Thursday, May 27, 2021
Review: Aiken Prebiotic Moisturiser Hydra Plus with Rice Water
Tweet |
Thursday, August 30, 2018
Review: My Beauty Mask dari MyProductCo produk 100% Korea
Tweet |
Sunday, August 12, 2018
Kelemumur Hilang Hanya Guna 2 Produk ni je!
Tweet |
Sunday, July 29, 2018
Masalah Jerawat Hilang dengan Adanya OXY
Tweet |
Saturday, July 14, 2018
Guardian SALE 50% Barangan Makeup!
Tweet |
Sunday, May 20, 2018
Review: FREEMAN Clay Mask + Scrub Cleansing Apple Cider Vinegar
Sebelum kering |
Selepas kering |
Macam-macam ada dekat Guardian! |
Tweet |
Monday, January 15, 2018
Guna RZAC Cosmetics je
Tweet |
Sunday, May 14, 2017
Review: Bioglo ClearPore Deep Cleansing Mask
Ini dia muka togel ye~ |
Gambar tipu ada beauty apps! |
Tweet |
Sunday, July 17, 2016
Tips: Newbie untuk Pemakaian Contact Lens
Tweet |
Saturday, July 16, 2016
Senarai Barangan Makeup Simple
Seganas-ganas Cik Timm pun, Cik Timm ada juga barangan makeup. Tengok video kat atas rasa berpinau-pinau mata tau.
Tweet |
Tuesday, July 22, 2014
Review: Safi Balqis White Trilogy |Serum|Gel Pengelupasan|Pencuci Muka
Lagi beberapa hari lagi kita akan menyambut Aidilfitri! Alamak, muka burn belum lagi recover. Nasib baik ada Safi Balqis White Trilogy..*sambil buat muka excited..
Dah macam iklan daa..
Alang-alang Watson buat sale sempena raya yang bakal menjelang, dapatlah aku beli extra care produk ni. Hari tu dah janji dalam entry ini kalau ada duit lebih nak beli.
Nak beli serum sahaja, tapi alang-alang ada 15% less. Dapatlah grab gel pengelupasan sekali dan aku tak pernah guna sebelum ni sebab produk dulu punya tak ada pun.
1. Pembersih Muka
Ni sebenarnya dapat free sebab beli serum. Untung dah di situ! Semua tau kan macamana nak guna pembersih muka walaupun produk berlainan.
2. Serum Pencerah
Sebaiknya serum dipakai selepas kita mencuci muka dan memakai toner. Kalau pemalas macam aku, pakai serum selepas mencuci muka sebab waktu tu, pori muka kita terbuka. Serum ni lebih efektif dari krim biasa sebab tekstur molekul dia yang kecik comei senang masuk dalam kuit kita. Sesetengah orang pulak tak suka pakai krim sebab berminyak, tapi kalau serum lebih menyerap dan langsung tak berminyak!
3. Gel Pengelupasan
Aturan penggunaan, dia kata 3 kali dalam seminggu. Senang jugak nak guna, urutkan gel ni diseluruh muka dan leher. Nanti akan keluar macam daki tau. Lepas tu, cucilah muka dengan air bersih. Disebabkan aku pemalas nak turun naik ke bilik air, aku cuci dengan toner jer. Pastu pakai serum pulak.
*sangat suka sebab kulit jadi lembut je, hilang segala gerutu macam permukaan bulan tu..hehe..
i loike this new safi!
Selamat Mencuba
Nak tengok kelebihan produk ni? Silalah ke sini
p/s: Kesan kepada pengguna berbeza tau! Kalau sesuai dengan produk ini teruskan. Kalau tak bolehlah cuba produk lain yang bersesuaian. Yang penting perlu berani mencuba!*kalau kulit anda jenis tak sensitif
Tweet |
Saturday, June 14, 2014
Review: Safi Balqis White Trilogy
Buat penggemar, Safi Balqis Perfect 10, sekarang ini telah ditukar kepada Safi Balqis White Trilogy. Jangan risau, produk yang sama cuma ramuannya dah dipertingkatkan untuk memastikan keberkesanan maksimum. Dan aku jugak baru tau..T_T
Aku ni jenis kalau guna sesuatu produk suka guna 1 set. Itu pun kalau ada fulus, kalau tak ada beli sikit-sikit dulu. Tak rugi pun, lagipun kita kena cuba dulu produk itu untuk memastikan tak ada efek buruk untuk kulit muka kita. Almaklumlah, setiap orang, sel kulit mukanya tak sama, walaupun kembaq sekalipun.
Apakah kelebihan Safi Balqis White Trilogy yang baru ini?
Arbutin: merangsang sel kulit, memulihkankan kulit dari kusam dan tidak bermaya.
Nanowhite: partikel halus yang berupaya meresap ke dalam lapisan kulit untuk menghalang pembentukan melanin punca tompok hitam dan kulit kusam.
Ekstrak kiwi: antioksida dan menggelupaskan kulit dengan lembut untuk sel kulit baru. Vitamin C di dalam kiwi membantu pencerahan kulit secara lembut dan selamat.
Fungsi produk ini:
|Membersih secara mendalam
|Mengecilkan pori
|Memudarkan cela
|Melindungi dari sinar UV
|Mencerahkan kulit
|Melindungi dari radikal bebas
|Menyamaratakan tona kulit
|Mengekalkan lembapan
|Menghaluskan kulit
|Melembutkan wajah
Pembersih & Penyegar 2 dalam 1
Rumusan bebas sabun yang mempunyai manik-manik warna biru comel yang mengandungi minyak bunga matahari sebagai antioksida yang memberi perlindungan kepada kulit. Membersih secara mendalam dan mengembalikan kesegaran tanpa menghakis lembapan semula jadi wajah.
Komen: baunya wangi sungguh, macam nak buat perfume pulak.
Nanti duit lebih sikit, nak rembat serum dia pulak. Review adik-beradik produk ini lagi akan menyusul..
Tweet |
Friday, May 30, 2014
Review: Enchanteur Paris Whitening Body Lotion
Sarawak ni nama ja banyak hutan, tapi panas dia "yaqpursallam". Aduhai, dulu aku sentiasa pakai kasut sneakers. Jadi putih sungguhlah kaki kalau nak dibandingkan dengan muka. Disebabkan kejadian kaki aku jadi sakit tu, maka aku kurangkanlah memakai kasut bertutup.
Masalahnya, sebulan aku bertukar kasut sandal, berbelang kaki! Masalah besaq ni. Aku tengok dah macam alien dah. Tengah kaki hitam, keliling putih.
Demi untuk mengembalikan kecantikan kulit sebenar, aku mencuba produk terbaru dari Enchanteur Paris. Body lotion atau serum ini ada 4 series.
All-in One Whitening
Set ini ada banyak kegunaan, untuk memutih, melembut dan ada pelindung dari cahaya matahari dengan SPF24+++.
- SPF24+++: memastikan kulit terhindar dari sinaran UVA & UVB matahari
- Licorine: mencerah dan mnyeratakan warna kulit
- Hyaluronic: untuk kelembapan 24 jam
Komen: Bau dia sedap macam aku pakai minyak wangi, aku suka pakai selepas solat. Losyen dia pun jenis tak melekit. Cepat menyerap, tapi seriusly lubang botol ni memang besar, pandai-pandailah nak guna supaya tak tersembur keluar semua. Dan aku sentiasa letak losyen ni dalam beg. Sebelum ni aku tak suka pakai losyen sebab macam melekit dan tak selesa. Tapi bukan dengan losyen ni. Aku bagi 4/5 bintang!
Firm & Repair
Set ini aku tengok macam lebih sesuai kepada mak-mak kita sebab dia boleh mengembalikan keremajaan dan menyihatkan kulit!
- Micro Collagen: menguat dan menganjalkan tisu badan, untuk keremajaan kulit
- Swiss Edelweiss: melindungi kulit dari radikal bebas dan memperbaiki kulit rosak di malam hari
Triple Whitening
Kalau rasa nak kulit putih bersinar bolehlah try set ni. Nama pun pencerahan sampai 3 kali berganda kan. Bahan yang terkandung adalah:
- Vitamin B3: dapat mengelakkan pigmentation dan memberhentikan pertumbuhan melanin yang menghitamkan warna kulit
- Sakura: membantu menyeratakan warna kulit
- Licorine: menghalang tumbuhnya pigmen gelap di kulit
Light & Fresh
Lotion ni lebih kepada water-based dan cepat menyerap da memastikan kulit cerah, segar dan lembap! Bagus untuk kegunaan diluar sebab baunya yang fresh dan segar walaupun dalam cuaca panas.
- Menghalang sinaran UV
- Licorine: mengelakkan pigmen gelap
- Poutulaca & Aloe Vera: melembapkan kulit
Tweet |
Friday, October 25, 2013
Review: Garnier Skin Naturals Light Skincare
Alhamdulillah kulit aku jenis kebal untuk semua produk. Selama aku mencuba pelbagai produk, tak pernah lagi merosakkan kulit aku. Kali ni aku nak review satu lagi produk dari Garnier sebab sebagai student, manalah aku mampu nak beli Bio-Essense T_T *BERKESAN WEHH!
GARNIER SKIN NATURALS LIGHT SKINCARE
Dalam apa-apa produk sekali pun, toner sentiasa penting untuk membuang segala kekotoran ataupun habuk. Maklumlah, lanie banyak sangat pencemaran! Pori-pori yang terbuka atau besaq pun boleh tertutup
Formula: Menggunakan esen limau asli.
Cara penggunaan: Gunakan kapas untuk apply di kulit muka 2x sehari. Kalau hitam kapas tu maknanya kotoq sungguh kulit muka anda!
2. Garnier Skin Naturals Light Complete Foam
Pembersih muka sangatlah penting tau! Kalau dah teruk sangat malas nak jaga muka cukuplah dengan membersih muka. Lagi bagus kalau cuci dengan air suam *takda kerja pulak aku nak panaskan air semata-mata untuk cuci muka kan..
3. Garnier Skin Naturals Light Complete Multi-action Whitening Cream SPF17Pembersih muka sangatlah penting tau! Kalau dah teruk sangat malas nak jaga muka cukuplah dengan membersih muka. Lagi bagus kalau cuci dengan air suam *takda kerja pulak aku nak panaskan air semata-mata untuk cuci muka kan..
Krim ni baunya wangi. Best kalau pakai. Kalau nak beli krim ni kena teliti betul-betul sebab ada 2 jenis. Aku beli yang SPF17 sebab sini panas gilak, satu lagi jenis SPF 15.
Formula: Mengandungi SnowPine C+ (10x efektif dari Vitamin C), esen limau asli dan SPF17/PA++.
Cara penggunaan: Selepas cuci muka, pakai toner, apply pulak krim ni. Lagi bagus sebelum keluar rumah, nanti nak main panas kan. Hahaha! Lagi satu, bila nak pakai bedak, dia senang melekat dan serata.
Keberkesanan: Parut jerawat hilang dalam masa seminggu..*parut yang masih baru memang senang hilang tau, sebab tu lepas kena jerawat cepat-cepatlah sapu dengan krim apa-apa je yang sesuai..
4. Garnier Skin Naturals Light Complete Multi-action Whitening Night Cream
Selepas kita cuci muka waktu malam, bolehlah apply krim malam ni pulak. Sambil tidur, kulit muka pun berehat sambil memperbaiki kulit muka dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati.
Formula: Esen limau asli, ekstrak Long Dan dan buah-buahan.
Belum try lagi pakai jenama Garnier, tapi macam best sebab pakai mask ni muka jadi sejuk jer. Kulit mati pun akan tertanggal, baru la senang kulit baru nak tumbuh dengan sihat!
Cara penggunaan: Selepas cuci muka, pakai mask sampai kering. Pastu bila dah kering, tarik slow-slow dari bawah. Cuci muka untuk buang bahan yang tertinggal.
Selamat Mencuba kawan-kawan!!!
Tweet |
Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com