NOTIS & PENAFIAN

Segala artikel yang disiarkan di laman blog ini merupakan pandangan peribadi penulis dan ianya tidak mewakili mana-mana parti, orginasasi atau mana-mana pertubuhan. Jika berlaku sebarang kecelaruan emosi ketika membaca atau menyaksikan bahan-bahan yang dipaparkan ianya di luar tanggungjawab penulis. Ingin berkongsi artikel dan maklumat yang menarik emelkan kepada : yuseriyusoff@gmail.com
Showing posts with label Fathul Bari. Show all posts
Showing posts with label Fathul Bari. Show all posts

Wednesday, September 19, 2012

#SheikhFadzirMusibat : Allah Pun Jadi Bahan Kempen



Politik Malaysia makin hari makin gila, kenyataan-kenyataan yang mengelirukan terus dikeluarkan, jika dulu Nik Abduh mengatakan Allah mahu PAS merampas Putrajaya kini Sheikh Fadzir Musibat pula mengatakan beliau menerima 'wahyu' kononnya suara Allah meminta beliau turun menyelamatkan negara.

Nampaknya semakin dekat dengan pilihanraya, pelbagai kenyataan, janji dan yang lebih teruk mereka turut menggunakan Allah S.W.T sebagai modal untuk kempen politik semata-mata mahu meraih sokongan rakyat.

Makin hari, makin ramai pemimpin Pakatan Pembangkang yang terima 'wahyu' dari Allah kononnya dihantar untuk selamatkan negara.

Jangan terkejut kalau lepas ini, Ngeh dengan Nga muncul di atas pentas PAS mengatakan mereka dilantik sebagai nabi untuk menyelamatkan umat Islam di Malaysia daripada UMNO diselangi dengan laungan takbir oleh pengikut PAS.

Bertaubatlah Sheikh Fadzir Musibat!

Friday, July 27, 2012

Siapa Abdullah Zaik - Sejak Bila Ulama Tiada Ruang Untuk Campuri Urusan Dasar Parti UMNO?


Sejak kebelakangan ini makin banyak orang tampil beri kenyataan, pelbagai NGO ditubuhkan, pelbagai tunjuk perasaan diadakan, dan dengarnya yang terbaru PKR akan mengadakan perhimpunan untuk menuntut cermin sisi dipasang pada tren komuter di seluruh dunia.

Hahaha...

Terdengar kenyataan Abdullah Zaik, Presiden Ikatan Muslimin di Malaysia yang disiarkan oleh Antara Pos, beliau menyatakan ulama yang ada dalam UMNO hanya tukang baca doa dalam majlis UMNO, ulama dalam UMNO tidak berani menyangkal pemimpin UMNO bagi saya hujah yang tidak tepat dan tidak betul!



Kenapa saya katakan pandangan yang dikemukakan oleh Abdullah Zaik tidak betul?

Hujah saya berdasarkan beberapa perkara :

  • Dasar negara dan dasar-dasar yang ada dalam perlembagaan terbentuk hasil pandangan pelbagai pihak termasuk orang-orang agama yakni ulamak.
  • Terbentuknya perlembagaan UMNO juga selepas diambil kira pandangan semua pihak termasuk golongan agamawan. Maka tidak hairanlah Fasal 3.3 dalam Perlembagaan UMNO sendiri menyebut - (Menegak, mempertahan, dan mengembangkan Islam serta menghormati prinsip kebangsaan beragama.)
  • Golongan agama juga mendapat tempat dalam kepimpinan UMNO, orang-orang lama dalam UMNO mungkin tidak lupa kepada Tan Sri Wan Mokhtar Wan Ahmad, Tan Sri Dr. Abdul Hamid Othman dan Tan Sri Dr. Mohd Yusuf Nor, Datuk Jamil Khir Baharom berkelulusan Sarjana Pengajian Islam dari Universiti Cardoba, Dato Pirdaus Ismail pula seorang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Pengajian Islam dari Universiti Al-Azhar, Mesir.
  • Mereka ini berada dalam kepimpinan UMNO bukan sekadar boneka sebagaimana orang agama PAS yang tidak mampu bercakap benar dan menyanggah kesalahan jika dilakukan oleh Nik Aziz, serta menyokong agenda-agenda yang tidak Islamik dalam PR.
  • Kita tidak pernah lupa bagaimana PAS memperlakukan golongan agamawan seperti Hasan Ali yang dipecat hanya kerana menegur pimpinan DAP, kita juga tidak lupa nasib yang menimpa bekas Timbalan Presiden PAS Ustaz Nasharuddin Mat Isa.

Jadi kenyataan Abdullah Zaik langsung tidak tepat dan tidak betul, ulama diberi peranan memberi pandangan di dalam parti UMNO. 

