ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM 1BLOGGER
Haihaihaihaihai...lama dah aku tak update blog ni lebih kurang 2 tahun,apa daya aku keadaan amat membataskan waktu.Keadaan blog aku dah bersepah macam tongkang pecah gayanya,apapun aku akan bersihkan balik blog ini sedikit demi sedikit...
Dabai |
Untuk entry pertama aku nak cerita pasal sejenis buah bermusim yg sangat popular di Sarawak ni iaitu buah Dabai.Buah eskostik ni memang digemari seluruh rakyat Sarawak tak mengira kaum malah harga nya juga melambung naik akibat permintaan yang amat tinggi sekarang.
Pokok dabai |
Bahagian Sibu,Sarikei dan Sri Aman merupakan pengeluar utama buah eskotik ni di seluruh negeri Sarawak.Harga pasaran buah ni sekarang ialah antara rm16 ke rm18 sekilogram dan ianya mengikut saiz dan rasa,bagi yg belum pernah makan buah ni rasanya lemak berkerim ianya sesuai dimakan cecah dengan garam atau kicap campur cili,sebelum di makan buah ni mesti direndam dengan air panas sehingga ianya lembut...
Isi bauah dabai |
Bulan jun hingga pertengahan bulan ogos buah Dabai ini lebat berbuah dan ianya berbuah setahin sekali jer..la ni buah ni tengah rancak dijual disemua pasar tamu di seluruh Sarawak.... oklah setakat ni dulu perkongsian cerita lain kali aku sambung cerita yang berinfo..baiklah baye2!!!!!!.
P/S..nak tahu lebih lanjut sila klik google!!!.
3 ulasan:
kawan dari sarawak pun selalu suruh try makan buah dabai ni kalau pergi sana
tapi tak berkesempatan lagi pergi sana
Pertama kali nampak buah ni kat belog kamu jah. Boleh tahan harganya ya
melawat..
Catat Ulasan