Sunday, August 24, 2014

Tahniah!


Sekalung jutaan tahniah kepada adik-adik junior Batch-8 Palapes Udara UNIMAS yang telah ditauliahkan semalam, 23 Ogos 2014.
Tahniah sebab dah naik pangkat dari pegawai kadet kepada Leftenan Muda PSSTUDM. Kepada yang dah habis study, nanti kita berkonvo bersama-samalah pada bulan November ni. Kepada yang belum, teruskanlah perjuangan anda untuk mengejar segulung ijazah pulak.
Sekurang-kurangnya nanti yang masih sambung tu dapatlah tolong jurulatih a.k.a juruletih dekat pejabat di Kolej Kenanga tu. Lagipun geng kami ni ramai yang dah habis. Tak dapat dah nak menolong kalau ada event atau latihan.

Nak tengok pentauliahan aku tahun lepas? Bolehlah ke [sini].

Sumber gambar: Vice Canselor UNIMAS*tq sir, pinjam gambaq sat
Read More

Monday, April 14, 2014

Cuti Semester Berakhir..


Cuti seminggu mid-semester dah habis. Minggu ni kena on mood study balik. 

Nak tau apa aktiviti cuti aku minggu lepas?


Latihan Berterusan untuk PALAPES UDARA Unimas. Mesti confius bila tengok baju aku macam polis punya kan? Ni baju celoreng untuk TUDM sebenarnya..

Muka tak payah nak mention, memang hitam macam orang N---O. Aku ni dah la susah nak putih balik, mau berbulan baru hilang. Nasiblah, elaun punya pasal, sebab tu aku sanggup join. Masalahnya elaun semester lepas pun tak nampak rupa lagi. Acaner tu..

Dalam wallet ada RM3 ja, apa ja boleh buat dengan 3 hengget tu..

STRESS!!
Read More

Monday, March 03, 2014

My First Training


Disebabkan desperate sangat, masuk ajelah training semester ni. Kerja part-time di pasaraya dekat Summer pun tak dapat. Kawan aku dua orang dapat pulak. Stress + merajuk la aku dengan pasaraya tuh!

Pastu, semester ni, elaun untuk pegawai muda dah naik kepada RM100. Siapa tak nak kan dalam masa seminggu, training dua hari dah dapat RM200. Wau! Tapi kan, kalaulah elaun tu dia bagi daily sedap la..elaun yang semester lepas pun ada yang belum bagi lagi. Memang kering kontang aku dibuatnya.

Habis kawad kaki dengan hujan lebat di padang kawad. Aduhai, lebat sungguh hujan. Lagipun hujan rintik-rintik dari awal pagi tadi. 


Duty Officer
Kami berempat sahajalah wanita yang datang untuk training hari Ahad semalam. Geng lelaki ni rajin jugak join training yer..

Minggu ni, pening tengok nama bebudak kadet punya fail peribadi. Dok kemas fail-fail bagai. Pening sebab kita panggil nama lain, nama penuh punya lah sedap. Pening~
Tu pun tak siap lagi kerja tu, next-next week training bersambung la balik buat kerja failing tuh..

Balik rumah, semalam selepas mandi terus pengsan dah tak bangun..

Happy Monday guys..

p/s: banyak gila troll tak suka hari isnin, aku suka je sebab tak ada kelas hari Isnin & Selasa..thehehe..
Read More

Saturday, February 01, 2014

Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32


Punya lama aku nak post entry ni. Tapi asyik tak da mood ja. Cerita basi sungguh tapi nak post jugak!

Cerita apa?

Cerita tentang Istiadat Pentauliahan DiRaja Pegawai Kadet PALAPES ke-32.


Dalam jadual 2 minggu kan? Tapi disebabkan komitmen Projek Akhir Tahun aka PTA. Aku terpaksa join lewat seminggu. Biarlah lewat pun, asalkan projek aku siap sebab benda ni lebih penting dari segala-galanya untuk aku dapat ijazah weh..

Tapi alhamdulillah sebab ramai jugak yang naik flight sekali sebab masing-masing busy dengan PTA. HA! Yang lain naik bas 3 hari dari UNIMAS ke UMS. Aku dah pernah naik bas dah pi Sabah waktu 1st year. Tak mau dah sebab kematu bontot..

Aku bertolak ke sana 26 Jun 2013. Sampai sana agak kalut sebab kami yang baru sampai ni pun dah kena macam-macam, tak sempat nak rehat dah pun. Peh, mental-mental. Hostel penginapan pun atas bukit. Aduyai, memang parah paha & betis aku naik tangga hari-hari. 

