Hak paling sene
Ngaroh ngan ngete'
Sekian, tkasih
Friday, August 19, 2016
Wednesday, August 17, 2016
Sepatutnya
Kebaikan orang, ingat.
Kebaikan kita, lupa.
Kesalahan orang, lupa
Kesalahan kita, ingat.
Anak-anak, dewan telah dibuka. Maknanya sekarang bukan lagi masa untuk bermain-main.
Kebaikan kita, lupa.
Kesalahan orang, lupa
Kesalahan kita, ingat.
Anak-anak, dewan telah dibuka. Maknanya sekarang bukan lagi masa untuk bermain-main.
Friday, August 5, 2016
Siapa Pun Kita
Hidup ini memang penuh dengan kekurangan dan tidak ada orang yang sempurna tanpa ada aib.
Jadi, kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan dan bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan yang akan menjamin hubungan kekal utuh.
Berlapang dadalah menerima kekurangan orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang berterusan ditiup angin akan kehilangan daun, malah berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, Dia akan menjadi manusia negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kita, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci yang akan menutup mulut tetapi membuka hati.
Jadi, kita perlu belajar membiasakan diri menerima kekurangan dan bersikap terbuka dengan keaiban orang lain. Ini antara perkara penting dalam membina hubungan yang akan menjamin hubungan kekal utuh.
Berlapang dadalah menerima kekurangan orang lain. Abaikan perkara-perkara remeh. Asyik membantah akan mematikan kelazatan sesuatu perkara. Sebab itulah pokok yang berterusan ditiup angin akan kehilangan daun, malah berguguran buahnya
Begitulah perumpamaan seseorang yang selalu terdedah kepada kritikan pedas, Dia akan menjadi manusia negatif.
Pujilah kebaikan orang sekeliling kita, langkauilah kesilapan mereka.
Percakapan yang cantik umpama anak kunci yang akan menutup mulut tetapi membuka hati.
Saturday, July 30, 2016
Sunday, July 24, 2016
Friday, July 22, 2016
Nazir Datang lagi
Penuh pena bilik wawasan dengan segala macam fail. 18 Julai lepas nazir mari tapi nak boleh ko mari tu, peluh pela jgk la puak kita siap apa yang patut. Harap-harap bulan Sept nanti ada lagi berita gembira utk warga panji. Aamiin.
#baiahpunyapasal#
#baiahpunyapasal#
Thursday, July 7, 2016
Aidil Fitri 2016
Kali pertama beraya tanpa ibu tercinta.
Al Fatihah utk Allahyarhamah ibuku yang telah krmbali ke rahmatullah pada 17 Ramadhan (22 Jun) yang lepas.
Al Fatihah utk Allahyarhamah ibuku yang telah krmbali ke rahmatullah pada 17 Ramadhan (22 Jun) yang lepas.
Monday, June 13, 2016
Thursday, June 9, 2016
Monday, May 16, 2016
Hari Guru 2016
Semoga kerja buat kita dipermudahkan dan diberkati Yang Maha Esa.
Pejam celik pejam celik, sudah 22 kali sambut hari guru.
Sunday, May 15, 2016
Tuesday, May 10, 2016
Lumrah
Walau sebaik mana pun kita, mesti ada orang yang tidak suka. Apatah lagi kalau kita pun tak berapa nak baik dengan orang. Dan bukan semua perkara yang kita buat boleh memuaskan hati semua. Jadi, usah bersedih bila ada orang yang tidak menyukai kita. Itu perkara biasa yang tidak mampu kita elak dan semestinya ada dimana-mana. Ketahuilah kehidupan ini bukan untuk mencari redha manusia. Yang kita cari dan harapkan adalah redha Allah Yang Maha Esa
Sunday, May 1, 2016
Alhamdulillah
29 April 2016 - Genap 20 tahun kita hidup bersama.
Semoga kehidupan kita sentiasa dalam keberkatan Yang Maha Esa. Aamiin.
