sepatah dua kata...

ini adalah blog koleksi lirik dan irama lagu ciptaan fairuza binti mohd nasir.

Tidaklah hebat sangat, tapi saya harap ia mampu membuat anda tersenyum walaupun hanya sedikit cuma...

Showing posts with label nukilan. Show all posts
Showing posts with label nukilan. Show all posts

Thursday, July 8, 2010

The Only Exception @ Covered by Paramore

Sejak cuti start, lepak kt rumah saje.
Sudah lama tak main rekod-rekod..hmm

Di radio selalu dengar lagu Paramore ni, rase macam best kalau dapat main.
Macam best gak! huhu..ada satu part Hayley tarik suara tinggi, tapi tak boleh nak tarik la pulak, sebab takut nanti orang dalam rumah marah;

"Anak dara mana la terpekik terlolong nih!!?"

..hehe..anyway, harap korg suka :)

Wednesday, May 26, 2010

bukti yg terindah...

terima kasih pada Ofi for this lovely shots!!

sangat suka gambar2 ni waktu performing for my first gig di Gravy Baby! bulan April.
klik sini to check out the photo album di facebook Ofi

: sneak peak :




:D

Friday, May 21, 2010

hmmm....

misi sebelum hari kejadian aku...

3 lagu...

full length song...

satu: ubah suai irama yang kawan beri, tambah lirik
dua: ubah suai lagu lama kawan, kasik panjang sikit, ubah lirik di belakang...
tiga: ubah suai lagu lama, versi inggeris atau versi melayu?


hmm...


sebelum aku teruskan,
nak lepaskan tensi sebentar...

!@#$%



OK! 25 hari lagi!! yakin boleh!

Saturday, April 24, 2010

bila bosan...


"...in what world does it take for you to be called normal?"

Thursday, April 22, 2010

sentuhan baru lagu "Nukilan..."


baru sahaja tadi tangan menggatal bermain gitar....

Sambil study teori saya cuba2 main lagu the Beatles, "I saw her standing there". Sgt comel versi akustik nya. Nanti bila saya sudah master lagu tu saya rekod ya! (^^)

Dalam pada masa yg sama saya dpt kenali satu band indie rock Two Door Cinema Club. Band berasal dari Ireland. Kalau ada masa tontonloh video muzik mereka>> "Something Good Can Work"..mudah saya katakan...sangat chantek dan menarek! :p

sedang saya bosan menunggu video mereka loading, saya memainkan semula lagu pertama saya "Nukilan.." bersama akustik. Akhirnya sudah jumpa sentuhan baru untuk lagu ni. Sudah lama saya mencuba tetapi gagal..kali ni saya pasti bunyi nya lebih menarik sedikit dari versi lama. Nanti bila ada masa terluang saya praktis dan rakamkan. Nantikan ya~



"...tell me your favourite things"

Saturday, April 17, 2010

saloma bistro

......apa kaitan aku ngan tempat ni?



Dlm 2 bulan yg lepas aku kenal mamat ni kami chit chat online biasa2 je. Tiba-tiba suatu hari kami chit chat dia tegur dgn nada serius, dan dia tanya kalau aku nak perform utk pre-grad dinner mereka pada bulan April.

Pelawaan ini timbul sewaktu aku baru saja cipta lagu "nukilan" yang direkod dgn niat suka suka sahaja. Tak sangka sejak pelawaan itu byk dh berubah dlm hidup aku.

Aku fikir lagu itu sangatlah simple, tapi ke'simple'an lagu itu telah membawa aku hingga ke sini.

Bulan Mac sudah dikonfemkan dinner itu akan di buat di Saloma Bistro. Aku tak cuak sangat, cuma risau sebab aku tak banyak lagu sendiri dan aku tak berapa mahir bawak lagu cover. Dalam kerisauan itu terciptalah 6 lagi buah lagu dalam koleksi. Dan semua lagu-lagu sudah 'kawan' approved. Maknanya lagu ni boleh 'go' lah! haha!

