CLICK HERE FOR FREE BLOGGER TEMPLATES, LINK BUTTONS AND MORE! »
Showing posts with label office. Show all posts
Showing posts with label office. Show all posts

19 November 2010

Jom derma darah


Dekat ofis aku aritu ada buat aktiviti derma darah. Eh...korang pernah derma darah?


Antara mereka-mereka yg "berani" menderma darah. Aku tak terlibat dlm aktiviti ini yea ;-). Dulu masa kat uni teringin nak derma darah tak boleh la pulak. Sebab? Underweight ok! Jgn tak tau...aku dulu kategori underweight tuh!


Sekarang dah overweight ;-). Kalo ikutkan mmg dah boleh la nak menderma darah. Tapi...eh, tak berani lah!

01 August 2010

Going to Langkawi

Last 2 weeks aku ke Langkawi. 1 hari je. Ada keje kat sana. Kat sana, kitorang stay kat Grand Continental. Memandangkan sampai sana pon dah malam...so, kitorang just pegi dinner kat warung depan hotel tu. Dinner pon dah kol 11 lebih.


Order nasi orang Thai & telur mata. Sedap jugak. Harga pon murah. Tapi duduk area Kuah tak best la. Sunyi sepi. If duduk area Pantai Chenang baru best skit. Happening ;-).


Pemandangan waktu malam from my hotel window.


Pemandangan sama di waktu pagi. Tak ada yg menarik. Sebelah kiri bangunan tu ada laut. Pagi, kitorang keluar ke tempat meeting di Pasir Hitam Beach. Abes meeting kol 12 pm kami balik ke hotel.


Sebelum balik, kami dapat souvenir ni. Hahaha...tak sia-sia gi meeting sampai Langkawi ;-).

29 July 2010

Training

This week 2 hari aku ada training nun kat Cyberjaya. Jauh betol rasanya nak ke Cyberjaya nun.


Bilik training. Aku pon tak tau la apa motif diorang nak suruh kitorang pegi training nun sampai Cyberjaya. Mcm la kat ofis sendiri takde tempat yg boleh accomodate setakat 40 org tuh! Nak jugak suruh pi buat kat tempat jauh2!


Training kali ni byk gak aktiviti yg kitorang kena buat. Trainer kitorang didatangkan khas dari London sana. Jauh u!


Lepas abes training...kitorang gambar ngan trainer. Ini group aku masa training tu. Memikirkan nanti kena keje kat Cyberjaya, aduh...letih! Tapi nak buat macam mana kan...kena ikut jugak la...unless aku dpt carik keje lain ;-) (ntah bila agaknya).

30 June 2010

Safety Day

Oooo...siang tadi kat ofis ada buat briefing pasal Safety Day. Biasa la...dok cite pasal Life Saving Rules la...bla...bla...bla...

Tapi yg aku excited sbb dpt ni...


First Aid Kit yg comel. Boleh dibawak ke mana saja ;-).


Isi dalamnya...

Yg bestnya, dpt ni FREE. First Aid Kit ni mmg very useful. Every house should have 1. Hahaha...mentang2 la dpt FREE! Tapi if nak beli, maybe kat Guardian ada kot. Not sure.

23 June 2010

No choice

Bila memikirkan nak makan kat ofis aku ni mmg pening kepala. If breakfast tu, asik dok ulang menu yg sama jer la. Nasi lemak, bihun, kuey teow, mee, roti canai. Kekadang rasa muak jugak tapi terpaksa la jugak makan. Nak makan cornflakes (kekonon nak diet) tak lalu la plak aku. Almaklum la...tekak melayu!

Same goes for lunch. Dok ulang alik beli makan kat CP. If nak best skit pegi la UOA. Kalo nak up lagi sket, gi la mkn Subway or O'brien!

Itu jer la choice yg ada! Friday jer la pon meriah skit. Leh pegi MV!


Tadi lunch aku & my fren gi makan kat Selera Sunda, UOA. Makan kat UOA ni mahal jugak.

Nanti dah pindah ofis ke Cyberjaya, cemana la pulak keadaannya. Adoi la...Sekarang baru terasa lagi best keje kat Kelana Jaya. Byk la skit choice nak makan!

23 May 2010

Makan-makan with officemate

Hari Jumaat team aku ada makan-makan. Mkn free lagi ;-). Kali ni kitorang pegi makan kat sini...


Manhattan Fish Market dekat Mid Valley. Itu jer la yg paling dekat ngan ofis aku kan...


The deco...Cantik jugak Manhattan Fish Mid Valley ni if nak di compare kan dgn Manhattan Fish Market dekat Subang Parade or Sunway Pyramid.



Aku order seafood platter for 2. This set comes with 2 soups of the day & 2 drinks. Harga RM49.00. Kenyang makan. Tak abes pon.



Soup of the day yg tak sedap. Personally aku tak berapa suka sgt lar food kat sini. Nak kata tak sedap tak jugak. Nak kata sedap sgt pon tak jugak ;-).

Tapi dah org belanja kan...makan jer la. Next quarter makan-makan tak tau la ke mana plak.

23 August 2009

Fun activiti

...buat kat ofis on 20/08. Sehari b4 puasa. Selain dari acara makan2 (asik buat mkn2 jer...bila masa la aku nak kurus nih), kitorang main game. Tgk lar gmbr kat bawah ni aksi masing2 main. Dah lama tak main permainan budak2 ni...seronok lak rasa.


they are playing chinese checkers



main dam aji



main game ular



main karom



main snooker


main congkak


ni lak main batu seremban & main tutup botol


Mmg fun betol lar...Terjerit2 masing2 main. Bukan main happy lagi. Ngalahkan budak2 main :-P. Sekali-sekala apa salahnya kan ^_^.

16 August 2009

Farewell

Cerita yg dah basi. Baru skrg sempat nak upload dlm nih :-). Last 2 weeks rasanya...kitorang buat farewell party for my TL. Aku dpt tau dia nak resign masa aku maternity leave. Mula2 tu mcm tak sangka lar dia nak resign. Setahun jer keje dah resign...Aku nih? Hai...ntah bila lar...Udah lar lepas ni notice berenti 3 bulan! Mengalahkan manager la pulak...



me & Purdey (my TL)


makan kfc jer...


from left: depan - Purdey, back - Aisyah, Nurul, me & Wanda


To my TL...semoga cepat2 ler dpt keje. Bukan main happy lagi member dah resign. Ilang suma stress. Aku ni pon tgh dok stress...Esok ada exam. Isshhh...depa nih suka betol wat exam. Kalo keje gomen, exam nak naik pangkat. Kat ofis aku ni buat exam saja2 jer...Paling baik pun masuk dlm appraissal. *Sigh*...


01 July 2008

ADAM mai KL

MIL bagi

Smlm Adam tido umah aku. Daddy dia ada seminar kat Subang. Diorg dtg after maghrib. Siap bawak Domino pizza. Tqvm ya :-)...Kenyang lar makan, sampai tak abis. Arini they all balik Penang. Aku ni ntah bila plak ler nak berjalan ke Penang...

Arini aku start keje kol 9am. Tadi kuar umah kol 8.15am. Punya lar jam! Ingatkan kuar lmbt tak jam, rupa2nya...lagi jam. Apalagi, pecut lar aku. Sib baik sampai ofis ngam2 kol 9am! Esok sampai Fri aku ada induction course. So, esok aku takde kat ofis...Tak boleh ler nak update blog or reply email, hehehe...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails