salam ..salam ya salam....
terfikir aku satu benda kenapa hati ni susah sangat nak jadi baik..
baik dari semua bende..takde hasad dengki..takde derhaka hati..takde busuk hati..
mende paling simple nak define dengki ni senang je - senang lihat orang susah, susah lihat orang senang..
simple kan? ade korang-korang yang bace ni pernah ade rase macam tu tak?
[عن أنس بن مالك رضي الله عنه أن رسول الله صلى الله عليه وسلم قال: لاَ تَبَاغَضُوا وَلاَ تَحَاسَدُوا وَلاَ تَدَابَرُوا وَكُوْنُوْا عِبَادَ اللهِ إِخْوَاناً وَلاَ يَحِلُّ لِمُسْلِمٍ أَنْ يَهْجُرَ أَخَاهُ فَوْقَ ثَلاَثٍ] متفق عليه .
1. dari Anas bin Malik t bahwasanya Rasulullah e bersabda: “ Janganlah kalian saling membenci, saling hasad (dengki), saling membelakangi. Dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara. Tidak dihalalkan bagi seorang muslim menjauhi saudaranya lebih dari tiga hari” (Muttafaq Alaih)
Nah.. sangat jelas dari isi hadith tu.. lagi-lagi hadith dari imam bukhari dan muslim (bagi sesiapa yang belajar ilmu hadith - muttafaqun alayh tu bermaksud hadith yang diriwayatkan oleh imam Bukhari dan Muslim)..
Sifat dengki dan hasad ini tidak lain tidak bukan ibarat api yang perlahan-perlahan membakar lalang lalu diterbangkan dengan angin yang panas dankering yang mana akhirnya akan membakar dan mengakibat kan musibah yang maha dahsyat .. So ape kesannye eh?
Sudah pasti ikatan silaturrahmi itu sendiri akan terjejas dan akan terputus. Oh dahsyat sangat ye kawan-kawan.. memutuskan silaturrahmi ini termasuk de dalam kategori dosa besar ..
Nabi juga sebut : ” Silaturahmi itu tergantung di arasy lalu berkata : “Sesiapa yang menyambungku (silaturahmi) maka Allah akan menyambungnya dan siapa yang memutuskan ku maka Allah akan memutuskannya” ( Al-Bukhari 4/112 )
Ouh.. ini baru satu kesannya kan..? tapi masyaAllah.. impaknya tu sangat besar sehinggakan keteguhan dan kekuatan Islam itu sendiri adalah menjadi antara usaha yang terawal nabi SAW buat iaitu mempersaudarakan al ansar dan al muhajirin..
begitulah sedikit sebanyak yang mungkin aku boleh kongsikan bersama .. semoga hati kita ini sentiasa Allah kategorikan sebagai hati yang baik. HATI yang BAIK. Bagi aku, hati yang baik ini sebenarnya adalah refleksi dari dekatnya kita dengan Allah .. dekatnya kita dengan Allah ini boleh dilihat dari bagaimana kita menjaga solat 5 waktu kita..Betulkan aku kalau salah ye......
Sehingga bertemu kembali.....daaa ~
_salam alayk
0 Reply to "H A T I"
Leave a Comment