Hari ni Iffah buat Dora cup cakes untuk mak. Beli cake mix dalam kotak yang ada gambar Dora. Campur telur dan air sahaja.
Imej: Lumiere Durham. (Sila ke http://zarinabz2.blogspot.co.uk untuk sambungan blog ini)
Hari ni Iffah buat Dora cup cakes untuk mak. Beli cake mix dalam kotak yang ada gambar Dora. Campur telur dan air sahaja.
Hari ni hari terakhir conference. Mak pergi lambat sikit. Speaker yang sesi pagi tu, bukan bidang yang mak buat. Malas nak gi melopong pagi2 kat tempat conference. Mak pergi sorang je pun.
Conference habis awal hari ni sebab ada speaker yang tak datang. Jadi kami pun pergi berjalan-jalan. Cuaca panas terik. Kami ke de Louvre Museum. Tempat lukisan MonaLisa. Mak tak masuk pun. Bayaran 9.50 euro. Kawan-kawan mak masuk free sebab diorg dari negara EU dan berumur bawah 25 thn. Tapi tak masuk pun rasa tak berapa rugi. tengok gambar yang kawan mak ambil tu pun, byk patung separuh bogel je pun dan juga pelbagai lukisan. Sebenarnya mak dah penat sgt. Berjalan dari stesen RER ke monument de Concorde dan garden depan muzium tu.
Mak balik sorang-sorang ke hotel dan singgah kedai souviner. Lepas rehat di hotel. Mak keluar semula untuk makan malam dengan kawan-kawan mak. Kemudian kami ronda-ronda Paris lagi waktu malam.
Hari ni berlaku mogok di Paris. RER line A & B di tutup. Stesen berhampiran dgn hotel adalah line B. Ngapa la mogok hari ni pulak. Mogok la minggu depan. Dari hotel kami terpaksa ke RER line C. Rasanya dekat 20 minit jugala. Cadangnya nak naik bas tapi tak jumpa pulak bus stop yg ke tempat conference. Penat nya berjalan dalam kepanasan.
Malam ni pula ada dinner conference. Kawan-kawan mak pakat nak gi jalan kaki je. Jauh jugala. Tapi kata diorg nak ke next RER pun jauh gak & jalan kaki ke tempat dinner pun lebih kurang je. Jadi jalan kakila. Jalan kaki kalo tak sesat memangla dekat. Kalo dah sesat barat, 45 minit baru sampai tempat dinner. Nak tercabut rasa kepala lulut ni mengejar budak-budak ni. Budak2 ni dah la muda remaja, tinggi2 pulak tu. 1 langkah diorg sama dengan 2 langkah mak. jenuh mengejar.
Ikutkan hati memang malas nak pergi dinner. Tapi disebabkan nak melihat bagaimana budaya mereka. Pergi je la. Sebelum tu mak dah telan tortilla siap2. Kut-kut tak de yang boleh dimakan, kebulur la pulak.
Dinner diadakan di atas restoran di atas kapal. Dinner bermula jam 8 malam. Dari jam 8 – 9.30 mlm, aktiviti minum wine,champagne. mak minum orange juice. sejam setengah minum & borak-borak, bina networking. Kami ni kepenatan & lapar. 9.30 baru masuk kapal. Diorg kasi wine lagi sorang semeja. Tak lama sampai starter. Lepas starter, main course kasi lamb sorang sepaha. Mak tak de la makan. Dah tentu tak halal. Mak makan roti dan minum air kosong je sambil tengok orang makan. Masa tu teringat Maggi kat bilik. Balik ni nak telan maggi la.
Lepas diorang semua habis makan. tetiba waitress tu datang kasi makanan utk mak. Grill fish & sayur. Harap-harap tak de la apa-apa yg tak halal. Baca Bismillah, makan je la. Mak tengok dia bawa 3 pinggan je. Maknanya utk 3 org je. Yg mak tahu sorang committee tu Muslim sebab pakai tudung dan rasanya ada sorang lagi lelaki Muslim. Nasib baik la. lepas makan diorang buat aktiviti manari. kami pun balik la. mak cadang nak naik teksi je tapi diorg nak jalan juga. Nak naik teksi sorang2 takut la pulak. dah la malam. Jadi terpaksa la berjalan juga. Campur sesat barat, 1 jam juga la baru sampai hotel. Sampai hotel terus baring & tidur. Pukul 2.45 pagi baru tersedar. Solat Isyak dan solat subuh yang masuk jam 3.15. Kemudian sambung tidur. Penatnye….
Hari ni sesi oral & poster presentation. Boleh tahan ganas-ganasnya diorang buat kerja. Banyak nya perkara yang mak masih tak tau. Ohhhh….
Kawan-kawan mak dah balik awal. Mak je yang tunggu sampai petang sehingga sesi habis. Sebabnya mak nak tunggu presentation dari speaker yang terakhir. Lepas tu mak balik sorang je. Dah pandai naik train. hihi.
Malam tu kami makan di restoran Indonesia halal yang ada juga menjual arak. Tapi yang bestnya ada air kelapa. Lamanya tak minum air kelapa. Hari ni kami tak ke mana-mana sebab kawan-kawan mak nak ready untuk poster presentation esok. Tapi lepas makan kami singgah jap di garden yang berhampiran dengan hotel kami. Banyak betul orang lepak-lepak ditengah-tengah panas. Garden tu juga ada banyak patung-patung.
Hari ni conference bermula. Kami naik RER ke tempat conference. Wow ada train 2 tingkat. Kat UK tak de rasanya. Tapi trainnye tak la ‘gah’ sangat. Train stesen tak berapa bersih + bau hancing di tangga stesen train. Mak rasa train/komuter/LRT kat Msia tu 10 kali lebih bersih.
Hari ni sesi tutorial je. Tutorial ni kira macam ceramah la. Sesi satu memang best dan amat berkaitan dengan kerja-kerja mak. Sesi ke 2, mak rasa boring sikit sebab kurang berkaitan + banyak formula matematik. Sesi ke 3, kami tak pergi sebab dah penat sangat dan juga tak berkaitan.
Seterusnya kami ke Eiffel Tower. Banyaknye manusia. Banyak juga yang mempromosi untuk beli souviner. Menakutkan juga. Mak ni bukannya boleh tengok orang ramai-ramai. Mulala rasa semacam je. Kami tak naik pun sebab ramainya orang berbaris. Eiffel tower ni waktu siang sungguh la tak cantik. nampak macam besi buruk je. Tambahan pula ada kerja-kerja membaikpulih di kawasan bawah tu. Kami berjalan-jalan dipersekitaran dan seterusnya cari tempat makan. Hari ni mak makan ‘lasagna salmon’ yang sungguh cheessy. Mula-mula makan ok, lama2 naik muak la.
Kemudian kami ke Arc de Triomphe. Ini adalah monument peringatan perang. Ukiran patung-patung termasuk ada yang tak sesuai utk pandangan kanak-kanak. Kami tak la berjalan sepanjang Champs Elysees Avenue. Deretan kedai brg luxury dan restoran-restoran. Kami balik ke hotel je selepas tu.