ul#list-nav { list-style:none; margin:20px; padding:0; width:525px } ul#list-nav li { display:inline } ul#list-nav li a { text-decoration:none; padding:5px 0; width:100px; background:#FF0099; color:#eee; float:left; text-align:center; border-left:1px solid #fff; -moz-border-radius: 5px; } ul#list-nav li a:hover { background:#FF6699; color:#000 -moz-border-radius: 5px; }
Travelog Kehidupan Abadi Romeo: Keratong
Showing posts with label Keratong. Show all posts
Showing posts with label Keratong. Show all posts

Monday, 4 May 2015

#PRKROMPIN : MAZLAN ALIMAN JADI HALIMUNAN..PM BERI KHABAR GEMBIRA PERUMAHAN GENERASI KE 2 FELDA


Ketika ini Mazlan Aliman dan juak juaknya sedang memerah otak memikirkan apakah lagi bentuk serangan yang akan mengubah pendirian anak muda generasi kedua.Menjadi juara kononnya membela nasib generasi kedua FELDA dengan membawa isu perumahan generasi kedua FELDA tetapi sebenarnya hanya mengambil kesempatan diatas kekeliruan warga FELDA yang senantisa dimomokkan dengan tuduhan dan fitnah dalam pada masa yang sama tidak melakukan apa apa waima sebuah tandas untuk apatah lagi membina perumahan buat generasi kedua FELDA.



Pengumuman Y.A.B PM dengan rancangan pembinaa 1,504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin yang meliputi Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit,Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit .


Upacara pecah tanah yang dilakukan oleh Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim di FELDA Keratong hari ini bukan sekadar retorik politik tetapi perancangan yang telah dilakukan sebelum musim PRK Rompin.

Bukan itu sahaja Y.A.B PM juga peka dengan masalah yang disuarakan calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin sewaktu kempen PRK Rompin ini membuat keputusan agar FELDA menurunkan harga dari RM 125,00.00 kepada RM 90,00.00.





Hanya kerana dapat sehelai baju berwarna oren Mazlan Aliman,anak anak muda ini sepertinya mahu menongkah arus dengan memilih sehelai baju berwarna oren berbanding perumahan yang bakal ditawarkan kepada generasi kedua FELDA di Rompin.Pastinya jika mereka tidak segan silu menolak FELDA..apakah pihak FELDA perlu segan silu untuk menolak permohonan meraka.Jangan salahkan FELDA jika anak muda berbaju oren ini nanti gagal memiliki Perumahan Generasi Baharu FELDA kerana mereka lebih berminat memiliki sehelai baju oren Mazlan Aliman dan PAS berbanding bersama FELDA.












Saturday, 2 May 2015

#PRKROMPIN ANAK PENEROKA ROMPIN SOKONG PAS BUAT U TURN..PM UMUMKAN PERUMAHAN GEN 2


PAS membuat kesilapan besar bila memainkan isu perumahan generasi ke dua FELDA kerana ia akan memakan diri.Selama ini pun mereka hanya bijak menangguk di air keruh tanpa apa apa sumbangan kearah memajukan masyarakat FELDA.Buktinya selama ini masyarakat FELDA adalah penyokong kuat dari dahulu hinggalah saat ini dan tidak keterlaluan dikatakan FELDA adalah kubu kuat BN.

Cuma kebelakangan ini perkembangan media sosial seiring dengan masa di zaman ledakan teknologi maklumat disalahgunakan oleh pembangkang khususnya mempengaruhi anak muda generasi kedua FELDA.Tanpa menghayati sejarah penubuhan FELDA sehinggalah kini yang telah melalui proses Tranformasi yang dilhamkan oleh Y.A.B DS Najib Tun Razak.

Musism PRK Rompin menjadi wadah PAS mempengaruhi generasi kedua FELDA.Generasi kedua yang terpengaruh ini wajar memikirkan berkali kali keputusan mereka untuk terus menyokong PAS atau berada bersama parti yang mewakili kerajaan.


Jika mereka merasa sudah cukup selesa..ayuhlah..teruskan bersama PAS namun FELDA tentunya tidak akan berdiam diri.Jangan pula ada dikalangan generasi kedua nanti yang merasa dianiaya kerana tidak mendapat tempat Projek Perumahan generasi baru FELDA yang akan dilaksanakan di Rompin mengikut fasa.Pastinya kelibat Mazlan Aliman tiada lagi disaat penyerahan kunci itu nanti dan anak muda generasi kedua FELDA perlu tunggu sehingga musim pilihanraya akan kemunculan Mazlan Aliman .Fikir..fikirkan lah.....bak kata pepatah Melayu....

" mendengar guruh dilangit..air ditempayan dicurahkan.."

Kenyataan YAB PM tentang Projek Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin


1. Kerajaan sentiasa peka dan sentiasa mengambil berat tentang pemilikan rumah mampu milik di tanah rancangan FELDA khususnya untuk generasi baru.

2. Komitmen kerajaan terhadap perkara ini telah dizahirkan dengan pembinaan 1504 unit Perumahan Generasi Baru FELDA di Parlimen Rompin iaitu di Felda Selancar 4/5 sebanyak 480 unit, Felda Keratong 4 sebanyak 264 unit, Felda Selendang 2 sebanyak 360 unit dan Felda Keratong 7 sebanyak 400 unit pada harga RM 125,000 seunit jauh lebih rendah dari harga pasaran semasa.


3. Menyelami keluh kesah generasi baru serta permintaan agar harga rumah tersebut dikaji semula, saya telah mengarahkan Pengarah Besar FELDA, Datuk Hanapi Suhada untuk menawarkan harga baru rumah-rumah tersebut kepada RM90,000 untuk pembelian secara jual-beli.

4. Untuk segelintir generasi baru yang tidak berkeupayaan mendapatkan pembiayaan untuk pembelian jual beli rumah-rumah tersebut, kerajaan akan menyediakan skim sewa dan beli dimana generasi baru ini akan dapat menduduki rumah tersebut selama 5 tahun secara sewaan dengan kadar yang munasabah dan tawaran pembelian dibuat selepas itu tertakluk kepada syarat-syarat dan perjanjian kedua-dua pihak.

5. Kerajaan akan terus menjulang agenda pemilikan rumah oleh rakyat khususnya di tanah-Tanah rancangan FELDA ini terus disemarakkan. Adalah diharapkan jua, pengumuman ini dapat merealisasikan impian warga generasi baru FELDA khususnya di Parlimen Rompin untuk memiliki rumah idaman mereka.





Friday, 1 May 2015

#PRKROMPIN TAPAK PERUMAHAN GEN 2 FELDA DICEROBOH CALON PAS ROMPIN




Ibarat kokok berderai-derai,ekor berderai tahi..itu lah yang dapat dikatakan kepada mereka yang cakap tak serupa bikin.Di PRK Rompin kali ini antara isu yang kerap dicanangkan dan dijaja di tanah rancangan FELDA adalah perumahan generasi kedua FELDA.

Bagaimana mahu memperjuangkan perumahan generasi ke dua FELDA sedangkan calon PAS di PRK Rompin Nazri Ahmad diberitakan telah menceroboh tanah FELDA dengan membina bangunan Tahfiz ditanah rezab FELDA.

Bila isu ini ditimbulkan pastinya akan ada suara-suara yang akan mengatakan inilah dia kerajaan BN yang senantiasa menindas pendidikan agama.Pembinaan Tahfiz atau apa apa yang berkaitan agama seharusnya bukan dijadikan alasan kita menghalalkan cara dan pendekatan kita dalam sebuah masyarakat.

Calon PAS dikatakan telah menceroboh tanah rezab FELDA di Keratong  yang pada awalnya dengan tujuan untuk membina kilang keropok tetapi akhirnya telah membina bangunan sekolah tahfiz di tanah rezab FELDA tanpa membuat sebarang permohonan kepada FELDA tuan punya tanah.

Apa yang menjadi persoalan sekarang beberapa lagi bangunan tambahan telah dibina sehingga memasuki Tapak Perumahan Generasi Kedua FELDA yang dicadangkan.Jika ini berterusan apakah nasib generasi kedua FELDA yang lain untuk memiliki rumah sedangkan mereka juga berhak.Isunya adalah kepentingan orang ramai seharusnya menjadi keutamaan dan bukannya hak individu.

FELDA tidak zalim dengan merobohkan sebarang binaan sekolah Tahfiz berkenaan tetapi jika kepentingan orang ramai terganggu sudah pasti adalah tidak adil kepada generasi kedua  yang inginkan perumahan mereka yang dicadangkan tetapi telah diceroboh oleh calon PAS yang selama ini begitu lantang memperjuangkan nasib anak peneroka FELDA khususnya perumahan generasi kedua.

FELDA telah beberapa kali menghantar surat amaran bagi memberhentikan pembinaan bangunan tersebut tetapi tidak diendahkan,bukan niat untuk meroboh tetapi binaan binaan yang baharu dibuat itu telahpun memasuki tapak cadangan perumahan generasi kedua yang dicadangkan.

Kepentingan orang ramai harus diutamakan,janganlah jadikan tanah FELDA ini sebagai tanah nenek moyang sendiri kerana FELDA adalah tuan punya tanah yang sah.Apa yang kita akan rasa dan kata jika tanah milik kita orang lain ceroboh sesuka hati tanpa meminta kebenaran...pastinya ia akan menimbulkan rasa tidak puashati.

Di Pahang sekolah pendidikan agama telah dan semakin banyak dibina termasuklah tahfiz menjadikan negeri tertinggi memiliki dan membiayai sekolah agama rakyat dan tahfiz di negeri ini.Mengatakan kerajan negeri tidak peka kepada pendidikan agama adalah sesuatu yang tidak benar.

PAS seharusnya berhenti menjadi juara rakyat khususnya di FELDA kerana tiada apa yang dilakukan untuk kebaikan warga FELDA selain memecahbelahkan keharmornian di tanah FELDA.Calon PAS pula jangan kuat sangat berkokok...sebab ekor berderai tahi...





Monday, 27 April 2015

#PRKROMPIN PAS HINA PENEROKA SANGGUP TERIMA RM 20 UNTUK UNDI


Kempen PRK Rompin sekali lagi menyaksikan belang sebenar parti yang dikatakan memperjuangkan Islam.Sebagai parti yang dikatakan Islamik tentunya akhlak menjadi taruhan supaya dijadikan contoh bagi dicontohi rakyat marhaen.Namun berbeza dengan PAS yang semakin hari semakin hilang arah tujuan demi kekuasaan politik.

Ceramah PAS kali ini dipenuhi dengan serangan peribadi yang melampau ditujukan kepada pemimpin politik.Memang sudah jadi lumrah orang berpolitik menerima kecaman dan kritikan tetapi menghina pengundi adalah cara yang begitu memalukan bagi sebuah parti yang dikatakan menggunakan Islam sebagai wadah perjuangan.

Menyedari betapa pentingnya undi peneroka di PRK Rompin,mereka dijadikan sasaran PAS melancarkan kempen dengan pelbagai cara dan apa yang menyedihkan bilamana seorang yang bergelar YB mengeluarkan kata kata penghinaan kepada peneroka FELDA 

"Ala, Pengundi Keratong 8 ini bagi 20 ringgit boleh sahaja"

Beliau dipetik sebagai berkata sedemikian ketika berceramah di Keratong 8 sewaktu hari ke 3 kempen PRK Rompin.

Sikap bongkak dan angkuh dengan menghina masyarakat peneroka adalah reaksi PAS yang selama ini gagal menembusi kubu kuat BN dikawasan tanah rancangan FELDA lantaran gagal mengawal diri dari melakukan penghinaan sedemikian rupa.PAS harus sedar peneroka di zaman sekarang jauh berbeza dan telah berubah menjadi masyarakat yang tidak mudah terpengaruh dengan dakyah pembangkang.

