Hari ni mak rasa rajin sikit. Rajin ambik gambar masakan. Sibuk betul hari ni. Memasak & membuat 'lab work' Banyak kerja yang dilakukan. Sehingga bila dah malam ni rasa sakit kat lutut yang semakin kurang tu dah bertambah sakit la pulak. Sabar je la...
Sarapan - Fusili bucati
Lunch/Dinner - Asam Pedas
Minum petang - Chocolate, Strawberry & Cream Muffin
Muffin ni idea daripada Auntie Nani. Tapi Mak tak ikut resepi dari blog Auntie tu. Mak guna resepi yang ada Single Cream. Tapi Mak modify sikit. Resepi kat bawah gambar.
2 biji telur
1 sudu teh vanilla
300ml Single Cream
200 g gula
400 g tepung naik sendiri
1/2 sudu teh garam
200g strawberry (dipotong kecil2)
Chocolate ganache (ni lebihan dari topping kek birthday hari tu)
Ayak tepung dan campurkan garam
Campurkan telur, vanilla, single cream dan gula. Pukul hingga kembang.
Campurkan chocolate dan masukkan adunan ke dalam tepung tadi.
Gaul rata dan masukkan strawberry. Gaul rata.
Bakar dengan suhu 200 Celcius selama 20 minit.
Boleh dapat 32 ketul muffin saiz paper cup yang 1 3/4 inci tu.
Wednesday, July 29, 2009
Lab work
Banyak betul lab work yang I buat hari ni. Mula2 buat spin coating P3HT, then spin coating PMMA then metal evaporator Aluminium. Letihnya rasa. Sepatutnya nak buat measurement terus, tapi malangnya 'dark room' tempat measurement tu ada orang guna. Mamat tu dah guna bilik tu sejak hari Isnin lagi. Tgh pulun siapkan keje dia. maklumlah dah masuk thn 4 tak habis lagi. I pun nak pulun juga ni. Hopefully esok dia dah tak guna la lagi lab tu. Esok nak dtg pagi2 la, booking dulu.
Tuesday, July 28, 2009
Slow
Hari ni hari ke dua aku masuk lab semula setelah 3 week berehat. Cuti ambik sendiri. Lab aku ni dikenali sebagai 'clean room'/bilik bersih. Yang ni rasanya kelas 1000 kut. Nak masuk lab ni kena tutup aurat. Tinggal muka je yang boleh nampak.
Dulu masa mula2 masuk, aku lambat betul nak pakai dress clean room tu. Maklumlah besar sgt. Sarung tangan lak 2 minit tu baru settle pakai. Tu pun tak kemas. Sekarang ni ok la. 1 minit dah complete pakai semua.
Eksperimen kat clean room lak, mula2 tu RA (research assistant) yg dok demo kat aku camne nak buat keje dan guna peralatan. Masa tu boring betul. Terhegeh-hegeh dia buat keje. Lembabnye sampai mengantuk aku. Rupa2 nya semua keje2 tu mmg kena buat dlm keadaan terhegeh-hegeh or slow. Kena slow & steady.
Pernah la aku cuba buat cepat2. Hasilnya tertumpah solution yg aku dah bancuh. terlanggar dgn tangan sendiri pun. So kena la buat semula. Dan satu lagi kena buat slow2 untuk mengelakkan terlupa step. Semua kena buat dgn teliti. Kalo salah, kena buat dari awal semula lagi tension. So aku pun sekarang ni dah terhegeh-hegeh juga la kat lab.

Sunday, July 26, 2009
Auntie Kam
Hari ni Auntie Kam singgah rumah. Kasi hadiah birthday untuk Izzah & Mak. Terima kasih Auntie.. Izzah sekarang ada beg utk dibawa jalan-jalan. Selamat bercuti Auntie. Selamat beraya bersama keluarga di Brunei. Bestnya...
Saturday, July 25, 2009
Roker park
Selepas menyaksikan Sunderland International Airshow, kami ke Roker Park. Ditepi pantai tu juga. Tak sempat explore apa ada kat situ sebab dah penat berjalan. Sempat jumpa playpark dan yang paling best naik mini train. Ayah dan anak2 yang best. Mak tengok aje sebab jaga Izzah yang tidur. Lain kali mak nak datang lagi naik train ni pulak. Train free. Bestnya.
Sunderland International Airshow 2009
Pagi ni kami ke Sunderland. Kami beli ikan. Beli ikan whiten, salmon dan ikan sebelah.
Kemudian kami menyaksikan Sunderland International Airshow 2009. Wow! best. Airshow ala-ala LIMA di Langkawi, Malaysia. Kami tak pernah gi LIMA, kami agak2 je. hehehe.
Airshow adalah acara tahunan di Sunderland. Di buat disepanjang pantai yang cantik di Seaburn & Roker seafront. Ia diadakan selama 2 hari pada hari Sabtu & Ahad pada minggu terakhir bulan Julai. Ramai la orang datang menyaksikan airshow sampai berpiknik. Cuaca cantik pulak hari ni. Panas tapi udara sejuk dari laut. Bestnya.
Kami sampai lebih kurang jam 11 lebih. Ramainya orang. Rupanya pepagi lagi orang dah sampai untuk booking tempat lepak. Next year kena datang awal ni. Ada juga disediakan tempat park & ride. Parking kereta kat 1 tempat yang disediakan dan kemudian ada bas yang akan bawa ke pantai. Tapi kami bawa je kereta cari parking. Ok la juga dapat parking kt kawasan perumahan yang berhampiran.
Kami tak la dapat tengok dengan teliti apa yang dipamerkan. Ramai orang. Malas nak berbaris untuk masuk dalam jet pejuang/helikopter. Tengok dari luar je la. Ada juga simulator disediakan. Kalau nak rasa macam mana rasa naik jet pejuang bolehla. Tapi tak naik pun. Memang ramai pun.

Yang paling best adalah Airshow nye la. Team Red Arrow, Typhoon dll yang kami pun tak pasti namanya. Ada pertunjukkan payung terjun Falcons Parachute dll. Ada juga demo ketenteraan kat kawasan yang disediakan. Tapi tak larat nak tunggu. Tengok mana penting je. Disamping tu ada juga funfair. Ni bebudak memang suka. Sorry tak leh main. Tengok je.
Siapa yang baca blog ni hari ni. Masih berpeluang untuk pegi esok (Ahad).
Siapa yang baca blog ni hari ni. Masih berpeluang untuk pegi esok (Ahad).
Tengok je la gambar.
Subscribe to:
Posts (Atom)