kawan-kawang
Click click click this to support me ;)
Showing posts with label Lawak Apa kehalnya. Show all posts

Saturday, February 25, 2012
Heavy Metal Punye Pengaruh..BEWAREEEEE
Tgk la penangan heavy metal dekat2 budak sekolah...ada ke yang ni jawapan diorang..kalo aku jadi pemeriksa konpem aku suruh bdak2 ni terjemahkan lagu metal ni satu2..amacam ok tk? hahah kalo korang mcm mana??
Wednesday, September 14, 2011
[STORY] Cemburu Punya Pasal
P:Abg lepas nie kita putus..abg curang ngn syg...
L:Bila abg curang..???mana bukti..???
P:Abg jgn tipu lg,abg ckp ada meting tp abg g dating..
L:Ya rabbi...bila..???
P:npa td syg kol abg ada pmpn lain jawab..???blagak ckp omputeh ngn syg..
L:apa dia ckp..???
P:SORRY PLZ TRY LATTER
L: Aku terajang kau kang , 7 kaki kedalam kau duduk
Labels:
Cemburu,
Lawak Apa kehalnya,
Operator Telefon
Sunday, August 21, 2011
[STORY APA KEHALNYA] Lawak DJ bersama pendengar di bulan puasa
perbualan antara DJ dan pemanggil A :
DJ : slmt tgh hari. siapa disana?
A : sy A..dr kg pisang.. blh sy buat permintaan?
DJ : boleh, A nk buat permintaan lagu apa?
A : sy bkn nk buat permintaan lagu.
DJ :klu bkn lagu ape permintaan A?
A : BOLEH TAK TOLONG PASANGKAN AZAN, SY DA LAPAR NI..
DJ : erk

Friday, August 19, 2011
Kisah SI kura2 yg tak sedar diri...
Suatu hari, seekor kura-kura memanjat sebuah pokok yang tinggi..
dia memanjatnya dengan perlahan-lahan dan hati-hati supaya tidak jatuh..
Dengan susah payah akhirnya dia sampai ke puncak pokok.. Lalu dia terjun dari atas pohon tersebut sambil mengepak-ngepakkan kakinya..
Tapi dia gagal dan jatuh terhempas atas tanah dengan kuat..
Kemudian kura-kura tersebut bangun lagi dan memanjat lagi, terjun lagi, mengepak lagi dan jatuh terhempas lagi.. begitulah berlaku beberapa kali..
Sepasang burung yang berada di atas pokok dari tadi hanya melihat kelakuan kura-kura tadi dengan rasa hiba…
Kemudian burung betina pun mula berkata kepada burung jantan.
“Bang, sudah sampai masanya kita katakan kepadanya bahawa dia sebenarnya anak angkat..”
Kredit pd blog isuhangat.net

Anak Angkat,
Cerita Haiwan,
Kura-kura,
Lawak Apa kehalnya,
Terbang
Friday, August 12, 2011
[STORY] Cermin Mata Telanjang
Suatu hari Haikal pergi ke kedai kacamata dan dia tertarik pada satucermin mata yang menurut penjualnya boleh melihat menembusi pakaian…
Ketika dia mengenakan kaca mata tersebut, semua orang yang dilihatnya nampak telanjang.
Haikal membuka semula cermin matanya, mereka kelihatan berpakaian lengkap.
Dipakainya lagi, semuanya nampak telanjang!
“Hebat!” teriak Haikal kegirangan lalu membelinya..
Sambil tersenyum meleret, dia memakai cermin mata itu hingga sampai ke rumahnya.
Dia ingin menunjukkan kacamata itu kepada Suzi,isterinya, akan tetapi isterinya itu tidak berada di ruang tamu.
Haikal kemudian terus ke bilik tidur dan melalui kacamatanya dia melihatisterinya sedang telanjang bulat bersama tukang kebunnya. Haikal lalumembuka kacamatanya, tapi isteri dan tukang kebunnya itu masihtelanjang. Dipakainya kembali kacamata itu.. eh… keduanya masih jugatelanjang. Sambil marah-marah haikal berkata,
“****!!! Cermin mata mahal begini tak sampai sehari sudah rosak !!!”

Sunday, August 7, 2011
Tentang Ikan
TENTANG IKAN (1)
Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling sedih?
Jawapan: Ikan Haruan... pasal dia sentiasa terharu.
TENTANG IKAN (2)
Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa suka tipu org?
Jawapan: Ikan goreng... kalau dah kena goreng, kekadang sampai hangit.
TENTANG IKAN (3)
Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa tak tahu malu?
Jawapan: Ikan Sardin... sebab buat muka sardin je memanjang.
TENTANG IKAN (4)
Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling miskin?
Jawapan: Ikan Kering... sebab poket selalu kering .
TENTANG IKAN (5)
Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan apa paling havoc?
Jawapan: Pati Ikan haruan Polleney... pasal dia asik pegi pati (Party).
TENTANG IKAN (6)
Soalan: Banyak-banyak ikan, ikan sambut Thaipusam?
Jawapan: Ikan paus (whale). Whale whale... whale whale... whale...whale... Hahahahaha

Anak Ikan,
Ikan,
Lawak Apa kehalnya,
Lawak Ikan
Sunday, June 26, 2011
Sunday, June 19, 2011
[STORY APA KEHALNYA] Lawak Tabung Masjid
Kerana sudah berasa insaf, Rizal pergi kesebuah surau untuk mendengar ceramah agama. Ketika tabung derma di edarkan, dia dengan segera membuka dompetnya dan memasukkan RM2 ke dalam tabung derma itu.
Tiba-tiba, seorang pak cik yang duduk di belakangnya menepuk bahunya dan memberikannya duit sebanyak RM200 kepada Rizal. Rizal tersenyum. Dia mengambil duit itu dan memasukkan kedalam tabung derma itu juga. Rizal menoleh dan berasa kagum dengan kemurahan hati pak cik itu . Tidak berapa lama kemudian, pak cik dibelakang Rizal kembali menepuk bahunya dan Rizal mendengar bisikan dari pak cik itu "Encik, kata pak cik tersebut, duit RM200 itu sebenarnya terjatuh dari beg duit encik tadi".

Kantoi,
Lawak Apa kehalnya,
Tabung Masjid
Monday, June 6, 2011
[STORY APA KEHALNYA] Lawak tok BATIN
Seorang Tok Batin di Bukit Ibam telah membeli sebuah motosikal terpakai. Seperti biasa motorsikal tersebut tidak mempunyai mud-guard, side-mirror malah plate nombor. Suatu hari Tok Batin ingin pergi ke Pekan. Dengan semangat yang berkobar-kobar Tok Batin mengunggang motor kapcainya melalui denai yang berbengkang- bengkok. Tiba dipertengahan jalan ia telah ditahan oleh seorang anak buahnya.
'Tok, tumpang ke Pekan' ' Boleh, naik di belakang' jawab Tok Batin sambil menunjuk ke belakang.
Sampai di suatu tempat , ada seorang anak buahnya lagi menahan Tok batin.
'Tok, boleh tumpang, kite nak ke Pekan ni'
'Apa salahnye, naiklah di belakang'
Motor pun sampailah ke jalan besar. Ada kira-kira lima kilometer lagi baru sampai ke Pekan. Tok Batin pun memecut motorsikalnya dengan membawa dua orang anakbuahnya di belakang. Hembusan angin yang meniup tiga biji kepala tanpa topi keledar itu membuat perjalanan mereka sangat mengasyikkan.Tiba di kilometer dua, sekatan jalanraya sedang diadakan. Seorang polis trafik menghulur tangan menahan mereka. Tok Batin dengan muka selamba memecut motornya dengan bertambah laju melepasi sekatan tersebut. Melihat beberapa kesalahan yang dilakukan oleh Tok Batin,polis trafik terus mengejar beliau. Ia dapat memintas Tok Batin. Tok Batin dengan serta merta memberek motorsikalnya.
'Oi ape ni, nak bunuh kite ke. Berhenti depan kite macam ni. Tenguk belakang kite ade due orang anak buah kite. Kamu takpe le pakai topi keras, yang kite ni kepale togel, kalau jatuh tak ke kite mati.' Marah Tok Batin.
'Pak Cik, kenapa bila saya tahan Pak Cik tak berhenti tadi'
'Oi, tak ade otak ke, belakang motor kite dah penuh dua, tak boleh tumpang lagi lerr... '
Thursday, June 2, 2011
[STORY APA KEHALNYA] Birthday ke- 17
Seorang anak bertanya pada ibunya.
Anak : Mama, bila harijadi saya ke-17 nanti, boleh buat pesta dirumah?
Mama : Boleh...boleh..Nanti mama akan aturkan.
Anak : Ma, ..boleh saya mengajak kawan-kawan saya sekali?
Mama : Boleh, ..nanti mama uruskan jemputannya.
Anak : Ma.., boleh saya pakai baju baru berwarna pink tak?
Mama : Boleh...boleh, nanti mama belikan.
Maka tibalah harijadinya yang ke-17 itu, berpestalah dirumahnya, kawan-kawannya sudah datang, anak itu memakai baju barunya dan kembali bertanya pada mamanya.
Anak : Ma..boleh saya pakai lipstick tak?
Mama : Tak boleh!
Anak : Alah.....mama, pada harijadi ke-17 ini kan terjadi cuma sekali dalam hidup, takkan pakai lipstick pun tak boleh...
Mama : Tidak boleh.! Kamu boleh adakan pesta, kamu boleh menjemput rakan-rakan kamu, kamu boleh pakai baju pink baru itu, tapi kamu tidak boleh pakai lipstick
Anak : Alaaaa ....boleh la mama........., please.....
Mama : Azwan!!!!! kali ini mama tidak mahu berkompromi... TIDAK BOLEH, kamukan Lelaki!

Wednesday, May 25, 2011
Hot... Sexy... Chicken Wing... Yummiiieeesss
Kepak tu cakap "I am ready.. eat meee... eat meeeee plzzzz"
![]() |
SUDUT APAKEHALNYA : Agak-agak sanggup tak nak makan ayam ni ?? |
Labels:
Ayam Sexy,
Kepak Ayam,
Lawak Apa kehalnya
Friday, May 20, 2011
[STORY APA KEHALNYA] Kenape Aku Anti Motosikal
Sudut Apa kehalnya : Kreatif2 sapa wat benda ni, mmg idea dia cantik sampai leh wat cerita guna signboard ajer...haha p/s Baca dari kiri ke kanan yer
Labels:
Anti Motosikal,
Lawak Apa kehalnya,
Tanda Motosikal
Thursday, May 19, 2011
[STORY APA KEHALNYA] Orang bandar vs orang asli..
Al-kisah Dua orang pemudasedang menikmati makanan disebuah Restoran, kerana
menghadiri seminar Kebudayaan.
Seorang Pemuda Bandar danseorang wakil dari Pemuda orang Asli.
Mari kita ikuti perbualan antara Pemuda Bandar dan Pemuda Orang Asli ini.
P.Asli : Orang Bandar kebanyakan semuanya pengotor!
P.Bandar : Eh ! kenapa pulak?
P.Asli : Yelah,
1.Orang bandar suka makan ayam kg, ayam kg suka makan sepatu manusia,
2.Orang bandar suka makan lembu, lembu suka makan rumput yang tumbuh
merata-rata bercampur dgnsegala macam najis dan dipijak-pijak manusia.tengok
kita Orang asli, makan semua jenis yang'terbang' sahaja. jadi, kebersihannya
terjamin.
Contohnya; Orang Asli suka makan monyet,monyet makan buah-buahan,Orang Asli
suka makan Tupai, Tupai makan buah-buahan, Orang Asli suka makan burung,
Burung pun suka makan buah-buahan.
P.Bandar : Panas jugak rasa hati ni. Lalu berfikir macamana nak kenakan
Pemuda Asli yg angkuh itu.
Lalu Pemuda Bandar pun bertanya,"Oh!orang-orang awak suka makan jenis yg
'terbang'ajelah ye..? Kalau macam tu 'HELIKOPTER'makan tak?".
P.Asli : Terbang tak?
P.Bandar : Oh terbang....
P.Asli : Makan sikit-sikit!

