Articles by "Pengenalan"

Showing posts with label Pengenalan. Show all posts

Dalam dunia perniagaan Forex, pengurusan kewangan (money management) serta pemilihan leverage merupakan 2 faktor yang sangat penting bagi memastikan keberkesanan dalam mendapatkan keuntungan serta mengurangkan risiko kerugian.

Ini juga bermaksud, kesilapan ataupun kecuaian dalam mempertimbangkan 2 perkara ini sebelum memulakan trading akan mengundang risiko kerugian besar apabila arah sentimen matawang (trend currency) bertentangan dengan taruhan trading kita.

Jadual Money Management diatas adalah nasihat dan cadangan untuk dijadikan panduan kepada mana-mana individu yang baru mahu mengenali Forex dan yang ingin mendalami kefahaman tentang perkara ini.

Semoga informasi ini membantu diri anda dalam melakukan perniagaan Forex.

Sila lihat graf EUR/USD di bawah. Graf ini menunjukkan Bullish trend atau uptrend.
Graf menaik menunjukkan Base Currency kukuh berbanding Quote Currency.
Graf EUR/USD yang menaik (up trend) menunjukkan Base Currency iaitu EUR adalah lebih kukuh berbanding Quote Currency iaitu USD. Kita juga boleh mengatakan USD adalah lemah berbanding EUR.

Sila lihat graf EUR/USD di bawah. Graf ini menunjukkan Bearish trend atau downtrend.
Graf menurun menunjukkan Base Currency lemah berbanding Quote Currency.

Graf EUR/USD yang menurun (down trend) menunjukkan Base Currency iaitu EUR adalah lebih lemah berbanding Quote Currency iaitu USD. Kita juga boleh mengatakan USD adalah lebih kukuh berbanding EUR.

Contoh 1: Pair USD
  • GBP/USD menunjukkan GBP lemah dan USD kukuh.
  • EUR/USD menunjukkan EUR lemah, dan USD kukuh.
  • USD/JPY menunjukkan USD kukuh dan JPY lemah.
  • USD/CHF menunjukkan USD kukuh dan CHF lemah.
  • Persamaan bagi semua pair ini ialah USD kukuh.
  • Apabila USD kukuh, anda boleh BUY pair USD/XXX dan SELL pair XXX/USD.
Contoh 2: Pair JPY
  • USD/JPY menunjukkan USD kukuh dan JPY lemah.
  • EUR/JPY menunjukkan EUR kukuh dan JPY lemah.
  • Persamaan bagi semua pair ini ialah JPY lemah.
  • Apabila JPY lemah, anda boleh BUY pair XXX/JPY.

XM Economic Calendar

Sila klik link ini XM Economic Calendar.

Sila pastikan memilih Calendar Time Zone adalah (GMT +8:00) Kuala Lumpur, Singapore seperti gambar dibawah ini.

Sila lihat Legend untuk mengetahui kekuatan sesuatu Economic Indicator.

Cara Membaca Economic Calendar
Untuk semua jenis data kecuali data Unemployment, nilai bacaan adalah seperti di bawah.
  • Jika nilai actual lebih daripada nilai forecast, ia adalah good news (matawang semakin kukuh).
  • Jika nilai actual kurang daripada nilai forecast, ia adalah bad news (matawang semakin lemah).


Cara 1: Luck/Tuah
  • Anda bertuah dan bernasib baik jika anda mendapat untung daripada trading anda, tetapi anda tidak tahu apa yang anda lakukan. Nasib tidak akan menyebelahi kita sepanjang masa. Akan sampai masa di mana anda tidak bernasib baik dan hilang semua modal anda.
Cara 2: Mentor
  • Anda belajar melalui mentor/guru dan mendapatkan maklumat yang betul tentang semua aspek mengenai FOREX. Paling penting, anda harus belajar 2 perkara iaitu:

    a)belajar bila waktu yang sesuai untuk anda enter position dan bagaimana caranya.

    b)belajar bila waktu yang sesuai untuk anda close position dan kenapa anda close position tersebut.



