NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label KOC Keretapi. Show all posts
Showing posts with label KOC Keretapi. Show all posts

Saturday, January 8, 2011

Isu Adun PAS 'Zina' : Hello.. ADUN PAS Selinsing Apa Khabar YB?


Kringg!! Kringgg!! Hello Adun PAS Selinsing apa khabar yer sekarang ini? Sihat ke tidak?

Berikutan isu Menteri 'rogol' amah dimainkan serta dimanipulasi oleh blogger pembangkang, sama ada sedar atau tidak ianya sudah sedikit sebanyak telah menutup isu Adun PAS yang dikatakan ditangkap berkhalwat dengan isteri seorang cikgu di dalam gerabak KTM.

Dalam isu Menteri 'rogol' amah, heboh puak pakatan haram jadah menyeru agar DS Utama Rais Yatim menyaman pihak-pihak yang terbabit dalam isu berkenaan. Yer bagi saya tindakan undang-undang memang wajar dikenakan kepada tukang sebar fitnah kononnya DS Utama Rais Yatim merogol.

Jadi itu terpulanglah kepada kebijaksanaan DS Utama Rais Yatim sama ada ingin mengambil tindakan undang-undang atau pun tidak. Lagipun beliau tidak pernah berkata akan mengambil tindakan undang-undang atau sedang mengkaji atau berbincang untuk mengambil tindakan berkenaan sebagaimana di war-war kan oleh Adun PAS Selinsing sebelum ini.

Jika pembaca masih ingat, sebelum ini Adun PAS Selinsing berkata, beliau sedang berbincang untuk mengenakan tindakan undang-undang kepada pihak-pihak yang terbabit menyebarkan fitnah kononnya beliau pernah ditangkap berseluar dalam oleh Ust. Saidi sebagaimana yang didedahkan oleh Team Nadi Rakyat.

Malah Ketua Penerangan PAS Kelantan sendiri pernah mengeluarkan kenyataan bahawa PAS Kelantan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang kepada pihak berkenaan sebagaimana saya pernah laporkan di SINI

Lama betul masa untuk mereka berbincang untuk kenakan tindakan undang-undang yer? Malah sekeping laporan polis pun saya difahamkan tidak dilakukan oleh individu yang kononnya dirinya difitnah oleh Team Nadi Rakyat dengan niat untuk membunuh karakternya.

Saya bukanlah ingin melakukan provokasi kepada YB Selinsing ini, cuma saya inginkan kebenaran juga dalam kes berkenaan, maklumlah sudah jadi buah mulut penduduk di sekitar Pasir Puteh khabarnya. Takkanlah YB Selinsing tidak ingin membersihkan nama baik YB.?

YB Selinsing harus ingat dalam kes DS Utama Rais Yatim, mangsa sendiri telah membuat pengakuan bertulis bahawa tidak pernah diperkosa oleh majikannya, namun dalam kes Adun Selinsing ini, Kak N yang dikhabarkan pasangan khalwat YB tak pernah pun muncul menafikan perkara tersebut.

Tolonglah YB Selinsing Drs. Saipul Bahrin, tampillah saman budak-budak Nadi Rakyat ini, ada ke tuduh YB berzina dalam gerabak kereta-api, ingat YB takde kelas ke?

Kringg!! Kring!! Hello YB Selinsing Are You Ok?

Monday, December 27, 2010

Isu Adun PAS 'Zina' : 7 Hari Berlalu....


Nampaknya dunia politik selepas tsunami 2008 dilihat selalu dilanda kontoversi, bermacam kontroversi terjadi baik di pihak BN atau pun PR.

Namun yang paling menarik perhatian sudah tentulah pendedahan 'hujung tahun' iaitu isu Adun PAS Selinsing yang dikatakan ditangkap 'berzina' di dalam koc keretapi oleh Ustaz Saidi. Pendedahan yang dibuat oleh blogger PapaGomo tempoh hari dilihat telah membuat banyak pihak gelabah.

Hari ini saya tidak mahu mengulas sama ada  benar atau tidak Adun Selinsing itu 'berzina' kerana tidak melihat dengan mata kepala saya sendiri. Namun saya cuma tertarik dengan kenyataan yang dibuat oleh puak PAS bahawa ini semua fitnah jahat blogger untuk 'membunuh karakter' Adun terbabit.

