Isnin, Februari 25, 2008



sebuah karya
yusuf fansuri

MENGANYAM SARANG LABAH-LABAH


suatu petang

di bawah lengkung pelangi
bersama kita menganyam
sarang labah-labah

tersenyum kaumanja
kita raikan cinta
bagai esok tiada hujungnya

sinar wajahmu membelah maya
terpegun aku dihembus edan kasmaran
dunia dan segala isinya milik bersama

tiba-tiba angin rusuh melanda
entah dari mana asal-usulnya
segala terbina musnah sekelip mata

aku memelukmu dengan erat
sepenuh nyawa tak terpisah jua
walau hebat ribut merebut hasrat.

Tiada ulasan: