Showing posts with label MITOS DAN SERAM. Show all posts
Showing posts with label MITOS DAN SERAM. Show all posts

Tuesday, 10 June 2025

MISTERI KERETA KIA OPTIMA - JALAN BENTONG LAMA

Oleh Nadzuan Na'am
Malaysiaku Dulu Dulu Official
18 Ogos 2020

Assalam...Sape2 masih ingat kemalangan misteri ini? Kejadian tak pasti pada tahun awal 2000an atau 2010 dulu tapi diyakini berlaku tahun 2010 nie yang melibatkan sebuah kereta kia optima berwarna kelabu berharga RM100K?

Kereta kia ini dijumpai oleh seseorang berbangsa cina, ade versi lain orang asli yang jumpe di jambatan jalan bentong lama, batu 18...kereta itu terjunam jatuh kebawah jambatan dgn kedalaman 100 meter...misterinya tidak ada tanda2 kemalangan berlaku diatas jalan raya dan penghadang jalan ditepi jambatan tu pulak tidak rosak dan pecah...
Apabila pasukan menyelamat turun dan memeriksa kenderaan itu, tiidak terdapat mayat didalam kereta dan sekitar dikawasan tersebut...kunci kereta masih ada didalam kereta...Kereta itu sudah diusahakan untuk dinaikkan keatas tetapi gagal kerana kenderaan yg mengangkut kereta naik keatas tu mengalami masalah teknikal...kenderaan lain dipanggil...jugak mengalami masalah yg sama...Kereta tu akhirnya akur berkubur ke bawah jambatan tu sehingga kehari ini...
Cerita pasal kemalangan jatuh kedalam gaung secara misteri seperti ini mengingatkan aku tentang sebuah lagi kisah seram dan misteri.Kisah Dj radio Thr yang kalau tak silap namanya Isma Halil Hamzah yg mendapat panggilan misteri semasa siaran segmen kisah seram sedang berlangsung pada tgh malam tu pada tahun awal 2000an dulu...Entahlah...Disebabkan kejadian tu, dj tu dh taknak teruskan lagi siaran kisah2 seram kat thr dan tukar segmen lain...
Semasa berlangsungnya panggilan itu, pemanggil tu menceritakan secara terperinci apa yang terjadik kepada dia dan keluarganya tentang kemalangan jalan raya yang dia sekeluarga hadapi sehingga terjunam kedalam gaung.Yang pasti kesemua mangsa kemalangan itu mati termasok si pemanggil misteri itu.
Penutup panggilan tu diiringi dengan suara hilaian...Suasana senyap dan sepi seketika masa tu.Mungkin Djnya nak bertenang seketika lepas tu beliau putarkan lagu rock untuk hilangkan rasa seram menyelubungi dirinya.
Ada ura2 mengatakan dj tu cuba putarkan balik rakaman tu pada keesokan harinya tapi isinya kosong...Owh ye....kisah Dj nie dah lama sangat ye guys...Entah berbelas atau berpuluh tahun dulu...Tidak beberapa lama lepas kejadian Dj kena kacau tu, keluar berita sebuah kereta dijumpai jatuh kedalam gaung...
Kisah Dj diganggu pemanggil misteri ini sangat terkenal dan rare sehingga ada diceritakan di Mj12, Kc champion cuba melakonkan kembali kejadian itu, cuma Kc tak mentionkan sape Dj tu dan dari siaran radio apa.

Rujuk :
Copy and paste:
10 June 2025: 1.26 a.m

Sejarah , Info dan Kisah Seram di Lebuhraya Karak

SUMBER: DUNIA SERAM

LEBUHRAYA KARAK

Lebuhraya Karak (E8) atau nama rasminya Lebuhraya Kuala Lumpur-Karak adalah lebuhraya capaian separa sejauh 60 km menghubungkan Kuala Lumpur dengan bandar Karak di Pahang. Lebuhraya ini mempunyai sepasang terowong di kawasan peranginan terkenal di Malaysia iaitu Genting Highlands. Lebuhraya ini pada asalnya merupakan lebuhraya dua lorong bertol sebelum dinaiktaraf kepada lebuhraya ekspres penuh pada tahun 1997.

Lebuhraya Persekutuan 2 lorong
Lebuhraya Karak pada asalnya dibina pada tahun-tahun 1970an oleh kerajaan Malaysia sebagai alternatif kepada Jalan Gombak - Bentong (Laluan Persekutuan ) yang sempit dan bengkang-bengkok. Lebuhraya ini juga adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan 2 (jangan terkeliru dengan Lebuhraya Persekutuan). Lebuhraya tersebut mempunyai sebuah terowong sepanjang 900 m di Genting Sempah yang merupakan terowong jalan raya pertama dibina di Malaysia.
Walau bagaimanapun, kos pembinaan lebuhraya tersebut adalah agak mahal bagi Malaysia pada masa itu memandangkan Malaysia merupakan sebuah negara pertanian pada masa tersebut. Oleh itu, kerajaan memutuskan untuk menjadikan Lebuhraya Karak sebagai jalan raya tol bagi membantu mendapat pulangan bagi kos pembinaan. Hasilnya, 2 plaza tol dibina di Gombak dan Bentong dan lebuhraya tersebut diletakkan di bawah pentadbiran Lembaga Lebuhraya Malaysia. Lebuhraya ini dibuka kepada lalu lintas pada tahun 1977.

Lebuhraya Ekspres berbilang lorong
Kepentingan Lebuhraya Karak sebagai laluan utama dari Kuala Lumpur ke negeri-negeri pantai timur menyebabkan kerajaan mengambil keputusan untuk menaik taraf jalan raya 2 lorong tersebut kepada lebuhraya ekspres penuh berbilang lorong dengan membina satu lagi laluan tambahan bersebelahan dengan laluan asal. Dengan itu, lebuhraya tunggal 2 lorong tersebut dinaiktaraf menjadi sebuah lebuhraya berkembar dengan 6 lorong (3 lorong pada setiap hala) di bahagian antara Kuala Lumpur dan Persimpangan Genting Highlands dan 4 lorong (2 lorong di setiap hala) pada bahagian selebihnya.
Kerja-kerja menaik taraf termasuk pembinaan terowong kedua di sebelah terowong asal bagi membolehkan tambahan 2 lorong bagi lalu lintas arah timur, pembesaran plaza tol Gombak dan Bentong serta pembinaan persimpangan bertingkat bagi menggantikan simpang biasa. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa simpang yang tidak dapat dinaik taraf kepada persimpangan bertingkat disebabkan faktor geografi, maka beberapa pusingan-U dibina bagi membolehkan kenderaan dari arah bertentangan dapat keluar masuk ke simpang tersebut. Kerja-kerja menaik taraf selesai pada tahun 1997.
MTD Prime memegang konsesi Lebuhraya Karak serta Lebuhraya Pantai Timur. Lebuhraya Karak diberi kod setelah kerja naik taraf selesai, menyebabkan lebuhraya ini mempunyai 2 kod laluan. Akibatnya, sesetengah peta melabelkan Lebuhraya Karak sebagai manakala sesetengah peta yang lain pula melabelkannya sebagai Laluan Persekutuan . Walau apa pun kod laluan yang digunakan, kedua-duanya boleh digunakan bagi mewakili Lebuhraya Karak memandangkan lebuhraya itu sendiri adalah sebahagian daripada Laluan Persekutuan

KESELAMATAN
Sebagaimana jalan raya pergunungan yang lain, Lebuhraya Karak juga menghadapi risiko tanah runtuh terutamanya pada musim hujan. Oleh itu, pemandu dinasihatkan agar tidak menggunakan laluan pergunungan termasuklah Lebuhraya Karak pada musim hujan bagi mengelakkan risiko tanah runtuh selain jalan penglihatan yang terhad. Had laju lebuhraya ini adalah 90 km/j. Bukan 110 km/j ye. 

Antara Hantu Yang Pernah Dikaitkan Dengan Karak :-
  1. Langsuir
  2. Budak Sekolah (merayau-rayau)
  3. Wanita Tua
  4. Bas Lama
  5. Penunggang Motor (Kepala ada badan tak ada)
  6. Perempuan Bawa Anak (batu nisan)
  7. Pontianak
  8. Hantu Pocong
  9. Hantu yang Makan orang (Paling popular)
  10. Volkswagen kuning(dah lupa ada dekat karak @ lebuh Raya Jelapang).

MAKA TERSEBUTLAH KISAH….

1. Antara kemalangan yang paling popular adalah pada 20 Januari 1990, di mana 17 orang terbunuh termasuk 11 orang anggota FRU bilamana berlaku pertembungan diantara kenderaan FRU dengan sebuah lori, sebuah bas dan 10 biji kereta.

2. Kalau korang perasan dekat Genting Sempah (berdekatan perniaga lemang) Banyak Lori berenti pada waktu malam(tidur)..dikatakan tidak sah kalau tidur disitu tapi tidak kena “tegur”.

3. Volkswagen kuning

Selalunya pemandu akan dikacau selepas terowong karak..dia akan potong kereta korang, dan selepas itu dia akan bawa perlahan..ada yang kata jangan potong kereta kuning itu,kalau potong juga….. Dan apa yang menarik tentang Volkswagen kuning ini,seingat aku pada tahun 1998 masa itu aku diasrama tengah dengar radio Era (masa tu Era baru je wujud).
Seorang pemanggil call Era dan cerita pasal Volkswagen kuning ni dari A sampai Z,dan bila deejay tu tanya mana tahu tentang cerita ini,pemanggil dari Jelapang(Perak) itu dengan selamba kata dialah pemandu kereta itu dan talian terus putus….

4. Kereta Misteri

KARAK – Penemuan sebuah kereta Kia Optima yang terbenam ke dalam selut dari ketinggian 100 meter di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak, berhampiran terowong Genting Sempah menghala ke ibu negara kelmarin menimbulkan pelbagai misteri.

Kereta berwarna perak itu dipercayai terjatuh dari Jalan Bentong Lama, Batu 18 di sini sebelum ia ditemui oleh penunda kereta, Wong Kam Wai, 31, pada pukul 3 petang.

Namun Ketua Polis Daerah Gombak, Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, sehingga semalam polis menolak wujudnya unsur jenayah atau kemalangan yang boleh dikaitkan dengan penemuan kereta itu.

“Kalau berlaku kemalangan, mesti pembahagi jalan sudah remuk seperti dilanggar. Jika ada jenayah mesti ada mangsa di sekitarnya,” kata beliau ketika dihubungi.

Kereta Kia Optima yang berharga lebih RM100,000 itu ditemui ketika Kam Wai sedang menaikkan sebuah kereta Satria Neo yang terbabas di Kilometer 35.4 Lebuh Raya Karak.

Dalam pada itu, satu sumber berkata, ketika ditemui kunci kenderaan ada pada kereta itu namun enjin tidak dihidupkan.

Bagaimanapun,usaha untuk mengangkat kereta ini tidak berjaya. Apabila di pertengahan, dua buah kembalik yang mengangkatnya tiba-tiba mengalami masalah mekanikal dan kerosakan pada sistem hidrolik.Ketika itu,kereta ini hanya beberapa meter sebelum sampai di tepi tembok lebuhraya.

Ketika kembalik kedua membantu, ia turut menerima nasib sama apabila tiba-tiba mengalami masalah mekanikal pula.Akhirnya, kereta misteri ini terpaksa di”semadikan” semula di bawah jambatan tersebut!

Jalan Karak LAMA
1. Seorang polis, satu hari naik motor ikut jalan lama ni….nak dijadikan cerita sampai satu kawasan tu,dia nampak banyak kereta paking tepi jalan,tapi yang peliknya kat situ gelap gelita,seorang manusia pun tak ada dan yang paling pelik,semua kereta yang paking tu jenis kereta lama tapi masih cantik…Apa lagi rempit la sambil pegang pistol sampai genting sempah(petronas).

2. Menurut cerita ramai juga yang ingin mengelak kesesakan lalu lintas ikut jalan lama karak(nak balik KL).Tetapi hampir 80% orang yang lalu disini bukan sahaja waktu malam,tengah hari siang buta pun akan berpatah balik. Sebab dah tak tahan menanggung seram!

3. Dalam satu cerita lain, pemandu bas di situ pernah bercerita pada satu malam selepas bas terakhir dari KL ke bentong lebih kurang pukul 9 mlm, dia telah mengambil penumpang di kawasan tersebut yang kebiasaanya sunyi..Seperti biasa kondaktor bas memberi tiket.Riuh rendah la dlm bas tu sebab ramai penumpang..Bila hampir sampai di Bentong penumpang-pemunpang turun di satu kawasan hutan@kampung….Sampai di Stesen Bentong bila konduktor bas tu nak kira duit balik terkejut tengok dalam beg dia penuh dengan daun saja, mana perginya duit tadi ?.

4. Pernah juga terbaca ,beberapa orang polis pernah terserempak dengan Rashid Maiden (Bekas ketua Komunis Pahang) bersembahyang berlapitkan daun pisang ditepi jalan,tetapi mereka hanya tergamam melihat kelibat Rashid Maiden sehingga la selesai sembahyang..selepas itu..hilang..

5. Mengikut cerita dan laporan akhbar, mangsa menghantar isterinya yang bekerja sebagai Manager McDonalds di Genting Sempah.Masa perjalanan pulang, si suami tetiba hilang di Jalan Lama Bentong- Gombak disyaki kemalangan di salah satu gaung. Si isterinya berjalan menyusuri jalan lama tu selama seminggu untuk mencari suaminya malangnya tak berjumpa.

Kemudian, dalam sebulan lepas tu orang asli dan pihak polis menjumpai kereta si suami dalam gaung di KM 40 Bentong tetapi tiada pemandu di dalam. dalam lebih kurang seratus meter dari kereta itu, mereka terjumpa tulang manusia yang lengkap berbaju Melayu tapi tiada langsung daging pada badan mangsa. Baju Melayu tu masih lagi elok, dan jika dikatakan mayat dimakan binatang liar, tiada sebarang kesan kecederaan dan tulang semuanya lengkap.

6. Tentang hantu yang makan orang ni pula berlaku pada era 80’an..si suami ni pergi mencari air kerana kereta dia “temperature”naik.Si isteri tunggu di dalam kereta,lama juga dia tunggu suaminya….lepas tu datang kereta peronda polis,si polis suruh isterinya keluar dari kereta dan terus ke kereta polis dan polis tu cakap “jangan pandang belakang”..bila dengar polis cakap macam itu,si isteri ni terus pandang..Apa yang memeranjatkan ialah si suami ada dekat atas bumbung kereta dengan anggota badannya hancur!

Cerita tegak bulu roma tak pasti kesahihannya. Wallahualam.




Copy and paste:
10 Jun 2025: 12.49 a.m

Tuesday, 3 June 2025

Kisah Penjajah British Tersempak Dengan Pontianak

10/11/2020By Moustapha Abbas’

Persepsi orang Barat terutama British terhadap orang Melayu pada abad ke-19 dan awal abad ke-20 kadang-kadang bikin orang kita geli hati. Jika tidak ucapan yang berbaur falsafah beban orang putih (White man’s burden) yang dangkal, pemerhatian dan komen terhadap budaya orang Melayu yang dirasakan pelik.
Salah satunya ialah pemerhatian mereka tentang hantu (Untoo mengikut sebutan
beliau) pontianak seperti disaksikan oleh Laksamana Sherard Osborn.

Sebelum bergelar Laksamana dalam Tentera Laut Diraja (Royal Navy) dan menjadi
pengembara benua Artik, Osborn berkhidmat sebagai pegawai muda tentera laut di Kedah pada tahun 1838 dan menjadi sebahagian daripada ketumbukan Royal Navy yang mengepung pelabuhan Kuala Kedah ketika itu. Semasa kepungan inilah, beliau menulis anekdot peristiwa pelik bin ajaib yang menimpa bukan saja dirinya tetapi anak-anak kapal.

Pada satu ketika, semasa Osborn dan sebahagian anak kapal berehat di atas kapal, mereka melihat kelibat beberapa perahu yang dibawa anak-anak kapal berbangsa Melayu pulang dengan sedikit tangkapan ikan. Bila ditanya apa yang berlaku, mereka yang masih ketakutan memberitahu melihat kelibat pontianak semasa memancing.

Pada awalnya, Osborn hanya menggelakkan mereka dan menganggap mereka berkhayal semata-mata. Walaupun beliau bertegas kelibat lembaga yang dilihat itu ialah anjing laut, penterjemahnya bernama Jamboo menegaskan apa yang dilihat mereka itu benar. Malah, dia turut menegaskan mereka tidak pernah melihat kelibat anjing laut seperti didakwa Osborn di Tanah Melayu.

Walaupun beliau akur dengan penjelasan mereka, Osborn menulis satu anekdot yang menganggap pontianak itu sebenarnya spesies manusia liar yang hidup jauh daripada dilihat manusia iaitu Orang Asli. Beliau menulis:

“Orang-orang liar (Orang Asli) ini ialah tinggalan sedih orang asli Negro yang kecil,
yang pada satu masa lebih ramai tetapi kini boleh ditemui dalam kumpulan-
kumpulan kecil, di tempat yang paling sukar diakses di Malaya.”


Osborn melihat pelayar-pelayar Melayu tidak dapat lari daripada mitos-mitos aneh seperti dialami pelayar-pelayar Eropah. Beliau melihat apa yang diceritakan kadang-kadang terhasil daripada imaginasi liar mereka dan sudah bercampur dengan fakta logik. Justeru, menjadi tanggungjawabnya (dialog tipikal beban orang putih) untuk membawa orang-orang di bawah pimpinannya keluar daripada belenggu tahayul ini.

Tidak lama selepas peristiwa tersebut, kapal pen3mb4k mereka berlabuh di satu kawasan di selatan Sungai Kedah pada satu malam. Kebetulan pula pada malam  itu, hujan turun mencurah-curah disusuli dengan kabus dan persekitaran yang lembap memaksa mereka mencari tempat perlindungan. Begitupun, Osborn mahukan seorang anak kapal bertindak sebagai peninjau dan segera memberitahu
apa-apa perkembangan kepadanya.

Pada jam 11.00 malam, Osborn terdengar bunyi orang meludah berselang seli dengan bacaan jampi serapah (berkemungkinan ayat-ayat suci al-Quran). Apabila seorang anak kapal bertanya apa yang berlaku, si peninjau menunjukkan jarinya pada satu kawasan dalam hutan. Sebaik melihat arah yang dinyatakan, si polan itu segera mengikut rakannya melakukan perkara sama.

Osborn yang merasa pelik dengan kerenah mereka segera bertanya apa yang berlaku. Si peninjau menjawab mereka tidak melihat kelibat perahu (perahu yang digunakan pejuang-pejuang Kedah) dan memberi isyarat kepadanya untuk tidak melihat arah yang dinyatakan. Apabila Osborn meminta Jamboo bertanya apa yang dilihat mereka, jawapan mereka ialah kelibat hantu atau lebih tepat pontianak.

Pada awalnya, beliau merasa marah dan menganggap apa yang dinyatakan itu sebagai mustahil. Tetapi apabila mereka memintanya melihat ke arah satu kawasan hutan yang dinyatakan, alangkah terkejutnya beliau melihat apa yang dianggap karut selama ini rupanya benar belaka.

Berikut catatan Osborn apabila melihat kelibat pontianak:

“Aku berbuat demikian, dan aku merasa mula seram, aku tidak malu mengatakannya dan ia tersebar ke seluruh badanku tatkala aku melihat figura seorang wanita dengan kain putih di sekelilingnya, seperti dipakai wanita-wanita Hindu, ia bergerak dari bayangan hutan dan berhenti di satu anak bukit pasir putih, jarak tidak kurang daripada 300 kaki.

Aku menggosok mataku, sementara penterjemahku memanggil santo (berkemungkinan nama Rasulullah s.a.w atau para wali) dan dia meludah tanpa henti, seolah-olah seperti haiwan pengotor lalu di hadapannya. Sekali lagi aku melihat dan aku melihat perkara sama, ia melalui satu kawasan gelap dan secara perlahan-lahan mula menyeberang ke satu bahagian dalam hutan.

Aku dapat merasakan aku tidak mampu menafikan realiti ilusi yang wujud dalam kepalaku, aku berlalu dari situ dan membiarkan si Melayu itu meneruskan apa yang dilakukannya hingga tengah malam, dia bagaimanapun sekali-sekala meludah tanpa henti dan menyumpah makhluk terkutuk itu dengan jampi serapah agama Mahomet (panggilan orang Barat terhadap nama Rasulullah s.a.w).

Semasa pertengahan tempoh meninjau, Untoo (hantu) muncul lagi tetapi ia tidak mengganggu kami – Jadee (salah seorang anak kapal) memberi jaminan Untoo ialah makhluk terkutuk yang melakukan perkara kejahatan – aku menganggapnya
sebagai pari-pari yang baik, pada ketika itu kami tidak terganggu lagi dengan Untoo sehinggalah ia mengganggu kumpulan pemancing di Sungai Setoue (Setiu).”

Kisah Osborn dan anak kapalnya melihat pontianak diabadikan dalam buku bertajuk Quedah: A Cruise in Japanese Waters yang diterbitkan pada tahun 1859. Selain peristiwa pelik bin ajaib ini, beliau turut merekodkan kekejaman pihak Siam
terhadap rakyat dan pejuang Kedah serta kekagumannya sebagai seorang tentera
terhadap semangat juang yang dipamerkan mereka melawan penjajahan Siam.

RUJUKAN:

Sherard Osborn. (1895). Quedah: A Cruise in Japanese Waters.

5 FEBRUARY 2022 > 4 REJAB 1443H: 11.22 PM

Copy and paste: 3 June 2025: 7.54 p.m

Saturday, 17 May 2025

JACK SPARROW - PIRATES OF THE CARIBBEAN


Sumber: ViralHunterz
18 May 2024

Apakah benar bahawa Jack Sparrow - Pirrates of the Caribbean merupakan watak daripada orang Melayu
Ini turut disokong the penulisan daripada Stanley Portal Hyatt The Black Pearl of Peihoo: A Tale of the Malay Seas
Dalamnya tulisan seakan sama seperti Capter Movie Pirrates of the Caribbean.
Dalam kesemua lima sekuel filem Pirates of the Caribbean, dari keluaran tahun 2003 sehingga 2017, Captain Jack Sparrow lakonan mantap Johnny Depp tampil kacak waima dengan menggunakan Terakol jenis kancing batu api.
Mungkin ramai tidak tahu bahawa Ketua Lanun, Laksamana dan Syahbandar Melayu di gugusan Nusantara selama ratusan tahun dahulu sering bergaya menyelitkan Terakol ini di pinggang bersama-sama sebilah keris mereka.
Teknologi flintlock yang dicipta oleh Barat maka ketika itu bertukarlah namanya dari Terakol atau Tarkul menjadi pistol. Mengenai latar belakang Sparrow, dia sebenarnya adalah seorang Melayu yang juga berasal dari alam Melayu.
Legenda lanun Melayu ini malah membentuk 19th Malays Regiment of British Royal Navy. Lebih 300 dokumen yang berkaitan kisah kapten Sparrow yang berbangsa Melayu ini turut berada dalam simpanan kerajaan penjajah British.
Rejimen khas tentera laut Melayu itu adalah kumpulan bekas lanun yang bermaharajalela di Selat Melaka sebelum itu kerana keberanian serta kebolehan luar biasa yang dimiliki mereka termasuklah ilmu kebal dan ilmu batin.
Bahkan boleh menyelam lebih jam. Mereka diberi pengampunan daripada dihukum gantung dan diambil bekerja dengan British Royal Navy – di bawah rejimen tersebut yang diketuai oleh individu bernama Captain John Davie.
Pada 1813, rejimen ini melancarkan mutiny; iaitu pemberontakan dan rampasan atau pengambilalihan kuasa menurut istilah tentera, ke atas India yang mengakibatkan kemusnahan harta benda dan nyawa askar British.
Mereka malahan dilaporkan telah berjaya merampas 12 buah kapal laut British Royal Navy, sebelum kemudiannya berpecah jauh sehingga ada rekod sejarah menunjukkan kumpulan tersebut sudah sampai ke benua Amerika.
Dari tahun 1813 hingga 1842, saki baki kumpulan 19th Malays Regiment inilah yang bermaharajalela pula di Laut Arab dan Laut Utara di Britain, sehinggakan terdapat beberapa kes amukan lanun Melayu di Queen Dock London.
Separuh daripada anggota kumpulan tentera laut ini yang turut dirujuk sebagai Curse Regiment atau rejimen sumpahan ini juga telah diambil alih oleh Napolean Bonaparte untuk berperang melawan askar British sendiri.
Sejak itu, mereka dikenali juga sebagai Curse Regiment dengan slogan bourne to sails at sea in eternity… iaitu dilahirkan untuk belayar di laut selama-lamanya. Ia bukan ayat sumpahan, akan tetapi ia adalah satu pilihan.
Rejimen ini selepas mutiny menentang British di India, mereka tidak dibenarkan pulang ke kampung halaman kerana orang kampung, pembesar dan sultan akan hukum bunuh mereka atas alasan ‘bersubahat’ dengan penjajah.
Dalam makna kata lainnya, mereka akan dianggap sebagai pembelot atau talibarut kolonial. Tidak hairanlah jika watak Sparrow ini diinspirasikan daripada nama Raja Lanun Dunia yang berketurunan Melayu suatu ketika dahulu.
Ini termasuk nama karakter Barbossa diilhamkan daripada seorang lanun berasal Turki, Barbarossa. Trivia dalam filem Pirates of the Carribean: At World End, watak-watak lanun dalam siri ini dibawa menuju ke Selat Melaka.
Malangnya ia disebut sebagai pangkalan Sao Feng dalam filem ini dengan menggantikan nama Selat Melaka, malah Temasik (nama asal Singapura) yang sepatutnya digunakan juga telah ditukar kepada sebutan moden ‘Singapore’.
– disesuaikan petikan daripada laman blog MacJay.

Copy and paste:
17 May 2025: 9.45 a.m


Wednesday, 30 April 2025

3 FAMOUS POLTERGEIST CASES THAT WILL CREEP YOU OUT.

Resource: LIVEABOUT

By Stephen Wagner
1 November 2019

Chairs move about by themselves. Walls shake from loud, unexplained banging. Water drips from a ceiling. Hairbrushes disappear for days, only to reappear in their place on the dresser. These are some of the classic symptoms of a poltergeist haunting. From the German for "noisy ghost," a poltergeist refers to phenomena usually credited to mischievous spirits or ghosts and are characterized by psychokinesis or other physical manifestations. Although ghosts may sometimes be involved, most poltergeist incidents are a kind of psychic phenomena, usually centered around a living "agent."

Cases have been cited almost since the beginning of recorded history. Three famous cases have taken place in the 20th century, gaining notoriety, perhaps, because they have been extensively investigated, reported, and in some cases even photographed and videotaped.

The Thorton Health Poltergeist

In the 1970s, in Thornton Heath, England, a family was tormented by poltergeist phenomena that started one August night when they were woken in the middle of the night by a blaring bedside radio that had somehow turned itself on — tuned to a foreign-language station. This was the beginning of a string of events that lasted nearly four years.

A lampshade repeatedly was knocked to the floor by unaided hands. During the Christmas season of 1972, an ornament was hurled across the room, smashing into the husband's forehead. "As he flopped into an armchair," reports Haunted Croydon, "the Christmas tree began to shake violently. Come the New Year and there were footsteps in the bedroom when there was no one there, and one night the couple's son awoke to find a man in old fashioned dress staring threateningly at him. The family's fear grew when, as they entertained friends one night, there was a loud knocking at the front door, the living room door was then flung open and all the house's lights came on."

Having the house blessed failed to rid the house of the phenomena. "Objects flew through the air, loud noises were heard and the family would sometimes hear a noise which suggested some large piece of furniture... had crashed to the floor. When they went to investigate, nothing would be disturbed."

A medium who was consulted told the family that the house was haunted by a farmer of the name Chatterton, who considered the family trespassers on his property. An investigation bore out the fact that Chatterton had indeed lived in the house in the mid-18th century. "Chatterton's wife now joined in causing mayhem, and often the tenant's wife would be followed up the stairs at night by an elderly gray-haired woman wearing a pinafore and with her hair tied back in a bun. If looked at, she would disappear back into the shadows. The family even reported seeing the farmer appear on their television screens, wearing a black jacket with wide, pointed lapels, high-necked shirt, and black cravat."

After the family moved out of the house, the poltergeist activity ceased, and none have been reported by subsequent residents.

The Enfield Poltergeist Case

Another English ghost — this one in Enfield in North London — made headlines in 1977. The strange activity seemed to center around the daughter of Peggy Harper, a divorcee in her mid-40s. Again, it started on an August night. "Late at night," An Urban Ghost Story relates, "Janet, aged 11 and her brother Pete, aged 10, complained that their beds were 'jolting up and down and going all funny.' As soon as Mrs. Harper got to the room, the movements had stopped — as far as she was concerned her kids were making it all up."

