Salam n Salam Sejahtera..
(dalam keadaan sakit kepala)
Emm, harinie 12 NOV bermula la tugas aku sebagai urusetia SUKMAB. pukul 8am aku dah terpacak kat Student Pavillion, tepi tasik unimas. encik sudiman bagi 2 tshirt dengan tag.
pagi-pagi kami bersarapan dulu sebab makanan disediakan. tapi aku melantak kat Sakura dulu. pastu, bermulalah kerja-kerja urusetia. aku dengan 5 orang lagi geng-geng pelepas. kami jaga tempat pelepas kat tengah-tengah tasik unimas. pehh, tengahari memang panas gila. tambah-tambah pulak dok tengah-tengah tasik! acara 500m mula dulu. tak ramai peserta sebab wakil dari unimas, ums dengan ikm sahaja..paling penat bila kena pindahkan tempat pelepas 500m ke 200m. caranya, pakat-pakat tolak pelepas tu guna kayak dengan akua bike yang diikat dengan tali. waktu rehat tengahari memang aku tiduq. sangat-sangat penat cam nak pengsan!
petang, sejuk+berangin, memang best bekerja. tapi, hujan+kilat pulak. dugaan sangat!
|
geng-geng pelepas |
|
cuaca yang agak menakutkan |
acara waktu petang ni 200m. ada peserta yang jatuh sudah..
|
ni la kerja aku, pelepas gurllz..hehehe..syok lak budak IKM ni.. |
|
tu dia peserta unimas!! |
|
cantik kan?? |
hehe, all the go0d things come to the end. abeh jer game last, iaitu beregu. kami pulak la yang kemas-kemas tempat pelepas ni. sempat pulak aku berkenalan dengan seorang mamat dari persatuan canoe sarawak. hehe, muka cam cina, melayu ghupanya, memang hensem.
|
PESERTA dari unimas |
|
geng-geng urusetia dengan en. sudiman |
habis-habis acara, urusetia bekerja mengemaskan pulak, bawak semua kayak-kayak ke tempat menyimpan.
|
in memory.. |
No comments:
Post a Comment
I am not responsible for, and expressly disclaims all liability for, damages of any kind arising out of use, reference to, or reliance on any information contained within the site. While the information contained within the site is periodically updated, no guarantee is given that the information provided in this site is correct, complete, and up-to-date.
Tengs for dropping your idea!