Peneroka sentiasa berterima kasih kepada kerajaan BN yang selama ini memperjuangkan nasib mereka dari kehidupan yang sukar sewaktu ketika dahulu sebelum memasuki tanah rancangan FELDA ke satu kehidupan yang sempurna.

Keceluparan mulut pemimpin PAS ini perlu ditutup dengan menolak pembangkang pada PRK kali ini kerana maruah peneroka tidak boleh dijual beli dengan hanya RM 20...penghinaan ini wajar dibalas dengan mengundi BN bagi mengajar mereka yang makin kurang ajar.


Friday, 24 April 2015

#PRKRompin PAS HANYA MAKLUK PEROSAK DI TANAH RANCANGAN FELDA - ISA SAMAD


Kehadiran PAS di kawasan Tanah Rancangan FELDA adalah umpama mahluk perosak.Strategi hit n run yang diamalkan PAS bagaikan menabur fitnah sepanjang musim pilihanraya dan kemudianya hilang dari tanah rancangan FELDA bila berakhirnya pilihanraya.Berbeza dengan kerajaan melalui FELDA yang akan sentiasa bersama peneroka tak kira masa.

Tan Sri Isa Samad Pengerusi FELDA berkata sedemikian sewaktu berucap merasmikan bangunan Dewan Semai Bakti Felda Keratong 10 di Muadzam Shah Rompin Pahang.Turut hadir pada majlis tersebut calon Barisan Nasional Dato'Hasan Arifin PRK Rompin.Peneroka FELDA yang merupakan 51% dari pengundi Parlimen Rompin yang meliputi 17 buah tanah rancangan menjadi sasaran  PAS menabur dakyah dengan memutarbelikan isu.

Adalah satu tindakan yang bodoh bagi ahli politik melaksanakan dasar yang akan membuatkan mereka hilang undi dan pada masa yang sama sesuatu dasar dilaksanakan juga tidak boleh memudaratkan negara.Sebagai ahli politik yang bertanggungjawab kepada negara ada kala dasar yang dilakukan adalah tidak popular dikalangan rakyat.

Penjelasan Isu Semasa

GST
Pada musim pilihanraya apa sahaja perkara akan menjadi isu sepertimana GST.Di England rakyatnya mengambil masa setahun untuk memahami VAT tetapi berbeza dengan Malaysia kerana di sana ianya tidak dipolitikkan.Walhal sebenarnya pada suatu ketika nanti rakyat Malaysia akan sedar juga akan kebaikan GST kerana mereka perlu memahami GST melalui transisi.

HUTANG EPF

Begitu juga tohmahan FELDA berhutang sebanyak RM 6 billion telah dimaikan juga pada PRU13 yang lepas dimainkan sekali lagi pada PRK Rompin oleh PAS.Sebenarnya FELDA mempunyai kemampuan untuk meminjam dan sewajarnya peneroka FELDA berbangga jika tidak kerana kebolehupayaan FELDA pastinya EPF tidak akan memberikan pinjaman.Adakah EPF akan memberikan pinjaman kepada Koperasi PAS?jangankan pinjaman..borang pinjaman pun belum tentu dan sehingga kini FELDA mampu membayar balik pinjaman.Pinjaman sebenarnya adalah lumrah dalam urusan perniagaan.

FGV
PAS terus membuat tohmahan mengatakan tanah mereka bakal tergadai dengan penyenaraian FGV.Mengikut pecahan syer yang dimiliki oleh Felda adalah sebanyak 37%,peneroka asal FELDA seramai 112,635 peserta sebanyak 20% manakala selebihnya dimiliki oleh EPF dan Tabung Haji serta Institusi kewangan.FGV sebenarnya menyewa tanah dari FELDA dengan bayaran RM 450 juta setahun samada dari keluasan tanah seluas 355 ribu hektar.

51% saham yang dipegang aakan memastikan kepentingan peneroka dan adalah mustahil kerajaan akan membiarkan sesuatu yang merugikan peneroka.Begitu juga tohmahan terhadap Tan Sri Isa Samad yang memiliki 180,00 unit sahan diberikan oleh FELDA walhal ianya dibeli dengan kouta sebagai Pengerusi FELDA walaupun sepatutnya diberikan 1 juta unit namun FELDA hanya membenarkan sebanyak 180,00 unit untuk dibeli oleh beliau.Ahli Lembaga Pengarah FELDA yang lain juga turut diperuntukkan 150,00 untuk dibeli bukan diberi.Sebaliknya peneroka diberikan 20% keuntungan FGV yang akan kekal selama lamanya dan boleh diwarisi oleh ahli keluarga .

Saham FGV yang jatuh dipasaran juga menjadi modal PAS.Memang benar diatas kertas saham itu mengalami kejatuhan tetapi ianya tidak akan membebankan peneroka kerana sejumlah 800 unit saham yang jatuh itu dibayar oleh FELDA sebagai pendahuluan dan akan dipotong bayaran dari peneroka secara berperingkat.Pernahkan selama ini peneroka yang berhutang dengan FELDA akan dikenakan apa2 tindakan oleh FELDA?berapa ramaikah peneroka yang dibuang rancangan kerana tidak membayar bayaran tanam semula FELDA?

PERUMAHAN GENERASI KEDUA

Sepertimana yang diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri,FELDA menyasarkan pembinaan sebanyak 20,000 buah rumah dan setakat hari ini 9,000 telah berjaya dibina.Bagaimanapun buat sementara waktu ianya ditangguhkan bagi kerajaan memikirkan kaedah bagaimana caranya generasi kedua membiayai pinjaman untuk memiliki rumah.Pada dasarnya kerajaan mungkin akan menjalankan sewa beli selama lima tahun dan sekiranya mereka dapat menunjukkan komitmen untuk membayar sewa maka mereka akan ditawarkan untuk membeli rumah tersebut.

Penangguhan itu juga disebabkan pada waktu ini FELDA sedang menguruskan pinjamannya dari institusi kewangan.Felda tidak akan menggunakan dana FELDA sendiri sebaliknya meminjam dari bank seperti mana amalan yang dilakukan oleh mana mana urusan perniagaan yang memerlukan pembiayaian.

Mengenai harga rumah FELDA masih sedang mempertimbangkan harga dan mustahil dapat dijual pada harga RM 90,000 dan kebawah kerana FELDA mesti menjula mengikut harga pasaran semasa serta kemudahan lain yang akan disediakan termasuk api dan jalanraya ataupun tangki air.Keluasan yang ditawarkan juga adalah seluas 1,000 kaki persegi berbanding rumah PPRT cuma dalam lingkungan 650 kaki persegi.Keberangkalian harga mungkin sekitar RM 120,000.

Antara lain isu yang dimainkan oleh PAS ialah Malaysia mengalami krisis kewangan dan ekonomi yang merudum.Walhal adalah sesuatu yang ganjil jika sukuk sebanyak USD 1.5 billion yang ditawarkan terlebih langganan 7 kali dan sukuk bernilai USD 1.0 Billion selama 30 tahun terlebih langganan sebanyak 6 kali.Pastinya petunjuk daari terlebih langganan ini keyakinan pelabut terhadap ekonomi negara.

Justeru itu peneroka di tanah rancangan di Parlimen perlulah berfikiran waras dengan mengundi Dato Hasan Arifin sebagai calon mereka pada PRK Rompin kali ini.Dan sebagai tanda ingatan FELDA buat peneroka,sebuah Dewan Semai Bakti akan dibina di Felda Keratong 10.Ingatlah bahawa akan ada mahluk perosak seperti PAS akan tak pernah jemu datang ke tanah rancangan FELDA bagi merosakkan kedamaian warga FELDA hanya kerana undi dan akan hilang sebaik sahaja pilihanraya berlalu...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...