Nasib baik kami hanya bertiga. Kalau bersepuluh atau berdua belas, maybe kebulur le kami sebab makanan di sini mahal yang amat ( bagi kami yang miskin hina ini ). Harga sepinggan nasi goreng dah boleh lepas untuk kami bertiga breakfast di Kota Bharu.
Tiada scuba diving, tiada snorkeling bagi kami bertiga.
Nasib baik yang keduanya, di sini tidak ada tempat membeli belah. Jadi, kami tidak perlu mengeluarkan belanja melainkan untuk makan dan minum serta aktiviti berkayak, snorkeling atau scuba diving sahaja.
Yang ada buaing.........
Kami dah ada pengalaman semasa datang hari tu. Jadi, kami telah bijak memilih tempat yang lebih selesa hingga makcik kecik ini boleh terlena.