Friday, October 25, 2013

Review: Garnier Skin Naturals Light Skincare


Alhamdulillah kulit aku jenis kebal untuk semua produk. Selama aku mencuba pelbagai produk, tak pernah lagi merosakkan kulit aku. Kali ni aku nak review satu lagi produk dari Garnier sebab sebagai student, manalah aku mampu nak beli Bio-Essense T_T *BERKESAN WEHH!

GARNIER SKIN NATURALS LIGHT SKINCARE
1. Garnier Light Milky Lightening Dew Toner
Dalam apa-apa produk sekali pun, toner sentiasa penting untuk membuang segala kekotoran ataupun habuk. Maklumlah, lanie banyak sangat pencemaran! Pori-pori yang terbuka atau besaq pun boleh tertutup
Formula: Menggunakan esen limau asli.
Cara penggunaan: Gunakan kapas untuk apply di kulit muka 2x sehari. Kalau hitam kapas tu maknanya kotoq sungguh kulit muka anda!
Pembersih muka, Garnier, Review
2. Garnier Skin Naturals Light Complete Foam
Pembersih muka sangatlah penting tau! Kalau dah teruk sangat malas nak jaga muka cukuplah dengan membersih muka. Lagi bagus kalau cuci dengan air suam *takda kerja pulak aku nak panaskan air semata-mata untuk cuci muka kan..
3. Garnier Skin Naturals Light Complete Multi-action Whitening Cream SPF17
Krim ni baunya wangi. Best kalau pakai. Kalau nak beli krim ni kena teliti betul-betul sebab ada 2 jenis. Aku beli yang SPF17 sebab sini panas gilak, satu lagi jenis SPF 15.
Formula: Mengandungi SnowPine C+ (10x efektif dari Vitamin C), esen limau asli dan SPF17/PA++.
Cara penggunaan: Selepas cuci muka, pakai toner, apply pulak krim ni. Lagi bagus sebelum keluar rumah, nanti nak main panas kan. Hahaha! Lagi satu, bila nak pakai bedak, dia senang melekat dan serata.
Keberkesanan: Parut jerawat hilang dalam masa seminggu..*parut yang masih baru memang senang hilang tau, sebab tu lepas kena jerawat cepat-cepatlah sapu dengan krim apa-apa je yang sesuai..
 
4. Garnier Skin Naturals Light Complete Multi-action Whitening Night Cream
Selepas kita cuci muka waktu malam, bolehlah apply krim malam ni pulak. Sambil tidur, kulit muka pun berehat sambil memperbaiki kulit muka dengan mengeluarkan sel-sel kulit mati.
Formula: Esen limau asli, ekstrak Long Dan dan buah-buahan.
5. Garnier Skin Naturals Light Peel Off Mask
Belum try lagi pakai jenama Garnier, tapi macam best sebab pakai mask ni muka jadi sejuk jer. Kulit mati pun akan tertanggal, baru la senang kulit baru nak tumbuh dengan sihat!
Cara penggunaan: Selepas cuci muka, pakai mask sampai kering. Pastu bila dah kering, tarik slow-slow dari bawah. Cuci muka untuk buang bahan yang tertinggal.

Selamat Mencuba kawan-kawan!!!
Read More

Wednesday, October 23, 2013

Wordless Wednesday @2



Read More

Saturday, October 19, 2013

Beraya Haji keboyotan


Masuk tahun ni dah 4 tahun aku beraya di bumi Kenyalang, Sarawak! Alhamdulillah tahun ni dapat suasana baru sebab pertama kali hidup di rumah sewa. Sebelum ni memeruk dalam kolej ja.

Seronok sebab Masjid dekat je, boleh la jalan kaki. 






Dalam masa selesai solat raya, dok menggedik-gedik mengambik gambo sepanjang nak balik rumah. Excited sungguh anak-anak dara ni hah.

Suasana raya rasa la jugak sebab kawan-kawan datang beraya. Tima kasih kepada sahabat yang mai umah no. Walaupun tak ramai. Sambil-sambil aku pun beraya jugak dekat rumah kawan yang terdekat. Sebenarnya syok jugak duduk flat ni eh, pusing blok ni ada kawan, pusing blok sinun ada kawan. Sentiasa tak sunyi duduk sini. Alhamdulillah.



Perut pun kenyang + memboyot macam 9 bulan pregnant. HAHA!

Macamana pulak dengan cerita hari raya haji hampa?
Read More

Friday, October 11, 2013

Kemalangan MASwings



Senarai mangsa yang terlibat:

Meninggal dunia
  1. Tan Ah Chai (96 tahun)
  2. Marc Joseph [Co-pilot] (23 tahun)


Kritikal
  1. Sue Isabella Abai (26 tahun)


Sederhana
  1. Mohd Abd Amir [Kapten Pilot] (58 tahun)


Stabil
  1. Fauziah Pelimin (32 tahun)
  2. Mohd Raiyan Fatmi (4 tahun)
  3. Nur Filzah Raudah (1 tahun)
  4. Merang bt Maharani (54 tahun)
  5. Noorhazwin Sharom (29 tahun)
  6. Chang Gee Keong (29 tahun)
  7. Elranita bt John (52 tahun)
  8. Junaidi Biadi (52 tahun)
  9. Erwan Shah b Einin (28 tahun)
  10. Lee Chee Kian (39 tahun)
  11. Tan Kan Cian 

Baru je semalam aku menghantar housemate ke Airport Kuching. Tapi, dia ke Kuala Lumpur dengan penerbangan AirAsia. Menakutkan jugak kemalangan macam ni, dah la kami ni pengguna tegar kapal terbang. Yela, kalau tak naik macamana nak balik semenanjung! Huwa!!

Senoga yang tercedera segera sembuh dan takziah kepada keluarga yang meninggal dunia. 

Maklumat lanjut & sumber: SINI
Read More

Thursday, October 10, 2013

Masak Lemak Cili Api Nogorhi


Jom kita tengok resepi masak lemak cili roomate aku ni hah..


1. Tumbuk kunyit hidup dan cili padi. Lepas periuk dah panas kita masukan bahan tumbuk tadi. Lepas agak kering sikit masukkan kentang yang dipotong dadu.

2. Masukkan ayam yang dah dipotong. Teruskan kacau.

3. Masukkan sekotak santan segera*senang je sekarang ni, tak payah nak perah-perah kelapa Ketuk la cili padi ikot kesukaan pedas kita tahap mana dan campakkan dalam tu.

4. Kacau dan biarkan sampai santan masak*bila dah naik minyak

5. Dah siap! 

Pehh, makan dengan kacang botol yang digoreng + nasi panas memang sedap!

Sangat lama tak update blog, tuan blog yang horrible kan..im so sorry..
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com