Orang Asli,
Orang Bandar
Sunday, May 15, 2011
[STORY]Surat Cuti Sakit.......
Labels:
Hantu,
Lawak Apa kehalnya,
Surat Cuti Sakit
Tuesday, May 10, 2011
[STORY] Blind DATE...
" How was your blind date ? " a college student asked her roommate.
" Terrible ! " the roommate answered. " He showed up in his 1932 Rolls Royce".
" Wow! That's a very expensive car. What 's so bad about that ? "
" He was the original owner."

1932 Rolls Royce,
Lawak Apa kehalnya
Friday, May 6, 2011
[Story Apa kehalnya] - Kisah Meggi dan Bihun.....
Meggi kari dan meggi ayam merupakan sahabat karib..kemana pergi,. kedua - duanya pasti bersama. sehinggalah pada suatu hari mereka bergaduh besar. kedua - duanya tidak mahu mengalah lantas menyalahkan sesamada sendiri. akhirnya, meggi kari pun berkata
" kalau aku jumpa ko kat mana2 aku akan tumbuk ko.." meggi kari mengugut meggi ayam.
selepas bergaduh besar, meggi kari berkawan rapat dengan pau. dia memberitahu pau sekiranya mereka jumpa meggi ayam dimana-mana, mereka akan tumbuk meggi ayam sepuas-puasnya. pada suatu hari, sedang mereka berjalan2 mereka ternampak bihun ayam sedang berjalan2. mereka pun menyerang bihun tersebut dan tanpa belas kasihan mereka memukulnya..
bihun dalam kesakitan pun berkata "apa kesalahan yang aku buat? aku tak kenal pun korang..huhuhuh"..
meggi kari pun berkata "ah..ko ingat aku bodoh? ko ingat aku x kenal kat ko? aku still kenal ko walaupun ko da buat TEKNIK REBONDING dengan berjayanya.."
kesian bihun terus kena belasah.....
VS

Bihun,
Kisah Meggi,
Lawak Apa kehalnya,
Meggi,
Pama,
Rebounding
Friday, April 29, 2011
[Story Apa kehalnya] - May day,May day, May dayyyyy
Pesawat Air Lines sedang mengalami gangguan enjin di udara.
"May day,may day,may day...!!", terdengar juruterbang siarkan S.O.S melalui radio.
"Pesanan anda didengar jelas," kata petugas dek menara pengawas, "Harap beritahukan tinggi dan posisi anda segera..!!"
"Ya, baik, "jawab juruterbang itu. "Saya tinggi 1.8 cm dan saya duduk di kerusi yang paling depan!"

