Aku di malam pernikahan
Sebenarnya aku merancang hendak mendirikan rumah tangga apabila usia mencecah tiga puluh tahun iaitu kira-kira lima tahun lagi. Apabila sudah bertunang, aku meminta tempoh dua tahun lagi. Kita hanya mampu merancang hanya Allah yang menentukan. Dari dua tahun menjadi tiga bulan sahaja. Di atas nasihat kawan-kawan dan keluarga yang menasihatkan aku supaya melangsungkan majlis perkahwinan serentak dengan anak saudara iaitu Abd. Aziz anak kepada kak Minah. Bila difikir-fikirkan kembali, bagus juga dapat aku save budget!!... huhuhhh
Aku di hari persandingan
Pada malam 20hb Januari 1995 aku telah melangsungkan pernikahan di rumah bapa mertua selepas sembahyang Isyak. Aku di nikahkan oleh iman Kampung Tasek iaitu ustaz Osman dengan tiga kali lafaz sahaja. Aku agak "gabra" juga pada malam itu kerana ramai tetamu dari pihak isteri. Semua mata tertumpu kepada aku ketika itu. Majlis di malam itu cukup meriah kerana diterangi oleh cahaya lampu limpah fhotographer fro dan camera video. Cuma tidak ramai keluarga aku yang datang kerana sebahagian keluarga yang lain mengiringi majlis pernikahan anak saudara pada hari yang sama di Sungai Besar. Di malam itu juga diadakan majlis doa selamat, berinai dan menepung-tawar sehingga jam 12 tengah malam.
Terima kasih kepada rakan setugas iaitu en. Shahrudin, Khantan dan Wahab kerana menemani aku di majlis pernikahan. Korang sahajalah yang dikatakan "sahabat sejati" kerana datang walaupun tanpa dijemput. Bukan aku sengaja, aku terlupa hendak menjemput korang semua kerana terlalu sibuk menguruskan pelbagai hal ketika itu. Maafkanlah aku kepada rakan-rakan setugas yang lain sehingga merajuk tidak mahu datang ke majlis aku.
Esoknya 21hb Januari 1995 diadakan majlis kenduri dan majlis persandingan di rumah bapa mertua Kampung Tasek. Majlis itu sungguh meriah kerana ramai tetamu yang datang. Aku disandingkan selepas waktu Zohor. Kemudian ditepung-tawar dan makan beradap. Sebelah malam diadakan pula majlis memotong kek dan membuka hadiah yang disaksikan oleh keluarga terdekat sahaja. Terima kasih kepada en. Wahab, rakan setugas aku kerana menjadi penggapit aku di majlis yang bersejarah itu.
Seminggu kemudian diadakan pula majlis kenduri di Sungai Besar pula. Majlis itu diadakan di rumah Kak Minah iaitu kakak aku yang sulung. Kami bersanding bersama-sama pengantin Abd. Aziz dan isteri iaitu anak buah aku di majlis itu. Bapa Mertua telah menyewa sebuah bas untuk membawa keluarga dan orang kampung ke majlis perkahwinan itu. Terima kasih lagi sekali kepada en. Shahrudin, arwah Sharif L, Khantan dan Subdin kerana telah datang dan sama-sama memeriahkan majlis perkahwinan aku di kampung.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan