Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Thursday, January 13, 2011

hati . iman .



Dengan nama Allah..

Apa khabar hati?
Masihkah ia seperti embun?
menunduk tawaddhuk di pucuk2 daun?
...Masihkah ia seperti karang?
Berdiri tegar menghadapi gelombang ujian?..

Apa khabar iman?
Masihkah ia seperti bintang?
terang benderang menerangi kehidupan?...

Walau dimanapun kau berada, semoga sihat senantiasa.
Terus kuat dalam meraih redha-Nya.


Assalamu'alaikum sahabat2...

Puisi di atas adalah karya dari seorang sahabat dan jua seorang kakak kepada saya (kak Siti Muslihah) di mana bait2 nya amat menyentuh hati . Ia menceritakan kepada kita apa khabarnya hati dan iman kita .
Persoalan yang ingin saya bawa di sini ialah mengapa iman dikaitkan dengan hati ? Tidak bolehkah dengan organ2 lain ? Hati juga yang mendapat tempat untuk iman bertakhta .

Saya telah menonton sebuah rancangan di youtube, di mana rancangan ini disiarkan di saluran Huda TV . Huda TV, mengikut rakan Arab Mesir saya, ia merupakan siaran yang memberi input agama kepada kita dan semoga ianya menjadi output dalam diri kita melalui amalan kerana Allah dan mengikut syara' . Dan kelebihan Huda TV ini, bahasa utama yang digunakan untuk berforum, memberi ceramah dan seumpanya dengan berbahasa English .
Berbalik pada rancangan yang saya tonton, ianya bertajuk The Secrets of The Heart dan kerana kekangan masa untuk belajar dan aktiviti lain, saya hanya sempat untuk melihat 2 episod sahaja . Penceramahnya, Sheikh Moutasem al-Hameedi, menjelaskan bahawa hati ialah raja atau ketua bagi seluruh badan manusia . Dan anggota2 nya adalah tentera .
Apabila kita melihat sesebuah negara, andai ketua tersebut mentadbir negara dengan baik, maka baiklah rakyat jelatanya . Ini telah dibuktikan dengan kisah2 para2 sahabat yang mentadbir 2/3 dunia, kisah Sultan Muhammad al-Fateh malah kisah pengislaman Sultan Melayu Melaka .

Maka, begitulah simboliknya . Begitu besar "kuasa" hati yang bisa mempengaruhi anggota2 lain . Kerana itulah, pernah disabdakan oleh baginda Rasulullah s.a.w sendiri, di mana ada segumpal darah dalam diri manusia . Andai baik darah itu, maka baiklah luarannya . Andai tidak , begitulah sebaliknya . Itulah hati . Andai ikhslas dan tulusnya hati, tuluslah perbuatan kita insha Allah . Di sinilah peranan iman begitu penting untuk mengawal hati . Dengan munculnya iman, hati mudah terarah ke arah kebaikan dan lebih2 lagi dekat pada PenciptaNya .
Kerana itulah iman manusia biasa (bukan para nabi dan Rasul) ada turun dan naiknya, kerana hati kita sering berbolak-balik . Doalah sebagai senjata agar Allah pelihara hati kita dalam perlindunganNya . :)

Wallahu'alam...

No comments:

Post a Comment

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.