Perodua April Promotion & Tips beli kereta baru
April 8, 2018
Sempena masuk bulan baru , Perodua dah lancarkan kempen promosi Bulan April yang pastinya ianya menjanjikan promosi yang berbaloi-baloi.
Antara model kereta yang dikeluarkan oleh Perodua, CR paling suka Myvi baru. Cantik sangat-sangat Myvi baru ni. Tetapi apakan daya CR dah ada kereta, kalau tak nak jugak rembat ni satu. Nampak smart sangat bagi CR. Masa mula-mula tengok kereta ni tak sangka ianya adalah Myvi ingatkan kereta model lain. Tahniah Perodua berjaya hasilkan design kereta yang bagi cr sangat menarik berbanding model lain.
Jadi disini CR akan kongsikan 5 tips untuk membeli kereta baru. Harapnya boleh jadi panduan untuk anda semua. :)
5 Tips beli kereta baru
1. Buat 'research'. Tanya kawan-kawan, tanya jiran, tanya ahli keluarga, tanya sesiapa yang mungkin ada pengalaman menggunakan jenama kereta yang anda mahu beli ini. Sesetengah jenama sinonim dengan beberapa masalah yang selalu dihadapi pembeli mereka. Lagi bagus jika anda baik dengan mekanik kereta, tanya jikalau jenama kereta yang anda berkenan ini sering dihantar ke bengkel atas masalah besar atau tidak
2. Ambil masa untuk fikir. Sebelum bersetuju atau menandatangani mana-mana perjanjian, tidak mengapa jika anda mahu mengambil masa untuk berfikir dahulu. Harga kereta bukannya Rm150 atau RM200, dan komitmen bukannya selama seminggu sahaja. Harga kereta mahal dan melibatkan komitmen bertahun.
3. Minyak. Harga minyak dunia sekarang ini tidak menentu. Sekejap naik, sekejap turun. Sekejap naik balik, kadang kala tak turun-turun balik. Jadi, pastikan penggunaan minyak petrol kereta pilihan anda bersesuaian dengan bajet yang anda ada. Jika tempat kerja anda jauh, lebih sesuai gunakan kereta yang tidak guna banyak sangat minyak
4. Deposit. Well, semua orang mungkin tahu tentang perkara ini. Tapi tidak ada salahnya ingatkan anda lagi sekali. Ada juga tawaran untuk membeli kereta tanpa deposit. Tergoda sikit kan? Hah. Jangan tergoda sangat tau. Makin sedikit deposit, makin banyaklah yang anda perlu bayar dikemudian hari. Jadi, lebih baik masa anda beli kereta itu, anda boleh bayar deposit banyak sedikit supaya anda boleh singkatkan tempoh bayaran. Lantas, meminumkan kadar faedah yang anda perlu bayar
5. Test drive. Jangan risau, jangan takut. Pandu uji kereta yang anda mahu beli dahulu. Kadang kala mungkin nampak cantik di mata. Tapi bila dah cuba pandu, rasa tak 'kena' dengan jiwa. Jadi, sebelum anda membuat 'big purchase' ini, pandu uji dahulu kereta anda
klik link untuk ke website Perodua