Malam semua bersiap-siap pakai baju korporat untuk ke Malam Akrab Pegawai Kadet. Aku ingat lagi, kami duduk dibelakang student UPSI. Fuiyoh, cikgu-new-to-be tu..

Paling best malam tu pun sebab ada Jamal Abdillah. Persembahan lain pun ada, tapi sebab mind set nak tengok Jamal jer..

Sepanjang minggu tu jadual sama jer, pagi-petang=kawad. Pastu, malam=watikah. Universiti aku agak beruntung sebab semua masuk kawad. Yang mana datang lewat memang masuk belakang jer..=..=". Tak palah, tak da rezeki nak masuk geng yang bertanding. Kami yang still putih melepak ni mula la jadi buah mulut orang. Orang lain dah muka burn. Kenapa nak salahkan kami pulak, bukan niat kami nak datang lewat pun. Sakit pulak hati aku..

Selepas 3 hari buat rutin yang sama, ada aktiviti Ceramah Patriotik pulak. Penceramah oleh bekas Panglima Medan Tentera Darat Tahun 1999.

Tinggal 2 hari lagi untuk menempuh hari yang sebenar. Latihan memang non-stop & dah mula stress sebab semua jurulatih nak perfection. Masing-masing bawak nama universiti kan. Mesti la nak jaga standard. Pastu masing-masing nak bawak nama baju uniform yang duk pakai ni lagi..

Hari Sabtu, 6 Julai 2013 dah pun tiba. Pagi memang bangun awal sikit sebab nak pakai baju No. 1 memang terseksa jiwa raga. Dengan aksesori lagi segala bagai..

Nak tengok istiadat? 


Selesai kawad kaki, berlari-lari tukaq kasut, tukaq segala aksesori bagai. Naik bas ke Dewan Canselori pulak untuk watikah.

Punya tahan mengantuk Tuhan saja yang tau. Macam-macam aku buat, kacau orang, sembang-sembang. Tapi gaya duk control sebab tak boleh nak sembang-sembang pun dalam dewan tu. 

Akhirnya, my turn!

Sungguh hensem Sultan Kelantan. Nasib bek aku tak tergolek bila Sultan senyum..

Habis watikah, seronok lah siapa yang ada family. Pakat-pakat ambil gambaq bagai, geng yang family tak mai ni cepat-cepat naik bas balik hostel sebab lunch makan sedap! Lepas tu, kena pi dewan balik untuk sesi bergambar.


Ni lah skuad aku susah senang bersama-sama dari 1st year sampailah sekarang..
Esoknya pulak, Messnite di Sutra Harbour Resort. Petang tu kami dah ke sana & bersiap di sana. Rehearsal pun ada buat jugak. Sama jugak la dengan baju mess nite ni. Berselirat sungguh nak pakai. Makan pun cover je sebab bengkung ketat & aku duduk meja depan sekali. Makan cover-cover. Tapi kan, kalau ikut protokol hiasan tak boleh makan, lapaq punya pasai, licin pinggan aku sebat!


Menu:
Appetizer
Poached Prawn & Mango Timbale Laced with Thousand Island

Soup
Cream of Mushroom soup Served with Assorted Bread & Butter

Main Course
Oven Baked Beefsteak on Roasted Potato, Garden Vegetables & Black Pepper Source

Dessert
Green Tea Tiramisu

Coffee & Tea Served with Cookies

Sambil makan kena ikut iringan muzik. Muzik stop kena stop makan. Nak keluar dewan pun ada tatatertibnya jugak. Ada cheersnya bagai..banyaknyer protokol..



Habis aktiviti pentauliahan aku balik ke UNIMAS balik untuk selesaikan PTA & hantar thesis untuk supervisor.

Alhamdulillah. Balik kampung walaupun muka burn, kerja aku semua sudah selesai. Bersyukur sangat!

Terima kasih kepada readers yang sanggup baca entry yang terrr-sangatlah panjang nie..
Read More

Wednesday, December 25, 2013

My 10 Review in 2013 (Facebook) - PART 1


Korek-korek Facebook perasan tak dia buat "See Your 2013 Year in Review" dekat profile. Segala kenangan bermain-main kat kepala bila tengok balik..