Di sini saya hendak tanya hebat sangat ke Adun Selinsing ini sehingga perlu menjalankan misi 'membunuh' karakter beliau? Besar sangatkah pengaruh Adun PAS ini sehingga perlu UMNO menjatuhkan beliau?

Jika ini dikatakan fitnah jahat UMNO, saya melihat UMNO terlalu 'bodoh' sehingga memilih Adun PAS yang tidak popular untuk 'dibunuh' karakternya. Kenapa tidak pilih Husam Musa ke, Mahfuz Omar ke?. Kenapa perlu Adun ini yang dipilih? Kenapa? Kenapa?

Kalau benar difitnah, hari ini genap 7 hari berlalu namun sehingga ke saat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat oleh Adun terbabit. Apa yang cuba disembunyikan oleh Adun terbabit dan PAS Kelantan?

Bermacam cabaran dibuat oleh pihak blogger, sehingga ada yang mencabar supaya Adun terbabit menjalani ujian DNA dengan anak pasangan 'khalwat' beliau yang berusia 7 tahun yang dikatakan berwajah seiras Adun Selinsing ini. Kasihan kanak-kanak terbabit akibat kegagalan Drs.Saipul bertindak dirinya sekali turut terheret sama.
 
Kenapa Drs.Saipul tak mahu bertindak? Kenapa? Apa yang bimbang sangat jika benar Drs.Saipul mangsa fitnah?

7 hari berlalu, saya inginkan kebenaran. Kalau Drs.Saipul di pihak yang benar tampillah bertindak terhadap blogger terbabit. Jangan biarkan perkara ini senyap dan sepi tanpa sebarang tindakan.

Saturday, December 25, 2010

Isu Adun PAS 'Zina' : Semua Blogger BN Bakal Berdepan Tindakan Undang-Undang?

KOTA BHARU – Pas Kelantan tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap penyebar fitnah kononnya Ahli Dewan Undangan (ADUN) Selising, Pasir Puteh, Drs Saipul Bahrin Mohamad pernah ditangkap kerana berzina isteri orang.

Ketua Penerangan Pas Kelantan, Dr Mohamed Fadzli Hassan (gambar) berkata, pihaknya dalam kajian untuk mengambil tindakan itu terhadap mana-mana pengendali blog, penceramah atau mereka yang terbabit dalam penyebaran fitnah itu.

“Jika ada bukti tunjukkan. Penyebaran fitnah ini dakyah politik semata-mata untuk menjatuhkan pemimpin Pas cara tidak bermaruah. Sebelum ini calon ADUN Galas juga pernah menjadi mangsa tetapi apabila Pas kata hendak bertindak, mereka tarik balik dan minta maaf.

Baca Selanjutnya...



Ulasan Double Y :

Masuk hari ini sudah 5 hari berlalu, namun amat mengelirukan kerana sehingga ke saat ini masih tiada sebarang laporan polis dibuat walaupun sekeping.  Dalam artikel di atas Dr.Mohammed Fadzli Hassan mengaitkan isu ini dengan kisah PRK Galas, di mana katanya dulu UMNO minta maaf secara terbuka.

Namun dalam isu Adun Selinsing ini, kita hendak tanya PAS, ada ke setakat hari ini individu yang menyebarkan pendedahan ini membuat permohonan maaf? Setahu saya tiada, sehingga ke hari ini blogger PapaGomo dan Kumpulan Nadi Rakyat tidak menarik balik sebarang artikel atau menyiarkan permohonan maaf secara terbuka.

Sehingga ke hari ini juga saya difahamkan bahawa Ustaz Saidi iaitu individu yang menangkap Adun Selinsing ini juga tidak menarik balik serta melakukan permohonan maaf. Adakah kes ini akan didiamkan sebagaimana kes-kes yang lalu. Walaupun beliau dikatakan diserang individu tidak dikenali, sehingga ke saat ini juga beliau masih berpegang kepada apa yang beliau perkatakan dalam video ceramahnya yang didedahkan oleh blogger tempoh hari.

