Saturday, July 31, 2010

Baju & tudung raya

 

Baju raya anak-anak & tudung mak kiriman cu dah sampai. Tq Cu.

  P1130026P1130021P1130030P1130025

Tuesday, July 27, 2010

Majlis Perpisahan

 

Majlis perpisahan untuk Mar-Rahimie dan Ruz-Najib anjuran warga Steavenson Street. 

All the best.

P1130011 P1130014 P1130015 P1130017

Monday, July 26, 2010

Kontena – Mar Rahimie

 

Operasi mengangkat barang-barang mereka ke kontena.  Kami datang lambat.  Semuanya dah selesai.  cepat betul diorang buat kerja.  Maklumla, dah kontena ke 3 dalam bulan ini sahaja.  Lagi pun Mar & Rahimie yang memang expert pasal kontena ni, memang dah susun barang-barang mereka bagi memudahkan urusan.  Kami datang tolong makan je la.  Tak pe, nanti kami tolong clear rumah pulak.

P1120998

Sunday, July 25, 2010

Sunderland International Airshow 2010

 

Kali ni kali ke 2 kami menghadiri Airshow ni.  Tahun lepas kami datang hari Sabtu.  Tahun ni kami datang hari Sabtu dan Ahad.  Hari Sabtu kami datang dengan Niza sekeluarga.  Tapi tak puashati sebab tak ada show Red Arrow, maka kami datang lagi pada hari Ahad sehinggalah jam 6 petang.  Kali ni show Red Arrow , show terakhir sekali.  Jadi terpaksala tunggu sampai petang..

Tengok je la gambar.

DSC_3807 DSC_3792

DSC_4311 DSC_4298 DSC_4300

Acara wajib : Naik train di Roker Park & main kt play park

 

DSC_3821 DSC_3848

DSC_3948 DSC_4169 

 DSC_3988DSC_3828

 DSC_3894 DSC_3956DSC_3969     

P1120836DSC_4153 DSC_4100DSC_4124

DSC_4131DSC_4036DSC_4016DSC_4079 DSC_4162 DSC_4178  DSC_4184 DSC_4193 DSC_4254

DSC_4293

Best…memang best…. 

Saturday, July 24, 2010

Tetamu dari Glasgow - Niza

Niza sekeluarga datang lagi ke rumah kami. Kali ni dengan newborn baby Iman yang dah besar. Sempat pergi Sunderland International Airshow. Dan kemudiannya mereka gi jalan-jalan ke London. Kami je yang belum sampai London lagi.





Friday, July 23, 2010

Durian tiramisu

 

Hari ni mak buat tiramisu untuk pot luck acara mengangkat barang2 Najib-Ruz ke kontena.  Mak juga buat tiramisu untuk tetamu yang akan datang dari Glasgow, tapi dok tak sampai lagi ni (masa blog ni ditulis). 

P1120807

 

Buat juga buat eksperimen buat  "DURIAN TIRAMISU”.  Mak lapiskan satu lapisan dengan kuah durian.

Cara buat tiramisu boleh tengok kt sini :

http://zarinabz.blogspot.com/2009/10/tiramisu-mak.html

Cara buat kuah durian boleh tengok kt sini :

http://zarinabz.blogspot.com/2010/07/kuah-durian.html

Letakkan selapis kuah durian di atas sapuan tengah double cream/mascarpone.  Jadilah tiramisu berperisa durian.  Yummy….yummmyyyyy….

 P1120813

Irfan - Awards

 

Tahun ini tak de acara sukan di sekolah Irfan setelah di pospon kerana hujan dan tarikh berikutnya pun hujan.  Irfan kata cikgu buat sport day dalam dalam bangunan sekolah.  Tak tau la apa acara yang di sport kan tapi hari ni (last day sekolah).  Irfan bawa sijil Sport award, 1st prize.  Dia pun tak tau macam mana dia boleh dapat 1st prize.  Irfan juga bawa balik pensil bola.  Dia kata dapat hadiah sebab dia paling byk buat homework.  Okla… Tahniah…

Tahun depan Irfan akan berpindah ke Sekolah Bowburn Junior School pulak.  Lupa lak nak bawa kamera ambil gambar Irfan last day at Bowburn Infants & Nursery.  Tak pe la.  dah ada gambar-gambar sebelum ni.  Sama je la tu.

P1120815

Kontena Najib - Ruz

 

Hari ni gotong-royong mengangkat barang2 Najib & Ruz.   InsyaAllah mereka akan balik pada 28 Julai ni.  Selamat pulang ke Malaysia.

Juadah pot luck dari mak:  tiramisu & pengat pisang.

P1120808 P1120809

P1120805

Thursday, July 22, 2010

Kuah durian

 

Opah kata kat Msia tgh musim durian.  Tapi kat UK ni rasanya sepanjang tahun ada musim durian.  Mak beli durian kat Winghong.  Harga 3.25 pound (rasanya la).  Dapat la 2 ketul saiz di bawah.  Lupa lak nak ambil gambar bekas nya.

P1120787 

Mak teringin nak makan kuah durian.  ‘Kuah durian’, nama ni yang mak kenal.  Rasanya tempat lain maybe panggil dengan nama lain.  Tak kirala, opah kata kuah durian, kuah durian la.  Kat Msia mak tak pernah buat. hihi.  Tunggu balik kpg, opah masak lagi sedap.  Sini nak makan pandai2 la masak.  Ada byk cara nak masak.  Terpulangla.  Ni yang mak buat.  Sukatan ikut masing-masing rasala.  Bila tanya opah, opah kata masak ikut ‘agak-agak’. 

0.75 cawan gula, 1 cawan santan, durian dan air.

1) Mula-mula mak buat gula hangus.  Masak gula atas dapur hingga warna ke coklatkan.  Jgn sampai hitam dah la.

2) Masukkan air dan larutkan gula yang berketul

3) Masukkan santan dan durian (2 ketul saiz di atas).  Rasanya dlm 6 ulas kut.

4) Kalau tawar, masukkan gula lagi.  Masak hingga mendidih.  Ada juga orang yang gunakan gula merah.  Jadi tak perlulah di hanguskan.

Kuah durian ni sedap dimakan dgn roti jala.  Tapi mak suka makan dengan roti biasa je.

 P1120788

P1120789