But things got progressively more bizarre from there. Shuffling noises and knocks on the wall were followed by a heavy chest of drawers sliding by itself across the floor. Mrs. Harper promptly got her children out of the house and sought the assistance of a neighbor. "The neighbors searched the house and garden but found no one. Soon they also heard the knocks on the walls which continued at spaced out intervals. At 11 p.m. they called the police, who heard the knocks, one officer even saw a chair inexplicably move across the floor, and later signed a written statement to confirm the events."

Several people were witness to the events that occurred in the following days: Lego bricks and marbles were thrown around the house and were often hot to the touch. In September of that year, Maurice Grosse of the Society for Psychical Research came to investigate. "Grosse claims that he experienced the strange happenings — first a marble was thrown at him from an unseen hand, he saw doors open and close by themselves, and claimed to feel a sudden breeze that seemed to move up from his feet to his head."

Grosse was later joined in the investigation by writer Guy Lyon Playfair, and together they studied the case for two years. "The knocking on walls and floors became an almost nightly occurrence, furniture slid across the floor and was thrown down the stairs, drawers were wrenched out of dressing tables. Toys and other objects would fly across the room, bedclothes would be pulled off, water was found in mysterious puddles on the floors, there were outbreaks of fire followed by their inexplicable extinguishing."

The case became decidedly unnerving when the spirits revealed themselves — through Janet. Speaking in a deep, gravely voice, the spirit announced that his name was Bill and had died in the house — a fact that has been verified. The voices and the phenomenon have been recorded on tape and film, and Playfair has written a book about the case called This House is Haunted.

Despite the documentation, however, much controversy surrounds the case. Skeptics claim that the case is nothing more than the work of a very clever and mischievous girl — Janet. The poltergeist activity always stopped when she was watched closely, and when she was taken to a hospital for several days to be tested for physical or mental abnormality, the phenomena ceased in the house. Some researchers believe that Janet taught herself to speak in the strange male voice and that photos of her levitating in her bedroom merely caught her jumping off her bed. Was this poltergeist case just the result of an attention-seeking 11-year-old?

The Danny Poltergeist Case

In 1998, Jane Fishman, a reporter for the Savannah Morning News, began a series of articles about a possibly haunted antique bed in the home of Al Cobb of Savannah, Georgia. Cobb bought the vintage late-1800s bed at an auction as a Christmas present for his 14-year-old son, Jason — a purchase he later regretted.

"Three nights later," Fishman reported, "Jason told his parents he felt as if someone had planted elbows on his pillow and was watching him and breathing cold air down the back of his neck. He felt sick. The next night he noticed the photo of his deceased grandparents on his wicker nightstand flipped down. So he righted it. The next day, the photo was facing down again.

Later that morning, after leaving his room for breakfast, he returned and found in the middle of his bed two Beanie Babies — the zebra and the tiger — next to a conch shell, a dinosaur made of shells and a plaster toucan bird. That got his parents' — and his twin brother, Lee's — attention. Trying to make sense of the irrational, Al called out, 'Do we have a Casper here? Tell me your name and how old you are.' Then he left some lined composition paper and crayons and, with his family, walked out of the room. In 15 minutes they returned and found written vertically in large block childlike letters, 'Danny, 7.'"

With his family out of the house, Al Cobb decided to continue trying to communicate with the spirit of Danny. With the same kind of notes, Danny indicated that his mother had died in that bed in 1899 and that he wanted to stay with the bed. He also made it clear that he didn't want anyone else sleeping in it. "The same day they found a note reading, 'No one sleep in bed,' Jason, who had moved out of the room, decided to stretch out and pretend to take a nap. That, says Al, was a mistake. 'I doubled back in the room to pick up my clothes,' remembers Jason, 'when this terra cotta head that had been hanging on the wall came flying through the room, just missing me before it smashed on the closet door.'"

"No one really knows," Fishman writes in her second installment, "who — or what — is leaving the copious notes, moving the furniture, opening the kitchen drawers, setting the dining room table, flipping over the chairs, lighting the candles, arranging the posters to spell out a person's name, Jill, then hanging the finished product on a bedroom wall. Jason also spoke of other spirits: 'Uncle Sam,' who had come to reclaim his daughter he said was buried under the house; 'Gracie,' a young girl whose sculpture sits in Bonaventure Cemetery; and 'Jill,' a young woman who left a number of handwritten messages, among them one inviting the Cobbs to a party in their living room."

Parapsychologist Andrew Nichols, head of the Florida Society for Parapsychological Research, investigated the case. "What happened at the Cobbs," he told Fishman, "more specifically to Jason — would have happened without 'Danny,' or the bed. It was the electromagnetic energy of the wall — that Jason started sleeping next to when they moved the bed there — that charged a psychic ability that the boy already had.

Copy and paste: 2 May 2025: 10.32 p.m


Tuesday, 21 January 2025

LANGSUIR

SUMBER: 446

SEKITAR November pada 2015, penduduk Kampung Penaga Putar di Jerteh, Terengganu mendakwa terserempak dengan hantu langsuir yang terbang merayau sambil mengilai dengan suara menyeramkan di kawasan mereka.
Cerita kewujudan hantu itu pantas mencetuskan ketakutan dan rasa seram dalam kalangan masyarakat setempat sehingga menyebabkan mereka tidak berani keluar rumah pada waktu malam.
Penduduk yang melihat sendiri kelibat hantu itu menggambarkan makhluk halus terbabit dengan tinggi separas pinggang, berambut panjang, memiliki dua taring di bibir bawah dan badan berwarna merah serta menampakkan isi daging manusia. Hantu itu juga mampu terbang terawang sambil mengilai sehingga menyebabkan bulu roma sesiapa yang mendengarnya meremang.
Selain Kampung Penaga Putar, kelibat langsuir itu turut menakutkan penduduk Kampung Tasek dan tiga kampung daerah sempadan Pasir Puteh, Kelantan iaitu Kampung Gong Pasir, Kampung Gong Tinggi dan Kampung Gong Lapang.
Selepas beberapa hari cerita mistik itu mencetuskan rasa takut dan seram dalam kalangan penduduk, akhirnya akhbar tempatan melaporkan seorang bomoh berjaya menangkap empat langsuir terbabit. Menurut laporan, semua makhluk halus itu akan dihantar kembali ke alam mereka selepas 40 hari dipasung.
Kisah kewujudan langsuir di Jerteh itu bukanlah kali pertama diceritakan di negara ini kerana kepercayaan masyarakat terhadap pelbagai jenis hantu sudah berakar sejak ratusan tahun lalu. Malah, pegawai British di Tanah Melayu suatu ketika dulu, Sir William Maxwell, pernah merekodkan kepercayaan masyarakat Melayu silam terhadap langsuir dan kaedah khurafat untuk menanganinya seperti catatan beliau (terjemahan):
"Jika seorang wanita mati akibat melahirkan bayi sama ada sebelum atau selepas bayi itu dilahirkan dan sebelum tamat 40 hari tempoh pantang, dia akan menjadi langsuir iaitu hantu terbang berupa wanita putih atau roh perempuan.
"Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, beberapa biji tasbih kaca diletakkan dalam mulut jenazah, telur ayam diletak di celah ketiak dan jarum diletak di telapak tangan. Perbuatan itu dipercayai dapat mengelakkan jenazah wanita itu menjadi langsuir kerana dia tidak dapat membuka mulut untuk mengilai atau menggerakkan lengan dan tangannya untuk terbang".
Dalam kepercayaan lama masyarakat Melayu, hantu langsuir berbeza dengan pontianak kerana pontianak atau turut disebut sebagai `matianak' atau `kuntilanak' adalah jelmaan hantu bayi perempuan yang mati ketika dilahirkan. Dengan erti kata lain, langsuir adalah hantu ibu kepada pontianak.
Pontianak dapat berubah daripada makhluk halus kepada jasad kekal dengan memaku lehernya dan ia berubah menjadi hantu sundel bolong yang berupa seperti gadis.
Selain langsuir dan pontianak, masyarakat Melayu lama turut mempercayai kewujudan pelbagai lagi jenis hantu, antaranya penanggal (hantu kepala perempuan yang menghisap darah wanita bersalin); pocong (hantu mayat berbalut kain kafan); toyol (hantu janin bayi), hantu air, hantu galah, hantu kumkum, hantu kubur dan pelbagai lagi. Ada juga hantu menjadi `makhluk suruhan' bomoh atau dukun ilmu hitam seperti polong, saka, pelesit dan hantu raya.
Pengasas Pusat Rawatan Terapi al-Quran Darul Hikmah, Abdul Malek Ladzim AlAzhari, berkata hantu dalam alam Melayu sememangnya wujud tetapi hakikat sebenarnya, makhluk itu adalah jin.
"Tiada manusia boleh melihat wajah jin yang sebenar tapi jin boleh bertukar daripada rupa asal mereka untuk muncul di hadapan manusia. Ia dikenali sebagai jelmaan dan jelmaan inilah mewujudkan hantu seperti pontianak, pocong, langsuir dan sebagainya," katanya.
Sumber: Berita Harian & JAGAT IMPAK

Copy and paste:
21/1/2025: 10.20 a.m

Tuesday, 31 December 2024

RUMAH SEWA RM50 SEKSYEN 2 SHAH ALAM

Sumber: Misteri Benua Asia MY

9 tahun lepas aku dapat sambung belajar di UITM Shah Alam. So, perkara pertama yang perlu difikirkan adalah tempat tinggal kerana aku tidak dapat hostel. Oleh sebab kerajinan dan keperihatinan yang ada pada aku dan kawan-kawan, maka kami berjaya menyewa di sebuah rumah berdekatan kawasan seksyen 2. Berhampiran dengan Wet World [kalau korang tahu la].
Rumah itu banglo 2 tingkat 4 bilik. 3 bilik di atas dan 1 bilik bawah. Kitorang berlapan, maknanya 2 orang bagi satu bilik. Aku ringkaskan saja la, kitorang masuk rumah itu dengan perasaan berbelah bahagi. Best, suka, pelik, rimas dan takut semua ada.
Pertama, tuan rumah hanya minta RM50 sahaja sebagai deposit dan sewa pertama hanya perlu bayar apabila masuk bulan kedua. Kiranya bulan pertama free la… [?]
Kedua, tuan rumah tak bagi kitorang bawa barang banyak-banyak sebab nanti penat nak angkat balik katanya…
Ketiga, pokok Ara tepi rumah itu besar sangat sampai dahannya boleh masuk ke dalam tingkap bilik atas.
Malam pertama, kami tidak dapa tidur kerana sibuk punggah dan kemas barang sambiil layan DVD Korea. Gangguan seram bermula pada hari kedua. Tak perlu tunggu malam, siang hari pun kami sudah dikacau. Azmi “dagu” merupakan orang first yang kena.
Masa itu baru pukul 10.30 pagi [anggaran aku la], si Azmi ni bangun untuk membuang air besar. So, dia pergi la toilet bawah tapi dalam toilet seperti ada orang [sbb pintu tertutup]. Toilet atas pula rosak, tuan rumah kata nanti dia akan baikikan. Tunggu punya tunggu, tak kuar-kuar orang dalam tandas. Jadi Azmi ni memekik la suruh cepat sikitt keluar sebab dia tak tahan. Akibat jeritan si Azmi ni, habis satu rumah bangun pergi tengok apahal. Yang peliknya, kitorang berlapan semua ada, habis tu siapa yang berada dalam tandas? Pintu toilet pula berkunci siap ada bunyi orang flush jamban lagi… Dalam ramai-ramai, Lan seorang saja yang berani sikit [mungkin sebab dia ni keturunan Bugis kot], dia pergi rentap pintu toilet tu sampai terbuka. Takada orang tapi dari kesan yang ada, pintu tu memang dikunci dari dalam. Last-last si Azmi tak jadi berak… Mungkin pasal takut kot.
Malam tu kitorang kena lagi teruk.
Masa aku nyenyak tidur, tetiba ada orang tarik dua-dua belah kaki aku sampai jatuh dari katil. Kepala aku terhentak dulu pada lantai!! Apa lagi, angin la aku sebab ingat budak-budak nak buat pedajal dekat aku tapi bila aku bangun tak ada orang pula. Yang ada cuma si Lan yang tengah membuta di katil atas. Aku tak rasa Lan yang buat sebab confirm dia tidur mati. Bila aku keluar bilik, aku dengar budak-budak tengah ketawa. Rupanya diorang tengah layan DVD di hall bawah. Aku pun masuk bilik balik sebab still bingung tp baru aku terperasan masa ak tengah jengok ke bawah tadi aku perasan Lan ada!! Bukan ke tadi aku nampak dia tengah membuta dalam bilik? Ahh sudah…
Dengan perasaan berani-berani takut aku tengok atas katil Lan ada bonjol bawah selimut, kiranya macam ada orang la. Aku tarik kain selimut tu and guess what? Ada batu nisan yang sudah retak-retak dan automatiknya bilik aku diselubungi bau hapak dan hanyir yang teramat.
Masa ni korang jangan tanya apa aku buat sebab kalau benda ni jadi pada korang pun takkan korang nak stay lagi dalam bilik tu betul tak? Aku rasa kaki aku dah tak jejak tanah dah sebab lari laju sangat. Aku lari keluar dari bilik tu dan pergi ke hall sebab nak bagitahu member-member aku la kononnya tapi yang macam haram jadahnya member aku seorang pun dah tak ada di hall. Nak tahu diorang di mana? Semua dah duduk di luar rumah!! Rupanya diorang awal-awal lagi dah kena kacau. Yang lakhanatnya, tak ada seorang pun kejutkan aku… Taik betul diorang ni.
Lepas diorang tenangkan aku, kitorang decide nak buat apa sekarang sebab sudah pukul 3 pagi. Nak minta tolong tok imam, rumah tok imam pun kitorang tak tahu. Nak mintak tolong jiran, kiri kanan rumah kitorang cina. Last-last Salleh ajak lepak restoran Hakim saja sampai pagi. Bunyinya macam senang tapi masing-masing tak pakai baju dan pakai boxer dengan kain pelikat saja. Mahu tak sedap.
Jangan la kata hantu tu yang telefon masuk umah. Lan angkat. Sebenarnya dalam ramai-ramai, Lan lah yang paling berani tapi kadang-kadang penakut juga lah. Pihak hospital telefon, katanya Naim ada di wad kecemasan hospital Klang. Kemalangan katanya. Pihak hospital kata, ada miss call dari nombor HP Bob, sebab itu dia telefon nombor Bob. Oooo baru aku faham. Yang peliknya Naim kemalangan?
Masing-masing serba salah jadinya. Bingung pun ya juga. Tak tahu sama ada nak melawat Naim di hospital Klang atau cari Salleh yang hilang. Akhirnya kami telefon tuan rumah untuk tengok apa yg patut. Aku dengan Sam pulak pergi hospital Klang tengok keadaan Naim. Kalau memang tenat sangat, aku akan beritahu yang lain suruh datang. Yang lain aku suruh cari Salleh keliling umah, takut-takut dia kena sorok. Kami masing-masing hanya bertawakal. Masa dalam perjalanan ke hospital Klang, aku pun tak tahu Sam pecut sampai berapa tapi hati aku masih lagi kuat mengatakan bahawa perkara ini belum habis lagi.
Sampai hospital,aku terus cari Naim. Sebak sungguh hati aku tengok keadaan Naim yang parah. Kaki dia teruk. Doktor kata kena lenyek dengan kereta atau sesuatu. Kes langgar lari. Naluri aku kuat mengatakan bahawa umur Naim ni tak panjang sebab darah keluar membuak-membuak. Sam tak sanggup tengok, air mata dia berjurai-jurai keluar. Doktor pun cakap Naim ni sudah nyawa-nyawa ikan, tak dapat nak tolong banyak. Aku duduk tepi Naim, dia boleh bercakap lagi tapi sangkut-sangkut. Dia mintak maaf sebab menyusahkan kami. Berulang-ulang kali dia minta maaf tapi aku masih lagi tak dapat tangkap apa yang dia cakap. Akhirnya dia meninggal juga. Aku gagahkan hati aku telefon kawan-kawan yang lain beritahu kematian Naim. Aku tengok Sam terduduk tepi balkoni dengan mata merah sebab nangis banyak sangat. Tak lama lepas itu keluarga Naim datang. Aku tak anggup nak tunggu lagi dan ajak Sam balik Shah Alam.
Sampai dekat rumah, aku tengok ramai gila orang tengah cari Salleh tapi tak jumpa-jumpa. Habis satu umah digeledah. Akhirnya ada orang tua dekat situ minta tolong dengan seorang ustaz. Aku tak ingat apa nama ustaz itu tapi lepas Asar baru kami jumpa Saleeh duduk dekat atas busut belakang rumah. Yang hairannya, sudah 5,6 kali orang cari tapi tak ada pula jumpa dia dekat situ. Tak kisahlah janji dapat jumpa balik Salleh.
Kami semua ambil keputusan pindah dari rumah hari itu juga. Kebetulan dekat seksyen 7 [pintu belakang UITM] ada satu rumah untuk disewa, jadi kami pindah situ lah. Barang-barang Naim kami angkut sekali. Terus terang aku cakap, memang aku angin gila tengok muka tuan rumah sebab tak beritahu yang rumah ini “keras”.patut lah dia suruh bayar rm50 saja dulu dan tak bagi bawa barang banyak-banyak. Cisss……
Aku demam 3 hari.
Jenazah Naim selamat dikebumikan di Raub,Pahang.
Seminggu lepas Itu,keadaan sudah ok sikit cuma Salleh saja yang sakit-sakit badan. Akhirnya mulut aku tergerak nak tanya Salleh apa yang berlaku sebenarnya sebab sebelum Naim meninggal dia ada cakap dekat aku suruh tanya Salleh satu rahsia. Rupanya masa hari pertama kami masuk rumah tu, Naim dengan Salleh sudah buat hal. Dia cangkul busut dekat belakang rumah tu. Naim pula kuis-kuis dengan kaki dia. Mungkin sebab itu lah kaki dia parah [dalam hati aku lah]. Kemudian Salleh cerita,kn ada malam yg kitorg satu uma kena kacau tu dia dengan Naim pun kena juga. Tapi hantu tu siap kejar diorang sampai dekat jalan. Diorang punya la cuak sampai lari ke tengah jalan. Entah mana datangnya kereta tiba-tiba hentam mereka. Naim tercampak tengah jalan, dia pulak dekat tepi jalan. Datang kereta lain terus lenyek kaki Naim. Lepas tu, Salleh kata dia terus tak sedar apa-apa sampailah kami jumpa dia atas busut tu. Yang peliknya,macam mana dia boleh duduk atas busut sedangkan dia kata dia lari dekat tengah jalan besar? Kenapa Naim seorang yang kena teruk?
Akhirnya aku dapat jawapan sebenar. Tak lama lepas Salleh cerita dengan aku, dia jatuh sakit. Tak tahulah sakit apa tapi 3 bulan kemudian dia meninggal. Keluarga dia sendiri kebingungan sebab doktor pun tak tahu sakit Saalleh.
Tapi aku yakin, kes ni ada kaitan dengan busut yang diorang gali tu. Aku dengan geng-geng aku yang lain sempat ziarah arwah Salleh. Paling tak boleh tahan Bob sebab dia roomate dengan Naim. Memang aku tau dia sedih sangat. Yang tak boleh lupa, kami semua menangis masa angkat jenazah Salleh. Rasa sedih sangat masa tu..
Aku, Azmi Dagu, Sam banjar,Wak, Bob dan Lan, semua sekali selamat habiskan pengajian di UITM. Buat Naim dan Salleh, kami tetap akan ingat korang sampai bila-bila. Al- fatihah
Opps.. Rumah banglo dekat seksyen 2 itu sampai sekarang ada lagi [agaknya]. Tiap kali aku lalu kawasan situ mesti aku rasa sedih sangat. Lagi satu,masa hari terakhir kami di rumah tu, Wak tertinggal HP dia dekat bilik atas. Jadi pada siapa-siapa yang berani, boleh lah ambil HP tu tapi itu pun kalau korang berani la… Nokia 3310
SUMBER GOOGLE.
Copy and paste:
31/12/2024: 11.28 p.m

KISAH HOSPITAL LADY TEMPLER

Sumber: Misteri Benua Asia MY

06.08.2017 @ Ahad
kisah hospital Lady Templer
Kira-kira sepuluh tahun lalu saya berbual kisahkisah misteri dengan seorang sifu qigong bernama Master Wee. Kata Master Wee, dia juga boleh melihat dan berkomunikasi dengan hantu serta roh orang mati.
Sebagai wartawan, saya bertanya kepada Master Wee, di manakah tempat paling berhantu di Lembah Klang? Lalu disebutkannya satu persatu, antaranya sebuah hospital yang besar dan terkenal.
Master Wee turutm mendakwa dirinya boleh nampak roh-roh mundarmandir di tepi jalan di hadapan hospital itu. Adakalanya roh itu mengganggu kenderaan yang lalu lalang hingga menyebabkan berlakunya kemalangan.
“Biasalah… hospitalkan tempat orang mati. Roh mereka ini ada yang tidak aman. Ia berkeliaran di situ,” begitulah cerita dan pendapat Master Wee dalam konteks kepercayaan bangsanya. Sama ada anda mahu percaya atau tidak, terpulang. Hospital mana, maaflah ya. Nanti ada yang takut pula.
Sebuah lagi hospital yang dikatakan berhantu di negara kita adalah Hospital Lady Templer yang terletak di Cheras. Hospital ini dibina pada tahun 1952 dan dirasmikan oleh Lady Templer iaitu isteri kepada bekas Pesuruhjaya Tinggi British, Sir Gerald Templer. Ia dibina khusus untuk pesakit jantung, paru-paru dan batuk kering.
Pada peringkat awal kakitangan hospital ini terdiri daripada pakar perubatan, tiga orang pegawai perubatan, jururawat, juru x-ray dan pembantu jururawat. Ia mula menerima pesakit pada Ogos 1955.
Hospital Lady Templer bagaimanapun ditutup pada tahun 1985. Hanya sebahagian sahaja yang dibuka dan dijadikan poliklinik sehingga tahun 1995. Khabarnya rumah mayat hospital ini pernah menempatkan korban tragedi 13 Mei 1969.
Sejak penutupan hospital tersebut, diceritakan banyak kisah misteri berlaku di situ, sampailah sekarang. Antaranya jelmaan lelaki berpakaian serba putih seperti doktor berdiri di tepi tingkap, perempuan yang mendukung anaknya, perempuan berambut panjang, suara orang menangis dan mayat tanpa kepala.
Kumpulan-kumpulan paranormal sering menjalankan aktiviti memburu hantu di bangunan terbengkalai ni dan seringkali tidak menghampakan. Pasti ada entiti-entiti aneh berjaya mereka kesan.
TANGISAN MISTERI
Sebenarnya, bukan saja di negara kita, kisah hospital berhantu juga dikatakan berlaku di seluruh dunia. Salah satunya adalah Hospital Jiwa Sai Ying Pun, di Hong Kong. Dibina pada 1892, hospital ini pernah digunakan sebagai kuarters jururawat. Ia kemudian ditawan oleh tentera Jepun semasa Perang Dunia Kedua dan menggunakannya sebagai tempat seksaan para tawanan perang. Banyak nyawa terkorban di sini.
Hospital Sai Ying Pun dijadikan hospital mental pada 1947 hingga 1961 dan seterusnya menjadi pusat rawatan psikiatri sehingga 1971. Selepas ditutup, masyarakat setempat sering terdengar suara wanita menangis serta bunyi dentuman yang menakutkan dari dalam bangunan tersebut.
Mereka juga sering terdengar bunyi tapak kaki orang berjalan, jelmaan seorang lelaki di tingkat dua yang kemudiannya tiba-tiba terbakar serta kelibat-kelibat aneh berkeliaran pada waktu malam.
Hospital Nocton Hall di Engand pula asalnya merupakan kediaman mewah pembesar negeri. Ia kemudian digunakan oleh kerajaan Amerika Syarikat sebagai hospital tenteranya semasa Perang Dunia Kedua. Bagaimanapun, hospital lama itu dibiarkan terbengkalai mulai 1995 ekoran berlaku kebakaran yang menyebabkan banyak kerosakan pada bangunan tersebut.
Pelbagai kejadian misteri berlaku di sini. Antara yang paling kerap dilihat adalah kelibat seorang gadis berkeliaran di dalam bangunan itu sambil menangis teresak-esak dengan suara yang amat sayu. Ramai yang mengadu mereka akan terjaga pada pukul 4.30 pagi dan melihat si gadis menangis di hujung katil.
Dikatakan gadis itu adalah bekas seorang pekerja di hospital berkenaan yang telah dirogol dan kemudian dibunuh oleh anak lelaki pemilik Nocton Hall sebelum ia dijadikan hospital tentera.
Hospital Royal Hope di Florida, Amerika Syarikat (AS) dibina pada 1784. Ia dijadikan hospital tentera Sepanyol sehingga 1821, sebelum diruntuhkan atas sebab-sebab tertentu. Sebuah bangunan baru kemudiannya dibina menjadi rumah kediaman mangsa-mangsa Perang Seminole, tetapi ketika kerja-kerja pemasangan paip dilakukan, para pekerja mendapati bangunan tersebut rupa-rupanya dibina di atas tanah perkuburan masyarakat asli Amerika.
Dikatakan ramai yang terdengar suara rintihan dan jeritan dari bilik-bilik kosong di situ. Pada waktu yang lain, katil tiba-tiba bergerak sendiri, teko air menggelongsor di atas lantai dan meja, serta kedengaran bunyi tapak kaki orang berjalan di dalam bilik kosong.
KEJADIAN ANEH
Satu lagi hospital yang disenaraikan sebagai antara paling berhantu di dunia adalah Hospital Whittingham, di Preston, Lancashire, England. Dibuka pada 1873, ia merupakan hospital mental terbesar di England pada ketika itu.
Banyak kejadian aneh berlaku di sini. Dikatakan banyak kali berlaku pesakit tiba-tiba terkunci di dalam sebuah bilik kecil di bawah tangga dan di dalam bilik air.
Paling menakutkan adalah rambut pesakit ditarik “sesuatu” dan leher mereka dijerut dengan tuala basah hingga tidak sedarkan diri.
Ada pihak mengaitkan kejadiankejadian misteri ini dengan peristiwa seorang pesakit tua yang mati disembelih oleh seorang jururawat.
Namun begitu, barangkali daripada sekian banyak hospital berhantu di dunia ini, yang paling misteri adalah Waverly Hills Sanatorium, di Louiseville, Kentucky, AS. Hospital yang dibina pada 1908 ini asalnya digunakan sebagai pusat rawatan pesakit batuk kering yang merebak ketika itu.
Ramai yang meninggal dunia ketika dirawat di situ. Antara kisah misteri paling terkenal berlaku di pintu masuknya.
Dikatakan ramai pengunjung mendakwa terserempak dengan jelmaan seorang wanita tua berlari di situ dalam keadaan badannya diikat rantai dan dipenuhi luka serta darah.
Sambil berlari wanita tua itu meraung meminta tolong sebelum hilang begitu saja bagaikan kabus.
Di tingkat tiga bangunan tersebut pula kelihatan kelibat seorang gadis.Diceritakan ada kalanya gadis ini muncul seperti manusia biasa dan berbual dengan pengunjung yang hadir di hospital.
Pada waktu yang lain dia dilihat berdiri di tepi tingkap dan memandang ke luar dengan wajah yang sayu. Mereka menamakannya sebagai Mary.
Diceritakan bahawa kejadiankejadian misteri yang berlaku di sini ada kaitan dengan peristiwa seorang ketua jururawat membunuh diri pada 1928 kerana ditinggalkan kekasih dalam keadaan hamil.
Ia berlaku di Bilik 502. Kononnya juga berlaku kejadian seorang jururawat membunuh diri denganterjun dari tingkap bangunan itu pada 1932. Sejak itu kelibat seorang jururawat muda sering dilihat berlegar-legar di hospital berkenaan.
Ada juga yang mendakwa ternampak jelmaan seorang kanak-kanak di bumbung hospital. Kononnya suatu ketika dahulu budak itu ditempatkan di atas bumbung sebagai satu proses terapi bagi mendapatkan pancaran cahaya matahari secara optimum.
Tempat paling berhantu adalah di tingkat empat. Bayangan-bayangan aneh dilihat mundar-mandir, daun pintu terbuka dan tertutup sendiri dengan kuat serta suara jeritan dan bunyi bising kedengaran pada waktu-waktu tertentu.
Ada juga yang mendakwa terhidu bau masakan dari bahagian dapur yang telah lama terbiar. Malah ada yang mendakwa melihat jelmaan tukang masak bekerja di situ.
Di kaki lima hospital pula terdengar suara bisikan, tangisan dan jeritan misteri.
sumber : Zulkarnain Zakaria utusan online

Copy and paste :
31/12/2024: 11.23 p.m