1. Scalper
  • Menggunakan teknik scalping iaitu mengambil profit yang sedikit-sedikit, selalunya kurang daripada 80 pips untuk setiap trade.
  • Scalper selalunya trade lebih daripada 10 kali dalam sehari.
  • Mendapat untung yang banyak apabila membuka banyak position dan mengumpul jumlah pip yang sedikit bagi setiap position.
English
  • Scalping (or micro-trading) is all about taking very small profits, repeatedly. Typically, trades last from seconds to minutes. 
  • Scalping is a trading strategy that attempts to make some profits on small price changes. Traders who implement this strategy will place anywhere from 10 to a few hundred trades in a single day in the belief that small moves in stock prices are easier to catch than large ones. 
  • Scalping is an expert skill and, although many people find the idea attractive (and exciting for adrenaline junkies), I wouldn’t recommend it for beginners. 
2. Day Trader
  • Selalunya akan membuka posisi lot berdasarkan kepada ramalan yang berat sebelah (bias) diawal operasi pasaran dan akan berakhir sama ada untung ataupun rugi. 
  • Position dibuka tidak lebih daripada 24 jam
  • Merupakan Short Term Trader.
English
  • Day trading is all about buying and selling on the same day, without holding positions overnight. Compared to scalping, this style calls for holding positions for minutes to hours versus seconds to minutes. A day trader closes out all trades before the market closes. Most day traders use leverage to magnify the returns generated from small price movements. 
  • Day trading is often glamorised as an easy way to get rich quickly. However, this is rarely the case. Day traders typically suffer severe financial losses in their first months of trading and many never graduate to profit-making status. Day traders are handicapped by the bid-ask spread, trading commissions, and other expenses. These costs require day traders to earn significant trading profits just to break even. 
  • Both scalping and day trading requires strong discipline; the time and ability to learn how to trade a tested and profitable strategy rapidly; and enough capital to withstand sudden and, possibly, larger-than-expected losses.
  • Both scalping and day trading is what is known as intraday trading. If you buy and sell shares in a single day, then you are considered to have traded intraday. An intraday trader opens (buys) and closes (sells) their trades (also called positions) within the trading day, leaving no trades open overnight. 
3. Swing Trader
  • Posisi lot dibuka lebih daripada 24 jam dan beberapa hari dalam satu tempoh masa. 
  • Merupakan Mid-Term Trader.
  • Mereka lebih suka trade mengikut arah trend, terutamanya trend yang besar (major trend pada timeframe 4 hour atau daily dan sebagainya).
  • Trader akan dikenakan daily interest apabila position mereka dibiarkan/dibuka melebihi tempoh 24 jam.
English
  • Swing trading is the art of capturing the short-term trend. It is a style of trading that attempts to capture gains in a stock within one to seven days. 
  • Swing traders use technical analysis to look for stocks with short-term price momentum. 
  • These traders are not interested in the fundamentals or the intrinsic value of stocks, but rather in their price trends and patterns. 
  • In my opinion, swing trading and position trading are the only two types of trading in which a person with a full-time job can still consistently trade well part-time. 
  • Since the holding period is several days, intraday moves will not affect the swing trader as much as they would a day trader. A typical holding period for a swing trade is three to seven days. 
4. Position Trader
  • Posisi lot dibuka untuk beberapa minggu, bulan mahupun tahun.
  • Trader jenis ini memiliki kefahaman pasaran untuk jangka panjang dan selalunya tindakan Trader ini adalah berdasarkan kepada faktor-faktor pasaran semasa membuat analisis.
  • Dengan kefahaman analisis yang dilakukan, keputusan dibuat adalah berdasarkan kepada kesimpulan keseluruhan analisis tersebut.
  • Timeframe yang menjadi rujukan utama adalah Weekly and Monthly.
English
  • Position traders stay in trades for weeks to months. The position trader endeavours to anticipate whether the current trend will continue for a much longer term than a momentum or swing trade. 
  • Position trading gives traders who cannot trade frequently a lot of freedom: profit potential is not diminished and position traders can make considerable gains. 
  • Long-term traders are not concerned with short-term fluctuations, because they believe that their long-term investment horizons will smooth these out. 
  • Position trading is the polar opposite of day trading because the goal is to profit from the move in the primary trend, rather than the short-term fluctuations that occur from day to day.
  • None of these types of trading are limited to buying. With certain types of instruments, the trader can also short (or short-sell) the stock. This means that profits can be made in both rising and falling markets.
5. Momentum Trader
  • Trader jenis ini adalah seorang yang hanya akan masuk ke dalam pasaran Forex hanya apabila terdapat "HOT NEWS" ataupun "BREAKING NEWS" dengan mengambil keuntungan semaksima yang mampu melalui momentum pasaran yang berlaku pada waktu itu dengan jumlah lot yang besar dalam satu arah pergerakan matawang tersebut.
  • Jenis time frame untuk pasaran momentum ini kebiasaannya akan berlangsung untuk beberapa jam sehingga beberapa hari dan ia juga bergantung dengan seberapa cepat matawang itu berubah arah. 
English
  • In momentum trading, the trader identifies a stock that is “breaking out” and jumps on to capture as much of the momentum on the way up or down as possible. 
  • They focus on stocks that are moving significantly in one direction on high volume. 
The typical time frame for momentum trading is several hours to several days, depending on how quickly the stock moves and when it changes direction.