 
1. Gambar ni time Majlis Penutup Kem Tahunan terakhir aku sebagai kadet PALAPES Udara UNIMAS. Peh, annual camp yang sangat dahsyat sampai kami masuk paper sebab banjir di tempat latihan sampai diselamatkan dengan JPA. Tema untuk malam tu, masquerate (bertopeng). Kalau nak tengok entry ni boleh check-out [sini] & [sini].

 
2. Status ni keluar sebab tengah serabut dengan mid-term exam dengan pta (Projek Akhir Tahun). Biasalah, mana ada kerja yang senang kalau kita nak buat sesuatu projek tu. Dengan supervisor yang sentiasa mengajar aku untuk sentiasa berdikari. Segala references aku cari sendiri, kalau tak faham sangat saja aku jumpa supervisor. Kalau tak, memang beliau suruh cari sendiri tau! Agak stress sebab kawan-kawan lain supervisor tolong. Tolong ikot waktu sampling, tengok sample, aku? Everything by myself..

 
3. Time ni masa sangatlah penting. Hidup aku dalam makmal 24 hours! Sebab samples aku sangatlah banyak. Lagipun kerja aku banyak main dengan mikroskop. Mau nak juling mata tengok diatom. Housemate susah sangat nak tengok aku di rumah. Pukul 8:00 am dah keluar ke fakulti masuk makmal (Botany Lab), pukul 11:00 pm baru balik rumah. Balik rumah semata-mata nak tidur dan mandi je. Nak tengok apa benda yang aku buat untuk PTA? Check [sini].

 
4. Rajin pulak aku keluarkan status sempena hari guru ni. Aku pun kurang ingat sangat.. =__=".. Kalau ingat balik kan, cikgu-cikgu tadika, sekolah rendah agak penting dan bawak banyak pengaruh untuk student. Dioranglah yang jadikan macamana aku sekarang. Bukan senang nak mengajar mengeja, mengira. Cikgu dulu-dulu garang, sentiasa rotan dekat tangan. Kalau tak siap kerja, tak dapat jawab soalan, tak bawak buku, kena berdiri atas kerusi, cubit perut, ketuk ketampi, piat telinga. Kalau zaman sekarang? Mau disaman cikgu tu.. Terima kasih cikgu!!

 
5. Menarik sangat, ada pelangi merentasi kampus dari barat ke timur. Setahu aku, hujung pelangi tu atas sungai kan? Orang tua-tua percaya dekat hujung pelangi tu ada harta karun! Waktu ni, aku sentiasa makan di Student Pavillion untuk makan wafer petang-petang. Sekadar nak keluar dari makmal sebab sejuk. Selalu sangat duit habis untuk makan-makan-makan. Badan duk lagu tu jugak..

 
6. Akhirnya setelah bermati-matian siapkan thesis PTA, pagi tu berjaya hantaq thesis! Memandangkan ramai dalam makmal Prof. Shabdin tu (port lepak bebudak akuatik sebab Wifi kuat..) yang mana yang ada petang tu, kami beramai-ramai makan KFC! Semata-mata nak raikan kerja makmal yang dah habis. Alhamdulillah, rasa lega masa tu. Walaupun 8 orang, kami berjaya muatkan semua dalam 1 kereta jip. Kalau tak silap time ni KFC promosi Spicy Korean Crunch Burger. Emm, sedapnya..

 
7. Ha! Ini adalah konvokesyen pertama aku sebagai PSSTUDM (Pasukan Simpanan Sukarela Tentera Udara Diraja Malaysia). Waktu ni tengah bersiap-siap untuk hari besaq esoknya, Pentauliahan Diraja oleh Sultan Kelantan. Sedih jugak sebab family tak dapat hadir sebab jauh sangat di UMS, Sabah. Waktu kat sana, jumpa semua kawan-kawan matrikulasi dulu. Menjerit-jerit kalau jumpa. Time ni muka memang terbakaq habis dah macam arang. Sampai sekarang muka aku ni berbalaq macam pakai topeng. Nanti kalau aku rajin aku buat entry tentang pentauliahan ni. Punya malas sampai publish entry bergambaq sekeping ja kat [sini] & [sini].Yea! Alhamdulillah, sekarang dah ditauliahkan sebagai Leftenan Muda PSSTUDM.


