Renungku pada awan, tembus pada hati.
Renungku pada bintang, tembus pada hati.
Renungku pada bulan, tembus pada hati.
Renungku pada mata hati, tembus pada matahari.
Silau,
Kilau,
Mencari cahaya yang semakin kelam.
Mencari sinar yang semakin karam.
Kosong,
Sesat dalam jutaan.
Cari jalan kanan.
Terarah ke jalan kiri.
mungkin kamu perlukan seseorang. buat peneman kamu ke jalan di sebelah kanan sana :)
ReplyDeleteikut jln tengah,
ReplyDeletekau rasa sendiri..
jutaan fantasi,
seperti menanti-nanti
keliru lagi..?
ReplyDeleteada sesuatu di laman ini..
ReplyDeletekadang, harus biar pejam; dan benarkan hati yang berlari sendiri menafsir birai angin yang mengusik gegendang dengar.
ReplyDeleteharusnya, hati lebih bisa bertemu hati.
barangkali.
tapi.
kalau hati sendiri separauh masak, bagaimana mahu terasa ranum dalam kunyahan nanti.
itulah pengalaman dalam realiti..
ReplyDeletekeliru. masih.
ReplyDeletenamanya kehidupan bukan.