Memaparkan catatan dengan label birthday wishes. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label birthday wishes. Papar semua catatan

Isnin, 2 April 2012

Happy Birthday ARIF AFIF....


3 April 2012..menjelma lagi,syukur Alhamdulillah,pada tarikh inilah putera aku genap berusia 7 tahun..Ayah,ibu dan adik,mendoakan agar abang menjadi anak yang soleh,anak yang bijak-pandai,anak yang taat kepada perintah ALLAH dan RASUL,anak yang berbakti kepada kedua ibu bapanya,anak yang berguna kepada Agama,Bangsa dan Negara..Insya Allah..
Ayah mungkin tak "mampu"untuk memberikan abang hadiah yang diluar kemampuan ayah dan ibu,namun apa yang ayah dan ibu mampu hanyalah mendoakan yang terbaik untuk abang,memberikan pelajaran untuk abang,memberikan didikan agama untuk abang,memberikan makan da minum untuk abang,memberikan kasih sayang untuk abang..
Alhamdulillah,abang dah besar..Apa pun,ayah,ibu dan adik,bangga dengan abang...Walaupun ayah "marah"itu TIDAK bermakna ayah benci...ayah marah ada sebab..Kepada putera kami,Arif Afif..Selamat Hari Lahir diucapkan...

Selasa, 24 Ogos 2010

SELAMAT HARI LAHIR EMAK-26 OGOS-2010


Ya Allah.kau panjangkanlah usia emak aku,luaskan serta tambahkanlah rezeki dia.Ampunkanlah akan segala kesalahan dia,kasihanilah dia sebagaimana dia mengasihani aku sewaktu aku kecil dahulu.Sesungguhnya budi dan jasa dia terlalu banyak buat aku serta keluarga.Terima kasih kerana melahirkan aku,terima kasih beri aku pendidikan,terima kasih kerana menjaga aku.

Rabu, 7 Julai 2010

الحمدلله

(tanda ingatan dari ayah dan ibu)

(happy birthday sayang ayah)
Sekelip mata aje,puteriku dah berusia 1 tahun..pejam celik,pejam celik...mmmm.Mudah-mudahan puteriku ini akan menjadi anak yang solehah,berguna kepada agama,bangsa dan negara.Insya Allah.
(putera dan puteri aku)
(HaDiAh dari CiK jU dan CiK uMaR)

Selasa, 6 Julai 2010

selamat hari lahir..adriana amni ( 1 tahun)

Isnin, 31 Mei 2010

Abang ku Azhan..30 Mei 2010

"Semoga Allah panjangkan umur Mu..Murahkan rezeki,terima akan segala amalan dan bahagia bersama keluarga tersayang"itulah ucapan yang diberikan kepada abang aku sempena ulangtahun kelahirannya semalam.

Sambutan secara MENGEJUT dibuat oleh kakak ipar aku..last minit baru kol..mau tak gelabah..hahaha..apa pun thanks kak lynn..dan happy birthday An...

(Aminnn..semoga yang dihajati dimakbulkan)

Dikesempatan ini juga aku serta keluarga ingin mengucapkan "Selamat hari Ulangtahun Perkahwinan"khas buat kakak ku Tom Malawati serta Abang Asliary ....

Sabtu, 6 Februari 2010

Abang ku


Tanggal 6hb Feb..maka genaplah usia abangku yang ke.........(rahsia)..Aku serta seluruh ahli keluarga ingin mengucapkan Selamat Hari Lahir,semoga dopanjangkan umur,dimurahkan rezeki serta segala amalan diterima dan diberkati oleh Allah swt.
Terima kasih di atas segala-galanya.Budi serta jasa yang ditaburkan tidak dapat dibalas dengan wang ringgit,hanya Allah sahaja yang dapat membalasnya..Insya Allah..

Ahad, 31 Januari 2010

SELAMAT HARI LAHIR

1hb 2....dikalangan keluarga aku,terdapat kira-kira 4 orang yang menyambut hari lahir..isteriku( Rafidah bt.Hj.Damirin ),kakak ipar aku( Puan Salasiah bt. Said ),kakak aku (Hjh.Zalina bt. Hj.Mashod ) serta adik ipar aku (Reduan b. Hj.Damirin )...
Selamat hari lahir aku ucapkan buat kalian semua,semoga dipanjangkan umur dan dimurahkan rezeki..

Rabu, 8 Julai 2009

Faaiq's 1st Birthday


Happy 1st birthday to Faaiq Adnan. Semoga dipanjangkan umur, dimurahkan rezeki, menjadi anak yang soleh dan bijak pandai. Sayang dek-dek sangat. Cuba-cuba jangan kuat nangis yer .... Thank you for being with us and make our life complete. Love you! Muah ...



Ada 🐘 di balik 🪨

  Ada GAJAH di balik BATU... Perumpaan macam ada udang disebalik batulah ni ..Hakikatnya bolehlah dianggap sama.  Yang faham ye akan faham a...