Monday, April 11, 2016
Tuesday, April 5, 2016
Thursday, March 24, 2016
20 Mac 2015
Bersama YB Dato' Seri DiRaja Mahdzir Bin Khalid
Menteri Pendidikan Malaysia dan rombongan di SMK Panji.
Thursday, March 3, 2016
Hari Ini Dalam Sejarah
Alhamdulillah keputusan SPM yang diumumkan hari ini amat menggembirakan kami warga SMK Panji. Inilah keputusan terbaik sejak makcik menjadi warga Panji. Syukur. Semoga ianya menjadi pendorong dan penyuntik semangat untuk anak-anak Panji melakar kejayaan yang lebih cemerlang.
Kisah yang tak bestnya, Ain demam. Warden tepon suruh bawa balik. Dapat mc 3 hari. Amboi...macam dok Kubang Kerian je suruh bawa balik. Tapi dipendekkan cerita, terbang jugak la Ain malam Selasa lepas. Sorang-sorang wei. Dup dap dup dap makcik kat rumah. Alhamdulillah sampai jugak rumah mlm tu.Hehehe
Saturday, February 20, 2016
Hidup Tidak Selamanya Di Atas
Anak,
Tidak bagi tidak bermaksud tidak sayang.
Tapi tidak bagi adakalanya kerana kesempitan.
Selebihnya tidak bagi juga kerana bimbang.
Bimbang anak akan buat formula, tiap kali minta akan dapat, tiap kali nak akan tertunai.
Ingat anak, dalam hidup ini, tiada jaminan untuk kita dapat/perolehi setiap kehendak kita,
Kita tidak dapat lari dari sempit, susah, payah hatta gagal sekali pun. Jadi, belajarlah...
Belajarlah untuk melalui saat-saat perit dalam hidup ini.
Belajarlah tidur di atas lantai keras, tanpa bantal, tanpa selimut.
Tidak bagi tidak bermaksud tidak sayang.
Tapi tidak bagi adakalanya kerana kesempitan.
Selebihnya tidak bagi juga kerana bimbang.
Bimbang anak akan buat formula, tiap kali minta akan dapat, tiap kali nak akan tertunai.
Ingat anak, dalam hidup ini, tiada jaminan untuk kita dapat/perolehi setiap kehendak kita,
Kita tidak dapat lari dari sempit, susah, payah hatta gagal sekali pun. Jadi, belajarlah...
Belajarlah untuk melalui saat-saat perit dalam hidup ini.
Belajarlah tidur di atas lantai keras, tanpa bantal, tanpa selimut.
Monday, December 21, 2015
Siapa???
Siapa yang sayangkan kita?
Dan siapa yang hanya nak gunakan kita?
Dan siapa yang hanya nak gunakan kita?
Semoga semuanya baik-baik
Allahumma yassir wala tu'assir
Friday, November 6, 2015
Friday, October 30, 2015
Anak-Anak..... Masanya Telah Tiba.
Musim hujan dah tiba. Siang malam hujan. Sejuk. Best... Cerita minggu lepas. Rabu, buka dan susun dewan dengan tenaga kerjanya calon SPM sendiri. Terimakasih anak-anak. Sayang anda semua. Malamnya annual dinner la pulak. Dah tak tahan, makcik balik awal. Terus ZZzzzz. Pagi Khamis; bagi taklimat kpd calon SPM. 11 pagi, pengawas periksa datang melawat pusat. Pukul 2 - 5 ptg ada seminar integriti di SK Kadok. Kwa kwa kwa Kehadiran adalah wajib.
tiba-tiba teringin rambutan.
Berdebar tunggu Isnin.
Buat yang terbaik ya.
Berdebar tunggu Isnin.
Buat yang terbaik ya.
Friday, October 16, 2015
Barang Mahal Barang Murah
Mesti ramai yang minat barang mahal kan? Yang berjenama gitu. Baju mahal, tudung mahal, kasut, handbag. Semua mahal la. Bila dah berkenan tu, macam-macam alasan la boleh diberi. Cantik, bergaya, tahan lasak. Alah membeli menang memakai. Itu ini, begitu begini, janji dapat apa yang kita nak.
Bagi makcik la, kalau kasut dan handbag, ok la beli yang mahal (walaupun makcik beli yang murah-murah je) sebab memang payah nak rosak. Berbaloi beli mahal-mahal. Kalau yang murah tu, sekejap zip rosak, sekejap jahitan koyak, butang tanggal (kalau ada butang la) Lastnya, campak je dalam tong sampah.
Tapi kalau kain baju (kain pasang khasnya sbb makcik ni orang tua) makcik cukup tak berkenan dengan kain yang mahal-mahal tuh. Susah nak jaga, nak kena dry clean la, terkena bucu meja sikit pun dah tinggal kesan. Leceh, menyusahkan diri je. Baik beli yang murah. Rendam dalam baldi dua hari pun no hal. Langgar kerusi, meja sampai terbalik pun, kain, baju langsung tak berbekas. Lutut je mungkin lebam. Hehehe Betul tak?
Thursday, October 8, 2015
Syukur....Tenang
Dengan kesyukuran
Nikmat yang dianggap kecil terasa besar
Dugaan yang dianggap besar terasa kecil
Dan
Rezeki yang mahal adalah jiwa yang tenang.
Untuk tenang, ikhlaskan diri kerana Allah
Minta dari Allah, harapkan hanya kepada Allah
Nikmatilah kehidupan ini tanpa dibandingkan dengan orang lain.
Monday, October 5, 2015
5102015
Comelnya tarikh hari ni. Nak jugak buat n3 padahal takde apa pun yang nak dicerita. Cerita la jugak apa-apa pun. Tengah hari tadi makcik dan SUP pergi ambil BJ, JOB dan SKAT SPM di Bilik Kebal PPD. Uwa...28 hari lagi periksa SPM. Sebelum ke PPD, masuk kelas seperti biasa dan balik dari PPD sempat lagi masuk satu kelas. Itu pun nak cerita. Hehehe OK beres.
Cerita kelmarin la pulak. Pagi ada solat hajat di dewan sekolah. Bacaan Yassin yang diadakan setiap pagi dari awal tahun ditangguhkan sementara waktu. Sebagai gantinya setiap ahad diadakan solat hajat. Lepas tu, ada penyampaian hadiah kepada pemenang pertandingan kreativiti dashboard, vle Frog. Makcik telah dipaksa untuk menyertainya. Tu yang ada pic terima hadiah dari pengetua. Kemuncaknya adalah penyampaian hadiah kepada murid-murid yang cemerlang dalam Peperiksaan Percubaan SPM. Pukul 2.15 diadakan mesyuarat post mortem Percubaan SPM. Result percubaan dah OK. Alhamdulillah. Dan didoakan semoga periksaaan sebenar nanti laaaagi OK. Aamiin.
Gemuknya makcik itu.
Ok Assalamualaikum.
Wednesday, September 30, 2015
Makan-makan
Sup Keting bandar Enstek tengah berasap
Satay Willy, Nilai
Biasa-biasa je pada makcik.
Biasa-biasa je pada makcik.
Makan-makan di N9. Tapi tak ingat bila. Dah tua-tua ni banyak benar yang lupa. Kadang-kadang dah buka peti sejuk, eh lupa pulak nak ambil apa. Redha je.
Beralih kepada cerita sekolah, cuti pertengahan penggal kedua dah berakhir, Sekejap je dah habis seminggu. Kita tunggu hujung tahun la pulak untuk bermeriah-meriah ngan sanak saudara. Lagi seminggu lebih, akan bermula PT3 dan sebulan lagi SPM pula bakal menyusul. Untuk anak-anak PT3 dan SPM, guna masa sebaik mungkin. Belajar jangan tak belajar.
Usah diharap padi di seberang!!!
Subscribe to:
Posts (Atom)