kawan2 aku yg follow mlm tadi sgtlah baik tolong kasik make-up muka aku. Big hugs to my girls! korg mmg terbaek! (^^) Tapi aku ni tak besa make-up tebal2. Balik je hostel aku basuh muka.. dekat 4 kali nk buang sume kesan2 make-up! huhu..lenkali go natural sudeyh~

cam biasa naik atas stage aku nervous nk mampos. spotlight sgtlah terang dan dekat ngan muka aku. Sgt lah nervous!! tapi melihatkan wajah kawan-kawan yang aku kenali, aku dpt perform secara moderate...kot? hehe..

malam tadi lagu yang aku bawa;
"Cerita Engkau dan Aku"
Cover "Rocket" - Yuna
"Then We Came to the End"

Plan nak bawak lagu "Sepasang Sayap", tapi tak dpt, sebab limited time...apa nk buat..tapi aku sgt seronok!! Paling terharu bila aku nak turun stage tu aku terdengar suara2 jerit "encore!" "one more!"...korg mmg sporting la!! =D


TERIMA KASIH DAUN KELADI pada mereka yang menjemput aku!


P/s: #1 (dalam sesi kasik bunga pada performer)
kasik bunga ros takpe lagi...tapi kalau ko kasik terus satu stand bunga mangga aku nk buat apa!? haha!!

Monday, April 12, 2010

bila bibir tergigit...


sakit bibir aku kena gigit serangga tadi...

huhu...

ekceli aku ni tak berapa terer sgt main gitar, sgt la tahap amatur. Plucking pun baru je brape bulan blaja, bole la sikit2. nk record pon kena try 2-4 kali baru dpt yg elok.

time perform kat Gravy Baby! aku cuak gile beb!

"camna? ko nak aku iring ko main akustik ke? aku tak dpt catch up lagi la ngan lagu2 ko,"

"hmm, camna ek? esok lusa dh nk perform,"

"ko bawak sorg2 bole?"

"bole kot?"

"serius!!?"

bodoh ape aku ckp cemtu!? kaki aku menggeletar bila nak duduk atas kerusi tu! aku takut gila kalau2 aku tersalah main chord!! MALU BEB!!

entah apa aura aku dpt mlm tu, start je aku strum satu lagu, lansung takde salah chord, lirik sume hafal, mata aku pun pandang ke depan!!

tabik spring pada kemampuan diri sendiri!

it's amazing how being in a spotlight can make you feel...

(◕‿‿◕)

Friday, April 9, 2010

Kata-kata Luhurnya...


-A.Samad Said




apa lagi nak di kata?
orang itu memang di sayangi kita semua

Thursday, April 8, 2010

Hasil tgn aku yang paling aku suka!


"being simply me...

...so easy yet so complicated"

Monday, April 5, 2010

setakat ini...

hmm... sejak februari 2010 sudah 7 lagu di tulis

Sejak lagu nukilan (lagu pertama) di rakam menerusi mikrofon laptop bersama kawan-kawan, jari-jemari bagai ketagih untuk menulis lebih lagi lagu.

Gitar akustik aku (shuji) sentiasa berada di sisi meja macam dia sedia menanti aku untuk main lebih lagi.

Aku tak pernah perform di khalayak ramai, tapi sejak aku di beri peluang di music+Cafe Gravy Baby! bertarikh 3hb April 2010, perasaan bagai impian sudah tercapai.

Aku harap sangat pada yang hadir hari itu terhibur dengan persembahan aku.

So, sekarang lagi 3 minggu nak final paper, aku kena cool down sikit....gitar dh masuk dalam beg.. letak jauh sikit... Takut nanti aku gian lagi!!

Sabar beb! Bulan Jun nanti aku akan cari lebih lagi ilham!
(kebetulan itu bulan hari lahir aku lak tu!)

siapa yang berminat mendengar koleksi lagu2 aku setakat ni,
boleh la klik di sini >> koleksi mp3
Aku letak semua dalam satu folder mediafire.
lagu fevret aku adalah yg paling latest Cerita Engkau & Aku & Semalam

aku harap korg pun suka jugak...=p

assalamualaikum~
dan terima kasih semua! :D

*P/s - koleksi mp3 semua di rakam guna microphone PC je, so bunyi agak slow skit je :p

Sunday, April 4, 2010

satu

hehe....kita tengok siapa yang kena! =p