Golongan ulama juga sudah lama mendapat tempat dalam UMNO. 

Mungkin Abdullah Zaik gagal menyelami cadangan Ustaz Fathul Bari tempoh hari, Ustaz Fathul Bari yang mencadangkan agar diwujudkan satu majlis,organisasi yang mengumpulkan para-para ulama supaya para pemimpin UMNO dapat merujuk sebarang dasar atau keputusan yang dibuat agar ianya tidak bercanggah dengan Islam.

Faham bro Abdullah Zaik...?

Boring ah blogging hujah-hujah begini, lepas ini blog ini akan lebih santai.

Artikel berat sebegini saya siarkan di www.putrajaya-online.com dalam ruangan #MindaPjO

YY : Bro Abdullah Zaik setuju tak komuter kena pakai 'side mirror'? hahaha!

Thursday, January 26, 2012

[VIDEO] : Undang-Undang Liwat Lapuk?



(Associated Press) Agensi berita Associated Press membuat sorotan kritikal menjelang pengumuman keputusan pembicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim dua minggu lalu. 
Menurut agensi itu Anwar mengecam undang-undang yang digunakan sebagai asas pertuduhan terhadap beliau, yang dikatakan kuno dan boleh digunakan bagi mempromosi pendirian tidak bertoleransi, selain menceroboh hak orang lain dan menghukum mereka dengan kejam. 
Berdasarkan apa yang disuarakan, beliau kini menjadikan dirinya terpencil dari kalangan ahli-ahli politik kanan Malaysia berhubung pertuduhan liwat ke atas bekas pembantunya. 
Pada dasarnya para pemimpin pembangkang dan kerajaan di negara berpenduduk majoriti Muslim ini tidak mahu dilihat sebagai menyokong atau menyetujui perjuangan hak-hak kumpulan homoseksual. Ini kerana mereka tidak mahu mencetuskan ketidakselesaan di kalangan pengikut konservatif agama. 
Di Malaysia, jika disabitkan kesalahan meliwat, seseorang boleh dihukum penjara hingga 20 tahun dan sebat. 
Anwar, 64 tahun, berkata beliau telah bersiap sedia untuk menghadapi kemungkinan menerima hukuman penjara yang panjang apabila Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur mengumumkan keputusan hampir dua minggu lalu. Beliau dikatakan tidak mungkin akan kenakan hukuman sebat memandangkan usianya yang lanjut. 
“Pada saya, undang-undang seperti itu tidak sepatutnya disalahgunakan bagi tujuan politik dengan harapan ia menjadi contoh dan sekali gus bersifat tidak adil kepada pihak lain,” jelas Anwar melalui telefon sewaktu dalam rangka penjelajahan enam hari ke seluruh negara bagi menyampaikan ceramah. 
Pihak yang menuduh Anwar, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26 tahun, memberikan keterangan bahawa Anwar memaksa beliau melakukan perhubungan seks di sebuah kondominium di Kuala Lumpur pada 2008. 
Anwar enggan memberi keterangan dari kandang saksi, tetapi mengkritik prosiding dengan memberikan hujah panjang lebar dari belakang meja peguam, di mana beliau tidak boleh diperiksa balas. 
Anwar yang telah berkahwin dan mempunyai enam orang anak, berkeras mengatakan beliau tidak bersalah dan mendakwa pertuduhan tersebut sebahagian daripada konspirasi kerajaan untuk memalukannya dan merosakkan peluang pembangkang untuk menang pada pilihan raya umum ke-13 yang diramalkan berlaku pada tahun ini. 
Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, bagaimana pun telah menafikan dakwaan itu. 
Di Malaysia, undang-undang anti-liwat jarang sekali digunakan, tetapi dirujuk secara selektif, kebanyakannya membabitkan kes-kes penderaan seksual ke atas kanak-kanak dan remaja.
Bagaimana pun, para aktivis hak kumpulan ‘gay’ telah sejak sekian lama mendakwa diskriminasi terhadap individu-individu homoseksual dan sebagainya digalakkan. 
Bulan lalu, badan Human Rights Watch yang berpangkalan di New York menggesa Malaysia menghapuskan undang-undang melarang perhubungan seksual sesama jenis. 
Menurut Anwar, walaupun beliau bersetuju kerajaan perlu melarang perkahwinan sesama jenis dan perlakuan lucah di khalayak ramai, namun undang-undang anti-liwat yang ada sekarang “boleh disalahgunakan, justeru menonjolkan sikap diskriminasi dan tidak toleransi.” 
“Undang-undang yang ada sekarang adalah kuno,” kata Anwar. “Idea asasnya ialah supaya menggalakkan orang memahami keadaan tersebut, dan bukannya untuk diperlihatkan sebagai hanya menghukum. 
Dalam kes ini apa yang berlaku begitu melampau – apa tidaknya, mereka dibenarkan menjenguk dan memeriksa hingga ke dalam kamar tidur orang lain hanya bagi tujuan memalukan individu-individu tertentu.” 
Ini kali kedua Anwar dihadapkan ke mahkamah bersabit pertuduhan meliwat. Beliau yang merupakan bekas Perdana Menteri didapati bersalah pada tahun 2000 bersabit pertuduhan meliwat bekas pemandu keluarga beliau. 
Bagaimana pun, Mahkamah tertinggi di Malaysia membebaskan beliau dari penjara pada 2004 setelah membatalkan keputusan serta hukuman penjara sembilan tahun ke atas beliau. 
Pertuduhan terbaru ini berlaku pada 2008, iaitu beberapa bulan selepas Anwar berjaya memimpin pembangkang pada pilihan raya umum ke-12 hingga memperoleh kemenangan terbaik sejak negara itu mendapat kemerdekaan daripada Britain pada 1957. 
Anwar berkata, tanpa mengambil kira apa jua bentuk keputusan mahkamah, pakatan tiga parti pembangkang yang dipimpin beliau bertekad untuk menjatuhkan Barisan Nasional yang dipimpin Najib pada pilihan raya umum ke-13, dan seterusnya menubuhkan kerajaan yang akan menghapuskan rasuah dan diskriminasi kaum. 
Pihak pembangkang sekarang ini menguasai lebih daripada satu pertiga kerusi di Parlimen.
“Kemungkinan kami memenangi pilihan raya…bukan sesuatu yang mustahil,” kata Anwar. “kami percaya perubahan pasti berlaku bagi manfaat seluruh rakyat Malaysia.” -aidc

