Showing posts with label Anak-anak. Show all posts
Showing posts with label Anak-anak. Show all posts

Wednesday, December 14, 2011

Parti


Hari ini ada parti di sekolah Irfan dan Iffah.  Irfan pergi ke sekolah pakai baju sekolah sebab dia ada persembahan, kemudian baru la tukar baju parti.  Iffah, mesti le pakai baju princess.  Izzah, tiada parti di kelasnya tapi nak juga pakai baju parti sebab tengok Iffah pakai baju princess.  Jadi hari ini, Izzah sorang je la pakai baju princess di kelasnya.  Orang lain semua pakai baju sekolah.
DSC_2515DSC_2516DSC_2524

Tuesday, December 13, 2011

Friday, November 18, 2011

Lumiere

 

Kami sekeluarga ke Lumiere.  Ramai sungguh orang tahun ni tak seperti tahun lepas.  35 tempat dibuat pelbagai pameran tetapi tak semua dapat kami pergi.  Kami sampai kira-kira 6.30 ptg dan balik hampir pukul 12 malam.

DSC_1592DSC_1709DSC_1722DSC_1680DSC_1881DSC_1934DSC_1743DSC_1849DSC_1740DSC_1956

Tuesday, November 15, 2011

Carpet, vakum & art exhibition

 

Hari ni ruang tamu rumah kami ditukar dgn carpet baru.  Masa baru dok rumah ni memang carpetnya baru dan cantik.  Tapi biasala dah 3 tahun.  Macam-mana ada atas carpet.  Carpet dah tak de rupa.  Mak complain kat landlord kata carpet dah semakin nipis terutamanya depan TV.  (Actually nak kata carpet dah kotor).  Landlord kata nanti dia ganti yg baru. 

Ingatkan nak ganti sebuah rumah, tapi rupanya dia ganti ruang tamu je sebab komplen kata nipis tu di ruang tamu.  Boleh je la.  At least dapat gak yg baru.  Lg pun kalo ruang tengah tu yang nak di tukar, lagi byk benda nak kena angkat, peti ais, almari dll.   Cukuple tu alhamdulillah.  At least landlord nak layan permintaan tukar carpet.

Dia juga tukarkan kepala paip yang dah longgar, penyangkut shower yang dah patah dan berikan kami vakum 'Henry;.  Suka dapat Henry…..

 

P1170070P1170072

Petang tu di sekolah Irfan ada pameran lukisan anak-anak.  Boleh beli lukisan £ 6.  Duit tu di derma kepada charity sekolah.  Tema lukisan Irfan adalah mengenai Mesir.  Masa tu diorang belajar tentang Mesir, piramid dll.  Jadi itulah tema lukisannya.  kelas lain dengan tema yang lain.

 

P1170075P1170076

Saturday, November 12, 2011

Santa di Dalton Park


Perasmian Shopping fair sempena christmas di Dalton Park.  Bawa Anis pergi shopping sambil tumpang sekaki shopping.  Dapat le beli baju £ 5 sehelai.

DSC_1489DSC_1582
DSC_1463DSC_1465

Monday, November 7, 2011

0’C & music workshop

 

Hari ini suhu di Durham mencapai menurun hingga 0’ Celcius.  Jadi bawa Anis ronda-ronda menikmati kesejukkan Durham.  Kami ke ruang pameran ‘Durham World Heritage’ dan juga ke Cathederal, melihat tempat shooting filem Harry Potter.

DSC_1331DSC_1348DSC_1379DSC_1395

Tengahari itu ada music workshop di sekolah Iffah & Izzah.  Menyanyi sambil melakukan pelbagai aksi.  Ibubapa pun turut serta.  Izzah dah mengantuk ketika itu & Iffah sangat gembira.

 

DSC_1400DSC_1410DSC_1420DSC_1437DSC_1444DSC_1446DSC_1448

Monday, September 26, 2011

Sekolah

 

Minggu ini bermulalah jadual penuh persekolahan seisi rumah.

Irfan : 9.00 – 3.15 (Year 4 – Bowburn Junior School)

Iffah : 9.00 – 3.00 (Reception – Bowburn Infants & Nursery School)

Izzah : 9.00 – 11.35 (Nursery – Bowburn Infants & Nursery School)

Mak/Ayah : 9.30 – 5.30/6.00/6.30 (Year 3 – Durham University)

P1160845P1160846

Friday, September 16, 2011

Izzah–school visit

 

Hari ini Izzah akan visit school.  Visit 1 jam sahaja (10.30 –11.30).  Memperkenalkan sekolah walaupun Izzah memang dah lama kenal sekolah ni.  Cuma kali ini secara rasmi. 

Ok je nampaknya cuma Izzah tarikh tangan Mak sebelum pergi main kat tempat/stesen lain.   Tapi bila dah cukup time, Izzah tak mau balik.  Mak kena pujuk Izzah balik sebab mak & ayah nak pergi school pulak…

 

P1160795P1160796P1160798P1160803

Saturday, September 10, 2011

Kenduri 3 sambutan

 

Alhamdulillah kami mengadakan kenduri sempena 3 sambutan (Aidilfitri, kemerdekaan dan Ulangtahun perkahwinan yang ke 10).

Semua rakan-rakan yang jauh dan dekat dijemput.  Mak buat kek no 10.

Hadiah ulangtahun : Cermin mata baru, jam dan mesin potong rambut.

Terima kasih kepada semua tetamu yang hadir dan doakan kebahagian rumahtangga kami.

 

DSC_9885DSC_9877DSC_9859DSC_9870DSC_9888DSC_9926

Saturday, August 20, 2011

The making of …..

 

Hari ini kami terlibat dalam rakaman video clip raya versi Youtube.  Pakai baju raya la.  Confius gak anak-anak ke mana nak pergi melawa ni.  

Mak bawa kuih raya yang mak dah buat berserta kuih-kuih ‘tunjuk’.  Tempat rakaman adalah rumah Tuan Director merangkap ‘penyanyi’.  Macam dah raya je, tapi sebenarnya masih berpuasa.  Iffah & Izzah je yg syok makan.

Tahun ini kami tak hantar gambar ke surat khabar di Malaysia.  Buat rakaman Youtube je.

 

DSC_9161DSC_9194DSC_9168DSC_9183DSC_9191DSC_9209DSC_9165