Wednesday, February 16, 2011

Kalau jiwa kacau



Kita ni kalau stress kat office, keje melambak, kena torcher dengan bos atau senior2 , tengok gambar anak terus jadi cair kan. Boleh senyum sorang-sorang depan PC macam orang gilak.


Lagi2 bila tengok gambar2 cheeky macam ni...



Jom kawan2 balik rumah gomol anak. :D 






:)

Monday, February 14, 2011

Update splash park dari orang yang tak dapat pergi :(

Syiookkk betul tengok gambar korang2 pergi membawa anak ke splash park tu eh. Takpe, mungkin takde rezeki aku nak pergi kot. :)

Ceritanya bermula begini,

Aku kira dah semangat gila woh nak pergi sana. 1st reason sebab disana ada air, dan anak aku suka air. Suka disini membawa maskud suka gila! :B Ok, untuk bukti yang aku gila semangat adalah macam hari tu lah, aku buat satu poster tapi teragak2 nak upload sebab aku tak confirm aku nak pergi. :P

T_T

Dan pada sabtu itu kami telah pulang ke rumah ibu bapa aku kat ulu yam, ada hal kekeluargaan sikit nak disettlekan. Dan dalam pukul 3 mcm tu saudara2 pula datang ke rumah. So aku terus SMS hannahjohary & nuruljamian cakap yang aku tak dapat folo. walau hati meronta2 ingin pergi. cewah! tapi dalam hal begini, family pon harus difikirkan. :)

Saudara pulang dalam pukul 6ptg. Mind dah set up yang nak pergi hari esoknya, ahad. Tapi hal kekeluargaan tetap juga muncul. Sooo.... terpaksa  la cancel kan program2 berjimba. Tatap je lah gambar2 kawan2 upload dengan linangan airmata. cececeh!

Tapi sebab kesian kan Auf. bonda bagi can kat Auf main air. 
bukan kt SPLASH PARK , tapi dekat CARPARK. T_T




:)

Friday, February 11, 2011

Muka bulat sesuai ke pakai shawl

Aku serius geram weh bila tengok kawan2 yang pakai shawl gila cantik terletak je kt muka depa. Memang dabomb la. Lepas tu dengan pertambahan berbagai2 jenis shwal, corak/design dan warna lagi lah menyebabkan aku 2 kali geram weh.

Muka aku kategori bulat. Bukan bulat lempeng tau, bulat ibarat bulan. Dan sebab tu lah pungguk (cikmok ) selalu rindukan bulan (aku). Hahahahaha. Ok2... gurau je. T_T

So, bila wajah aku yang bulat ni. aku lebih selesa atau senang pakai jenis tudung empat segi. Alah , tudung bawal atau tudung corak2 yang empat segi lepas kite lipat jadi 3segi tu... faham ke? haa... yang tu la. Ini disebabkan, bila aku tengok kt cermin, tudung tu je yang paling sesuai dengan wajah sfera aku nih, walaupun hati meronta2 mengidamkan shawl-shawl lawa2 dipasaran tu.

Ok, aku pernah la terbabas beli selai-dua-tiga lai.... ada la cubaan2 untuk memakainya. Tapi hampeh tak dapat pon pujian dari cikmok. penat aku tersenyum depan dia dambakan pujian. cecehh. -__-. Dan disebabkan aku memang jenis perempuan degil, aku kadang kala tetap pakai juga shawl bagai walau aku tahu semua orang memandang aku dan berkata 

"muka bulat lempeng tapi nak pakai shawll....." 

lalu aku membalas  

" sukahati aku lah muka aku buruk ke hape, yang penting anak aku comel ape" wahhh...."*tetiba*

*percubaan pakai shawl*

Dan bila aku jumpa article ni dalam internet, terus aku rasa aku memang tidak ditakdirkan untuk memakai shwal lawa. hahaha.

Link disini : 



Dan kesimpulan disini ,memang aku selesa gila pakai tudung empat segi. Dan dengan cara itu saja aku boleh men'sorok'kan pipi tembun ku. Haha! Tapi sekarang kurang jual la eh yang ade corak2... mana nak cari yang banyak pilihan eh? ada suggestion?

Walaupun tak boleh pakai shawl lawa aku bersyukur dengan bentuk muka aku sekarang. Aku nak lebihkan senyuman dimulut , supaya lagi lawa dari shwal yang lawa. :)



:)

Thursday, February 10, 2011

Sesekali begini

Sesekali berjumpa sahabat sebegini memang best. 
Walau takada aktiviti menarik, hanya lepak2 berborak2 pon boleh hilangkan stress beb. 


:)

Wednesday, February 9, 2011

Si Baldu Merah yg menggiurkan

Ramai la dok heboh2 pasal red velvet. Sejenis kek berwarna merah yg menakutkan tetapi menyelerakan. Memang dari tahun lepas kot aku sebok2 nak makan Red velvet ni. Tak tau la pada korang , tapi pada aku ia adalah sgt menggiurkan. Kalau tengok boleh serta merta rasa gelombang lapar dalam usus. Kira macam cinta pandang pertama la pulok. haha. Over disitu. T_T

Ade kenal sorang kakak ni pembuat kek yang tegar. Jadi terus laju2 call dia tempah bila nampak dia iklankan pasal RV ni. Bayangkan la masa tengah tempah calling2 tu berapa kali la aku menelan air liur di sudut corong telefon.T_T


Akhirnyaaa...


 Hahaha..... *gelak gumbiraaa* 

nak order sila pergi ke website kakak ni


Dan lagi selepas tu budak2 office dok sebok nak jugak merasai kenikmatan kek RV ni. Jadiiii.... kami berkongsi2 untuk membeli dari Kak nani. iaitu mak kepada model gojes hanis zalika. :)
Ini versi kak nani pula. :)



Puas hati aku dapat makan 2 kali kek ni. Haha. 
Terkorbanlah diet aku selama 2 hari berturut2. haihhh....



:)

Tuesday, February 8, 2011

Bukan selalu!

Bukan selalu dapat lalui view macam ni di KL. 
Heaven gilaaa kottt.... :D



CNY eve morning. On the way ke KL.
Cik mok drive sambil senyum2 je. haha.




:)

Wednesday, February 2, 2011

Bila aku rasa diri aku kerdil


dah lama kot aku tak tulis entry sedih. asyik entry gembira aje. Yelah, kite menulis di blog ni kan umpama kite bercakap2.... jadi dia mmg ade kaitan dengan perasaan. Bila perasaan marah, tulis nya pun marah2.... bila gembira, maka gembira lah cerita nya. 

Semalam,
aku rasa sedikit down. entah, rasa semacam diri aku kerdil sgt. Rasa tak dihargai. Rasa nak balik rumah amik auf dan lepas tu lari sampai thailand. Rasa nak ajak cik mok lari sama. owh, mungkin cik mok tak larat lari, so ajak dia jalan saje. :P


Yelah, aku pun manusia.
Bukan macam patung yg tak sedar keadaan sekeliling.






:)