Showing posts with label Others. Show all posts
Showing posts with label Others. Show all posts

Wednesday, November 7, 2012

Jom Cuti-Cuti Malaysia...! - i-City Shah Alam



Bila YY recall balik di tahun 2011, banyak juga tempat yang YY lawati.  YY and family biasanya habiskan masa bersama berjalan2 di shopping complex, tengok movie, main bowling dan kadang2 tu ke hotel untuk mandi kolam.  Tapi bila YY singkap balik kenangan tahun lepas, rupanya ada juga tempat menarik yg kami sekeluarga bersantai dan berseronok.

YY list downkan tempat yg YY nak bawa anak2 berjalan masa musim cuti sekolah.  Antara tempat yg ingin kami lawati ialah Planetarium, Petrosains, Genting, Berjaya Times Square, Mines and i-City.  Ya i-City!!

i-CIty Shah Alam mmg menarik untuk dikunjungi. Macam kami sekeluarga yg belum berkesempatan menikmati salji diluar negara...nah..inilah tempatnya.  Inilah main attraction di i-City.  Untuk pemegang Mykad, bayaran masuk untuk dewasa ialah RM35 dan untuk kanak2 RM25 kalau tak silap YY.  Bayaran ni adalah termasuk baju sejuk untuk kita pakai dalam SnowWalk tu.  Di sarankan kalo nak pegi sini, siap2 lah pakai sport shoe n seluar panjang or jeans.  Kalo pakai selipar n seluar pendek... beku le gamaknye kat dalam tu.  Di luar tu juga ada dijual penutup telinga, glove dari sekecil2 saiz baby ke saiz org dewasa.  YY anak beranak seronok giler bergambar dalam tempat ni.. sampai 5 6 kali masuk keluar dari tempat tu.  Memang boleh masuk keluar asalkan cop kat tangan kita tu tak hilang tandanya.  Tak tahan beb... memang sejuk giler.  Baby YY kiut sangat rupanya dengan jacket sejuknya.  Irfan, Aireen n Ilman bergilir2 main game pelampung.  Tapi yang kesiannya kat bibik YY sbb YY tak perasan dia pakai selipar so kaki dia mmg beku la time tu... kesian bibik.  YY ni selalu grab peluang kalo ada photographer ambil gambar kat tempat yg YY pegi.  Sebabnya YY rasa, kami tak akan selalu pegi situ lagi... so mmg gambarnya mahal tapi cantik la dibuat kenangan.  So YY ambil la package gamba yang boleh print kat mug n dapat print gambar size A4.

Selain dari SnowWalk, ada juga Pertunjukan Safari Life yg YY tak pegi sbb YY takut sket bab2 haiwan reptilia ni.  So we all tak pegi.  Kat luar tu ada pokok2 lampu penuh colourful, patung haiwan yg penuh lip lap so tempat tu penuh dengan cahaya bergemerlapan.  Untuk kanak2 ada permainan merry go round, bumper car, n games macam kat funfare tu.  Ok la... riadah bersama keluarga yg juga telan byk duit!!..haha..

Sambil beriadah YY boleh perkenalkan nama2 haiwan melalui replika2 yg ada disitu kepada anak2 seperti gajah, kuda, zebra, dinasor..Dinasor?? Ya dan replika2 ni dihasilkan mengikut bentuk asal haiwan2 tu... so mmg replika haiwan ni besar n tinggi.

Itulah dia kisah menarik di i-City Shah Alam yg penuh dengan warna-warni kehidupan.  Tak kira bangsa, tak kira usia, tak kira siapa... penuh manusia.  Satu tempat yg memang kami sekeluarga seronok menikmatinya sehingga jam 12 tengah malam.  Di saat kami ingin memulakan langkah pulang ke rumah, di dalam kereta, tiba2 anak2 YY sama2 mengungkapkan..
"Terima kasih Abah... terima kasih Mama... Kitorang sayang Abah ngan Mama"...
YY dan suami saling berpandangan dan kami senyum puas... tanda kami telah memilih tempat yang tepat untuk kami meluangkan masa bersama..

*** The ENd***

Continue reading...

Tuesday, March 13, 2012

Berjalan lagi...


Alhamdulillah... selepas Bandung YY berpeluang ke luar negara sekali lagi untuk tahun 2011.  Kali ni ke Phuket, Thailand.  Peluang ni jarang2 sekali berlaku... kerana Teambuilding company YY memilih untuk ke luar negara pula kali ni.  Sebelum ni teambuilding dalam negara je.  Seronok betul bila bersama rakan sekerja dan bos melakukan aktiviti lasak bersama.  Tapi di dalam keseronokan itu, YY sedih sebenarnya.  Kesedihan itu sukar untuk YY ungkapkan. Biar la ia dipendam dihati YY.
The Nap Patong
Welcome by beautiful guppy fish and pineapple juice
3D 2N di the "Nap Patong". Patong tempat yang pernah dilanda tsunami sekitar tahun 2004.  Kami sempat melalui Patong beach yg dipenuhi dengan pengunjung dari serata alam.  Opposite pantai, penuh dengan deretan kedai2 yg menjual brg2 yg boleh dibargain harganya... Ada la ala2 Petaling Street..hehee...  Kalo dihayati betul2.. Patong Beach tu tak la secantik mane.... sebab ianya crowded dgn penjualan macam2 di sepanjang beach tu.
Nap Hotel mmg best.  Agak dekat dengan Patong beach.. jalan kaki pun boleh.  Suasana hotelnya damai... tak havoc sgt mcm hotel yg betul2 kat city.  Swimming pool pun best n kalo duduk di level 2, siap ada private pool dalam bilik sendiri... x payah g mandi kat swimming pool public tu.
 
Kaki sapa ni...???
Keindahan lain kat sini, rasanya sesuai buat kaum adam iaitu di Bangla Road... almaklum tempat2 hiburan disini sangat2 membimbangkan kami...(nasib baik x bawak laki..hehe..) tak payah la YY komen lebeh2 pasal hiburan tu ye...hehehe...
 
Rawai/Chalong beach..kot... x ingat laa
Jalan di sini sangat2 membebankan YY.  Sebabnya bengkang bengkok... sampai muntah2 YY. Kesian kat team YY terpaksa menyelesaikan game tu dengan team yg kurang orang.. Thanks to my best friend Bai... dia la temankan YY n tolong urut YY masa tengah sakit tu.
 
KanEng Restaurant
Makanan kena berhati2 disini... serve pork beside chicken.. Tapi we all manage to get tempat yg pork free seperti Kan Eng Restaurant for our 1st nite dinner.  Sini sesuai sangat untuk tengok sunset. Yg menarik lagi kat Patong, Phuket ni ialah Massage.  Merata-rata tempat ada massage... Dari tempat yg esklusif, ke tepi kaki lima, ke tepi lorong... belambak ada... tinggal kita kena pilih je mane yg sesuai... YY sempat mencuba.  Malam pertama YY merasa Foot Massage, malam kedua Oil Massage n hari ketiga pula bukan massage tapi pegi buat rambut ala2 Bob Marley tu... kiranya duit habih membelai diri le.. tapi murah je sebenarnya... urut 1 jam seluruh badan baru RM20...or 200 baht... cheap..cheap...
 
Kenangan dalam TukTuk

Kat sini public transport yg terkenal ialah TUKTUK.  TukTuk ni macam van tapi ala2 macam mini lori pun ye jugak.. sebabnya passenger kena masuk dari belakang.. macam naik lori dari belakang tuh..hehe...tapi ok je.. Kiranya 1 tuktuk ni boleh masuk dlm 6-8 org n harganya kalo area tu 1 TukTuk 200 baht... kira dalam RM20 je. 
Hmm... apa yg boleh YY luahkan ialah my previous department is really happening.  We all are very close to each other like family.  I'm gonna miss you my Great Team... 
Tempat2 yg sempat kami lawati sepanjang "Amazing Race" we all ialah the Big Buddha, Chalong Wat, Rawa Beach.... YY lihat keindahan lautan cantik di sini... 
Continue reading...

Wednesday, May 18, 2011

Kali pertama...


Dah tiba masanya untuk YY mulakan langkah pertama. Langkah apa ye? Sebenarnya YY belum pernah keluar dari Malaysia untuk sebarang sebab. Jadi YY mengambil langkah permulaan untuk bercuti ke BANDUNG..
Bandung Airport
 Tempat yg menjadi idaman pada yg suke bershopping... YY tak la suke sangat shopping tapi bila dah sampai sana rasa mcm semua benda nak beli.  Pengembaraan YY pertama kali menjejakkan kaki di tempat org adalah pengalaman yang menggembirakan. 4 hari 3 malam... YY meninggalkan kerja, kitchen dan oven yg YY sayang..he..he.. Keluarga?? Keluarga yg jauh di Malaysia terasa dekat je sbb hari2 telefon so kira walaupun YY tak pergi bercuti bersama keluarga, tapi YY heret gak anak dan suami dalam conversation setiap hari dalam phone...

Dalam percutian tu, kami menghabiskan masa di banyak tempat2 yg senantiasa dikunjungi oleh tetamu2 dari Malaysia seperti PASAR BARU BANDUNG. Tempat ni YY rasa kalo pegi sekali tak cukup kot... musti kene pegi 2 kali baru rasa complete. Kami ke JALAN RIAU menyinggah di Heritage, Cascade, Stamp, Summit, Secret dan lain2 lagi. JALAN SETIABUDI menyinggah di RUMAH MODA, MODA PLUS, FASHION WORLD ... dan beberapa kedai di deretan itu. Sempat lunch masakan padang di sini.

Masakan Padang
TANGKUBAN PERAHU kami jelajahi di hari ketiga disana. Memang indah permandangan gunung berapi yang pernah meletus suatu ketika dulu. Pokok2 bekas terkena simbahan panas ledakan api juga masih dapat kami saksikan. Kawah berapi itu masih lagi berasap... bermakna masih aktif mungkin... 

Tangkuban Perahu
Pohon bekas terkena simbahan ledakan api
 Dalam perjalanan pulang dari Tangkuban Perahu kami singgah di tepi jalan just nak ambil gambar di SUMUR TEH. Lawak juga rasanya hanya berhenti untuk berphoto. 
Ladang Teh
Group kami mmg marveles.. punya jiwa, hati dan kepala yg sama... sama2 giler.. :) Bukan setakat itu saja, kami juga sempat singgah di KAMPUNG DAUN juga untuk snap gambar. Lihatlah keindahan tempat ni, dengan deco estetikanye... seterika arang dulu kala... mesin jahit antik... cantik kan.. Kata orang, tempat ini kelihatan cantik di waktu malam oleh kerana kesan pengcahayaan lampu.
Kampung Daun
Seterika Arang
Beca

Kami ke KARTIKA SARI mencari brownies dan kek lapis buat ole-oleh utk keluarga di Msia. Kemudian kami ke CIBADUYUT mencari brgn kulit... Kulit yang terkenal disitu ialah kulit domba iaitu kambing biri2. Destinasi hari ketiga yg terakhir adalah supermarket YOGJA. Gelihati juga melihat geng2 beli brg2 kegunaan harian disini... harganya mmg murah.. dan malam tu kami dinner A&W je sbb dah terlalu letih.


Hari keempat menyaksikan gelagat YY dan rakan berusaha keras memasukkan brg2 ke dalam beg. Sedar tak sedar dah exceed bagged. Mmg tamparan hebat utk kami yg shopping tak hengat dunia ni :) Perjalanan pulang sgt YY nantikan. Sebagaimana YY nantikan saat untuk sampai ke Bandung, begitu jugalah saat yg YY nantikan untuk pulang ke rumah bertemu anak2 dan juga suami yg senantiasa memberi dorongan dan sokongan pada YY. Lihatlah betapa indahnya kurniaan Illahi tika YY berada di atas flight dan smpat merakamkan kebesaran Allah ini.
Di awal perjalanan awan panas
Di pertengahan perjalanan awan berkepul mendung
Hampir tiba di Malaysia awan diliputi hujan tebal
Begitulah perjalanan percutian pengembaraan atau apa saja yg termampu YY ungkapkan untuk pertama kalinya YY menjejakkan kaki di negara orang. Apa2 pun negara sendiri lebih baik dihati YY. Paparan ini sama sekali tidak bermaksud apa2, cuma YY ingin merakamkan kenangan terindah YY. Maaf jika photo disini memberi kesan negatif kepada viewer tapi hasrat YY hanya ingin mengabadikan kenangan yg jarang2 dapat YY lalui. Wasalam..
Continue reading...
 

YummYanz Delights Copyright © 2009 Designed by Ipietoon Blogger Template In collaboration with fifa
Cake Illustration Copyrighted to Clarice