Ahad, Januari 26

Memanjakan diri di Thai Odyssey

Bila dah lama tak pergi mengurut di Thai Odyssey. Last pergi pada Ogos 2024. Ni kami ke IOI City Mall selepas ambik Dania kat fakulti. 


Kami berpisah jap kat sini, Dania saya suruh jalan-jalan dulu dan minta untuk ke sini setelah selesai ummi mengurut. Dania dah besar jadi tak risau la dia jalan sorang-sorang dalam mall ni. Kat Thai Odyssey ni lampu malap ala ala boleh tertidur kalau duduk kat area menunggu ni. 


Ada majalah kalau nak baca. Elok je tersusun dan ada air dalam mangkuk ni yang disusun bunga tiruan. Mungkin ada pati aromaterapi dalam air ni sebab ia berbau wangi. 


Sebelum ke bilik terapi, kaki kita akan dibasuh terlebih dahulu. Terapis akan menyental la kaki kita. 


Kemudian kasut kita akan disimpan dan kita diberikan selipar ini untuk dipakai di bilik terapi. 


Bilik saya dapat corner jadi agak besar. 


Kita aka diberikan teh serai panas ni sebelum diurut dan selepas diurut. 


Saya memilih untuk urutan aromaterapi Thai selama 90 minit @ 1 jam 30 minit. Fuhhh sakit juga bila ditekan menggunakan hujung jari, atau siku. Tahan ajer la ya. Kalau sakit sangat kena bagi tahu terapis tu. Saya suka bila diurut di tapak kaki. Geli-geli sakit gitu bila ditekan. 😅. Lagi satu kat bahagian kepala bila mata ditutup dengan tuala yang dititik pati aromaterapi. Wangi je. Kemudian tuala panas diletak di belakang tengkuk dan diurut kepala dan tengkuk. Sedapnya. Terasa sungguh urutannya. Badan kecik tapi tangannya kuat bila mengurut. Takde la insiden kepak tengkuk sampai berbunyi tu. Urutan ni pelan-pelan je dia gerakkan kepala kita. 

Sesekali kena juga mengurut ni untuk membetulkan urat mana yang tersimpul dan keluarkan angin dan juga untuk ketenangan. Urutan juga boleh melancarkan peredaran darah. Alhamdulilah untuk urutan ini. Rasa badan ringan je. 

Bila habis terapi, Dania dah siap tunggu kat ruang menunggu. Kami sama-sama ke tempat makan. Kat mana kami makan?. Tunggu lepas ni la ya...





XOXO,
Ezna

 

11 ulasan:

  1. Sedapnya berurut. Lamanya tak berurut ni. Boleh try kat sini pulak nanti.

    BalasPadam
  2. Sekali sekala berurut mmg sedap kan... Sy pun dok rasa nak pegi berurut ni :D

    BalasPadam
  3. waahhh seronoknya healing memanjakan diri camni hehe

    BalasPadam
  4. Ringan rasa badan selepas buat terapi

    BalasPadam
  5. mmg sedap berurut kat sini
    ringan badan lps tu

    BalasPadam
  6. i nak gi spa tp dok tangguh2 tak tahu bila laaa...berapa rate massage kat sini ezz? i kalau nak gi massage, terus nak buat body scrub jugak

    BalasPadam
  7. Best ni berurut. Adik no3 suka ke Thai Odyssey ni. Lama pulak badan ni tak diurut.

    BalasPadam

Berhati-hati ketika memberi komen supaya tidak mengeluarkan kata-kata yang kesat. Komen yang tidak sesuai tidak akan disiarkan. Terima kasih kerana memberi komen yang baik-baik belaka.

Borang Maklumat Hubungan

Nama

E-mel *

Mesej *

Featured Post

Menambah koleksi Tudung Ruffle

Lepas makan, perut kenyang kita ke Tudung Ruffle lagi. Eh kenapa ramai betul hari ni?.  Ramai influencer la pulak. Saya dan Dania sibuk nak ...