Showing posts with label lucu bukan lucah. Show all posts
Showing posts with label lucu bukan lucah. Show all posts

Saturday, April 6, 2013

Apa jadi sekiranya haiwan obesiti? (gambar)

Pernahkah kauorang bayangkan apa yang terjadi sekiranya haiwan liar di luar sana tak dapat mengawal tabiat pemakanan sehingga mengalami obesiti melampau lalu mengubah fizikal menjadi boolat?


Animals


Jika sebelum mereka berubah bentuk, manusia mungking gerun melihat kelibat haiwan-haiwan liar ini. Tapi aku rasa dengan bentuk tubuh  baru yang lebih comel ni, akan terdetik dalam hati manusia untuk menjadikannya haiwan peliharaan. Tiada lagi kerakusan dan keganasan, yang tinggal hanyalah kecomelan dan kebahagiaan ;D

Monday, February 13, 2012

Random awesome #2

Assalamualaikum

Tersebutlah kisah seekor lembu bersama tuannya. Lawak berisi ni dihantar oleh seorang akak melalui emelnya ke emel aku.

Pakcik Maikel (tuan lembu)

LEMBU OH LEMBU..KALAULAH KAU PANDAI BERCAKAP.. Seorang lelaki sedang berjalan dengan lembunya...

 
LEMBU. Aku makan rumput. tuan makan apa?

LELAKI. Aku makan nasi. kita tak sama.


LEMBU: tuan tidur di mana?

LELAKI. Aku tidur atas tilam. engkau tidur dalam kandang. mana nak sama.


tiba-tiba kedengaran laungan azan....


LEMBU: itu suara apa?

LELAKI: Seruan azan mengajak bersembahyang.


LEMBU: tuan tak sembahyang?

LELAKI: tidak.


LEMBU: samalah kita.

LELAKI: ????????????
  



☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻☻


Pagi semalam lepas jogging bersama teman lebih kurang dalam pukul 9 macam tu aku terus sambung tolong mak aku mengupas pisang tanduk dibantu Eqah dan Balqis. Berbekalkan pengalaman aku bekerja di kilang membuat kerepek, proses tu berjalan dengan lancar. ;D

Kerepek pisang ni pun mak aku nak hantar ke kenduri kahwin anak tauke kerepek tu sabtu ni. Kebetulan ada bocah cilik dua orang tu, suasana jadi lebih happening la. Sibuk nak tolong, mak aku bagi diaorang pisau sapu marjerin tu.

Balqis: This called kacak face 
Lepas siap kupas aku sempat siapkan tempahan sticker kawan aku kemudian terus sambung sagat pisang² tu. Sekali lagi pengalaman aku banyak membantu dalam proses tu. haha

Masa aku tengah tekun menyagat, Eqah bagitau aku..

"Cik Usop kita mimpi jumpa Najwa Latiff" dengan nada sedikit bangga.

Boleh tahan besar pengaruh budak Najwa Latiff ni kan. (hati aku berkata-kata).

Aku habiskan kerja menyagat tu selebihnya mak dan akak aku goreng semua hasil sagatan tu hingga selesai. Petang tu pulak aku dan rakan² jogging tadi tu pergi mengisi masa lapang dengan aktiviti sangat berfaedah, berkaraoke (bukan di Red Box Low Yatt) sambil berjimba.


Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.

Thursday, February 9, 2012

Kalaulah benda ada perasaan lagi

Assalamualaikum



Cuba kalian bayangkan kalaulah benda dalam dunia ni ada perasaan marah, sayang, suka, menyampah, takut dan segala macam perasaan lagi. Agak² makin tenteram atau makin kelam kabutkah dunia ini?


☺ Kereta.

Akan cuba sedaya upaya untuk tidak membawa laju kerana takut dirinya akan mati sia². Mungkin wujud juga perasaan bongkak bila ada aksesori canggih dan terkini.


☺Televisyen.

Takkan menayangkan cerita² yang berunsur maksiat dan hiburan berlebihan kerana takut akan mendapat dosa serta bakal diseksa.


☺ Facebook.

Tidak akan meletakkan gambar yang bukan² dan takkan komen merapu kerana takut dituduh memfitnah.


☺ Lif.

Pada yang gayat, takut ke tingkat tinggi. Ada yang cemburu sesama lif bila ada lif lain hanya melepak di level G sahaja.


☺ Tangga.

Akan menyumpah seranah manusia kerana selalu dipijak dan dijadikan tempat pembuangan najis oleh mereka yang tak tau beza jamban dengan tangga.




☺ Handphone.
Akan muntah hijau bila dengar ayat² jiwang dari pemabuk cinta dan akan menutup mata dari melihat video yang tak berapa manis.

Sumber - Majalah lawak Ujang





Pssst : Pelekatku ada 
benda baharu!





Sekian, wassalam.
Masih ada plan B.


Thursday, April 7, 2011

Kalaulah benda ada perasaan

Assalamua'laikum jejaka dan gadis, selamat hari khamis ;)








Cuba kita bayangkan kalaulah benda dalam dunia ni ada perasaan marah, sayang, suka, menyampah, takut dan segala macam perasaan lagi. Agak² makin tenteram atau makin kelam kabut?




Kereta.


Akan cuba sedaya upaya untuk tidak membawa laju kerana takut dirinya akan mati sia². Mungkin wujud juga perasaan bongkak bila ada aksesori canggih dan terkini.



Televisyen.


Takkan menayangkan cerita² yang berunsur maksiat dan hiburan berlebihan kerana takut akan mendapat dosa serta bakal diseksa.




Facebook.


Tidak akan meletakkan gambar yang bukan² dan takkan komen merapu kerana takut dituduh memfitnah.




Lif.


Pada yang gayat, takut ke tingkat tinggi. Ada yang cemburu sesama lif bila ada lif lain hanya melepak di level G sahaja.




Tangga.


Akan menyumpah seranah manusia kerana selalu dipijak dan dijadikan tempat pembuangan najis oleh mereka yang tak tau beza jamban dengan tangga.




Handphone.

Akan muntah hijau bila dengar ayat² jiwang dari pemabuk cinta dan akan menutup mata dari melihat video yang tak berapa manis.







★ Dipinjamcuri dari Pak Cik Din UJANG.
Mahu lebih comel dan kacak? Boleh klik atas ↑ tu dan bawah ini ↓ ;)
Related Posts with Thumbnails