Hai korang!
Duduk lama dekat rumah memang membosankan betul tak? Cik Timm sendiri pun hanya keluar untuk beli groceries dengan pemeriksaan klinik jer. Selain dari tu, memang memeruk dalam rumah layan blog dan netflix. Langkah berjaga-jaga memang diambil disebabkan kes Covid-19 yang semakin spreading meluas. Bayangkan dekat daerah Kulim yang biasa-biasa ni pun banyak Kluster baru yang muncul. Semalam pun nurse dah pesan supaya lebih berhati-hati sebab taman perumahan sebelah taman Cik Timm ni baru sahaja selesai dibuat Covid testing beramai-ramai. Kecut perut balik dari klinik, ada 3 kereta kebal polis dan satu trak polis ke taman yang berdekatan.
Sebelum Covid, zaman bekerja dulu setiap 6 bulan sekali atau setahun sekali mesti wajib bercuti. Kadang-kadang bukan bercuti jauh pun, dekat je cuma staycation sehari tidur hotel pun rasa nikmat betul. Agaknya aura bilik hotel yang kemas dan bersih buat kita rasa tenang dan hilang semua stress. Tetapi semuanya berubah apabila negara kita dilanda Covid. Sektor pelancongan ditutup dan seterusnya memberi impak kepada industri yang bergantung harap kepada sektor tersebut, antaranya ialah perhotelan. Bayangkanlah, hotel yang berprestasi dan mewah pun boleh gulung tikar disebabkan wabak Covid ni.
Korang ingat lagi tak waktu Covid-19 dah mula reda pada tahun 2020, industri pelancongan telah dibuka. Cik Timm sempat tau bercuti di PD konon untuk menyambut bachelor party dengan kawan-kawan rapat. Pertama kali bermalam di hotel mewah dengan harga yang murah sebab ada offer sempena pembukaan semula industri pelancongan. Ramai betul yang keluar bercuti waktu tu. Itulah kali terakhir Cik Timm bercuti di hotel. Benda pertama kalau Covid-19 dah berakhir, Cik Timm nak bercuti! Tapi dulu zaman bujang, cara pemilihan hotel pun dah berubah sekarang memandangkan dah berkeluarga. Dengan keadaan sarat mengandung dan ada anak kecil ni, pemilihan hotel mestilah yang family-friendly dan selesa untuk semua.
5 Senarai Hotel yang Menarik di Malaysia
Lexis Hibiscus, Port Dickson
Ini antara hotel yang bertaraf 5 bintang dan harga untuk staycation semalam pun memang mahal. Tapi bagi Cik Timm sangat berbaloi dan kalau korang ada rezeki lebih boleh cuba untuk bermalam di sini. Bilik anda memang betul-betul atas laut, pemandangan pun cantik boleh tengok laut di bawah kaki.
Paling menarik, ada kolam mandi sendiri dalam setiap bilik. Sangat sesuai untuk yang berkeluarga. Mudah juga untuk isteri atau anak perempuan korang, nak mandi kolam pun selesa tak perlu pakai tudung. Sambil mandi, sambil menghirup udara segar dari laut, memang seronok! Bukan setakat kolam je, satu lagi kemudahan yang menarik adalah bilik sauna! Sambil berehat, mandi kolam, boleh berspa sendiri lagi.
Cik Timm kalau tinggal di hotel mewah macam ni memang tak keluar bilik dah, duduk terperap je sebab sangatlah selesa dengan kemudahan yang disediakan. Yang penting mesra juga untuk kanak-kanak, tapi korang kena pantau juga jangan dibiarkan mandi kolam sorang-sorang!
Berjaya Times Square, Kuala Lumpur
Cik Timm pernah ke sini untuk dinner company yang pertama. Memang best ballroom dia, besar dan makanan pun sedap! Berjaya Times Square adalah antara hotel 5 bintang yang terbaik di Kuala Lumpur. Pilihan bilik pun banyak jenis juga bergantung pada keselesaan ataupun kalau nak view yang cantik lebih mahal.
Apa yang best kalau stay sini? Cik Timm dulu waktu bekerja di Kuala Lumpur, kawasan ni memang selalu jadi tempat wajib untuk lepak, chill dan makan-makan. Kalau korang merancang nak staycation KL, Cik Timm memang recommend untuk stay hotel di kawasan ini. Korang nak makan, shopping atau pusing-pusing KL boleh jalan kaki je ataupun boleh guna LRT atau monorel. Selain itu, kalau ada kanak-kanak boleh bawa je jalan-jalan ke Theme Park dalam Times Square. Di Times Square ni bagi Cik Timm syurga sebab semuanya ada!
Lexis Suites, Pulau Pinang
Kenapa perlu pergi jejauh kalau nak cuba salah satu rangkaian Lexis kalau di utara semenanjung pun ada. Lexis Suites Penang merupakan salah satu hotels in Penang yang perlu dicuba. Cik Timm dah pernah ke sini untuk dinner company tempat kerja yang terakhir. Dinner kali ni special sebab kami dapat tinggal semalaman di sini.
Susun atur atur bilik dan juga kemudahan sama juga macam di Port Dickson. Tapi bagi Cik Timm lebih privacy sebab bertingkat-tingkat. Kalau di PD korang kena bayar booking untuk pastikan mendapat bilik yang tak mengadap bilik lain atau bilik yang menghadap pejalan kaki. Di Lexis Suites Penang pemandangan anda terus ke laut. Dalam bilik air pun ada disediakan tub mandi. Sambil berendam di dalam, nak tengok pemandangan di luar pun boleh, sangat sesuai yang datang bersama keluarga. Dapat pantau anak-anak korang sambil mandi. Hahaha!
Dash Resort, Langkawi
Andaikata kita dah dibolehkan untuk merentas daerah, memang Cik Timm nak ke Langkawi untuk bercuti. Ni bukan meLangkawi batas ya. Nasib baik ada juga satu pulau dalam Kedah ni, sebab Cik Timm ni memang pencinta laut! Dah lama jeling-jeling Dash Resort Langkawi ni sebab tengok ramai betul artis-artis yang berswafoto bercuti di sini. Cantik rupanya resort dia, unik sangat bilik dia. Sangat sesuai untuk yang suka bergambar.
Dah aim dia punya Dash Superior Garden dia, cantik betul bilik dia. Tak terlalu besar tapi ada macam taman di luar bilik dengan tab mandi besar. Seronok kalau bawa anak-anak mandi sambil berehat. Kalau nak mandi di outdoor pool di depan resort yang menghadap laut pun boleh. Seksi betul kolam dia, cuba korang type je #dashresortlangkawi di IG, memang cantik kolam luar dia.
Lagipun kalau bercuti di Langkawi ni, kita jarang akan stay dalam bilik lama-lama. Mesti akan berjalan-jalan keluar pusing satu Langkawi, menaiki kereta cable dan shopping coklat!
Smurf Inn Homestay, Cameron Highland
Nama pun Smurf, memang comel betul exterior dan deco dia. Macam masuk dalam perkampungan smurf pulak, mana tidaknya maknya pun memang layan cerita Smurf ni bukan setakat anak-anaknya. Salah satu tempat yang sangat worth it until bergambar. Deco dalam pula berkonsepkan english style deco, memang kena sangat tema dengan cuaca sejuk tu.
Selain itu, lokasinya di tengah-tengah kawasan antara Tanah Rata dan Brincang memudahkan kita untuk ke merancang percutian untuk ronda-ronda di semua tempat yang menarik di Cameron Highland. Tahun lepas memang ada merancang untuk bercuti ke Cameron Highland untuk berhoneymoon, tapi apakan daya kami kahwin pun dalam fasa PKPD, nak kemana pun tak boleh. Terperuk je di rumah, memang #stayathome je sampai naik bosan.
Ini adalah antara senarai beberapa tempat penginapan yang Cik Timm rasa menarik dan akan direpeat lagi jika ada rezeki selepas Covid-19 berakhir. Sama-samalah kita berdoa dan yang pastinya semua ini akan berakhir jika kita sama-sama mengikut SOP yang ditetapkan. Sejujurnya Cik Timm pun dah rasa lelah dengan wabak ni, dengan tarikh kelahiran si kecil ni yang makin dekat. Susah sikit sekarang ni kalau ada urusan yang berkaitan kesihatan sebab kita perlu beri laluan juga untuk pesakit Covid-19 yang lain.
Stay Safe! Stay Home! Dan jangan lupa dapatkan temujanji vaksin anda!