Juruterbang,
Lawak Apa kehalnya,
May day,
Pesawat
Sunday, April 24, 2011
[STORY] Seluar vs skirt
Seorang Guru ingin mengetahui sejauh mana kepintaran murid-muridnya. Dia bertanya satu soalan kepada seorang murid perempuan.
Guru : Bila kamu bertemu penjahat yang ingin memperkosa kamu, apa yang akankamu lakukan?
Murid: Saya akan menaikkan skirt saya tinggi-tinggi!
Guru : HAH ! (terperanjat), lepas tu awak buat apa?
Murid: Saya akan suruh penjahat tu buka seluarnya.
Guru : Habis tu apa yang ... (Mula Khuatir)
Jeng! Jeng! Jeng!
Murid : Lepas tu, saya akan lari. Saya dapat lari laju jika skirt saya diangkat, sedangkan penjahat itu susah nak kejar sebab seluarnya tersangkut dikaki ketika dilucutkan...
Sudut Apakehalnya : Amacam bijak tak jawapan dia...heehehehehe

Penjahat,
Seluar,
Skirt
Saturday, April 23, 2011
[STORY] Korang semua sama aje..!!!!!!!
Seorang Pelancong Cina masuk kedalam sebuah bar di Hawaii dan dia amat terperanjat kerana didalamnya terdapat Steven Spielberg! Pengarah filem yang ternama. Sedang dia enak menikmati minumannya tiba-tiba beliau melihat pengarah filem tersebut meluru kepadanya dan melepaskan sebiji penumbuk.
Setelah bangun dari duduknya, beliau menjerit "Apa pasal engkau tumbuk aku ni?"
Pengarah filem tersebut berkata," Itu sebagai balasan di atas pengeboman Pearl Harbor, datuk aku mati pada masa tu".
Cina tersebut membantah. "Aku bangsa Cina laa bodoh! apa kena mengena dengan Jepun pulak?" Pengarah filem tadi membalas "Aaah..! Jepun, Cina, Burma, Vietnam, korang semua sama aje!"
Keadaan kembali reda selepas itu. Setelah memesan sebotol beer lagi, Lelaki Cina tadi terus meluru kepada Pengarah filem dan memberi satu tumbukan yang padu.
"Apa pasal kau tumbuk aku pulak ni?" balas sang pengarah filem.
"Itu sebagai balasan kerana menenggelamkan Titanic, moyang aku ada dalam kapal tu dan mati" balas Cina tadi.
"Hey budak! Titanic tenggelam pasal Iceberg laa bodoh..!" jerit sang pengarah lagi.
"Aaahh! Iceberg, Carlsberg, Spielberg... korang semua sama aje...!"

Thursday, April 21, 2011
[Story Apa kehalnya] - Kisah Cerita Seorang Pekerja Sosialllll
Sepasang kekasih baru yang bekerja sebagai pekerja sosial.. Hamid dan Rosni selalu bersama walau kemana jua.. Suatu malam ketika mereka berdua keluar berdating..
Hamid : Kita nak kemana nie?
Rosni : Tak kisah la.. mana-mana pun boleh
Hamid : Apa kata kalau kita ke pantai..
Rosni : Saya ok aje..
Apabila sampai dipantai mereka berdua tidak keluar dari kereta.. merekahanya berehat sambil berbual-bual didalam kereta.. Mulanya berbual biasa.. lama-kelamaan.. Hamid meletakkan tangannya di paha Rosni.. nampaknya Rosni tidak membantah.. Beberapa minit kemudian.. Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci ke atas Rosni masih tidak membantah hinggalah akhirnya ketika Hamid mengerakkan tangannya beberapa inci lagi.. Rosni berkata dengan sopan.. Abang Hamid ingatlah pada akta 15 dalam perlembagaan
pekerja sosial. Setelah mendengarkan teguran Rosni itu.. Hamid terus menarik tangannya menjauhi Rosni.. walaupun sebenarnya dia tidak berapa ingat isi kandungan akta 15 itu..
Hamid : Maafkan saya
Rosni : Tak apa
Lalu mereka pulang Di rumah.. Hamid terus masuk ke bilik dan membuka buku perlembagaan pekerja sosial dan mencari akta 15.. lalu dia membaca kandungannya
"Teruskan Usahamu.. Jangan lakukan Separuh Jalan Sahaja"

Subscribe to:
Posts (Atom)