Monday, November 28, 2011

Awal Muharam

Salam n Salam Sejahtera..

Hari ni cuti sempena awal muharram
Kelmarin dah 1 Muharram 1433 AH

Emm, hari ni kak tasha wat bihun sup..
Yummy..

Emm, hari ni hujan lebat gilak!
Xsempat baju nak kering
Terok tol, bawu basuh baju kawad minggu lepas
Mampus anak dara camni
Mengantuk pulak hujan ni, tapi keja assignment berlambak lagi nie...

Fb pun bawu ja aku bukak..
Sebelum ni malasss! Sebab kot-kot la status "dia" poink kat wall..
Menyemak ja! WEKKK!!
Read More

Wednesday, November 23, 2011

Diriku Menangis

Salam n Salam Sejahtera..

Malam ni kena study untuk exam statistics esok..
Tapi, disebabkan diri aku tidak terurus dari semalam lagi, aku nak jugak post something..
Selagi tak luahkan, aku rasa aku akan terus menangis selama sebulan lagi..

Pernah tak, kowang buat keputusan yang akan buat kowang sendiri merana..
Akulah owang bodoh yang buat..

Benda bodoh tu?? NaK tau..
Tak perlu,, aku rasa terlalu bahaya untuk aku dedahkan kat sini..

Yang pastinya
Hati aku menangis sangat-sangat..
Dua hari ni merupakan hari yang paling suckss!! untuk aku..
Dan juga ujian untuk aku sementara nak final exam ni..

Ya Allah, tolonglah..aku tak mampu nak tahan air mata aku keluar..
Senang sangat dia keluar..



Dah la ada masalah lain, family pulak tak bagi aku balik..
Aku nak tenangkan diri aku kat rumah, family tak bagi pulak..
Aku nak lari mana, kalau aku tak fikir, sekarang jugak aku rasa nak bunuh diri..

Hati aku sangat-sangat rapuh sekarang ni,
Jangan la pelik kalau aku kena marah sikit pun aku akan terus menangis macam orang mati laki..
Latihan tempatan Palapes lagi 4 hari lagi..aku tak tau samada aku dapat tahan mental aku untuk latihan kali ni..
Tambah-tambah kalau aku tengok muka si "dia"..
Aku tak tau samada aku mampu tahan air mata aku untuk keluar atau tak..??
Read More

Thursday, November 17, 2011

Makan-Makan Di Pohon Mas, HEP

Salam n Selamat Sejahtera

Lama x post pape, memang tak ada idea sebab minggu ni aku sentiasa ZZZzzz
Harini saja, aku tidur dari lepas asar sampai maghrib
Tu pun malas-malas nak bangun

Minggu ni sangat rileks sebab lecture tak ada, suma ada tugasan luar
Tapi assignment memang berlambak-lambak
Aduhai

Harini aku pergi CAIS, ada discussion untuk siapkan kerja coral reef ecology
Benci betul kena baca journal-journal
Tapi, terima kasih banyak-banyak kat Dr. Rohana
Dialah yang banyak tolong cara nak baca jurnal supaya paham
Betul la kata orang, Cikgu yang garang ni la yang banyak bantu Pelajar dia.. kan3..

tunggu geng-geng nak gi makan 
library yang terbesAR di Asia Tenggara

ice lemon tea & bandung cincau spesial

chicken porridge
Ha! Kat Pohon Mas tengah buat promosi jualan murah untuk bubur ayam dia
Minggu ni saja bubur ayam dia RM1.99, harga biasa RM2.50
So, kalau rasa-rasa teringin nak save duit
Makan la kat sana yer.. =)

p/s : satu lagi pesanan, KEPADA semua warga-warga UNIMAS, pakailah kad matrik anda atau anda akan disaman sebanyak RM10! fuh!, 10 hinggit tu dua hari makan tuh..
Read More

Sunday, November 13, 2011

Sukan Borneo - GAME kayak

Salam n Salam Sejahtera..
(dalam keadaan sakit kepala)

Emm, harinie 12 NOV bermula la tugas aku sebagai urusetia SUKMAB. pukul 8am aku dah terpacak kat Student Pavillion, tepi tasik unimas. encik sudiman bagi 2 tshirt dengan tag.




pagi-pagi kami bersarapan dulu sebab makanan disediakan. tapi aku melantak kat Sakura dulu. pastu, bermulalah kerja-kerja urusetia. aku dengan 5 orang lagi geng-geng pelepas. kami jaga tempat pelepas kat tengah-tengah tasik unimas. pehh, tengahari memang panas gila. tambah-tambah pulak dok tengah-tengah tasik! acara 500m mula dulu. tak ramai peserta sebab wakil dari unimas, ums dengan ikm sahaja..paling penat bila kena pindahkan tempat pelepas 500m ke 200m. caranya, pakat-pakat tolak pelepas tu guna kayak dengan akua bike yang diikat dengan tali. waktu rehat tengahari memang aku tiduq. sangat-sangat penat cam nak pengsan!