Masih ingatkah PAS dengan kes Mat Sabu ditangkap berkhalwat? Kes itu juga diam begitu sahaja, jadi saya harap jika PAS benar-benar telus segeralah heret mereka yang terbabit ke muka pengadilan. Kerana saya difahamkan juga lebih banyak pendedahan yang akan dibuat oleh Kumpulan Nadi Rakyat pada bulan Januari nanti.

Saya tidak mahu menuduh, namun sekurangnya perkara ini perlu dijernihkan agar rakyat Kelantan malah seluruh rakyat Malaysia inginkan kebenaran, samada iainya betul fitnah atau memang benar perkara ini pernah terjadi. 

Malah Ketua Pemuda UMNO Kelantan juga menyeru agar Adun terbabit segera heret pihak yang terlibat ke muka pengadilan kerana beliau mendakwa, beliau mempunyai bukti-bukti lain, malah perkara ini juga turut diperkatakan oleh masyarakat sekitar Selinsing. 

Jadi dalam kes ini Adun Selinsing adalah 'mangsa', oleh sebab itu saya melihat beliau perlu segera membuat laporan polis. Sebagai contoh dalam kes rogol 'mangsa' biasanya yang perlu membuat laporan polis bukan 'pemangsa'. Jadi dalam kes ini memang wajar 'mangsa fitnah' iaitu Drs.Saipul Bahrin segera membuat laporan polis agar kes ini dapat diselesaikan dan rakyat serta masyarakat Selinsing amnya tidak hidup diselubungi bermacam persoalan. 

Err.. itu pun kalau Adun PAS Selinsing tu masih ada 'maruah' la. Saya nasihat sahaja, hendak terima atau tidak lantak kaulah, tetapi sebagai anak Kelantan saya malu dengan kes begini.

Wallahua'lam...



Friday, December 24, 2010

Isu Adun PAS Zina : PAS Kelantan Jangan Tunggu Lama-Lama.


Dunia blog dan facebook digemparkan dengan pendedahan yang dibuat oleh blogger PapaGomo mengenai ada kes seorang Adun PAS Selinsing yang dikatakan pernah ditangkap berzina di dalam koc keretapi beberapa hari lepas.

Malah rakaman video pendedahan saksi utama juga disiarkan serta dimainkan hampir kesemua blog pro-UMNO termasuklah saya sendiri. Dalam rakaman video yang berdurasi 3.57 minit itu memaparkan ceramah oleh Ustaz Saidi yang mengatakan beliau pernah menangkap Drs.Saipul Bahrin berzina di dalam koc keretaapi dengan isteri orang lain.

Untuk menuduh orang berzina adalah sesuatu yang amat berat, saya sendiri pun tidak berani mengatakan bahawa berita ini adalah berita sahih atau fitnah. Namun dari akal saya yang waras saya masih ragu-ragu untuk mempercayai kenyataan penafian yang dikeluarkan oleh Drs. Saipul Bahrin di dalam Utusan Malaysia semalam.

Kenapa saya mengatakan saya masih ragu-ragu? Baiklah dalam ceramah Ustaz Saidi beliau mengatakan beliau sanggup dilaknat Allah S.W.T jika beliau berbohong malah mencabar pihak-pihak yang beliau perkatakan dalam ceramahnya agar segera mengambil tindakan undang-undang terhadapnya. Namun kenyataan penafian yang dibuat oleh Drs. Saipul Bahrin semalam hanyalah berupa penafian semata-mata.

Dalam aspek lain pula, agak menghairankan bila 'mangsa' yang dituduh berzina iaitu Drs. Saipul Bahrin mengatakan akan berbincang untuk mengambil tindakan undang-undang malah menyeru pihak yang menuduh mendakwanya. Apa yang perlu dibincangkan? Takkan hendak buat satu laporan polis berbincang sampai berhari-hari? Lainlah kalau hendak menyaman pihak tertentu sudah tentulah kena ambil masa untuk berbincang dengan peguam apa bentuk saman yang boleh dikemukakan.

Jika saya ditempat Drs.Saipul Bahrin, saya tidak perlu mengambil masa yang lama untuk mengambil tindakan undang-undang. Paling cikai pun saya akan membuat satu laporan Polis agar pihak yang menuduh menghentikan sebarang penyiaran artikel, video yang boleh menjejaskan reputasi saya sebagai seorang Adun.

Selepas membuat laporan polis barulah saya akan mengadakan sidang media untuk menafikan dakwaan yang dibuat terhadap saya. Barulah nampak 'smart' dan 'real' sikit sidang media saya kerana disokong dengan laporan Polis, bukan sekadar kenyataan penafian semata-mata.

Jadi PAS Kelantan dan Drs. Saipul Bahrin usah tunggu lama-lama untuk mengheret pihak yang kononnya menuduh dan memburukkan Adun Selinsing ini ke muka pengadilan.

Berani kerana benar, takut kerana salah.

Jangan tunggu lama-lama.. Jangan tunggu lama-lama....

Tuesday, December 21, 2010

Isu Adun PAS Zina : Kenapa Pemimpin PAS Masih Membisu?


Telah 13 jam berlalu ekoran pendedahan video kenyataan saksi mengenai penangkapan seorang Adun PAS yang didapati berzina di dalam koc keretapi didedahkan sehingga ke saat ini masih tiada sebarang penafian atau tindakan undang-undang diambil oleh para pemimpin PAS termasuklah tuan empunya badan si Drs. Saipul Bahrin terhadap kumpulan Nadi Rakyat.

Video berdurasi 3.57 saat itu didedahkan oleh blogger PapaGomo lebih kurang jam 10.30 semalam dan sehingga ke saat ini dilihat para pemimpin PAS masih membisu. Ini telah menimbulkan kesangsian kepada semua rakyat termasuk penyokong PAS sendiri.

Kenapa sehingga ke tengah hari ini tiada sebarang berita penafian disiarkan di mana-mana akhbar pro PAS, kerana dimaklumkan sebelum ini Timbalan Pesuruhjaya III PAS Negeri  Datuk Mohd Amar Nik Abdullah pernah memberi kenyataan di dalam HaprakDaily bahawa ini semua adalah fitnah. Kenapa beliau diam sekarang ketika video ini hangat dimainkan di facebook serta blog-blog pro BN.

Berikut adalah kenyataan yang dibuat beliau ketika video kenyataan saksi belum didedahkan :

KOTA BHARU- Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah sangsi dengan dakwaan sebuah blog yang mengaitkan seorang Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Pas di negeri ini mempunyai masalah peribadi.

Menurutnya, masyarakat tidak harus menerima sembarangan berita yang disebarkan melalui blog dan Facebook tanpa menyelidik terlebih dahulu kesahihan tulisan yang dibuat.

“Kalau internet macam-macam cerita, saya secara peribadi sangsi dengan cerita internet. Kita kena tapis banyak,” katanya kepada pemberita selepas hadir di Majlis Pelancaran Tabung Serambi Mekah di sini, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan sebuah blog yang mengaitkan seorang ADUN Pas di negeri ini yang dikatakan ditangkap khalwat dalam koc VIP kereta api. 



Sekarang ini bukan lagi cerita internet, tetapi kenyataan ucapan saksi pun sudah didedahkan dan kenapa semua pemimpin PAS membisu? Jika PAS mengamalkan ketelusan dalam pentadbiran sepatutnya perkara ini wajib didedahkan kepada rakyat walaupun ianya memalukan PAS. Pemimpin PAS perlu tampil malah perkara paling mustahak adalah Drs. Saipul sendiri wajib muncul ambil tindakan undang-undang, paling tidak pun munculkan buat penafian atau buat pengakuan terbuka sebagaimana Chua Soi Lek pernah lakukan.

Selaku Adun Selinsing, kamu mempunyai tanggungjawab untuk menerangkan kepada rakyat Selinsing malah kepada keseluruhan rakyat Malaysia jika benar kamu tidak terlibat.

Jika Chua Soi Lek pernah mengaku secara terbuka ekoran video seksnya didedahkan, saya CABAR pemimpin PAS lakukan perkara yang sama!!!

Ambo Bukok Pintu Dr Saipul Bahrin Pakai Seluar Dale, Hok Tino Bertuala Meroh!!


Apa kata pemimpin PAS mengenai pendedahan yang dibuat oleh saksi di dalam klip video di atas? Tidak mahu menafikannya ke? Tidak mahu repot polis ke?

Jika ini adalah satu fitnah, saya sarankan pihak pemimpin PAS yang namanya disebut dalam video di atas mengambil tindakan undang-undang terhadap mereka.

Jadi macam mana wahai Adun Selinsing?

Ada berani..???

Sunday, December 5, 2010

MASAK !! : Blogger BN di Saman RM300 juta oleh Adun Selinsing?


Beberapa hari lepas dunia blog serta facebook dihebohkan dengan cerita bahawa seorang Adun PAS YB Ustaz Drs Saipul dikatakan pernah ditangkap kerana didapati berzina dengan isteri orang. Malah gambar Adun tersebut luas tersebar di kalangan pengguna facebook sebagaimana saya sertakan di atas artikel ini. Persoalan ini turut disiarkan oleh beberapa blog pro BN antaranya PapaGomo

Sebenarnya saya pun tidak percaya akan berita dan dakyah sebegini kerana bagi saya mana mungkin seorang Adun PAS yang bergelas Ustaz sanggup melakukan zina bersama isteri orang, malah dikatakan kejadian itu dilakukan di dalam koc keretaapi. Tidak mungkin ahli-ahli PAS yang semuanya bertaraf 'wali' sanggup melakukan perbuatan terkutuk sebegini.

Tapi agak menghairankan juga kerana sehingga ke saat ini kita tidak menerima sebarang maklum balas daripada Adun yang disebut itu. Malah Adun tersebut pun tidak muncul untuk melaporkan kepada Polis yang beliau telah difitnah. Kalau sayalah jika diri saya difitnah sebegini saya tidak akan berdiam diri, kerana ini boleh menjejaskan kredibiliti beliau sebagai Adun. Dan yang lebih malang beliau mewakili parti yang berteraskan Islam.

Tuan empunya badan terus berdiam diri sebaliknya Timbalan Pesuruhjaya III Pas Negeri, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah yang muncul memberi kenyataan dengan mengatakan ini semua khabar angin malah beliau dilaporkan sangsi dengan kes ini sebagaimana kenyataan beliau yang disiarkan  di KedahLanie 

Malah penulis blog itu juga menyarankan agar Adun tersebut saman blogger yang bertanggungjawab menyebarkan fitnah. Kerana katanya jika blogger pro PR yang menyiarkan cerita sebegini sudah lama di ugut saman oleh pemimpin BN.

Bagi saya sebagai seorang Adun sepatutnya Ustaz Drs Saipul perlu tampil membersihkan nama beliau daripada terus membiarkan dirinya terus difitnah kerana perkara ini melibatkan kepercayaan masyarakat yang mengundi beliau. Tindakan membisu yang dilakukan Adun ini boleh menyebabkan timbul banyak keraguan serta persoalan bukan sahaja kepada para penyokong BN, malah penyokong PAS juga saya yakin inginkan satu jawapan yang sahih daripada Adun ini.

Asasnya mudah jika berita yang disebarkan oleh beberapa orang yang menggelarkan diri mereka kumpulan Nadi Rakyat ini yang bergerak melalui facebook, saya sarankan Drs. Saipul saman sahaja kumpulan ini rm300 juta. Kerana telah menjejaskan nama baik Drs. Saipul sebagai Adun, serta menjejaskan nama baik PAS sebagai parti Islam.

Jangan biarkan penduduk Selising terus tertanya-tanya akan misteri yang melanda Adun pilihan mereka. Jadi adalah lebih baik kita mengambil langkah selamat iaitu tunggu dan lihat apa tindakan Drs.Saipul terhadap kumpulan yang bergelar Nadi Rakyat.

Sebagai penutup saya teringat kata-kata Idris Ahmad dalam kenyataannya yang disiarkan oleh lidah rasmi mereka iaitu haprakdaily yang menyebut :

"Muhyiddin hendak menutup bangkai gajah dengan tudung saji, sedangkan penyelewengan Umno tidak dapat dibendung lagi, kerana seluruh dunia sudah mengetahui."

Jadi saya menyeru agar para pemimpin PAS agar tidak cuba menutup isu Drs. Saipul dengan "seluar dalam berjenama Levi`s".
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal