Sepanjang berada di Kuching, selepas menghadiri taklimat dan mesyuarat b. teks, kami di bawa oleh seorang rakan iaitu encik Rizal untuk jalan-jalan cari makan di sekitar bandaraya Kuching. Encik Rizal yang sering berkunjung di Kuching, sememangnya mahir dengan jalan-jalan serta lokasi-lokasi menarik di sekitar bandaraya ini. Maka dengan itu en. Rizal membawa kami ke tempat makan yang sangat popular di sekitar Kuching, Serawak.
Restoran Barok Bistro di waktu malam.
Persekitaran yang nyaman dan tenang.
Antara tempat menarik untuk jalan-jalan cari makan, kami ke restoran Barok Bistro. Restoran Barok Bistro merupakan antara tempat menjamu selera yang popular di Kuching. Ianya terletak di seberang Kuching Waterfront. Pelawat boleh menaiki perahu tambang untuk ke sana ataupun menggunakan jalan darat jika takut menaiki perahu.
Makanan sudah sedia dihidang.
Persekitaran restoran ini yang menarik, nyaman dan tenang seolah-olah menyambut kedatangan kami untuk menjamu selera. Terdapat pelbagai menu yang bersesuaian dengan selera kami di sini, iaitu;
- Mee kolok Sarawak
- Nasi Ayam Penyet
- Nasi Goreng Enjen
- Tom Yam
- Ikan Bakar
- Nasi Ayam Paprik
Makanan yang amat menyelerakan.
Terima kasih kepada en. Rizal kerana menjadi pemandu pelancung kami sepanjang berada di Kuching ini. Terima kasih kasih juga kepada rakan-rakan dari BBT kerana menaja kami makan yang sedap-sedap sepanjang berada di bandaraya ini. Sesungguhnya kenangan di Kuching memang sukar dilupakan. Terima kasih daun keladi.
1 ulasan:
knp tak bawak balik utk gua sikit?
Catat Ulasan