8. Haa, ni time Mess Night di Sutra Harbour Resort waktu malam terakhir kami di Sabah. Mess Night ni untuk Pegawai Leftenan Muda PSSTUDM yang baru ditauliahkan. Malam ni baru kami sesama kenal dengan skuad dari universiti lain. Lagipun kami dari Sarawak & Sabah ni kurang dikenali sebab kami tak pernah join latihan dengan universiti di semenanjung *sapa nak bagi ongkos kitorang naik kapal terbang ke semenanjung.. Pertama kali makan beradab dengan bengkung ketat. Alahai, susah benar nak makan. Cover sungguh. Tapi, pengalaman yang sussah nak cari. Alhamdulillah.. ;)

 
9. Sambutan Hari Raya Aidilfitri! Punya risau sebab muka hitam. Gedik sungguh, orang datang nak beraya, bukan nak meminang. Acece, lega sangat raya ni sebab semua kerja dah habis. PTA pun dah siap hantaq. PALAPES pun dah habis, study ja belum. Dua semester lagi tinggal untuk habiskan. Orang yang mai beraya pun semua tanya dah habis study atau belum. Pejam celik, pejam celik, aku dah habiskan 1 semester dah. Tinggal 1 ja lagi. Begitu cepat masa berlalu tanpa kita sedar..

 
10. Dalam masa sebulan berjaya buangkan rentung muka dengan bantuan Safi Balqis yang [sini]. Memang produk yang boleh dipercayai. Tapi sebab boring, tukaq pulak produk yang [sini]. Raya tahun ni aku tak menang tangan sebab yang ada dekat rumah, ada mak, Kak Ina & aku ja. Fuh, memang aku terperuk di dapur je untuk buat aiq + hidang kuih & ketupat. Ketupat tak payah bagitau, memang akulah tukang pembalut. Kuih raya pulak, Kak Ina dah buat doh, aku pulak yang kena siapkan kuih raya bagi habis. Itulah rutin harian raya untuk tahun 2013..


Jumpa lagi di PART 2 pulak ye..
p/s: tangan dah tak larat karang, nak sambung study balik..
Read More

Monday, December 23, 2013

Open Table Steamboat Batch 7


Tarikh: 22 Disember 2014 (Ahad)
Aktiviti: Steamboat
Anggota: My beloved skuad (Batch 7) + Tuan Shahir (ajutan)
Tujuan: Open table skuad dengan ajutan yang bakal melangsungkan perkahwinan!
Lokasi: Annuar Bbq Steamboat Corner, Kuching

Kami berlima + Humairah dari geng yang duduk rumah flat keluar awal ke Kuching untuk cari present. Hadiah wedding untuk ajutan yang dah nak kahwin. Kebanyakan ajutan yang datang Unimas ni mesti nak kahwin. Emm..

Pusing-pusing Parkson di Plaza Merdeka, Kuching. Akhirnya jumpa hadiah yang sesuai dengan budget. Alhamdulillah. Punyalah ramai bershopping. Mana taknya, kan hari minggu. Orang nak beli hadiah untuk Krismas lagi.


Selesai shopping, singgah Masjid Kuching untuk solat Maghrib..

Sampai je Annuar Steamboat, punyalah ramai orang. Hujan lagi, parking pun penuh. Sabaq ja lah. Nasib baik dah tempah, 3 meja dah di 'reserve' awal-awal untuk kami. Perut pun berbunyi kriuk-kriuk minta diisi.

The hunger game begin!

 

Yang lelaki berdua atas ni sangat pemalas nauzubillah ye. Nak kena tolong masak dan suap saja. Amboi, manja terlebih kan.

Perut kenyang menghentam semuanya yang ada depan mata. Lupa nak bagitau kan, harga steamboat seorang dah naik harga. Dulu RM20, sekarang dah naik RM22. Tapi berbaloi-baloi jugak sebab banyak pilihan + sedap!

Termangu kenyang tunggu makanan hadam. Hehehe..
Destinasi seterusnya, 'I-City' klon depan Plaza Merdeka. Walaupun hujan, kami tetap lepak sana untuk bergambaq.


Tuan belog pun nak jugak..

Walaupun keadaan hujan, anggap ja salji yang turun sebenarnya. Nak buat macamana, minggu ni memang kawasan Kuching dan sekelilingnya dijangka dalam cuaca hujan sepanjang hari. Tengahari pun hujan lebat sangat-sangat. Dugaan betul untuk orang yang nak study. Mata nak tertutup ja..T_T..

Selamat berstudy untuk student yang tengah struggle dalam study week ni..CHAYOK!!

Nak tengok cerita steamboat lagi?
Read More

Thursday, July 11, 2013

Airasia VS Malaysia Airlines


 29 Jun 2013
Kuching - Kota Kinabalu


Pertama kali naik flight dr Kuc-KK untuk Istiadat Pentauliahan Palapes Ke-32 di UMS, Sabah. Agak murah Malaysia Airlines kalau nak dibandingkan dengan Airasia sebab ada Promo. Harga tiket RM19 *tak termasuk surcharge lagi. Pertama kali jugak naik flight sebelah ada kawan. Selalu lonely ja*kesian. But, ok lah kan sebab...

1- Luggage free
2- Makan free
3- Keselesaan tiptop
4- Layanan tiptop

Selain tu, untuk 'ceramah' keselamatan yang pramugari dok 'hawing' tangan kiri kanan tunjuk pintu kecemasan tu tak dak dah. Sebab dia play je dekat skrin depan tempat duduk. Best skrin depan ni, nak tengok movie ka, dengaq muzik ka, pembayaran apa-apa ka, semua boleh.

Makanan yang diserve ada dua pilihan, Nasi Lemak or Chicken Noodle. Side dish ada buah tembikai susu, jus oren & coklat KitKat.

8 July 2013
Kota Kinabalu - Kuching


Daripada muka comei putih jadi hitam sudah. Nak balik ke Kuching lagi ramai budak-budak UNIMAS ni. Boleh dikatakan dalam flight tu kami ja. Kali ni pemandangan malam hitam pekat + lampu-lampu dari Kota Kinabalu je nampak. 

Menu untuk penerbangan malam tu, pilihan Main Course samada Fish & Rice or Chicken Noodle. Side dish ada kek, air mineral & coklat Kitkat *wajib je ada kan

Tersangatlah mengantuk walaupun aku lena lama gila kat KKIA (Kota Kinabalu International Airport) *hilang malu sebab mengantuk sangat!. Selamba ja tidoq.

I'Allah, 1 hari nanti aku berkunjung lagi ke Sabah walaupun ni bukan kali pertama aku menjejakkan kai di Negeri di Bawah Bayu ni. Aku teringin nak pi bercuti di Kundasang. Best kawan-kawan kata. 1 DAY!!

Jom Bercuti di Sabah

p.s : misi untuk putihkan kulit!

Read More

Tuesday, July 09, 2013

Leftenan Muda PSSTUDM


Bersama Best Cadet Palapes Udara UNIMAS

Read More

Saturday, February 09, 2013

Dinner di PUNCAK Bangunan


Aktiviti: Dinner Kem Tahunan Palapes Udara UNIMAS
Tarikh: 4 Februari 2013
Tema: Masquerate

Lokasi: Dewan Suarah Negeri
Tinggi tak lokasi dinner?
Komen: Lokasi tempat ok la, cantik sebab tinggi kan. Dapat tengok pemandangan yang lawa. Tapi,.. makanannya sangat sikit + ciput. Rasa pun biasa-biasa sahaja. Aku tak tau dia refill berapa kali. But, seriusly, makanan sikit gila!

Ucapan dari Anjutan, Tuan Shahir 
Mejar Shahril

Ada nasi putih, nasi goreng, ayam masak merah, ayam masak kuning, kerabu sotong dan sayur campur biasa.
Sambil-sambil makan, ada pertandingan karaoke, limbo dance, peragaan pakaian sambil pencarian Prince & Princess malam tu.

Nak tengok tak video aku 'menggedik+menyanyi'? Aduhai, inilah kali terahir aku buat macam ni. Lepas ni, dah taubat tak mau buat dah. Thank you Chang sebab rakamkan!


Lagu yang aku bawakkan tu lagu lama dari Siti Fairuz, Bila Rindu Ku Sebut Namamu. Klasik betoi! Pertama kali aku buat gila kacau meja VIP dekat situ. =..="

Apapun kami sebagai senior happy sebab kem ini merupakan kem terakhir kami setelah 3 tahun bergelar kadet. Penat lelah selama 3 tahun akan berakhir dan perlu bertahan selama 1 semester lagi untuk habiskan segala mende alah ni..


Habuan untuk malam tu. Karaoke no. 2 dan pertukaran hadiah!

Skuad senior yang mantap!
Skuad Junior yang sangatlah ramai! 
Skuad intermediate 
Hensemnya Rahul Syah. Hehehe..
Tak cukup ambik gambaq kat dalam, kat luaq dewan pulak.
Baju pinjam dari housemate sendiri. Hahaha! 
Balik kolej, perut minta isi lagi. Hadiah jadi mangsa kerakusan aku malam tu. Hahaha!
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com