Showing posts with label Kawan. Show all posts
Showing posts with label Kawan. Show all posts

Thursday, September 5, 2019

Selamat Tinggal Dunia Pendidikan

Selamat Tinggal SMK Panji.

Rabu 28 Ogos 2019 hari terakhir makcik pergi sekolah sebagai seorang cikgu. Khamis habiskan cuti yang berbaki sehari.  Sebenarnya cuti tu sengaja ditinggalkan sehari. Dipendekkan cerita, andainya diadakan majlis yang "macam-macam" sempena persaraan makcik, cuti itulah nanti akan digunakan. kuakuakua.  Alhamdulillah, pada hari kejadian, hanya ada majlis makan-makan dan penyampaian cenderahati. Mana-mana warga Panji yang tak lepas angin tu, sorry la ya. Tunggulah orang lain pulak pencen.

 Muka terpaksaaa dok depan. Makcik tak suka





















1 Sept 2019  makcik dengan rasminya bergelar YB. Doakan semoga makcik dikurniakan kesihatan. kesejahteraan dan kebahagian dunia akhirat.Terima kasih semua. Kenangan pahit manis sepanjang 25 tahun berkhidmat sebagai pendidik akan terpahat di hati. Sayang semua.

Friday, July 7, 2017

Hari Keluarga SMK Panji

 19 Mei 2017 di Tok Aman Bali
Terjumpa pic ni dlm hset  Sebelum terdelete, kita simpan di sini. Yang makcik ingat, ada sukaneka, pahtu mkn² n balik. Sebelum sampai  sini, ramai² kita pekena Prof Chendol.

Sunday, January 27, 2013

Perasaan Itu

Alhamdulillah
Walaupun  hanya dua tiga kali bersua muka
Dan kali pertama dia bertandang ke rumah
Bersembang tidak sampai setengah jam
Tapi antara makcik dan dia terasa dekat,  mesra, suka
Dia terasa seperti adik atau  saudara terdekat
Padahal takde pun bersembang rancak, bergelak hilai
Tapi,  terbayang-bayang  teringat-ingat
 Rasa sayang, seolah-olah ada ikatan kekeluargaan

Apapun
Semoga dia juga berperasaan begini terhadap makcik dan seisi keluarga
Dan doa makcik semoga dia sentiasa berbahagia dan di dalam keberkatan Yang Maha Esa.

Thursday, January 24, 2013

A -- Z Lelaki


Majlis di atas berlangsung dua malam yang lepas di rumah kuning. Sebelum beredar,  mereka akan makan-makan dan minum-minum. Dari bancuh air, menghidang  hinggalah membasuh pinggan mangkuk, semuanya  dilakukan sendiri oleh mereka lelaki-lelaki mithali itu. Tugas makcik hanya memasukkan balik pinggan mangkuk tersebut ke dalam kabinet. pada keesokannya.  Kebanyakan mereka ni juga sedia maklum dimana makcik simpan segala peralatan tersebut sampaikan stok gula yang  disimpan dlm peti sejuk pun mereka  boleh jumpa. 
En suami yang buat semua tu? No..no..no... Dia lebih rela hidang air kotak dari membancuh air. Opsss......

Tuesday, January 22, 2013

Sorang Lagi

Kawan  : Tengah cari benda lain, tiba-tiba juppo blog awak. Rumah Kuning.
Saya : ????   hehehe

Friday, February 10, 2012

Merapu Pagi Jumaat

Kelmarin, Khamis.
Bangun pagi, terkejut ada tetamu aka kawan bermalam dalam kereta depan rumah. Masa sampai, diorang tak sampai hati nak kejutkan kita sebab dah tengah mlm......kesian.
Tengahari baru tahu ada taklimat lepas waktu sekolah.  Sebenarnya dah diumum hari sebelumnya tapi saya tak perasan.
Lepas taklimat, balik rumah selesaikan apa yang patut. Kemudian terus ke TH Kota Bharu. Malangnya,  masa  sampai, pintu dah ditutup dari dalam walaupun masih ada yg tengah berurusan. Masa tu baru pukul 3.30. Memang hari Khamis TH tutup cepat ke? Ehhh...Siap bagi soalan.
OKlah, Nak gi basuh kain kat sungai  le pulak. Esok sekolah ganti. Jadi, hari ni kena kerja lebih masa. Masa cuti hari tu kemain lagi seronoknya. Hari ni, rasakan....  hehehe jom ke sungai basuh kain....

Wednesday, July 6, 2011

Pertemuan Yang Manis

Sebelum berangkat pulang dari mengerjakan haji akhir 2009 lepas, kami bertukar-tukar no telefon. Tapi sangat pelik, saya gagal mengubunginya dan dia tidak pernah menghubungi saya.

Dan semasa berada di Masjidil Nabawi Jun lepas, setiap kali menunggu untuk memasuki Raudhah, saya memang teringat kepadanya. Kami pernah berpegang-pegangan tangan untuk tujuan yang sama pada musim haji 2009. Megawati, kawan dari Kedah yang sebaya dengan saya dan berjiran selang satu tilam semasa berada di Mina. Dalam ramai-ramai ahli rombongan, saya hanya teringatkan Mega. Dalam hati, kalaulah saya terjumpa lagi Mega....tak kiralah dimana. Dan beberapa hari selepas sampai di Mekah, di dalam Masjidil Haram saya dan suami telah terserempak dengan sepasang suami isteri. Sangat tidak disangka. Kami berpeluk erat....sangat manis pertemuan kali itu. Syukur, Allah makbulkan... Dalam jutaan manusia, saya berjumpa Megawati dan suaminya. "No awak hilang. No yang saya bagi tu mungkin saya tersilap bagi no semasa di Mekah". Itulah puncanya kami terputus hubungan.

Dua hari sebelum balik Malaysia, sekali lagi saya terserempak dengan Mega. Mudah-mudahan kami tidak lagi terputus hubungan.
.

Saturday, November 27, 2010

Satu Malam Dua Kali

Mlm tadi, ke KB bersama tetamu dari Singapore. Tujuan pertama untuk makan malam dan selepas tu nak ke expo Cheng Ho yang khabarnya akan berakhir malam tadi. Restoran Syam tutup setiap mlm Sabru. Jadi kami dengan dua buah kereta menghala ke Restoran Cheangmai. Hehehe di Cheangmai ada majlis perkahwinan le pulak. Jadi, kami berpatah balik ke Restoran Ukir yang sebenarnya paling dekat dengan rumah kuning. Selepas makan minum, sekali lagi kami menghala ke KB. Sepanjang Kelantan Trade Centre dan stadium, kereta "penuhpena" tepi jalan, takde parking. Jadi, keputusan diambil, balik rumah...... tidur. Dua kali pergi KB, kedua-duanya menghampakan. Sampai di rumah, oh oh oh ada tetamu sedang menunggu. Hasil kerja Ain sambil menunggu makanan sampai mlm tadi

Monday, November 8, 2010

Friday, October 23, 2009

Asyik Tak Jadi

Selepas sekolah Selasa lepas, saya memborong macam-macam jenis buah sebab dah janji untuk membawa rojak buah ke sekolah pada hari Rabu. Kawan nak buat jamuan di biliknya. Jadi, saya tumpang sekaki. Sebelum Isyak, saya telah menyiapkan apa yang perlu dari memasak , menggoreng kacang, mengupas mempelam, nanas, limau bali, betik dan sebagainya. Dah siap semua, simpan dalam peti ais untuk dipotong awal pagi Rabu. Sebelum naik ke atas, semestinya saya mencari buah hati si handphone saya. Ada mesej. "Jamuan esok tak jadi. Tunda minggu depan".

Hari Rabu, seorang kawan tel suami. Mereka sekeluarga nak datang ke rumah pada petang atau malam Khamis. Balik sekolah petang Khamis, saya singgah di kedai. Beli bahan-bahan dan lauk untuk masak mee kari. Sebelum asar, mee kari dah siap. Tunggu punya tunggu tak sampai-sampai. Ain yang excited tunggu ( yang nak datang tu ada kawannya ) pun sampai terlena.
Sebelum jam 9 mlm, suami hantar sms dan dia reply : "Tak jadi datang"

Kelmarinnya pulak, kawan dari SMK Dato' Ahmad Maher call memaklumkan geng-geng dari SMKDAM akan datang ke rumah pagi Jumaat.Pagi tadi le. Cadang nak jamu laksa tapi suami cakap nanti diorang tak jadi datang macam malam tadi. Jadi, saya beli kuih je. Kalau tak jadi, tak le terkilan sangat. Pukul 11 lebih, kawan tersebut tel memaklumkan mereka tak jadi datang pagi tadi. Katanya, mereka akan datang selepas solat Jumaat. Entah jadi, entah tidak. Yang pasti, saya tak jadi pergi tempat sepupu bertunang kerana menunggu kawan yang nak datang pagi tadi.

sedikit kesal di sini

Sunday, August 9, 2009

Manakan Sama Si Dia Seorang

Best friend saya demam teruk. Dah 2 x bawak jumpa Dr. Dua tiga hari ok kemudian demam balik, Kesian dia dan kesian saya....dah tak boleh minta tolong. Saya tidak dapat upload gambar sekitar hari keluarga sabtu lepas dek kedemaman best friend a.k.a laptop saya. Nasib baik ada si kecik ini. Tapi biasa le si kecik, bukan boleh buat kerja setangkas best friend saya.



sedikit musykil le.... bil letrik bulan ni RM300 +

Thursday, January 22, 2009

Kesian Kawan Saya

Paginya dia ke sekolah seperti biasa hinggalah dia terasa sesuatu yang agak luar biasa terjadi kepada dirinya.Memang sah tetapi dlm kuantiti yang tidak terduga.Uwaa.....
Sebenarnya persediaan telah dibuat tetapi ia tidak dapat membantu menyelesaikan masalah 100%. Kerosakan telah merebak jauh lebih besar daripada yang dijangka. Jadi, keseluruhan bahagian tersebut mesti diganti baru.

Lebih merumitkan keadaan, dia tidak berani dan terlalu malu untuk meminta izin dari Puan Pengetua untuk balik mengambil dan membaik pulih kerosakan itu di rumah. Sudah semestinya puan pegetua akan bertanya kenapa nak balik? Dan dia tidak sangup untuk memberi alasan tersebut. Oh....memang sangat memalukan.
Jadi, hampir sepanjang hari kawan saya terpaksa berdiri kerana tidak berani untuk menanggung risiko akibat kerosakan itu.
Bila loceng terakhir yang menandakan tamatnya waktu persekolahan tengahari tadi berbunyi, kawan saya itu sangat lega hingga berseri-seri mukanya. Bukan hanya gembira kerana esok akan bermula cuti sempena CNY tetapi kerana dia dapat menamatkan penyiksaan terpaksa berdiri hingga lenguh kaki pada hari ini.
(Maaf jika anda tidak faham)
Manusia merancang
Allah yang menentukan.

Alhamdulillah streamyx dah pulih seperti sediakala.

Friday, December 19, 2008

Kami Sangat Berbesar Hati


Menerima kunjungan sahabat dari jauh


Meriah........
Sesi makan-makan
Berehat setelah penat berjalan
Bapa-bapa dengan agenda mereka
Cenderahati untuk kami sekeluarga.
Terimakasih yang tidak terhingga.




Wednesday, December 10, 2008

Terimakasih Sahabatku



Kami belajar dalam satu kelas dari tingkatan satu hingga 6 atas semasa di sekolah menengah, satu fakulti di UM, serumah dan sebilik dari second year hingga dapat ijazah, dari Seksyen 17 hingga ke flat PKNS Kg Kerinchi. Seterusnya sama-sama menceburi bidang pendidikan walaupun bertugas di negeri yang berlainan.
Dan pagi tadi dia datang meninggalkan buahtangan ini bersama dua paket rempah kegemaran saya. Sekalung ucapan terima kasih untuk sahabat yang saya sayangi ini.


Sahabat saya sebelah kiri ya.
Tuan punya blog sebelah kanan.

Sunday, September 7, 2008

Kawan Baru

Dua tiga hari meronda
Masuk kedai keluar kedai
Macam-macam yang dijumpa

Akhirnya inilah yang dibawa balik . Sukanya....

Thursday, June 12, 2008

Cerita Semalam

Pakwe : Hello.
CP : Hello.
Pakwe : Petang ni ada kawan nak datang rumah.
CP : Sapa?
Pakwe : K..... Collector dari Singapore.
CP : Berapa orang?
Pakwe : Tak pasti. Diorang datang dengan van.
CP : Saya ada kelas tambahan petang ni.
Pakwe : Takpe la
CP : Tengahari saya balik hantar Ain kejap.
Pakwe : Boleh le bancuh air. Nanti saya letak ais je.
CP : Ok. Masa balik sekolah, beli le kuih.
Pakwe : Ok.
CP : Bye

Habis kelas tengaharinya, terus ambil Ain.Masa tu dia masih bertelekung menunggu untuk solat Zuhur. Balik rumah, solat dan siapkan apa yang patut. Kemudian berdesup saya kembali ke sekolah kerana kelas bermula jam 3 petang. Tercungap-cungap menapak anak tangga hingga menghairankan anak muridku. Takdak apalah, terlewat sikit.(jam 3 baru masuk pagar sekolah) Jawapan standard bila seorang daripada mereka bertanya sebab kekalutanku. Dan kelas berjalan seperti biasa. 5 petang, balik rumah dan yang tinggal gelas dan pinggan yang belum berbasuh. Sambil membasuh, baru teringat aku belum makan tengahari. Lepas solat Asar, iron baju untuk esok.Boleh tahan jugak letihnya.

Sebelum Maghrib, blackout le pulak. Nasib baik ada lilin dan lebih bernasib baik lagi, aku dah iron baju. Yang syoknya, lepas solat maghrib, kami keluar jjcm. Bila balik, masih lagi bergelap.... Solat Isyak, terus cari bantal.



Ain seronok le main lilin ni..
Takdak citer lain ke nak tulis??

Sunday, April 13, 2008

Tika dan Saat itu

Semasa mengajar di negeri Perak sekitar akhir 90an, saya dan suami telah diperkenalkan oleh pasangan suami isteri yang juga jiran dan kawansanasib dengan satu aktiviti yang amat menyeronokkan iaitu memancing. Lokasinya bekas lombong sekitar Universiti Petronas, Tronoh. Banyaknya ikan kat situ menyebabkan kami tak perlu menunggu lama untuk menaikkan ikan. Acapkali juga saya berjaya menaikkan dua ekor ikan sekaligus. Dan... kami telah ketagih dengan aktiviti itu. Bestnye... walaupun pada hakikatnya saya langsung tidak berminat dengan ikan-ikan tersebut.( hanya menyukai ikan laut) Hanya kaki pancing sahaja yang mengetahui betapa seronoknya saat ikan mematuk umpan dan betapa terujanya kala menaikkan ikan-ikan tersebut. Masa tu, jika ada masalah walau sebesar bukit sekalipun, ianya hilang lesap dari batu jemala...hehehe. Tapi pada masa tu je..........Namun aktiviti itu berakhir bila kami berpindah balik ke negeri Cik Siti Wan Kembang ini.

Ikan ke apa ni??


Saturday, April 12, 2008

Pelan Rumah

Nak datang rumah saya senang je.
Dari traffic light JPJ Panji tu, terus je sampai Kedai Lalat.
Kemudian dari traffic light Kedai Lalat belok kiri bla bla bla
Pastu jumpa sign board sempadan Kota Bharu-Bachok.
Belok kanan, Encik akan jumpa rumah cat kuning.
Atau pun dari traffic light Kedai Lalat tu
jln straight sampai pam minyak kecik Wakaf Zain.
Sebelah pam minyak tu kan ada simpang.
Masuk simpang kiri tu
hingga jumpa sign board Bachok-Kota Bharu.
Belok kiri Encik akan jumpa rumah cat kuning.
.
Kalau pun tidak setiap hari, pasti setiap minggu saya akan mendengar suami tercinta memperincikan pelan untuk ke teratak kami kepada rakan-rakan pengunjung blognya yang famous macam-macam ada itu. Bila musim cuti sekolah, makin meriah teratak kami ini dengan kedatangan sahabat-sahabat dari serata pelusuk negara. Nampaknya dunia blogging dan perniagaan suka sukanya itu telah menemukannya / kami dengan bermacam-macam jenis orang dari berbagai-bagai lapisan. Terima kasih semua.

Sunday, November 4, 2007

Annual Dinner


Kelmarin dua kali aku pekena "chinese food" di hotel Perdana, Kota Bharu. Tengaharinya bersama lebih kurang 20 orang rakan-rakan kamcing semasa mengajar di SMK Dato' Ahmad Maher dan pada malamnya Annual Dinner warga SMK Panji. Malam tadi aku memang bertuah. Sebab...berjaya mendapat cabutan bertuah.



Jeling apa tu?
Kalau mereka ni tahu aku masukkan gambar ni, mesti kena marah.Ssyy!!

Friday, May 18, 2007

Antara Guru-Guru Perak Nombor 1

Tempat jatuh lagi dikenang.... 1994 - 2002 bukan jangka masa yang singkat. Masih terbayang saat-saat pahit, manis kita bersama. Lagi satu, keme rindu masak tempoyak ikan sungee....