Memaparkan catatan dengan label Jem. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Jem. Papar semua catatan

Rabu, April 27, 2011

Chocolate Filing..

Assalamualaikumm....bersua lagi.... dah lama dicari2 baru la nielah zana jumpa, tp kan..kan hek!hek!...^-^ zana lupalah kat mana zana ambik ni resepi, sbb zana sempat salin aje ari tu. Puas dah dicari2 tp x jumpa. Sorilah ya pada tuan punya resepi...tp zana panjang2kan kat sini pulak ya terima kasih. Anak2 pun suka....makan dgn roti (coklatlah katakan!!) apa sajalah berasaskan coklat mesti x tolak punya. hihihi!!! :)
Chocolate Filing
(sumber: x ingat..)
Bahan2nya:
  • 250ml susu cair /sejat (ideal)
  • 180ml air suam
  • 125gm gula halus/castor
  • 60gm mentega/butter
  • 60gm serbuk koko
  • 40gm tepung jagung
  • 1 st esen vanilla
Cara penyediaan:
  1. Campurkan susu, koko, air suam dan tepung jagung dan dikacau sebati ~ kemudian tapiskan.
  2. Masukkan campuran tadi kedalam periuk berisi gula dan kacau sebati
  3. Then panaskan di atas api yg sederhana sehingga pekat.
  4. Tutupkan apinya dan masukkan mentega + esen vanilla dan kacau sebati.
  5. Angkat dan sejukkan barulah boleh digunakan
**p/s- simpan dlm peti sejuk pun ia x keras...cubalah!

***sedia utk disimpan.....

Rabu, Jun 23, 2010

Dulce De Leche....



Salam & salam sejahtera semua...bertemu lagi!! semalam zana cuba buat benda alah nie.. tergoda tengok hana dan along buat, jd kite pong nak try jugak! resepi asalnya boleh tengok sini. Memang kite x pernah tengok sebelum nie..hehehe!!! namanye pun pelik sikit, alahai..mcm jakun pulak!. Apa2 pun rasanya memang sedap lemak2 manis gitu, betul cpk hana tuu...rasa seakan2 "cloud 9" kalau makan dgn roti pun sedap. Lepas nie...ape zana nak buat ye!! nak buat......... brownies lah jawapnye.......hihihik!!!!

Dulce De Leche
Bahan2nya:
  • 1 tin susu pekat manis...
  • air secukupnya
  • periuk kukus

Cara-caranya:

  1. Buangkan kertas pembalut tin susu pekat manis tersebut.
  2. Masukkan tin susu ke dalam pengukus. Letak ditengah2 rack. (hana baringkan tin). Isi air sehingga paras tin susu tenggelam.
  3. Tutup pengukus dan kukus selama 3 jam atau lebih! lagi lama kukus, kaler akan makin gelap. Pastikan air kukusan tidak kering. Jika tak cukup, masukkan air panas.
  4. Tunggu sejuk baru buka penutup tin.
  5. Keluarkan dan simpan dalam botol jem atau bekas yang bersesuaian sehingga saat hendak digunakan.


***UPDATE>> 'Jika menggunakan preasure cooker kukus sejam sahaja.' >>> delay penyataan ini wat sementara waktu yer! curios sket! UPDATE AGAIN: from wikipedia >> A home-made form of dulce de leche is sometimes made by boiling an unopened can of sweetened condensed milk for 2 to 3 hours (or 30 to 45 minutes in a Pressure cooker), particularly by those living in countries where it cannot be bought ready-made. It is dangerous to do this on a stove: if the pot is allowed to boil dry, the can will overheat and explode.[2]

Rabu, Mac 17, 2010

Serikaya Karamel


"Serikaya Karamel" sesedap dan semanis namanya...tergoda tengok mamasyipah buat...cantik aje warnanya...kite pun buatlah tp tak secantik mana... rasanya mmg sdp!..resepinya mama amik dari blog CMG...resepi asal dr chef Norzailina...jadi zana pun nak sharekan resepi nie pd yg berminat!!! kita CnP ajer dr blog MamaSyipah...thanks ye mama dan pd u all...
BAHAN-BAHANNYA :-)
  • 3 biji telur300 ml pati santan (nak sedap guna santan segar)
  • 180 g gula pasir (resipi asal 240g)
  • 2 helai daun pandan
  • 60 g gula pasir*
  • 125 air panas*(*untuk karamel)

CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Masak gula hingga perang, dengan berhati2 masukkan air panas kacau rata dan matikan api. Biar suam.
  2. Satukan telur, gula pasir dan pati santan. Kacau rata hingga gula larut dan tapis. Tuang 1/2 adunan ke dalam karamel tadi dan kacau pantas dengan whisk. Kemudian, bancuhan karamel tadi tuang kembali ke dalam bancuhan telur dan kacau rata2.
  3. Alih ke dalam periuk, masukkan daun pandan dan jerang atas api kecik sambil dikacau sentiasa hingga bancuhan pekat dan berkilat. Mati kan api, angkat dan sejukkan. Simpan dalam peti sejuk untuk memanjangkan jangka hayat seri kaya tadi. Jangan lupa keluarkan daun pandan....