiba di puncak kemahsyuran, pusingan Grand Finale. Sepanjang perjalanan kejohanan ini,
Taiwan Excellence Esports Cup telah merangkumi lebih 10 pertandingan LAN dan online yang dianjurkan di dalam negara, menyaksikan 283 pasukan dan 1,415 peserta bersaing antara satu sama lain untuk kelayakan ke pusingan seterusnya yang direbuti ramai.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Kejohanan selama tiga hari ini akan menyaksikan
atlet-atlet e-sukan terbaik Malaysia untuk bertarung dalam 3 kategori gaming utama yang berikut, CS: GO, DotA 2 dan League of Legends. Juara bagi setiap kategori akan memenangi RM10,000 masing-masing dan pasukan yang menjuarai kategori CS: GO akan menerima tiket keemasan ke
Taiwan untuk bertempur dengan empat negara-negara lain yang iaituTaiwan, Thailand, Filipina dan India. Pemenang diantara 4 negara ini akan menerima hadiah utama tambahan sebanyak US$ 2,000.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Sejak permulaan kejohanan ini,
Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC) telah menyuarakan sokongannya terhadap kejohanan ini kerana ianya merupakan satu peluang yang baik untuk belia kita pada zaman ini untuk menyerlahkan bakat-bakat mereka menerusi platform #HealthyGaming.
Dengan semangat yang tinggi, wakil dari Pejabat Ekonomi dan Kebudayaan Taipei di Malaysia, Anne Hung berkata,
“Apabila kami memulakan (kejohanan) tahun ini, kami memang berkeyakinan dapat membawa dan menyampaikan mesej kami kepada peminat-peminat esports dan penggemar-penggemar teknologi di Malaysia. Kejohanan ini merupakan cara kami mempamerkan hasil-hasil inovasi Taiwan yang terbaik melalui platform yang menarik dan interaktif.”
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Kejohanan ini juga telah mendapat sokongan dari jenama-jenama
Taiwan termasuk
Aorus, Aero,
Coolermaster,
InWin,
MSI,
Predator,
Republik Pelayar (ROG),
TeamGroup,
Thermaltake,
Transcend,
XPG,
ZADAK, dan
Zowie. Penglibatan mereka telah memberikan peluang kepada rakyat Malaysia untuk mengalami pengalaman tahap tertinggi
e-sukan melalui kejohanan ini.
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Orang ramai dialu-alukan untuk menyertai acara-acara gaming sampingan seperti
Tekken 7,
Super Smash Bros,
PES 2019, dan
Mobile Legends: Bang Bang. Pemenang acara-acara ini akan pulang ke rumah dengan hadiah wang tunai sebanyak RM9,000 di saku mereka. Tambahan lagi, terdapat juga beberapa aktiviti yang menyeronokkan seperti
mini DotA 2, pertandingan pemasangan komponen-komponen esport, pelelangan produk-produk esport pada harga eksklusif yang mampu menaikkan taraf kelengkapan gaming gamers, serta cabutan bertuah dan hadiah-hadiah percuma untuk semua peserta!
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
 |
Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale di Berjaya Times Square |
Apa yang menarik, Semasa Grand Finale mereka menpamerkan produk-produk terbaru seperti Predator Thronos yang bernilai lebih daripada RM40,000, dan
ROG Phone II, yang belum dikeluarkan di pasaran Malaysia. Ia akan membuat penampilan buat kali pertama di Malaysia untuk tontonan orang ramai.
TEEC pasti akan menjadi perayaan esports meriah yang dilengkapi dengan pelbagai acara untuk hiburan peminat-peminat esports dan sesuai untuk dijadikan acara himpunan bagi para gamers.
VLog Taiwan Excellence Esports Cup 2019 Grand Finale
Selain
menyaksikan perlawanan diantara peserta, Cik iena juga
berpeluang melihat produk ROG yang terdapat di Taiwan Excellence
Esports Cup 2019 tersebut. Berikut Cik iena kongsikan gambar produk-produk yangterdapat di TEEC 2019

Untuk maklumat lanjut
Website :
http://taiwanexcellence.com.my/teec2019
Facebook :
https://web.facebook.com/TaiwanExcellence.MY
Instagram :
https://www.instagram.com/taiwanexcellencemy/