Friday, January 13, 2012

"Ulamak Mude, Ni la Ulamak Gile" - Maki & Fitnah Dakwah Bawaan Ustaz Azhar Idrus?



Tidak pernah saya mengkritik Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan mempunyai begitu ramai pengikut di Malaysia ini, kata orang Ustaz Azhar Idrus ini mempunyai ramai peminat fanatik dari kalangan orang muda.

Ustaz Azhar Idrus dikatakan berbakat bermain gitar, menyanyi, naik motor besar pendek kata beliau memang 'cool' walaupun bergelar seorang Ustaz.

Tapi rupanya beliau ada kelebihan lain, iaitu berbakat dalam memaki-hamun individu lain dalam majlis ceramahnya.

Bila mendengar serta meneliti setiap tutur katanya setiap kali berceramah, saya berani katakan bahawa Ustaz Azhar Idrus manusia jenis 'mulut jahat'.

Mungkin ada yang marah bila saya katakan Ustaz Azhar Idrus seorang ustaz yang 'bermulut jahat'.

Lihat sahaja video di atas dan dengar di minit 3:44

Ulamak Muda digelar ulamak gila, ulamak menyertai parti sekular, ulamak sesat dan tuduhan paling serius Ulamak Muda yang menyertai parti "Dulu, Kini dan Selamanya..." (UMNO la tu apa lagi) memperolehi RM15,000 sebulan.

Bukankah menyebarkan berita tanpa bukti merupakan satu fitnah?

Soal keduanya adalah boleh sesiapa nyatakan kepada saya dari kalangan para 25 Rasul yang wajib kita percaya, yang mana berdakwah menggunakan bahawa kesat serta memburuk-burukkan individu lain?

Tunjuk sikit hadis Rasullullah S.A.W yang menjelaskan bahawa menggunakan perkataan kesat boleh setiap kali berdakwah, ada ke?

Kita bandingkan pula tutur kata Ustaz Fathul Bari yang digelar 'Ulamak muda gila bergelumang dalam lobang najis' yang dikatakan mendapat bayaran RM15,000 sebulan untuk menjadi boneka oleh Ustaz Azhar Idrus...



Hujah siapa lebih 'smart' di kalangan kita orang muda...?

Hujah siapa lebih sopan...?

Adakah 'Ulamak Muda Gila' yang bernama Ustaz Fathul Bari menyerang BALAS Ustaz Azhar Idrus dengan cara yang kasar sebagaimana digunakan oleh Ustaz Azhar Idrus yang dikatakan 'ikon' ulamak moden?

Tanya lagi sekali daripada 25 Rasul yang wajib kita percaya, Rasul yang mana menggunakan bahasa kasar dalam menyampaikan dakwah?

Maaflah tanya sebab saya 'jahil', maklumlah sokong parti bergelumang najis... hehehe
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

HOT MINGGU INI

Mesti Baca All Time HOT Artikel

RECOMMENDED

MACAM-MACAM ADO - [U,18SX,18SG,18PL]

News & Portal