berkampung di BPM KPKK

actually, pekerjaan menjalankan audit tahun ni agak mendung sket.
pertamanya, ofcos pasal pilihanraya is just around the corner.
dek oleh kerana namanye Kementerian Penerangan, maka seluruh Kementerian dan Jabatan/Agensi adalah terlibat dgn bilik-bilik gerakan yg dh start bergerak drp hq hinggalah ke negeri dan daerah seluruh negara.

jd, releven ke nk g wat audit di kala pegawai-pegawai sedang rancak menggerakkan jentera penyebaran maklumat dan dasar kerajaan? kn? ceh. bunyik ayat dh mcm semangat berkempen plak. kui333.

walopun mcm tu, kami terpaksa la jgak kejekan yg mana rasa-rasa boleh jalan. yakni, kajian prestasi audit yg akan libatkan bhgn pengurusan maklumat @ it dept kpkk.


kajian kami tahun ini

15 Mei 2013, mesyuarat entrance telah dijalankan dan dihadiri oleh pegawai-pegawai it terlibat, dipengerusikan oleh SUB BPM. slps mendapat penerangan dan penjelasan serba ringkas mengenai kontrak dan tender terlibat dalam urusan penyewaan peralatan ict, pengauditan telah dimulakan secara rasminyer...

seperti biasa, audit kalo tk serabut dgn fail memang tk sah..


bilik perkampungan kami utk hmpir 3 minggu.
best. ade view dr tingkat 19 :)


struktur penulisan laporan telah dirangka
bersama dgn bos W52 dn inilah hasilnya.

jenuh tunggu fail dan dokumen, dapatlah kami homework utk start buat report (padahal part aku bahan byk lg yg tkde).
part paling tensen, bila nk tulih tkde input. sbb tkde input, coz pihak auditee masih belum kemukakan lg.

mengikut pemerhatian aku yg baru setahun jagung mengerjakan audit nih, bila dokumen lmbt dikemukakan tu ade tanda-tanda bahawasanya ia tidak difailkan, kalau difailkn mungkin sistem pemfailan kurang memuaskan menyebabkan maklumat nk cari tk jumpa... (sbb tu bila mintak asik tk dpt jek).

minggu ni kami udah pulang ke opis yg terchenta.. haha..
sementara menunggu dokumen-dokumen yg masih pending dan KIV (sbb ade yg nk kena mintak ngan vendor - kisahnyer).

hopefully auditee berjaya sediakan sume dokumen yg aku nk ituh. kite ade 3 bulan ye kenkawan. kalo idak mao berlubang report aku wehh.. sakit palo den nnti.

ariosss.

>> SINI <<

0 komen: