Khutbah
Iktibar Ramadhan
Oleh: Zuridan
Mohd Daud al-Teminie
الحَمْدُ للهِ
الَّذِيْ أَرْسَلَ رَسُوْلَهُ بِالهُدَى وَدِيْنِ الحَقِّ لِيُظْهِرَهُ عَلَى
الدِّيْنِ كُلِّهِ وَلَوْ كَرِهَ المُشْرِكُوْنَ أَشْهَدُ أَنْ لا إِلهَ
إِلا اللهُ وَأَشْهَدُ أَنَّ سَيِّدَنَا مُحَمَّدًا عَبْدُهُ وَرَسُوْلُهُ
اللّهُمَّ صَلِّ وَسَلِّمْ وَبَارِكْ عَلىَ سَيِّدِنَا مُحَمَّدٍ وَعَلَى آلِهِ
وَأَصْحَابِهِ وَمَنْ تَبِعَهُمْ بِإِحْسَانٍ إِلَى يَوْمِ الدِّيْنِ
أَمَّا بَعْدُ….فَيَا عِبَادَ اللهِ ! اتَّقُوْا اللهَ حَقَّ تُقَاتِهِ وَلا تمَوتُنَّ
إِلا وَأَنْتُمْ مُسْلِمُوْنَ
Marilah sama-sama kita bertaqwa kepada Allah Taala dengan
melaksanakan perintahNya dan meninggalkan segala laranganNya, mudah-mudahan
kita menjadi umat yang bertaqwa.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala,
Bulan Ramadhan bukan sahaja merupakan saat dan peluang untuk memperbanyakkan
ibadah kepada Allah SWT semata-mata, malah ia juga mempunyai hikmah untuk kita
hayati sebagai pedoman dalam perjuangan menegakkan agama Allah SWT, justeru bulan
Ramadhan bukan sahaja digelar sebagai Syahrul Ibadah malah juga digelar
sebagai Syahrul Jihad kerana Ramadhan yang dilalui oleh baginda SAW dan
para sahabat serta umat terdahulu diwarnai dengan tinta perjuangan menegakkan
kalimah Allah dan memerangi kemungkaran dan kesesatan.
Ibadah puasa Ramadhan di samping bertujuan melahirkan manusia yang bertaqwa
dan taat kepada perintah Allah Taala dan sunnah Rasulullah Saw, ia juga
berfungsi melahirkan para pejuang yang sanggup berkorban jiwa raga demi kedaulatan
Islam. Keikhlasan, pengorbanan, kesusahan dan ketahanan diri melawan bisikan hawa
nafsu ketika melaksanakan ibadah puasa adalah merupakan satu bentuk latihan
bagi membentuk jiwa dan peribadi seorang pejuang di jalan Allah. Ini kerana
dalam perjuangan pastinya ada cabaran yang datang sama ada dalam bentuk bisikan
hawa nafsu ataupun dalam bentuk fitnah harta dan pangkat. Sepertimana yang
berlaku kepada baginda SAW yang pernah ditawarkan dengan kedudukan yang tinggi dan
harta yang banyak namun baginda SAW menolaknya demi menegakkan Islam.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala,
Dalam surah surah Ali Imran ayat 123 Allah SWT berfirman:
وَلَقَدْ نَصَرَكُمُ
اللَّهُ
بِبَدْرٍ
وَأَنْتُمْ أَذِلَّةٌ
فَاتَّقُوا اللَّهَ لَعَلَّكُمْ تَشْكُرُونَ
Maksudnya: Sesungguhnya Allah telah menolong kamu mencapai
kemenangan dalam peperangan Badar, sedangkan kamu berkeadaan lemah (kerana kamu
sedikit bilangannya dan kekurangan peralatan perang). Oleh itu bertaqwalah kamu
kepada Allah, supaya kamu bersyukur (akan kemenangan itu).
Bulan Ramadhan dipilih berlakunya peristiwa Badar yang berlaku pada
tanggal 17 Ramadhan tahun ke 2 Hijrah bersamaan 17 Mac 624 Masehi. Ia adalah peperangan
pertama yang dilalui oleh baginda dalam keadaan tentera Islam begitu sedikit jumlahnya
dan berdepan dengan tentera musuh yang mencecah angka seribu orang dengan
peralatan yang lengkap. Namun kemenangan dianugerahkan kepada tentera Islam kerana
mendapat bantuan Allah SWT yang dijanjikan kepada golongan yang beriman.
Allah Taala menamakan peperangan Badar dengan Yaumul Furqan yang bermaksud pemisah antara dua pihak iaitu yang hak dan batil, yang beriman dan yang kufur. Ia menjadi peristiwa yang menguji antara perasaan iman kepada Allah dan perasaan asobiyah puak dan bangsa. Allah Taala menentukan supaya hubungan dengan Allah mengatasi hubungan dengan sesama manusia walaupun di kalangan mereka yang paling hampir hubungan kekeluargaannya yang akhirnya membawa kepada peperangan akibat daripada pertembungan aqidah.
Allah Taala menamakan peperangan Badar dengan Yaumul Furqan yang bermaksud pemisah antara dua pihak iaitu yang hak dan batil, yang beriman dan yang kufur. Ia menjadi peristiwa yang menguji antara perasaan iman kepada Allah dan perasaan asobiyah puak dan bangsa. Allah Taala menentukan supaya hubungan dengan Allah mengatasi hubungan dengan sesama manusia walaupun di kalangan mereka yang paling hampir hubungan kekeluargaannya yang akhirnya membawa kepada peperangan akibat daripada pertembungan aqidah.
Pada bulan Ramadhan juga berlakunya peristiwa Fathu Makkah iaitu
pembukaan kota Mekah di tangan Rasulullah SAW dan para sahabat. Setelah mereka
disiksa dan dihalau dari tanah air sendiri hingga terpaksa berhijrah ke Madinah
baginda SAW telah menggunakan kesempatan tersebut untuk membina kekuatan iman umat
Islam dan membangunkan negara dengan sistem Islam yang sempurna dan adil.
Akhirnya pada tarikh 21 Ramadhan tahun kelapan Hijrah Rasulullah SAW kembali
semula dan Islam dapat ditegakkan di bumi Makkah tanpa berlaku sebarang
tentangan.
Allah SWT berfirman dalam surah al-Fath ayat 1-3:
إِنَّا فَتَحْنَا لَكَ فَتْحًا
مُبِينًا, لِيَغْفِرَ لَكَ اللَّهُ مَا تَقَدَّمَ مِنْ ذَنْبِكَ وَمَا تَأَخَّرَ
وَيُتِمَّ نِعْمَتَهُ عَلَيْكَ وَيَهْدِيَكَ صِرَاطًا مُسْتَقِيمًا, وَيَنْصُرَكَ
اللَّهُ نَصْرًا عَزِيزًا
Maksudnya: Sesungguhnya Kami telah memberi kemenangan kepadamu
(wahai Muhammad) dengan kemenangan yang nyata. Kemenangan itu supaya Allah
mengampunkan salah dan silapmu yang telah lalu dan yang akan dating dan
menyempurnakan nikamy-Nya kepadamu serta memimpinmu ke jalan yang lurus (dalam
mengembangkan Islam dan melaksanakan hukum-hakamnya). Dan supaya Allah
memberikan pertolongan (untuk mencapai kejayaan) kepadamu dengan pertolongan
yang mulia.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala,
Abu Said r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah SAW bersabda:
مَنْ صَامَ يَوْمًا فِي سَبِيلِ اللَّهِ بَعَّدَ اللَّهُ
وَجْهَهُ عَنْ النَّارِ سَبْعِينَ خَرِيفًا
Maksudnya: Barangsiapa yang berpuasa sehari pada jalan Allah, Allah
menjauhkan diri orang itu dari neraka sejauh perjalanan 70 tahun. (Hadis Muttafaqun
'alaih)
Banyak lagi peristiwa-peristiwa jihad dan perjuangan yang
berlaku di bulan Ramadhan meskipun dalam keadaan umat Islam berpuasa, antaranya
ialah:
Pada bulan Ramadhan tahun ke 9 Hijrah berlakunya
peristiwa perang Tabuk yang akhirnya umat Islam menang setelah tentera Rom
mengundur diri kerana takut kepada kekuatan tentera Islam.
Pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera di bawah pimpinan Saidina Ali r.a ke Yaman dengan membawa surat daripada Nabi SAW. Akhirnya satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima dan memeluk Islam pada hari itu juga.
Pada bulan Ramadhan tahun ke 10 Hijrah Rasulullah SAW mengutuskan sepasukan tentera di bawah pimpinan Saidina Ali r.a ke Yaman dengan membawa surat daripada Nabi SAW. Akhirnya satu suku kaum yang berpengaruh di Yaman terus menerima dan memeluk Islam pada hari itu juga.
Pada bulan Ramadhan tahun ke 91 Hijrah pasukan tentera Islam mendarat di selatan pantai Andalusia iaitu Sepanyol
dan terus melancarkan jihad ke atas musuh Islam dan pada bulan Ramadhan tahun ke-92 Hijrah panglima Tariq bin Ziad
mengalahkan Raja Frederick dalam perang Fashillah di Andalusia.
Pada bulan Ramadhan tahun ke-584 Hijrah pahlawan Islam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi bersama-sama kaum muslimin mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salibiyyah. Tentera Islam berjaya menguasai daerah-daerah yang sebelum ini dikuasai oleh tentera Salib. Penasihat-penasihat Sultan Salahuddin menyarankan agar beliau berehat kerana risau akan kesihatannya namun beliau menjawab, "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang di bina oleh musuh.
Pada bulan Ramadhan tahun ke-584 Hijrah pahlawan Islam Sultan Salahuddin Al-Ayyubi bersama-sama kaum muslimin mendapat kemenangan besar ke atas tentera Salibiyyah. Tentera Islam berjaya menguasai daerah-daerah yang sebelum ini dikuasai oleh tentera Salib. Penasihat-penasihat Sultan Salahuddin menyarankan agar beliau berehat kerana risau akan kesihatannya namun beliau menjawab, "Umur itu pendek dan ajal itu sentiasa mengancam". Kemudian tentera Islam yang dipimpinnya terus berperang dan berjaya merampas benteng Shafad yang di bina oleh musuh.
Pada tarikh 25 Ramadhan tahun ke 658 Hijrah kerajaan Tartar berjaya dikalahkan oleh tentera Islam di bawah pimpinan panglima Saifudin Qutuz di kota ‘Ain Jalut, Palestin.
Sidang Jumaat yang dirahmati Allah Taala,
Cebisan kisah perjuangan dan jihad yang berlaku di bulan Ramadhan
memberikan gambaran kepada kita bahawa bulan Ramadhan bukanlah bulan rehat bagi
umat Islam, ia adalah bulan kesungguhan,
perjuangan dan jihad pada jalan Allah.
Beberapa peristiwa yang tercatat dalam sejarah ini menunjukkan
bahawa umat Islam adalah umat yang sentiasa bergerak dengan dakwah dan jihad
walaupun dalam keadaan lapar dan dahaga. Peristiwa al-futuhat (pembukaan
wilayah baharu) yang berlaku adalah bertujuan menghapuskan sebarang bentuk halangan
fizikal yang menyekat perkembangan dakwah Islam untuk sampai kepada seluruh
umat manusia. Sebagai Muslim, kita perlu sedar bahawa hidup kita di dunia ini
adalah untuk mengabdikan diri kepada Allah dan berjuang di atas jalan Nya. Suasana
kehidupan Islam yang telah lenyap mestilah dikembalikan semula agar keindahan
Islam yang syumul dapat dizahirkan.
Allah SWT
berfirman dalam surah al-Isra ayat 81:
وَقُلْ جَاءَ الْحَقُّ وَزَهَقَ
الْبَاطِلُ ۚ إِنَّ الْبَاطِلَ كَانَ زَهُوقًا
Maksudnya: Dan katakanlah: "Telah datang kebenaran
(Islam), dan hilang lenyaplah perkara yang batil (kufur dan syirik). Sesungguhnya
yang batil itu sememangnya satu perkara yang tetap lenyap".
بَارَكَ
اللهُ لِىْ وَلَكُمْ فِىْ القُرْآنِ العَظِيْمِ، وَنَفَعَنِى وَإِيَّاكُمْ بِمَا
فِيْهِ مِنَ الآيَاتِ وَالذِّكْرِ الحَكِيْمِ، وَتَقَبَّلَ مِنِّىْ وَمِنْكُمْ
تِلاَوَتَهُ إِنَّهُ هُوَ السَّمِيْعُ العَلِيْمُ، أَقُولُ قَوْلِى هَذَا
وَأَسْتَغْفِرُ اللهَ العَظِيْمَ لِىْ وَلَكُمْ، وَلِسَائِرِ المُسْلِمِيْنَ
وَالمُسْلِمَاتِ، وَالمُؤْمِنِيْن وَالمُؤْمِنَاتِ، فَاسْتَغْفِرُوهُ فَيَا فَوْزَ
المُسْتَغْفِرِيْنَ وَيَا نَجَاةَ التَّائِبِيْنَ.
No comments:
Post a Comment