When choosing a trading type to suit your needs, here are some questions to ask:  
  • Am I short-term- or long-term-orientated?
  • How much time do I have during the day to trade?
  • Do I work full-time?
  • Am I patient, or do I need to see results quickly? 
Source: Fin24

Market Order
  • Market order ialah sejenis order untuk BUY atau SELL pada harga semasa.
Limit Order (Take Profit Order)
  • Limit order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak keuntungan yang anda mahu dengan meletakkan harga tertentu untuk anda close position anda.
  • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Anda boleh set Limit Order atau Take Profit anda pada harga 1.8020. Apabila harga naik mencecah 1.8020, position anda akan ditutup secara automatik.
Stop Order (Stop Loss Order)
  • Stop Loss order ialah sejenis order di mana anda boleh menetapkan berapa banyak kerugian yang anda sanggup tanggung.
  • Katakan anda BUY GBP/USD pada 1.8000 dan ingin mengambil untung sebanyak 20 pip. Jika harga naik, anda akan untung. Tetapi jika harga turun lebih rendah daripada 1.8000, anda akan rugi. Dengan menggunakan Stop Loss order, anda boleh tetapkan berapa pip anda sanggup rugi. Jika anda sanggup rugi 20 pip sahaja, anda boleh letakkan Stop Loss order pada harga 1.7980. Apabila harga turun sampai 1.7980, position anda akan ditutup dan anda akan rugi 20 pip sahaja.
  • Jika anda tidak meletakkan stop loss, anda mungkin akan rugi lebih daripada itu.
Buy Stop dan Buy Limit Order
  • Buy Stop order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
  • Buy Limit order ialah sejenis order untuk anda BUY pada mana-mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.
Sell Stop dan Sell Limit Order
  • Sell Limit order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih tinggi daripada harga semasa.
  • Sell Stop order ialah sejenis order untuk anda SELL pada mana-mana harga yang berada lebih rendah daripada harga semasa.

1. Pengiraan untuk Major Pair XXX/USD
(EUR/USD, GBP/USD, AUD/USD, NZD/USD)

  • Contoh 1: 1 mini lot EUR/USD
    1 pip = 10,000 USD x 0.0001 = 1 USD
  • Contoh 2: 1 regular lot GBP/USD
    1 pip = 100,000 USD x 0.0001 = 10 USD

2. Pengiraan untuk Major Pair USD/XXX
(USD/CHF, USD/JPY, USD/CAD)

  • Contoh 1: 1 mini lot USD/JPY (katakan harga semasa ialah 118.15)
    1 pip = 10,000 USD x 0.01 / 118.15 = 0.84 USD
  • Contoh 2: 1 regular lot USD/CHF (katakan harga semasa ialah 1.2493)
    1 pip = 100,000 USD x 0.0001 / 1.2493 = 8 USD

3. Pengiraan untuk Cross Pair
(EUR/JPY, GBP/JPY, GBP/CHF dan lain-lain)

  • Contoh 1: 1 mini lot EUR/JPY (katakan harga EUR/USD ialah 1.2700 dan harga semasa EUR/JPY ialah 149.74)
    1 pip = 10,000 USD x 0.01 x 1.2700 / 149.74 = 0.84 USD
  • Contoh 2: 1 regular lot GBP/CHF (katakan harga GBP/USD ialah 1.8700 dan harga semasa GBP/CHF ialah 2.3438)
    1 pip = 100,000 USD x 0.0001 x 1.8700 / 2.3438 = 7.97 USD

Forex Quotes terdiri daripada 2 matawang. Matawang di sebelah kiri dipanggil Base Currency dan matawang di sebelah kanan dipanggil Quote atau Counter Currency.
Apabila anda BUY sesuatu currency pair, anda sebenarnya membeli Base Currency dan jika anda SELL, bermakna anda menjual Base Currency.
Forex Quotes terdiri daripada 2 harga iaitu BID dan ASK.

Pembeli akan membeli pada harga yang rendah. Harga yang rendah ini dipanggil BID. (Buyer is BIDDING at lower price).

Penjual akan menjual pada harga yang tinggi. Harga yang tinggi ini dipanggil ASK. (Seller is ASKING for a high price).

Spread
Spread ialah perbezaan di antara BID dan ASK. Dalam gambar di atas, spread bagi EUR/USD ialah 4 pip.

Spread ialah bayaran yang dikenakan oleh broker ke atas setiap transaksi jual/beli yang dilakukan oleh trader.


Pips
Pip merupakan unit ukuran bagi pergerakan harga. Mari ambil satu matawang sebagai contoh iaitu GBP/USD. Jika harga naik daripada 1.9005 ke 1.9006, ia dikatakan telah naik 1 pip. Apabila harga turun daripada 1.9005 ke 1.9004, ia dikatakan telah turun 1 pip.

1 pip = 0.0001 atau 0.01 unit pergerakan bergantung kepada currency pair yang anda pilih.

Dalam ertikata yang lain, Pips ialah nilai (perpuluhan) terkecil didalam sesuatu pasangan matawang (pair currency) itu. Admin berikan satu lagi contoh agar anda dapat memahaminya dengan lebih jelas. Jika harga belian bagi pasangan matawang GBP/USD ialah 1.9770 dan pair ini berubah ke 1.9771, maka perubahannya hanyalah 0.0001. Perubahan 0.0001 ini yang kita katakan 1 pip.

Nilai keuntungan pips adalah berbeza-beza diantara pair dan ianya juga bergantung kepada jenis akaun anda. Sebagai contoh, keuntungan 1 pip bagi pair GBP/USD adalah bersamaan USD1 (mini akaun) atau USD10 (standard akaun).

Lot
Lots adalah jumlah minimum ekuiti (matawang) yang diniagakan dipasaran Forex. Matawang diniagakan dalam bentuk Lot untuk membolehkan keseragaman harga pasaran bagi sesuatu matawang.

Terdapat 2 jenis akaun yang ditawarkan oleh broker iaitu akaun Regular (Standard) dan akaun Mini. Setiap transaksi atau urusniaga jual beli adalah dalam bentuk lot. Nilai 1 lot adalah berbeza untuk akaun regular dan akaun mini.

Jadual dibawah menunjukkan perbezaan antara kedua-dua jenis akaun mengikut standard leverage iaitu 1:100. (leverage akan diterangkan dalam topik yang seterusnya).

Jika anda ingin membuka akaun regular atau akaun mini, anda perlu ada sekurang-kurangnya 3 atau 4 lot. Jika anda ingin membuka akaun regular, dan broker mengenakan syarat minimum 4 lot untuk membuka akaun regular, maka anda perlu ada modal sebanyak 4000 USD kerana nilai 1 lot ialah 1000 USD.

Margin
Setiap kali anda trade atau membuat transaksi jual/beli, anda akan menggunakan sebahagian daripada modal anda. Ini dipanggil margin. Jika anda mempunyai modal sebanyak 5000 USD, anda menggunakan 1000 USD sebagai margin untuk anda trade.

Selebihnya, 4000 USD digunakan sebagai reserve atau back-up margin.

Leverage
Leverage mempunyai konsep yang sama seperti pinjaman. Apabila anda trade 1 lot utk akaun regular, saiz lot itu ialah 100,000 USD dan bermakna anda memerlukan modal sebanyak 100,000 USD untuk melakukan transaksi jual/beli currency pair.

Tetapi dengan adanya leverage, anda tidak perlu ada modal sebanyak itu, leverage adalah seperti pinjaman, di mana kita perlu ada 1% daripada modal keseluruhan.

Leverage yang standard ialah 1:100. Ia bermaksud anda hanya perlu ada 1/100 atau 1% daripada jumlah sebenar. 1% ialah modal anda sendiri, 99% dipinjamkan oleh broker anda.

Contoh pengiraan:

Akaun Regular: 100,000 USD
Leverage: 1:100

Ini bermakna, anda perlu ada 1% daripada 100,000 USD untuk 1 lot.
1% x 100,000 USD = 1000 USD

Oleh itu, nilai 1 lot untuk akaun regular = 1000 USD
Dari jadual di atas, dapat dilihat bahawa apabila leverage semakin tinggi, semakin tinggi pinjaman yang diberikan kepada anda dan semakin kurang modal yang perlu anda sediakan untuk 1 lot.

Untuk semua leverage yang berbeza-beza, nilai 1 pip tetap sama bagi 1 lot. Jika akaun mini, 1 pip untuk 1 lot ialah 1 USD dan 1 pip untuk 1 regular lot ialah 10 USD.

Katakan anda mempunyai modal 1000 USD dan anda ingin membuka akaun mini. 1 mini lot = 100 USD. Dengan modal 1000 USD, anda boleh mendapat 10 lot. Jadual di bawah menunjukkan perbandingan leverage dengan menggunakan modal 1000 USD.


Leverage yang besar akan memberikan pulangan yang besar kepada anda. Risiko juga semakin besar. Oleh itu, penggunaan leverage yang besar memerlukan money management yang betul

Waktu urusniaga Perdagangan Forex dapat dilihat dengan jelas sekali melalui jadual seperti diatas ini.

Sila berikan tumpuan kepada Sydney, Tokyo, Frankfurt dan London. Lihat pada jam 3.00pm dan 4.00pm. Pada waktu ini, urusniaga Forex sangat rancak kerana matawang Aussie (Australian Dollar) dan matawang Yen (Japanese Yen) akan melakukan SELL/BUY dengan kapasiti yang tinggi sebelum pasaran urusniaga mereka tutup. Pada waktu ini juga matawang Euro dan Pound akan sangat aktif kerana di Eropah, pasaran urusniaga baru sahaja dibuka.

Dalam erti kata yang lain, pasaran akan benar-benar aktif bermula pada jam 3.00pm dan akan bertambah rancak setelah pasaran urusniaga Amerika mula beroperasi pada jam 8.00pm (waktu Kuala Lumpur & Singapore) sehinggalah pada jam 12am (tengah malam).

Walau bagaimanapun, matawang yang melibatkan US Dollar akan terus aktif sehingga pada jam 5.00am.

Di dalam pasaran Forex, matawang diniagakan secara berpasangan. Ianya diniagakan secara berpasangan kerana dalam dagangan mestilah ada beli & jual. Contoh pasangan matawang ialah GBP/USD. Jika kita membeli 'BUY' pasangan ini, bermakna kita membeli GBP (Great Britain Pound) dan menjual USD (US Dollar).

Terdapat 7 matawang utama atau major yang sering didagangkan iaitu USD, GBP, EUR, CHF, JPY, CAD & AUD. Matawang minor pula ialah matawang seperti NZD & SGD yang turut didagangkan tetapi tidaklah menjadi favourite (kegemaran) pedagang atau traders kerana matawang ini tidak begitu rancak.

Currency pair pula terbahagi kepada 2 jenis iaitu major pair dan cross pair.

Major pair ialah semua currency pair yang salah satu pair merupakan USD. Semua currency pair yang berpasangan dengan USD dipanggil major pair. 4 major pair yang paling utama ialah EUR/USD, BP/USD, USD/JPY dan USD/CHF.

Cross pair ialah semua currency pair yang tidak berpasangan dengan USD. Contohnya EUR/JPY, EUR/CHF, GBP/JPY, EUR/GBP dan sebagainya.

Bagi pendapat admin, untuk mendapatkan pulangan keuntungan yang tinggi, anda disyorkan agar fokus kepada pasangan matawang yang kuat/lemah seperti GBP (kuat berbanding) JPY dan sebagainya.

Currency Nicname (Nama Samaran Matawang)

Didalam laporan berita atau news yang dikeluarkan oleh agensi-agensi berita Forex, matawang juga dikenali dengan pelbagai nama samaran atau nickname. Jangan pula anda terkejut bila membaca berita mengenai matawang seperti greenback, cable, kiwi, aussie dan sebagainya. Itu hanyalah sebagai nama samaran atau nickname sahaja. Berikut adalah sebahagian daripada nickname bagi matawang


Disini, admin akan berikan penerangan ringkas tentang Forex agar anda semua lebih memahaminya tetapi jikalau anda inginkan kefahaman secara lebih mendalam, sila rujuk "Sejarah Forex Trading" dan "Ringkasan Pengenalan Forex" (dengan klik tajuk tersebut) yang telah disediakan oleh admin.

Ringkasan tentang FOREX boleh diterangkan seperti berikut:
  • FOREX – FOREIGN EXCHANGE.
  • FOREX wujud sejak tahun 70-an.
  • Lebih 4,500 BANK dari SELURUH DUNIA turut BERDAGANG dalam FOREX.
  • Pasaran FOREX dibuka 24 JAM sehari, 5 HARI SEMINGGU.
  • Pasaran DUA HALA – Boleh menjana keuntungan ketika pasaran NAIK (BUY) atau TURUN (SELL).
  • Pasaran tidak dikawal oleh mana-mana INDIVIDU, ORGANISASISYARIKAT atau NEGARA.
  • FOREX adalah PERDAGANGAN TERBESAR DUNIA dengan jumlah dagangan harian melebihi 5 TRILLION SEHARI (tahun 2014).


In the Seventeenth Century, the Japanese developed a method to analyze the price of rich contracts. This technique was called "Candlestick Charting." Today, Steven Nison is credited with popularizing the Candlestick Chart, and is recognized as the leading authority on interpretation of the system. Candlesticks are graphical representations of the price fluctuations of a product. A candlestick can represent any period of time. A currency trader’s software can provide charts representing time frames from five minutes, up to one week per candlestick. 

There are no calculations required to interpret Candlestick Charts. They are a simple visual aid representing price movements in a given time period. Each candlestick reveals four vital pieces of information; the opening price, the closing price, the highest price and the lowest price the fluctuations during the time period of the candle. In much the same way as the familiar bar chart, a candle illustrates a given measure of time. The advantage of candlesticks is that they clearly denote the relationship between the opening and closing prices.

Because candlesticks display the relationship between the open, high, low and closing prices, they cannot be used to chart securities that have only closing prices. Interpretation of Candlestick Charts is based on the analysis of patterns. Currency traders predominantly use the relationship of the highs and lows of the candlewicks over a given time period. However, Candlestick Charts offer identifiable patterns that can be used to anticipate price movements.

There are two types of candles: The Bullish Pattern Candle and the Bearish Pattern Candle.























Source: The 10 Keys To Successful Trading

Contact Form

Name

Email *

Message *

Bornean Forex Trader. Powered by Blogger.