Satu hari Atoy yang tak sihat kerana demam sikit memanggil isteri dan semua anak duduk mengelilingi katilnya.
Atoy: “Duduk sini..abah nak bagi wasiat nih!”
Anak Atoy: “Waaaaa….! apa ni bah? main wasiat-wasiat ni ? Baru demam sikit jer tu..”
Atoy: “Takpelah, just wasiat.”
Isteri Atoy: “Ok.! ok..! Apa wasiatnya bang..?”
Atoy: “Tanah di belah kanan dan kiri rumah kita jangan dijual…..Juga tanah yang dibelakang tu….Sesekali korang jangan cuba nak jual..!”
Anak Atoy: “Kenapa bah?” (saspen)
Atoy: “Tu kan tanah orang lain, bukan tanah kita…. Mana boleh jual…!”
“Sobona eh, abah sajo jo hilang boring duk atas katil ni ha…huahuahua”
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Showing posts with label Lawak. Show all posts
Tuesday, January 18, 2011
Sunday, January 16, 2011
Gelak Sakan 2 (Makan Budak)
Atoy semasa berumur 4 tahun datang dekat kepada perempuan yang sedang mengandung semasa ke klinik bersama ibunya.
Dia ingin tahu dan bertanya wanita itu, “Mengapa perut mak cik besar sangat?
Apakah ada baby dalam perut mak cik?”
Wanita : “Ya adik.”
Kemudian Atoy, dengan wajah yang tak faham bertanya lagi “Apakah dia baby yang baik dan comel?”
Wanita itu berkata, “Oh,Insyallah…Baby dalam perut mak cik ni memangnya baik dan sangat comel.”
Atoy kelihatan semakin terkejut, dia bertanya lagi…
“Jadi kenapa mak cik memakannya?”
Thursday, January 13, 2011
Gelak Sakan 1
1. Burung mati dan Atoy.
Ajoi sedang berjalan-jalan dengan isterinya di tepi pantai.
Tiba-tiba, wife Atoy berkata, “Bang,bang… tengok, ada seekor burung mati…”
Atoy itu mendongak ke langit sambil berkata.. “Mana…?”
2. Uban nenek Atoy
Semasa kecil, Atoy menegur emaknya yang sedang melipat baju.
Atoy: ” Mak, kenapa rambut emak makin banyak beruban?”
Mak Atoy: “Setiap kali ajoi buat nakal, uban mak akan tumbuh sehelai, sebab tu makin banyak..”
Atoy diam, kemudian dia menyambung lagi
Atoy: Mak…
Mak Atoy: Ya..
Atoy : “Rambut nenek tu semuanya dah beruban kan?”
3. Atoy,Atoy,Atoy...
Seorang wanita ke Pejabat Pendidikan untuk memohon biasiswa pelajaran.
Seorang wanita ke Pejabat Pendidikan untuk memohon biasiswa pelajaran.
Wanita: “Tolonglah encik, anak saya ada sepuluh orang”
Pegawai: “Ok saya akan cuba, siapa nama anak-anak kakak?”
Wanita: “Atoy, Atoy , Atoy , Atoy, Atoy, Atoy, Atoy, Atoy, Atoy, dan Atoy.”
Pegawai: “Hah? Semua nama anak kakak sama? Akak tak pening ker?”
Wanita : “Oh tidak encik, malah makin senang kerja saya.”
Pegawai: “Contohnya?”
Wanita: kalau diaorang main luar, saya hanya panggil..Atoy masuk!, semua akan masuk. Kalau nak panggil diaorang semua makan, saya cuma cakap, Atoy makan! Semua anak saya akan datang ke meja makan!”
Pegawai: “Hmm, tapi macamana kalau kakak nak panggil seorang jer?”
Wanita: “Ah no problem encik, saya cuma memanggil nama bapa dioarang jer..”
Jeng jeng jeng.....
Subscribe to:
Posts (Atom)