petang, sejuk+berangin, memang best bekerja. tapi, hujan+kilat pulak. dugaan sangat!

geng-geng pelepas
cuaca yang agak menakutkan

acara waktu petang ni 200m. ada peserta yang jatuh sudah..


ni la kerja aku, pelepas gurllz..hehehe..syok lak budak IKM ni..
tu dia peserta unimas!!
cantik kan??

hehe, all the go0d things come to the end. abeh jer game last, iaitu beregu. kami pulak la yang kemas-kemas tempat pelepas ni. sempat pulak aku berkenalan dengan seorang mamat dari persatuan canoe sarawak. hehe, muka cam cina, melayu ghupanya, memang hensem.

PESERTA dari unimas

geng-geng urusetia dengan en. sudiman

habis-habis acara, urusetia bekerja mengemaskan pulak, bawak semua kayak-kayak ke tempat menyimpan.





in memory..
Read More

Thursday, November 10, 2011

Panorama UNIMAS dari KOLEJ KENANGA

Salam n Selamat Sejahtera

Hari ni 9 NOV, tak ada apa sangat benda yang nak diceritakan. hujan lebat sangat-sangat. aku dari tak mengantok, dapat bantal, teross masuk alam mimpi. sampai petang aku tidur. bangun-bangun, akak-akak housemate yang pergi catering dah balik. banyak makanan diorang bawak balik. cerita diorang ni sebenarnya tolong isteri Mejar Shahril. isteri dia buat catering. pastu, tak cukup staff, jadi Mejar mintak tolonglah kat anak-anak buah geng-geng intermediate palapes udara ni tolong. pagi tadi pukul 6.30pg lagi dah bersiap pergi. petang pukul 6pm baru balik. diorang bawak balik nasik, ikan kering, ayam, daging masak kicap..ermm, agak menyelerakan.

Tapi, suasana petang tadi sangat-sangat cantik!









Cantik kan. sebenarnya, motif aku nak bagitau yang cuti ni, aku tak sentuh pun assignment. asyik games, online, tidur. nak qada rehat sebenarnya... =)
Read More

Wednesday, November 09, 2011

TakLImat UrUSETIA sukan borneo..SUKMAB..

Salam n Salam Sejahtera..

Ok, kelmarin 8 NOV. ada taklimat urusetia Sukan Borneo, dari pukul 8.30pg sampai 12pm. ermm, aku cuba cari google image pasal SUKMAB ni. tak ada la, nampak sangat orang tak tau sangat pasal sukan ni kan. SUKMAB ni sukan yang melibatkan semua IPT Sarawak, Sabah, Brunei dan Indonesia. so, dia tak melibatkan semenanjung. aku pun saja la nak try melibatkan diri. sebab nanti dapat elaun. hehe, aku agak kekeringan sekarang nie. adoi, bounty palapes pun bila la agaknya nak masuk..

pembahagian urusetia
Oho, aku dengan geng2 akuatik dapat sukan kayak. amboi, mentang-mentang la kami ni akuatik. dia bagi jadi urusetia kayak. hahaha! takpa-takpa, ramai geng skali. boleh enjoy! then, kitowang ada taklimat kecemasan dari Dr. Mohd Khairol B. Jamali, Peg. Perubatan Pusat Kesihatan UNIMAS. macam-macam yang aku tak tau rupanya. contohnya, kalau seseorang itu sakit, 1st kena ingat SALTAPS..

  • See injury
  • Ask what happened
  • Look to access injury
  • Touch affected area
  • Active movement (dia still boleh gerakkan anggota atau tak)
  • Passive movement (dia still boleh gerakkan anggota dengan bantuan orang atau tak)
  • Strength
Kalau tercedera pulak, PRICE..
  • Protection
  • Repair process
  • Ice
  • Compression
  • Elevation (angkatkan sikit tempat yang cedera)
Terseliuh, RICE..
  • Rest
  • Ice
  • Compression
  • Elevation
Pastu kena belajar bahan-bahan dalam first aid, cara nak ikat anduh, bandage..

barang-barang dalam first aid



Syok pulak memumiakan kawan sendiri. last, ada taklimat bersama penyelaras sukan masing-masing. kayak dengan En. Sudiman Saad. aku akan bekerja hari sabtu dari pagi sampai petang. kerja aku dekat tempat pelepas peserta, so, kena duduk tengah-tengah tasik. adoi, challengging dan menarik! yang lawaknya, sukan kayak ni cuma 3 IPT je bertanding, UMS, UNIMAS ngan IKM Kuching.. haha!! peserta perempuan pulak cuma UNIMAS dengan UMS jerr..haha! takpa-takpa. senang kerja. tapi kan, harap-harap sabtu tak hujan lebat atau kilat sabung-menyabung. aduhai..ermm, yang beznyer nanti dapat t-shirt, elaun + makan..dapat save cuti-cuti dalam kekeringan ni. sebelum balik pun dapat dah makanan, sedap2!!
Read More

Monday, November 07, 2011

hAri Raya AidilADHA

Salam n Salam Sejahtera

Emm, pagi-pagi lagi sudah berblogging kan. nak buat macamana, berokband aka broadband tak boleh nak guna.akak tak bayar lagi bil untuk bulan ni.so, kena tunggu awal-awal pagi untuk online.nak cerita apa aktiviti sepanjang hari ni.semalam pun tidur lewat, nasib baik tak terlepas untuk solat raya pagi ni.tapi, terlepas juga rakaat pertama.hahaha!! sempat juga ambil gambar seekor lembu yang akan dikorbankan sempena hari raya aidiladha ni.

pandai pulak dia tengok camera!
balik dari solat raya
Semua solat hari raya aidiladha di Dewan Unimas Lama, Kampus Timur.yela, kalau nak guna surau, tak muat untuk menampung semua jemaah.bilalah masjid baru nak siap.tak sabar-sabar.sambil menunggu kawan-kawan, kita ber'photo's dulu.

ampang, me n kak aini
ampang, me n kak tasha
Balik-balik kolej, melantak pulak kat rumah nick ferry.makan-makan kat sana.memang macam open houselah! ada mee kari, nasi impit, kuah sampai dua jenis, 1 dari versi kelantan, 1 dari versi mana tah.lupa pulak aku.sate lagi.pehhhh!!


kak hajar, shez, kak tasha,ampang, kaka mizan n farahin
Lepas makan-makan, rumah aku pulak masak.yela, penat semalam memborong kat Unaco.RM79.10 habis.guna duit aku dulu.adus, takpa-takpa, nanti hampa suma housemates len bayaq naa..

Menu hari ni, nasi lemak, sambal ikan bilis dengan sup sayur.aku ni bab-bab masak tak la pandai sangat.so, tolong-tolong ja apa yang patut sambil blajaq sikit.

goreng ikan bilis untuk wat sambal
bahan-bahan tumis kena la tumbuk dulu





Emm, untung owh kolej kenanga.boley masak.tapi, guna periuk nasi sahaja.sebab periuk elektrik tidak dibenarkan sama sekali.huhuhu.semester lepas dah kena rampas sudah.hahaha!! papew pon, terbaek arr kolej kenanga.kuikuikui.xcited lak.

Petang..baru aku melantak dengan housemate-housemate aku ni.masing-masing letih tengahari tu.hujan pulak, pehh! sedap tidoq.aku boleh pulak sambil-sambil main game Plant vs Zombie tengok cerita Mohabbatein sampai maghrib.malam pulak, golek-golek atas katil.pap..ZZZZZ.. =)

Tapi kan, tiba-tiba rasa rindu sangat-sangat kat family.tahun ni raya haji, suma pi rumah kak sulung aku kat lembah beringin, hulu selangor.kak aku buat korban.berjalan sungguh mak aku.yela, taun lepas mak aku pi haji.taun ni pi rumah anak-anak dia pulak.bila la agaknya depa se'family' nak mai melawak aku kat sini.. =( nak touching sat.bukannya apa, suma yang dok sini selalu sahaja family call, yang mana orang senang sikit family mai melawat.aku...emm...
Read More

Sunday, November 06, 2011

Selamat Hari Raya Aidiladha

Salam n Salam Sejahtera..

Alhamdulillah, minggu yang memenatkan sudah habis..
Bukannya apa, minggu lepas sahaja exam mid term direct terus dari isnin-jumaat..
Rabu sahaja free..
Sampai baris pagi hari rabu pun aku nak tumbang..
Akibat tidur tak cukup & tak makan..

Di sini, awal-awal pagi ini..
Aku hendak mengucapkan Selamat Hari Raya Aidiladha kepada semua umat Islam di seluruh dunia!

my home
Sangat-sangat rindu kampung or rumah..
Sudah masuk 2 tahun tak balik raya haji..
Sambut di UNIMAS sahaja..
Aduhai..
Kese'kema'annya ayat-ayat aku di sini..
Pelik pula rasanya..

Jealousnya dengan kawan-kawan yang balik kampung..
Rasanya semester ini memang aku tak akan balik semenanjung..
Sebabnya cuti semester yang panjang, aku ada latihan kem tahunan..
Balance cuti dalam seminggu sahaja..

Tapi kalau hati tu, nak balik!
Mesti sampai jugak!

=)
Read More
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Copyright © fatimahnabila Designed by azhafizah.com