Showing posts with label Kelas Kek. Show all posts
Showing posts with label Kelas Kek. Show all posts

Monday, July 16, 2012

Kelas Aneka Roll

Pada hari jumaat lepas, Kak Ida sempat mengendalikan kelas aneka roll..
Roll yang diajar ialah benji roll, zig zag roll dan crispy cake roll...
Tq kepada rakan yang hadir.. As, Ina (langkawi), Ina (Mergong) dan Sue...

Peserta yang ceria....

As, Sue, Ina (langkawi) dan Ina (Mergong)..... tq sudi attend kelas

Benji Roll... yummmyyy... hanya RM20/roll

Crispy Cake Roll... sedap mkn panas panas...

Zig Zag Roll... sedapp...

Thursday, July 5, 2012

Kelas Bakul Pastri

Alhamdulillah...
Pada minggu lepas, Kak Ida dapat mengajar 2 orang rakan untuk bakul pastri dan Tart Buah...
Sue dan Natasya... keduanya hadir dan tekun menyiapkan bakul pastri dan tart buah...
Terima kasih ya Sue.. dah datang kali kedua belajar ngan Kak Ida.. dan buat Natasya juga, terima kasih, moga ilmu yang kita kongsi memberi manfaat untuk semua...

Thanks.. Sue dan Natasya...

Lihat mereka... tekunnya menyediakan tart buah...

Tart dan bakul yang dibuat....


tart buah dalam box.... boleh buat gift...

Kelas Kek in Jar

Assalamualaikum...
Bertemu kembali ya rakan-rakan.. agak lama Kak Ida tak mengupdate entri kat sini.. hehehee.. busy...meeting.. meeting...
Ok.. kelas Kek In Jar ni sempat kak ida buat bulan Jun lepas... Ada 5 orang yang hadir... Adnie, Hamizah, Kak Ani (Perlis) dan Along & Angah...
Ada 5 perisa yang Kak Ida ajarkan.. dan semuanya... yummmyy... sedapppp...

Ni laa kelas kat rumah Kak Ida...


tiramisu cheese, almond  caramel clusty crunch, blueberry smoke, dll...

Kak Ani, Hamizah, Angah, Along dan Adnie... Tq semua yang sudi hadir untuk kelas ini....

Cikgu nak bergambar gak.. heheheee

Kalau ada yang nak join kelas ni.. boleh call Kak Ida untuk booking tarikh yaa...

Saturday, February 11, 2012

Kelas Benji Roll & Kek Buah dan Kelas Cupcakes

Assalamualaikum...
Jika berminat menyertai kelas Demo Benji Roll dan Kek Buah... @ fondant cupcakes..sila daftar sekarang

 Benji Roll & Kek Buah (Demo)
Tarikh: 24 Februari 2012 (Jumaat)
Tempat: zedabakery
Masa: 10.00 pagi
Yuran: RM40/org


Cupcakes Fondant (Hands-on)
Tarikh: 25 Februari 2012 (Sabtu)
Tempat: zedabakery
Masa: 10.00 pagi
Yuran: RM120.00/org

Kelas Cupcake Fondant

Assalam semua...
Pada minggu lepas Kak Ida berkesempatan membuat kelas hands-on cupcake fondant.
Kelas ni di hadiri oleh Shamsiah, Suzana, Ain, Siti, Azemah dan Zuraida..
Seronok bertemu mereka.... tekun belajar...
Dari kiri:.. Ain, Siti, Suzana, Shamsiah, Zuraida dan Azemah...




Terima kasih buat semua anda yang sudi hadir di zedabakery.... moga jumpa lagi....

Sunday, January 22, 2012

Kelas Cupcake

Alhamdulillah pada hari kelmarin, di dapur kecil Kak Ida telah berjalan lancar kelas membuat cupcake dan mendeko dengan fondant dan buttercream...
Kelas ini di hadiri oleh Ila, Shuhada, Yati dan Syaza... Terima kasih ya untuk semua yang hadir...

Yati, Shuhada, Ila dan Syaza

Antara deko yang dibuat...

Saturday, June 12, 2010

Kelas Kek 12 Jun

Salam ceria buat semua rakan blog Zedabakery... hmmm..hari ni nyer entri Kak Ida tak dapat nak upload pic..coz camera kak Ida berada jauh nun di tanah suci bersama rakan baik Kak Ida...

Kali ni Kak Ida citerkan sikit sebanyak kelas Kek Buah dan Benji Roll yang berlansung siang tadi.. Alhamdulillah.. ada 4 orang yang datang belajar pada patang tadi.. Ada tiga Fazillah yang datang...Kak Ilah, Fazilah yang kerja kat Hospital Sultanah Bahiyah dan Ilah jiran sebelah rumah Kak ida dan juga As. Mereka merupakan rakan baik yang sering pergi menimba ilmu belajar aneka jenis kek dan lain lain.

Ok.. kepada sesiapa yang nak belajar buat kek..boleh hubungi Kak Ida..kita boleh arrange masa dan jenis kek yang dipilih..antara kek yang boleh dipilih ialah
1. Kek buah + Benji Roll
2. Kek Lapis Marie Prune + Zig Zag Roll
3. Kek Sinar Sari + Choc Roll
4. Crispy Cake + Blue Berry Roll
5. Cup Cake Fondant

Jika ada 6 orang kelas boleh diadakan...ok..jumpa lagi...


Crispy Cake

Friday, March 19, 2010

Kelas Kek Buah dan Benji Roll


Salam manis buat semua... Petang tadi Kak Ida telah selesai mengadakan kelas bagi Kek Buah dan Benji Roll..
ada 4 orang student kak Ida hari ni... Yatt, Ann, Aya dan Madi..
Nanti kita tengok gelagat depa noo...


Si Ann dan Yatt sedang dok potong roll untuk dibuat benji.. Mereka berdua ni, rakan satu tempat ofis ngan Kak Ida.. So lepas ni... geng ofis.. boleh order kat dia orang laaa..




Yang ni pulak.. Si Madi dan Aya... Madi ni nama pendek utk Madihah.. Dia pernah datang untuk kelas cupcakes dulu.. Dan Aya ni.. huhhh.. bukan calang calang orang woo.. Kak Ida rasa takut nak ngajar Si Aya ni.. coz pengalaman dia pergi kursus..adooo makk!!! banyak..Tq Aya sudi datang kat kelas Kak Ida.


Madi dan Yatt sedang menyusun benji roll..


Yang ni pulak Si Ann dan Aya.. susun dik ooii... jangan tak susun.. hehehehee...


Ini adalah Kek Buah yang dibuat masa kelas tadi..


Dan inilah mereka 4 orang tadi.. Yang duduk dari kiri,.. Madihah, Norhayati, Asmahan dan yang berdiri.. Rohaya
Buat mereka berempat.. terima kasih sudi datang belajar pada hari ini.... Moga jumpa lagi di kelas yang lain...

BAJET CUPCAKES


Bajet cupcakes ni dipesan oleh kawan Kak Ida, Marziah yang bertugas di Hospital Sultanah Bahiyah.. Dia minta Kak Ida pack kan 2 biji/pack... Terima kasih Marziah.. jumpa lagi..