Rasa itu datang lagi
Tak pernah ku mengusirnya
Ku biarkan ia bermain di ruang merah
Satu ruang,
Walau sebesar genggaman
Namun aku pasti
Ia berdegup kerana dia
Kerana dialah
Aku menjadi musafir
dalam perjalanan yang sesingkat ini
kerana dialah
aku mengenal makna kasih
dan kerana dialah
aku menjadi sekuat & setabah ini
dia tak pernah menumpahkan titis suam
dihadapanku
walau mungkin beribu kali aku bersalah
maafkan aku
pernah satu ketika
dia rela berhujan
dia rela berjaga
demi aku
demi saudara-saudaraku
saat itu bersepadu menjadi dinding atmaku
yang tak akan lupus
sehingga aku langsaikan
tugas ku kepada Tuhanku
Rasa itu datang lagi
Kudratku tidak seutuh kudratmu
Sabarku tidak sekuat sabarmu
Jasaku tidak senilai jasamu
Namun kasih sayangku terlalu tinggi untukmu
Ketahuilah….
Akanku tinggikan kedudukanmu
Akanku balas apa yang termampu
Akanku menyayangimu
Hingga akhir hayatku
SPECIALLY DEDICATED TO MY GREATEST PERSONS IN MY LIFE....
TRULLY LOVEEEE BOTH OF U....(^_^)
2 comments:
unsur penghargaan buat sebuah kasih syg..
kasih syg ibu bapa tiada tolok banding nye..
Post a Comment