Tuesday, February 06, 2018

Foodhunting di Madani Food Station

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!
Dah lama pulak rasanya tak makan dekat luar. Eh, yeke? Bukan baru next-next week lepas kau ke festival makanan thailand ke? Eh, eh, aah lar. Kali ni keluar makan dengan rakan-rakan sekerja kilang tu. Pakat-pakat dah masuk gaji, malam tu pulak OT tak ada. Jadi semua pakat free.

madani food station


Cik Timm pun 1st time makan dekat sini. Madani Food Station mengamalkan konsep open space. Lepas tu ada pelbagai gerai makanan dan minuman yang boleh dipilih pelanggan. Western ada, grill ada, putu mayung ada, shellout ada, cendol pun ada. Senang kata memang 5-10minit juga berfikir nak makan apa, susah betul nak buat pilihan.

Akhirnya, Timm try coconut shake dengan nasi ayam grill. Kawan-kawan Timm ada order cendol+durian+pulut, nasi goreng dengan cheesy chicken chop.


madani food station, coconut shake, cendol durian


Timm memang recommend cendol dia, tapi silalah order satu je. Sebab satu mangkuk dia dah berharga RM10 dan portion dia sangatlah banyak dan mangkuk besaq kot. Memang susah nak habis kalau makan seorang. Tapi, harga memang kena dengan portion dia. Pulut dia banyak berwarna warni, aiskrim vanila 1 scoop, seketul durian dia pun bukan main besaq. Coconut shake pula tak silap RM2, rasa biasa-biasa je. Tak boleh lawan D'Coconut Shake Kulim otw ke Tesco tu. Kak Yu Timm dah lama dah teringin cendol, memang semangat dah mengajak dengan suami dia.


madani food station


Menu kedua yang Timm recommend, Nasi Ayam Grill. Untuk hidangan ni kena order di gerai Sarnie's Grill Corner. Kambing bakar pun ada untuk penggemar kambing. Sedap, ayam dia lembut je. Sesuailah untuk si gigi besi macam Timm. Kuah yang disediakan blackpepper sauce dengan air asam. Coleslaw pun ada dengan sup. Nasi dia sikit bagi Timm. Harganya RM10. Disebabkan lapar lagi, Timm order cheese wedges di gerai lain. 


madani food station


Menu ketiga yang best, cheesy chicken chop dari Rayyan Western Corner. Ayam dia punya besaq, kena dengan kuah dia yang cheesy tu memang marvelous. Harga RM12.90. Kawan Timm makan memang tak habis, kami pakat-pakat tolong habiskan sorang sikit. Ada fries dengan red bean sekali satu set. Cheesy Wedges pun Timm beli dari gerai ni jugak, RM5.50. Kurang best sebab kentang macam kurang masak.


Kami ke sini selepas balik kerja, hari biasa pulak tu. Jadi tak terlalu ramai customer. Kebanyakan customer sini order cendol durian tu dengan chicken chop. 


Lokasi Madani Food Station adalah berdekatan simpang empat Lunas je. Kalau orang-orang Kulim nak try ke sini juga tapi tak jumpa, Cik Timm sertakan maps dibawah. Boleh waze je kan senang. Lagi satu tempat parking pun agak besar dan luas disediakan.




Selamat Mencuba!


Madani Food Station
Masa dibuka: 5pm - 12pm
Alamat: Simpang Ampat Traffic Light Lunas,
09600 Lunas,
Kedah.

pss: next foodhunting~
Read More

Sunday, February 04, 2018

Resipi | Kerabu Sotong Simple & Mudah

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

kerabu sotong simple, kerabu sotong

Hai semua! 
Minggu lepas Cik Timm tiba-tiba craving gila dengan kerabu sotong. Aduhai, memang cecampak je apa yang ada dalam peti ais dengan pokok yang ada sekitar rumah. Nasib baik rumah kampung, semua ulam-ulam ada mak tanam. Nanti kalau Cik Timm ada rumah sendiri pun nak tanam jugak lah pokok-pokok yang penting macam serai, daun kucai, daun bawang ke? Kan-kan-kan.

Ok jum Cik Timm nak share resipi kerabu sotong versi campak-campak.

Bahan-bahan:

Sotong yang dah dicelur air panas.
Setengah bawang besar
3 batang serai
Sebatang cili merah
3 batang cili padi
Sekuntum bunga kantan
Sos ikan & jus limau secukupnya.
Garam & gula

kerabu sotong

Cara-caranya:

Semua bahan-bahan hiris halus. Sotong tu celup-celup dalam air panas, lepas tu gunting sikit. Dah siap semua, gaul je. Masukkan sos ikan, jus limau dan perasakan dengan garam dan gula. Adjustlah sampai dapat rasa yang anda suka. Siap! Lagi sedap kalau ada tomato dan daun ketumbar. Cik Timm korek dalam peti ais, tomato tak ada. Letak je apa yang ada. Malas betoi.

Sedap makan dengan nasi panas oi. Mak Cik Timm ratah macam tu je. Sedap katanya dapat makan serai fresh macam tu. Kami pun dah lama tak buat kerabu sotong.

Seronok kalau kita cuba masak resipi yang berlainan setiap hari. Cik Timm ni pemalas nak masak sebenarnya, hari cuti hujung minggu je nak tunggu masuk dapur. Itu pun jenuh, main campak je apa yang ada. Hahaha!

Dekat umah Cik Timm, bunga kantan dengan serai memang dah ada mak tanam. Bayangkan bunga kantan satu kuntum pun RM2.50 kalau bukan musim dia. Hahaha! Mahal betul, jadi rajin-rajinkan tanam tumbuhan yang kita boleh tanam di sekitar rumah. Boleh berjimat kan?

Apa lagi resipi menggunakan sotong yang simple? Ada suggestion tak? 
Read More

Saturday, February 03, 2018

Sabun SuzyHoney Herbs daripada Bahan Asli & Semulajadi

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!
Orang dahulu kala gemar menggunakan bahan-bahan semulajadi untuk digunakan dalam masakan, ubat-ubatan dan juga untuk kesihatan dan kecantikan. Contoh bahan-bahan semulajadi yang Cik Timm dengar mak selalu cerita, santan kelapa, halia, daun sireh, bunga-bungaan, kunyit dan sebagainya. 
Sebab tu orang tua dulu-dulu kuat. Tak macam sekarang, baru menginjak umur 30-series, macam-macam penyakit singgah. Mak Cik Timm pun boleh dikategorikan sebagai "orang lama" yang masih kuat meskipun sudah menginjak ke usia 70 tahun. Bayangkan, Cik Timm dilahirkan semasa mak dah masuk umur 43 tahun. Haaaa..percaya tak?
Dua Bahan Semulajadi Sesuai Untuk Wanita

Di sini Cik Timm nak berkongsi dengan anda semua dua bahan semulajadi yang baik untuk kita terutamanya kepada golongan wanita! 
Kunyit

Rasanya semua orang kenal dengan kunyit. Kalau pegang serbuk kunyit dengan tangan untuk buat ikan goreng, memang jari tu kuning je sampai tengahari. Mak kata, bagus kalau mak mertua tengok. Baru kata anak dara tu rajin masuk dapur. Eh!
Kunyit terkenal sebagai bahan tradisional yang wajib digunakan dalam masakan dan juga untuk kecantikan kulit dan wajah tau. Ia dikatakan dapat membantu mengecutkan jerawat, mengatasi kulit berminyak, menghilangkan kedutan dan garis-garis halus, mengatasi pigmentasi, menghaluskan tumit dan siku, membuang sel-sel kulit mati dan juga melambatkan pertumbuhan bulu roma. 
Sumber: hariansehat.com

Banyak kelebihan kunyit yang kita selalu jumpa di dapur ni. Bukan semata-mata sebagai serbuk goreng ikan je, hehe. Biasalah orang muda macam Cik Timm memang kurang tahu mengenai petua-petua tradisional orang dulu-dulu. Kena lebih banyak membaca untuk menambah pengetahuan.
Bunga-bungaan

Ehem, dah menginjak diusia begini, ada ja usikan kasar sebab belum berkahwin atau belum berjumpa jodoh, selalu orang akan kata, 'Kena mandi bunga ni!'. Ini adalah disebabkan mandi bunga dipercayai dapat memberi aura positif dan menaikkan seri wajah. Maksudnya senang jumpa jodoh la ye..

Jom Cik Timm kongsi cara-cara untuk mandi bunga;
Bahan-bahan yang diperlukan:
7 atau 9 jenis bunga tidak berduri
Bunga pelbagai warna (bunga jasmin & bunga cempaka wajib ada)
Satu botol air mawar
2 biji limau purut
Kaedah Penyediaan:
Jumlah jenis bunga mestilah angka ganjil, sama ada 7 atau 9. Asingkan bunga daripada daun dan dahan. Rendamkan bunga di dalam baldi atau besen yang diisi air. Tuang air mawar dan kacau. Belah limau purut dan hiris nipis-nipis. Rendam bersama campuran tadi semalaman. 

Cara Mandi:
Mandi bunga pada waktu pagi untuk kesegaran tubuh dan aura tenaga. Mandi dulu seperti biasa sebelum mandi bunga. Tidak perlu mandi lagi untuk membilas ritual mandi bunga. Mulakan dengan menyiram bahagian tubuh disebelah kanan sebanyak 3 kali diikuti dengan sebelah kiri. Seterusnya di bahagian kepala. Biarkan seketika sebelum anda berbungkus dengan tuala.

Sumber: pesonapengantin.com

Sabun Bahan Semulajadi dari SuzyHoney Herbs

SuzyHoney Herbs, Sabun kunyit, Sabun aura

Disebabkan kekangan masa dan peritnya untuk kita mencari bahan-bahan semulajadi di tengah-tengah bandar. SuzyHoney Herbs telah mengeluarkan produk yang memudahkan kita. Terdapat banyak produk yang dihasilkan seperti face mist, feminine wash, shampo dan perapi, dan sabun. Antara sabun daripada bahan asli dan semulajadi yang dihasilkan seperti Sabun Gelenggang, Sabun Neem, Sabun Kopi Scrub, Sabun Sireh, Sabun Mewangi dan sebagainya.

Cik Timm nak share 2 produk sabun yang telah dicuba oleh kami sekeluarga.

Sabun Kunyit SuzyHoney Herbs

sabun kunyit, sabun suzyhoney herbs

Nama je sabun kunyit, tapi bau dia wangi pulak. Lepas balik dari kerja mesti Cik Timm mandi dengan sabun kunyit ni. 
Antara khasiat Sabun Kunyit SuzyHoney:
  • Mencerahkan kulit wajah dan badan.
  • Menegangkan kulit.
  • Sebagai antiseptik membunuh kuman.
  • Melembut dan melicinkan kulit.
  • Melembapkan kulit.
Bahan kandungan: Serbuk kunyit, Vegetable glycerin organic, Jojoba oil & Vitamin E.

Harga: RM18

Sabun Aura SuzyHoney Herbs

sabun aura, suzyhoney herbs
Sabun Aura selalu Cik Timm guna kalau nak keluar berjalan-jalan ke atau keluar dengan yang tersayang ke. Eh! Kalau sabun badan dengan sabun ni, bau dia boleh  mewangi satu bilik air tu. Kadang-kadang Cik Timm tak pakai perfume dah sebab rasa segar dan wangi jer.
Antara khasiat Sabun Aura SuzyHoney:
  • Memberi aura yang menarik dan awet muda.
  • Membersihkan diri dari anasir negatif.
  • Menegang dan mencantikkan kulit.
  • Dapat mengurangkan stress.
  • Mengembalikan kesegaran tubuh.
Bahan kandungan: Rose, Iris, Lily, Saffron, Ylang ylang, Melati, Jasmine, Vitamin E, Vitamin C & Evening primrose oil.
Harga: RM25
Jom bertukar kepada sabun yang dihasilkan daripada bahan semulajadi dan diproses secara homemade tanpa bahan kimia. 
Anda berminat dengan sabun diatas? Jom dapatkan Sabun SuzyHoney Herbs di bawah ini 👇
Instagram: www.instagram.com/suzyhoneyherbs
Facebookwww.facebook.com/SuzyHoneyofficial

Selain itu, jika anda berminat untuk menjana income secara dropship atau ingin menjadi agen SuzyHoney Herbs, boleh terus;
WhatsApp: +60164229686
Read More

Monday, January 29, 2018

GIVEAWAY SOUVENIRS PULAU JEJU BY SITIYANGMENAIP & SALBIAHM

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!


Jom join Giveaway dari kak Sym & kak Sal.

Syarat-syaratnya simple je, hadiah pun cenderahati comel hasil dari travel diorang ke Jeju Island baru-baru ni. Penat stalk status IG kak SYM. Ngeh3..

Jom join jom.

Boleh klik link di banner di atas ye.

Selamat Mencuba!
Read More

Sunday, January 28, 2018

Pengalaman Setahun Dua Bulan dengan Braces

Assalamualaikum & Salam Sejahtera


Hai semua!

braces, braces malaysia, klinik swasta

20.01.2018 - Seterusnya warna peach, tak ingat pernah pakai ke tidak warna ni. Main pilih je, tak tau nak pakai warna apa dah.


Doktor bagitau, next month baru Cik Timm pakai power chain balik. Sakit tu power chain, memang seminggu lah sengal-sengal. Don't care, asalkan gigi cepat cantik!


Kali ini dah kali ke-11 appointment gigi. Pagi tu Cik Timm terbangun lambat, kalut bersiap ke klinik. Nasib baik tak ramai lagi yang beratur, Cik Timm giliran no. 3 je. Sekejap je settle sebab tukar getah je. Bukannya apa, Klinik Pergigian Doktor Juliana ni sentiasa ramai orang. Dulu Cik Timm ke sini kerusi menunggu sikit je, sekarang dah banyak kerusi yang disediakan. Itu pun ada yang perlu berdiri sementara menunggu rawatan.


Semoga klinik ini terus sukses, bukan senang nak jumpa Doktor melayu wanita pakar dalam pergigian. Kemudahan untuk para wanita kan? Sebab tu ramai perempuan yang datang ke sini. Agaknya lebih selesa. 


braces, kpdj. klinik pergigian doktor juliana

Tak sabar nak menunggu gap ni hilang. Buat masa sekarang, kadang-kadang rasa sakit juga bila cangkuk besi tu bergerak ke tempat baru. Senang bibir terluka dan ulser. Cik Timm dah stand-by krim Bonjela dalam simpanan.


Cepat bukak braces, cepatlah Cik Timm mencari cinta. Eh???


Jom kongsi pengalaman anda berbraces. 
Ramai yang mencari info mengenai braces ni tau!


Untuk keterangan lanjut kos rawatan boleh ke sini tau.
Read More

Thursday, January 25, 2018

5 Tempat Menarik yang Ingin Dikunjungi Cik Timm

Assalamualaikum & Salam Sejahtera

Hai semua!

Tabung Travel

Sambil-sambil tengok calendar kerja Cik Timm, baru perasan bulan depan ada perayaan Chinese New Year. Paling penting tengok hari cutinya. Fuiyo! 4 hari cuti bermula dari 15 – 18 Februari 2018. Ini kalau duduk rumah memang mereput dan boring. Rugi kalau tak pergi bercuti. Nampaknya bulan ni memang kena kerja OT setiap hari untuk kumpul duit lebih untuk tabung travel.

Nak tengok tak senarai tempat yang Cik Timm teringin nak pergi? Ada 5 tempat wishlist yang Cik Timm senaraikan, InSyaAllah one fine day Cik Timm akan sampai ke sana!

5 Tempat Menarik Yang Cik Timm Ingin Kunjungi

Penang Escape Theme Park

penang escape theme park, pulau pinang, escape park 
Sumber: tempatmenarik.my

Cik Timm suka dengan aktiviti yang lasak dan mengeluarkan peluh. Pulau Pinang mempunyai tarikan terbaru iaitu Penang ESCAPE Theme Park. Tempat ini baru dibuka pada November 2012, ESCAPE dicipta oleh Sim Choo Kheng, yang mempunyai banyak pengalaman membina theme park di luar Negara dan dalam Malaysia. Tetapi, ESCAPE menggantikan theme park biasa yang menyediakan permainan yang moden seperti roller coaster. Di sini kita dapat bermain permainan sukan yang ekstrem di samping beriadah bersama keluarga atau kawan-kawan. Paling comel, game naik pokok nyoq (pokok kelapa) pun ada. Mana nak cari permainan zaman kanak-kanak dulu sekarang ni. Alang-alang badan masih sihat dan mampu untuk melakukan aktiviti fizikal ekstrem, rugi tak singgah sini.

Desa Cattle Dairy Farm, Kundasang


Sumber: tempatmenarik.my

Nak ke New Zealand jauh sangat. Jom kita ke Sabah je. Hehe, asyik ke pulau pulak. Jom kita ke tempat yang sejuk dan nyaman sikit. Kundasang memang dalam wishlist Cik Timm, one fine day dengan orang yang tersayang. Eheh.. Desa Cattle Dairy Farm terletak di kaki Gunung Kinabalu. Ramai kawan-kawan Cik Timm yang dah berkesempatan ke sana. Suka betol Cik Timm tengok lembu hitam putih bertompok hitam. Teringat gambar di susu paket jenama Fernleaf. Selain itu, terdapat aktiviti yang pemprosesan susu yang kita dapat tengok dengan mata sendiri. Asyik minum susu je, prosesnya kita tak tahu kan? Lepas tu, dapat juga shopping barangan tenusu di sini macam susu segar, aiskrim dan dadih.

Pulau Dayang Bunting


Sumber: percutianbudget.com

Mesti semua pelik, Cik Timm dah pernah ke Pulau Langkawi kan. Banyak kali pulak tu. Tapi kan, sepanjang Cik Timm bercuti ke sana, tak pernah lagi sampai di Pulau Dayang Bunting. Sedih tau.. Nak buat macamana, kekangan masa. Pulau ini terkenal dengan lagenda Mat Teja bertemu jatuh cinta pada Puteri Mambang Sari di tasik tersebut. Mereka berkahwin dan dikurniakan seorang putera. Namun, putera mereka meninggal dan dikebumikan di tasik itu. Puteri itu berdoa supaya semua wanita yang susah untuk mendapat anak menjadi subur setelah mandi di Tasik Dayang Bunting. Bukit di belakang Tasik Dayang Bunting pula berbentuk seperti wanita yang mengandung. Cik Timm sebenarnya nak tengok keajaiban tasik ini yang dikelilingi air laut, walaupun hanya dipisahkan 30meter. Ajaib kan?

Phi Phi Island (Pulau Phi Phi)


Sumber: phiphi.phuket.com

Cik Timm memang penggemar laut dan pantai ataupun Thalassophile agaknya. Setiap kali tension, nak pi pantai. Setiap kali happy pun nak pi pantai. Acaner tu? Agaknya disebabkan oleh kos study waktu di zaman degree kot. Oklah, mungkin juga kot. Baiklah, Pulau Phi Phi terletak di Phuket dan Krabi. Pulau ini terkenal dengan kebiruan warna laut yang kaya dengan hidupan laut, pantai yang putih bersih dan pembentukan batu yang menarik. Memang geram tengok dalam gambar-gambar dari lensa gambar pelancong yang ke sana.

Selain itu, Phi Phi terbahagi kepada 6 pulau. Ada antara pulaunya iaitu Maya Bay merupakan salah satu dari set penggambaran The Beach (pelakon Leonardo Di Caprio) difilemkan. Apa yang Cik Timm nak buat kalau di sini? Semestinya snorkeling dan island hoping di semua kawasan pulau yang ada! Biarkan muka terbakar, tapi puas hati dapat berendam dan tengok hidupan laut di sana.

Namsan Seoul Tower

Sumber: dreamer.id

Yes, memang Cik Timm dah jatuh hati dengan Korea Selatan kerana dipengaruhi dengan cerita-cerita Korea yang Cik Timm tonton. Lagipun Namsan Tower sentiasa ditunjukkan dalam setiap drama dan program TV diorang. Namsan Seoul Tower atau N Seoul Tower adalah satu daripada tarikan pelancong ke Seoul. Pada 1969, menara ini diwujudkan sebagai menara telekomunikasi untuk menghantar isyarat TV dan radio. Selepas diambil alih oleh CJ Foodville pada 2005, N Seoul Tower dibuka untuk orang ramai dan merupakan mercu tanda di sini. Menara ini mempunyai ketinggian 480m diatas paras laut, didirikan diatas Bukit Namsan dan menara itu sendiri berketinggian 236.7m menjadikan menara paling tertinggi di Seoul. Macam menara Kuala Lumpur kan sebab dibina di atas bukit.

Traveloka Fly & Win CNY Contest


Nanti kejap, baru tengah duduk korek-korek duit tabung travel, tiba-tiba Traveloka ada buat contest lagi! Pemenang yang bertuah akan memenangi pakej percutian termasuk tiket kapal terbang dan kemudahan lain. Contest ini akan bermula dari 22 - 28 Januari 2018!

1st : Trip ke Seoul, 6 hari 5 malam untuk 2 orang.
2nd: Trip ke Phuket, 5 hari 4 malam untuk 2 orang.
3rd: Trip ke Langkawi, 4 hari 3 malam untuk 2 orang.

Hadiah lain untuk direbut adalah dua RM1000 Traveloka voucher!


Contest ini adalah berkonsepkan kepada mini game yang sangat-sangat senang. Anda Cuma perlu “Log In” akaun Facebook anda dah boleh terus “START GAME”. Kemudian boleh share score anda Facebook. Selain itu, ada beberapa terma dan syarat serta cara permainan turut disertakan seperti contoh di atas tu.


Nampaknya bolehlah Cik Timm save budget sikit, tak perlu susah-susah untuk penuhkan tabung travel. Masuk contest je dengan Traveloka, mana tau ada rezeki jadi salah seorang pemenang hadiah diatas. Cik Timm suma score 21 je, nampak sangat jarang main game. Selamat Mencuba!

Jadi apa yang anda tunggu lagi, jom cuba Traveloka Fly & Win CNY 2018 contest atau layari laman web Traveloka untuk maklumat lanjut!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com