Selamat datang ke bLog saya yang tak seberapa ini.Jika ingin kongsi sesuatu yang berfaedah,silakan.Cuma harap viewers tahu bhwa bLog ini cumalah sekadar yang ingin saya kongsi dari hati kecil saya dan jika saya punya ruang waktu,saya akan berkongsi artikel yang bermanfaat.So..enjoy=)

Tuesday, October 5, 2010

.:: kenang daku dalam doamu ::.


"Kenang daku dalam doamu..."
Assalamu'alaikum..
Ayat di atas sekali itu sering diungkapkan kepada sebuah perpisahan. Kerana namanya 'perpisahan' kita sebagai manusia yang punya had pengetahuan tidak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Adakan kita ditakdirkan berjumpa lagi atau tidak ? Adakah kita pasti kita tahu ?
Pastinya kita tidak tahu. Andai kita merancang kita akan sampai ke suatu tempat tepat jam 5 petang, tidak semestinya kita akan tepat ! Mungkin kita akan tiba lewat 2,3 minit. Kerana masa hadapan adalah urusan Ilahi, cuma rajin2 kan diri kita untuk berdoa dan meminta kepadaNya agar dimurahkan rezeki serta umur panjang, pertemuan akan berlaku selepas terjadinya perpisahan.

Cakap2 pasal perpisahan ni sebabnya insyaAllah saya akan berangkat ke Mesir sekali lagi dan ini bermakna perpisahan dengan keluarga akan berlaku lagi. Bohonglah andai dikatakan saya tidak sedih namun inilah fitrah kepada sebuah perpisahan., perasaan sedih akan menjalar pada hati. Andai diturutkan hati, ingin sahaja menangis namun, perjuangan bukan sekadar menitiskan air mata. Kerana sebuah perjuangan, sabar dan cekal harus dikendong. Maka, perjalanan hidup mesti diteruskan sehinggalah takdir Allah mengatasi segalanya.

Saya kira, tidak perlu saya bicara panjang lebar lagi. Cuma dalam pengharapan, semoga perjuangan kita diberkati dan insyaAllah akan diganjari dengan ganjaran yang baik oleh Allah. Hanya Dia yang layak menilai perjuangan kita... :)
Sekian...wallahu'alam wassalam...
*semoga kita berjumpa lagi orang2 yang kusayang, insyaAllah bi-iznillah ! :)
umi,ayah dan loh...miss u all :)

2 comments:

  1. insyaAllah semoga selamat pergi dan pulang semula..
    sama2 kita laksanakan kewajipan kita di sana..
    sedih mmg sedih tetapi yang wajib harus dilaksanakan...

    chayok kak huda!

    *pesanan utk diri ini jugak yg byk kali dah nangis* haihh

    ReplyDelete
  2. insyaAllah dik :)

    sama2 kita teruskan perjuangan dan kita doakan kejayaan semua di dunia dan jg d akhirat amin! :)

    ReplyDelete

lead me to jannah

lead me to jannah

a path to jannah

a path to jannah

.::halwa telinga::.